center

Saturday 9 December 2017

Jepun 6 : Shibazakura Festival

Awal pagi dah bangun, solat, makan dan check out. Next destinasi adalah ke Shibazakura Festival. Shibazakura ni bukan sepanjang tahun ada ye, so kena check dulu date festival setiap tahun. Takut nanti p takde plak festivalnya.

Daripada Hikari Hotel kami jalan kaki je ke Shin-Okubo Station dan naik tren dari Shin-Okubo ke Shinjuku Station kemudian terus ke Kawaguchiko Station. Nak p Shibazakura Festival kan? So turun di Kawaguchiko Station ok.

Sebelum gerak, bergambar satu kali. Seperti biasa, tukang ambil gambar takde dalam gambar. Hahaha..

Suasana pagi on the way melangkah ke Shin-Okubo Station. Kedai semua tak buka lagi. Lorong besar ni pun lori boleh lalu tau. So sila jalan dengan berhati-hati ye. Orang Jepun ni semua serba serbi nak cepat, kang kena langgar tak pasal je.
So kami naik dari Shin-Okubo Stn dan turun di Shinjuku Stn. Lepas tu baru la naik dari tren Shinjuku ke Kawaguchiko Stn.
Ni laluan tren yang kami pilih. Kami naik yang pukul 08.14 daripada Shinjuku Station sebab tu yang paling awal dan kena time kami. Korang boleh pilih time ikut suka hati cuma rancang dengan baik ok. Sebab time festival ni manusia memang ramai. Ye la setahun sekali orang datang nak tengok bunga kan.
rujuk sini untuk laluan tren >>>
 http://www.hyperdia.com/en/
Setelah menempuh perjalanan yang panjang, akhirnya kami sampai di Kawaguchiko Station.
Turun sini kalau nak ke Shibazakura Festival. Perjalanan daripada Shinjuku Station ke Kawaguchiko Station ni ambil masa 134 minit (refer laluan kata atas). Dapat juga tengok Mount Fuji masa dalam tren sebelum sampai Kawaguchiko ni. Tapi tak sempat ambil gambar. Excited sangat pastu kejap je dapat tengok sebelum Mt. Fuji ditutupi oleh kabus tebal.


Ni la rupanya tren yang kami naik. Holiday Rapid Mt. Fuji. Tren ni membawa anda terus daripada Shinjuku Jr. Station ke Kawaguchiko Station. Actually ada banyak lagi tren yang boleh ke Kawaguchiko Stn ni. Pilihla mana korang nak. Naik bas pun boleh daripada Shinjuku. So pandai-pandaila rancang ye.

Actually naik tren ni daripada Shinjuku Stn. tak perlu bayar pape just tunjuk JR Pass. Tapi  once u touch down pastu nak melangkah keluar je daripada Kawaguchiko Station ni jangan tokojut bila dorang tak bagi masuk. Korang kena bayar dulu 1,140 yen baru dapat keluar daripada station ni. Pasaipa???? Ini kerana semasa dalam perjalanan dari Shinjuku ke Kawaguchiko ni, anda telah memasuki laluan yang tak cover by JR Pass. JR Pass hanya cover sampai Otsuki Stn. saja. So daripada Otsuki ke Kawaguchiko tu dia dah lalu lalauan Fujikyuko Line sebenarnya iaitu terkeluar daripada line JR sebab tu kena bayar. Cuma orang dalam tren je tak sedar sebab sibuk menikmati pemandangan alam dari dalam tren, sedar-sedar dah sampai. Hahaha... 

Tapi korang jangan la konfius, tren ni memang direct daripada Shinjuku terus ke Kawaguchiko Stn. tak perlu tukar tren pun. Cuma sebelum sampai Kawaguchiko Station sebab dia dah masuk line Fujikyuko, iaitu line yang tak cover by JR Pass maka kenala bayar. Kalau dia tak lalu lauan tu korang memang sah takkan sampai Kawaguchiko Stn. So jangan melawan, bayar je. Haha....  Nak balik nanti pun sama jugak,  bayar  1,140 yen kat kaunter sebab korang still akan naik tren yang kena lalu Line Fujikyuko sebelum masuk line yang cover by JR Pass.

Ok kembali ke cerita asala nak ke Shibazakura Festival...
Dah keluar daripada station, kami cari locker untuk letak beg tapi malangnya semua locker dah penuh so terpaksala mengendong beg tu masuk ke Shibazakura Festival. 

Keluar daripada station korang akan nampak perbarisan manusia yang panjang sedang tunggu giliran beli tiket bas + tiket masuk ke Shibazakura Festival. 

