center

Thursday 21 December 2017

Jepun 7 : Kyoto - Osaka



Ok, untuk last part ni banyak sikit nak tulis sebab kami rangkulkan semua 3 hari 2 malam kami di Kyoto dan Osaka. Actually Kyoto dan Osaka memang banyak giler attraction tapi kami cuma citer tempat-tempat yang kami pi yang kami rasa orang jarang cover. Boleh search kat google memang banyak so tak tercover 3 hari 2 malam kami. Lagipun kami dah decide kat Kyoto-Osaka kami cuma nak jalan santai je. Kalau sempat pergi kami pergi kalau tak sempat pergi kami tak pergi. So meh tengok mana je kami pi. 

Cuma kat Kyoto ni kami ada 1 tempat je yang wajib kami pi iaitu naik Sagano Romantic Train. Sebab Romantic Train ni musim winter dia tak open dan selalu fully book. So yang ni wajib pi. Yang lain takpe tak wajib. Haha...


Hari Pertama (Kyoto-Osaka)

Plan asal kami sebenarnya nak keluar seawal subuh untuk ke Tottori dan Hiroshima tapi selepas difikir-fikirkan, kami decide untuk jalan sekitar dekat-dekat je. Kalau ke Tottori dan Hiroshima kami akan ambil masa seharian jugak. So maybe next time datang Kyoto/Osaka boleh pergi Tottori dan Hiroshima. JR Pass kami cuma berbaki 1 hari je lagi so sebab tu plan asal nak guna sehabis mungkin JR Pass tu so boleh pergi Hiroshima dan Tottori. Tapi kuasa Allah mengatasi segalanya sebab pagi tu kami bangun lewat dan sebab dah alang-alang lewat, subuh pun subuh gajah so naik atas katil tarik selimut semula. So maafkan kami sebab tak boleh nak cerita pasal Tottori dan Hiroshima kat korang sebab plan kami musnah disebabkan godaan syaiton katil pagi tu. Haha.... 

So kalau korang berpeluang ke Kyoto atau Osaka ambil la masa korang ke padang pasir di Tottori. Perjalanan lebih kurang 3 jam daripada Kyoto ke Tottori. Memang tempat tu jauh dan takde pape best tapi kami suka tempat-tempat macam tu boleh ambil gambar yang cantik, boleh feeling-feeling berada di padang pasir dan jarang orang pergi. Lain orang lain citarasa kan. Kalau perasan trip kami ke Jepun ni kami takde masuk muzium-muzium sebab itu bukan citarasa kami. Haha.

Ok kembali kembali ke cerita asal. Haha.

Ini antara tempat-tempat yang kami sempat p.

Expo'70 Commemorative Park. Commemorative Park ni terletak bersebelah Expocity, Osaka. 

Motif ke sini? Takde motif tapi sebab kami pi musim bunga so ada berlangsung festival bunga. Tak minat bunga tapi entah macam mana ter jugak pi sini. Ni memang takde langsung dalam itineri. Kaki ku melangkah entah ke mana la kali ni. Hahaha...

Ini laluan yang kami pilih. Sebab JR Pass masih valid, so kami kenala cari laluan yang cover by JR Pass so takdela membazir nak bayar duit tren kan. Guna semaksimum boleh JR Pass sebab beli mahal kot.
Kami keluar agak lewat pukul 10.33 pagi baru nak terkedek-kedek naik tren. Sebab sebelum tu dok berfikir lagi nak ke mana sebab plan nak ke Hiroshima dan Tottori tinggal sejarah. Haha

Emmachi Station. Tunggu tren untuk ke Kyoto Station lepastu dari Kyoto Stn. kami akan tukar tren ke Ibaraki Station. Kenapa tak naik tren dari Kyoto terus ke Expocity? Sebabnya JR Pass cover sampai Ibaraki Stn. saja iaitu station tersekat dengan Expocity. So dari Ibaraki Stn. kami naik bas ke Expocity, Osaka. 

