center

Thursday 14 September 2017

Jepun 2 : Kanazawa - Toyama - Murodo - Toyama - Takayama

HARI KE 2 : 10 MEI 2017


Bangun awal pagi dan ambil tren macam kat bawah ni untuk misi kami ke Alpine Route. Kami dah book tiket pukul 10.00 pagi. Tiket ni kami book sebulan sebelum ke Jepun sebab takut full kalau beli masa walk in. Since pukul 10.00 tiket kami ke Alpine Route so kami ada 2 opsyen samada naik tren pukul 7.00 pagi atau 7.08 pagi. 1st time takut tersesat ke kan. So kami decide untuk naik tren pukul 7.00 daripada Kanazawa ke Dentetsu Toyama. Harga tiket tren dari Kanazawa ke Toyama ni dah dicover oleh JR PASS. So tunjuk JR PASS boleh naik. Seperti biasa kami reserved seat sebab tak nak berebut.



DENTETSU TOYAMA


Dentetsutoyama Station
Station ni sebelah station Toyama so jalan kaki 5 minit.
Untuk ke Alpine Route, kena beli tiket Chiho Railroad Train ke Tateyama Stn (return)  = 2,400 yen. Yang ni JRPass tak cover so kena keluar duitla untuk beli tiket. Masa dan jarak perjalanan tengok bawah ni.




TAKAYAMA


Tiba kat Tateyama Station pukul 9.11. So pergi kaunter tukar tiket untuk ke Alpine Route (tapi kami beli sampai Murodo je sebab misi nak sampai situ je). Sambil tu boleh tengok forecast kat screen tv yang disediakan. Masa ni rileks pakai jaket biasa je. Sekali tengok forecast kat atas -6 darjah celcius. Hamik kau... Tiket untuk trip Alpine Routes silala book siap-siap melalui online takut full... Yela dah dtg jauh-jauh satg takde tiket tak ke naya...


Nak jelajah Alpine Route ni boleh 2 jalan. Samada masuk melalui Tateyama atau melalui Omachi Onsekyo. 


Ni map perjalanan untuk jelajah Alpine Route. Tapi kami beli tiket sampai Murodo je.
Tateyama Station - Murodo (return) = 4,310 yen

Menunggu untuk naik cable car. 
Harga tiket dah termasuk yang kita beli kat website tu. Naik ikut masa tempahan yer. macam kami punya trip pukul 10 pagi. So pukul 10.00 la naiknya. Jangan lewat kalau tak, burn tiket tu.


Ni rupa cable car nya. 
Dalam 20-30 minit jugak naik ke atas untuk sampai ke Bijodaira Station. Yang gayat tu jangan tengok bawah ok. Lebih kurang macam naik Bukit Bendera kat Penang tu. 

Dah sampai Bijodaira Station beratur pulak untuk naik bas ke Murodo. 

Tak perlu beli tiket lagi sebab ni termasuk dah harga tiket yang di book pukul 10.00 pagi  tu 4,310 yen (Tateyama-Murodo-Tateyama)

So berpusing-pusing naik bas melalui bongkah-bongkah salji yang dah membeku jadi ais. 
Ni gambar kami dalam bas. haha...

MURODO

Sampai di stesen Murodo. Sejuk weiii... -6 kot...
Ni la rupa bas yang kami naik daripada stesen Bijodaira - stesen Murodo
Area ni dibuka untuk jalan-jalan. Sejuk yakmat.. Tangan kebas, sakit semua ada. Orang lain pakai winter coat bagai, kami pakai jaket biasa ja. Haha padan..







Emmm seronok sungguh

Laluan bas. Masa ni dah on the way nak turun balik ke stesen Bijodaira.

Ok selesai misi nak ke Murodo

TAKAYAMA

Lepas setel misi ke Alpine Route tu (even sampai Murodo je kira aci la kan) kami reserved seat tren ke terus ke Takayama. Route perjalanan yang kami pilih macam kat bawah ni.

Route kami dari Toyama ke Takayama
So seperti biasa fare cover by JR PASS so takyah beratur beli tiket lagi. Tunjuk je JR PASS. Untuk lebih selesa, sebelum naik tren reserved seat so tak yah nak berebut seat dgn orang lain. Since reserved seat untuk JR PASS free so tak perlu bayar lagi. Balun cukup-cukup. Guna semaksima boleh. Takde limit untuk 7 hari as long as tren yang kita naik tu tren yang cover by JR company.
Kami book hostel Jhoppers kat Takayama sebab keesokannya kami nak ke Shirakawago. Semua hostel memang kami sengaja pilih yang dekat dengan tren station. So senang nak gerak. Dah agak lewat petang dah baru kami sampai di Takayama.

Sementara tunggu tren.
Ni rupa Shinkansen yang kami naik pagi tadi dari Kanazawa ke Toyama (citer balik belakang)

Kami memilih untuk menginap di Jhoppers Hostel sebab kalau stay sini nanti dapat diskaun 520 yen untuk tiket ke Shirakawago. So dapatla jimat. Banyak tu 520 yen lebih kurang RM20++ macam tu. Kalau 4 orang tak ke RM100. Daripada tren station jalan kaki je ke hostel dalam 5-8 minit bergantung kepada kelajuan kaki masing-masing. Senang je cari tak susah pun. 

Ni rupa bilik yang kami book untuk 3H2M.
Bilik untuk 4 orang, bilik air kongsi. Kalau nak yang private bathroom pun ada cuma bayar lebih sikitla.


Aktiviti malam takde apa pun yang kami buat sebab dah letih. So mandi, solat pastu keluar pusing-pusing cari makan kat kawasan sekitar. Restoran halal pun ada. Jangan risau, kala stay sini sampai je kat kaunter boleh minta pamplet restoran halal, sure dorang bagi. So tak susah pun nak cari makanan halal kat sini kan. Kami makan malam di restoran thai sebab malam kami sampai tu banyak kedai makan tutup pulak. Tomyam dia best. Gambar takde sebab sibuk nak makan. Haha...



Makan je kat sini tapi menginap kat Jhoppers. Hehe... Lokasi restoran ni tak jauh pun daripada Jhoppers. Sila google kat map. Tq. hahaha.

Okbaiii....

2 comments:

  1. bestnyer bercuti kat jepun.dalam anganan nak pergi tp entah biler..eejkeke

    ReplyDelete
  2. Insyaallah nanti adala rezeki ke Jepun tu...

    ReplyDelete

Sila tinggalkan comment anda di sini. Terima Kasih...

Europe + Balkan (Eurokan) : Santorini (Episod 2)

Episod 2  Dari Istanbul kami terbang ke Athens. Flight kami ke Athens sampai malam so kami lepak di airport. Sempat lelap 2-3jam. Dal...

Nuffnang