Ni jadual bas daripada Kawaguchiko Stn ke Shibazakura Festival dan harga tambang bas 2,000 yen (return)
So secara ringkasnya perjalanan kami seperti berikut, ceh ceh cehhh... hehe

  1. Dari Shin-Okubo ke Shinjuku Stn = Cover by JR Pass
  2. Dari Shinjuku Stn - Kawaguchiko Stn = Cover by JR Pass sampai Otsuki Stn + bayar 1,140 yen (dari Otsuki ke Kawaguchiko sebab masuk lalaun Fujikyuko Line - bayar masa dah sampai Kawaguchiko Stn)
  3. Naik bas dari Kawaguchiko Stn. ke Shibazakura Festival = kena beli tiket 2,000 yen (return + tiket masuk festival)
So itu je perlu ditempuhi sebelum dapat masuk ke Shibazakura Festival.

Ni map laluan macam mana nak ke Shibazakura Festival. Nampak tak tu ada tulis Fujikyuko Line? hah line tu la yang tak cover by JR Pass, sebab tu la kena bayar.
Rujuk website la senang. Semua ni ada  dalam website.

Lagi detail info pasal Shibazakura Festival boleh rujuk sini SHIBAZAKURA FESTIVAL KLIK SINI!! . Segala info pasal macam mana nak pergi, harga tiket, tarikh festival, masa buka, masa tutup, jenis bunga yang tumbuh semua ada kat web tu.

Masa kami p Jepun, festival ni sedang berlangsung daripada 15/04/17 - 28/05/17.

Layan je la gambar kat bawah ni. Tak reti dah nak karang. Haha...

Pandangan pertama bila melangkah masuk ke Shibazakura Festival ni. Selalunya time festival ni jalan nak ke sini memang jem giler. So sila rancang perjalanan anda dengan berhemah.
















Mt. Fuji tak mau keluarla...






Patutnya dikawasan putih dalam gambar tu Mt.Fuji tapi hari kami sampai Mt.Fuji malu nak keluar dan telah ditutupi oleh kabus tebal so tak dapatlan nak tengok Mt. Fuji daripada sini. Kecewa jugak.



Sejuk dan lapar. So apa lagi buka bekal la. Hehe...
\
Lepas dah pusing habis kami ke tempat tunggu bas untuk balik semula ke Kawaguchiko Stn. dan kemudian ambil tren ke Kyoto.

Ni laluan tren yang kami pilih. 2 kali transfer tren dan ambil masa 311 minit untuk sampai ke Kyoto Station. 5 jam lebih dok dalam tren sambil menikmati pemandangan. Tak bosan pun sebab dihidangkan dengan pemandangan sawah padi, hutan, sungai macam-macam la. Haha...

Kami sampai di Shin-Yokohama Station dan bersedia untuk transfer tren.

Menunggu tren di Shin Yokohama. Masa ni kena transfer tren dan naik Shinkansen Hikari 527 menuju ke Osaka tapi kami takdela sampai Osaka sebab kami akan turun di Kyoto Station. Next destinasi kami kan Kyoto.

Finally kami sampai di Kyoto Station

Kami sampai di Kyoto dah malam. 7.11 malam so memang malam la kan. Sebab dah letih, sampai je Kyoto station kami terus ambil tren ke Emmachi, depart track 32. Sebab tempat penginapan kami di Kyoto ni kami book di Emmachi One More Heart, iaitu apartment jenis studio. Complete dapur, katil queen 2, mesin basuh, peti ais semua so senang nak membasuh baju dan masak. Dari Kyoto Stn ke Emmachi Stn dekat je.

Ni laluan tren kami ke Emmachi Stn. 

Sampai Emmachi Stn. kena jalan kaki sikitla ye nak ke tempat penginapan. Tak jauh pun dalam 5-10 minit berjalan bergantung kepada kelajuan kaki yang melangkah. Apartment One More Heart ni jarak dia dalam 500m daripada Emmachi Stn. Kalau malas naik tren boleh naik bas. Bus stop depan apartment je. So tak perlu jalan kaki 500 meter. Hehe... Macam kami naik tren la sebab dah sampai Kyoto Stn dah malam pastu dah letih pastu dah malas nak mencari bas so naik tren je la.

Apartment ni self check in. Owner dah tinggal siap-siap kunci dalam peti surat. So masukkan code pastu ambil kunci dan check in sendiri. sangat di rekemen. Bersih, murah, selesa. Boleh booking kat Booking.com atau Agoda.com. Maaf takde gambar apartment sebab dah letih takde mood nak ambik gambar dah. Haha... Tapi korang boleh tengok kat booking.com dan agoda.com ada je gambar dia.

Okla, tu je untuk kali ni. Ketandusan idea. Banyak memori dah lost. Makan semut banyak sangat, Haha.....

Sampai ketemu di lain hari. Hahahahaha........


Europe + Balkan (Eurokan) : Santorini (Episod 2)

Episod 2  Dari Istanbul kami terbang ke Athens. Flight kami ke Athens sampai malam so kami lepak di airport. Sempat lelap 2-3jam. Dal...

Nuffnang