Lupa nak kabor, ni sarapan kami sebelum keluar berjalan. Sambal tumis tempoyak petai ko. Ko hado? Xdo kan? Haha

Kalau yang nak naik train terus ke Expocity ni boleh turun di Bampaku-Kinen-Koen Stn. Pastu jalan kaki je daripada train station. JR Pass tak cover laluan ke station ni sebab tu kami hanya naik sampai Ibaraki Stn. kemudian naik bas ke Expo'70. Tiket bas pun kena bayar sebab tak cover by JR. Tapi maaf lupa harga tiket bas. Rasanya kalau tak salah  210 yen.

Expo'70 ni sangat besar kawasannya so pandai-pandaila nak ke mana dulu. Dan of coz la kena bayar tiket masuk 250yen. Rujuk sini untuk lebih lanjut pasal park ni Expo'70 Commemorative Park!! dan untuk akses ke sana rujuk sini Access Map!!

Ni sikit info pasal bunga apa yang ada. Tengok musim jugak so jangan redah je. Nanti p takde bunga frust pulak.

Tengok je la gambar apa yang kami sempat snap. Macam banyak gambar ambil tapi entah kenapa ni je ada dalam simpanan. Terdelete kah gambar lain??? Emmmm...












Expocity Osaka

Dari Expo'70 Park kami ke Mega Don Quijote sebab nak cari biskut kapal murah. Tengah offer masa tu 68yen. Ni paling murah kami dapat so alang-alang dah berada di Osaka ni kami terus je la ke Mega Don Quijote tu. Jauh jugak nak ke Mega Don Quijote ni tapi dah ada JR Pass so pakai je la. Sambil tu boleh jalan-jalan tengok apa best kat situ.

Untuk ke Mega Don Quijote ni kami ambil tren daripada Ibaraki Stn menghala ke Shin-Imamiya Station. Mega Don Quijote ni betul-betul depan Shin Imamiya Station. Dari Mega Don Quijote korang boleh jalan kaki je ke Osaka City Museum of Fine Arts. Tapi maaf takde gambar Osaka City Museum of Fine Art ni sebab kami tak p. Hehe...

Dari Shin-Imammiya dan Mega Don Quijote ni korang juga boleh jalan-jalan sekitar Tsusenkaku Tower dalam 500 meter daripada Mega Don Quijote.

Laluan dari Ibaraki ke Shin-Imamiya Station. 
Tsusenkasu area. Nampak tower tu? Nak naik kena bayar ok. 700yen + 500 yen kalau nak keluar to open deck
Gambar ihsan google. Ada kisah disebalik kenapa kami takde gambar area Tsusenkasu ni. Biarla disimpan jauh dilubuk hati kenapa dan mengapa. Haha..

Lepas dah berjalan-jalan disekitar Shin-Imamiya dan dah borong biskut kapal banyak-banyak maka kami pun ambil tren balik ke Emmachi. Malam nak jalan-jalan area Kyoto pulak. Dalam masa sama misi cari G-Shock masih berlangsung . Haha.

Ni laluan tren kami balik ke tempat penginapan di Emmachi. 2 kali transfer tren. Simbol T yang kaler oren/kuning tu maknanya kena transfer tren lain ok.

Muka bahagia lintas jalan sebab lagi 100meter nak sampai apartment boleh mandi dan rehat. 
Sebelah malam lepas magrib kami keluar makan malam di Ayam-Ya, Kyoto. Dekat dengan Kyoto Station. Motif sangat nak ke sini sebab sebelum makan boleh cuci mata kat Bic Camera kat Kyoto Station. Haha. Walaupun tak beli, tapi dah jadi habit plak, kat mana ada Bic Camera je mesti nak masuk.

Macam biasa kena naik tren daripada Emmachi Station ke Kyoto Station. Malam ni last la kami guna JR Pass sebab dah cukup 7 hari JR Pass yang kami beli. Dan memang guna sehabis guna la JR Pass tu.
Nampak tu kedudukan Ayam-Ya, Bic Camera dan Kyoto Station?? Uniqlo tak masuk sebab tak rasa nak masuk. Haha.
Jalan kaki je dari Kyoto Station ke Ayam-Ya. jangan mengada nak naik teksi pulak. Haha

Ayam-Ya Halal.

Bahagian dalam kedai. Nak order kena order kat mesin. Masuk duit pastu pilih nak makanan apa macam beli air tin tu.
Ni ha vending machine untuk order makan.
Gambar ihsan daripada google sebab rasa macam ada ambik gambar tapi entahla tak tau macam mana ada gambar yang missing in action.


Chicken Ramen pedas. Saya suka saya suka. Haha
Yang ni tak ingat nama apa. Sedap jugak. Ayam-Ya ada buka cawangan kat KL so nanti bolehla p try.

Kedai tak besar pun. Kalau kedai Halal standard kedai memang macam ni ke? Kecik je. So kalau mai time orang ramai tu nasib ler kena tunggu. Alhamdulillah time kami mai tak ramai masih ada meja kosong.

Dah habis makan kami pun berjalan balik ke Kyoto Station sambil-sambil mengambil angin malam. Dari Kyoto Station ni boleh nampak Kyoto Tower bertukar warna.




Kyoto Tower
Kyoto Station malam-malam pun sibuk lagi. Berkot berkameja entah pukul berapa sebenarnya orang-orang Jepun ni balik kerja.



Pengakhiran JR Pass. Gambar sebelum balik ke Enmachi. Esok pagi nye dah tak boleh pakai lagi JR Pass.

Pengakhiran JR Pass kami...

Sejujurnya kami cakap, walaupun nak beli JR Pass ni mahal 29,110 yen (dalam RM1XXX bergantung pada rate yen) tapi memang berbaloi la untuk yang nak travel jauh-jauh macam kami. Kalau dekat-dekat je memang tak berbaloila. So sebelum beli buatla kira-kira sikit pastu listkan kebaikan dan keburukan. Hehe. Dengan JR Pass ni kami dapat naik Shinkansen dan reserved seat tanpa perlu bayar dan risau pape if tertinggal tren ke atau tetiba nak ubah plan ke tempat lain ke apa. Bila dah reserved seat ni maka tak perlu la berebut naik tren nak cari seat kan. Setiap tren/shinkansen memang dah ada coach yang special untuk reserved seat saja. So tak campur dengan orang yang tak reserved. 

1 lagi suka kami ingatkan ye, tak semua train/shinkansen yang dicover oleh JR Pass ni so, plan betul-betul. Kami pun plan semua route kami ni melalui hasil pencarian di internet, pembacaan daripada blog-blog, daripada website-website dan lain-lain.

Ni la rupa sebenar JR Pass peneman kami sepanjang 7 hari. Dia banyak membantu. Tapi masuk hari ke-8 dia dah arwah. So good by JR.
Simpan buat kenangan. Kami beli JR Pass ni online daripada KLOOK so dapat map free dan harga pun dapat diskaun. KLOOK ni rajin juga buat offer. So rajin-rajin la survey. Bila day bayar nanti dia akan pos terus ke rumah.


Hari Kedua (Kyoto)

Kami bangun awal pun tak awal sangatla. Pukul 7 dah keluar dari apartment ke Emmachi Station untuk ke Kyoto Station. Since JR Pass kami dah expired jam 12.00 malam tadi so kami decide untuk beli Kansai Thru Pass je so boleh turun naik tren/bas tanpa risau pasal tambang pasal kalau sesat kena beli tiket lain ke apa. Selepas di congak-congak kami masih untung. Sebabnya nanti dari Kyoto nak ke Osaka Airport boleh tahan jugak tiket kalau beli kat mesin. 

Sebagai contoh, paling murah daripada Kyoto ke Osaka naik bas pun dah 2,500 yen tapi dok dalam bas je la tak boleh berhenti mana-mana lepastu ditambah pulak kos naik turun tren 2 hari kat Kyoto dan Osaka pun dah berapa bila campur-campur balik, so alang-alang beli je la Kansai Thru Pass untuk 2 hari untuk kami guna harini dan untuk balik esoknya. Kalau JR Pass valid lagi bolehla pakai untuk ke airport tapi ni dah arwah maka kenala beli pass lain yang menjimatkan. As usual, sebelum beli apa-apa pass buatla kajian dan timbang kira dulu agar kita tak menyesal dan rugi di kemudia hari. Hehe...

Korang perlu ni untuk naik tren/bas unlimited thru Kansai Area. Kalau nak beli Kyoto Pass pun boleh tapi Kyoto pass takleh la nak pergi seluruh Kansai Area. Kyoto dan Osaka termasuk dalam Kansai Area.
Untuk details pasal KANSAI THRU PASS klik sini
The Kansai Thru Pass is a rail pass that provides unlimited use of trains, subways and buses in the Kansai Region (around Osaka and Kyoto), with the prominent exception of JR trains. It can only be used by foreign visitors to Japan.
Kansai Thru Pass
2 Days
4,000 yen
3 Days
5,200 yen
Reduced rates (50% off) apply for children aged 6-11.

Selain pass, korang perlukan ni jugak.
Kyoto map ni kami dapat masa pi Matta Fair. So boleh study dulu sebelum pi Jepun kan. Banyak giler map kami ambil di Matta Fair . Map Tokyo, Shibuya, Shinjuku, Toyama, Takayama complete kami dah ada hasil menuai di Matta Fair. So sampai Jepun dah tak payah nak kalut pi cari Information kaunter / tourism kaunter ambil map dah sebab semua dah stanby daripada KL. Dah siap-siap study mana nak pergi, macam mana nak pergi etc.

Hasil study daripada KL ke Jepun. Haha.. Yang kami cloud tu antara attraction yang kami nak pi dan yang paling penting semua attraction ni berada berdekatan/disekitar penginapan kami. Nampak tu kami * "guesthouse"? hah tu la apartment yang kami stay untuk 3 hari.

Map ni juga boleh dijadikan rujukan untuk lokasi-lokasi attraction di Kyoto. Boleh akses dengan bas atau tren ikut pilihan masing-masing ok. Yang ni ambil je daripada internet.


Kita mulakan perjalanan kami ke Fushimi Inari terlebih dahulu. Hehe.

Dari Kyoto Station kena naik tren dan turun di Fushimi Inari Station. Tengok map kat bawah ni. Dekat je kan?? 

Laluan tren ke Fushimi Inari Shrine

Ini lah stesen Fushimi Inari yang korang akan turun dan lepastu jalan kaki ke Fushimi Inari Shrine tu. Nanti keluar stesen akan nampak orang ramai jalan ke arah kiri tu ye la tu jalan ke Fushimi Inari. So follow je. Haha.
Amoi baju kuning hitam tu pun nak ke Fushimi Inari Shrine. So follow arah amoi kuning tu berjalan ok.
Ini la Shrine yang femes tu. Susah benor nak dapatkan gambar kosong tanpa orang lalu camni. Gigih jugak ambil cepat-cepat. Gambar ni di ambil sebelah laluan orang turun so tak ramai lagi la sebab time pagi ni orang baru sampai so laluan sebelah mendaki yang penuh orang. 

Sempatla bergambar dengan minah-minah Jepun ni. Depa mai sembahyang kot. Haha

Kat sini baru jumpa ramai orang Malaysia tapi as usual aku senyum depa tak senyum so malasla aku amek port.
Haha.. Aku terus.

Acah-acah model ye Omma



Tak lama pun kat Shrine tu sebab orang koi ramai so kami pun turun.

Macam-mamca jual sepanjang laluan naik/turun ke Fushimi Inari Shrine. Dan jugakla beli fridge magnet kat sin



Elok je melintas jalan kena tutup sebab tren nak lalu. Dah lama tak tengok suasana macam ni
Dari Fuhimi Inari Station kami meneruskan langkah untuk ke Arashiyama.

Motif utama ke Arashiyama sebab nak merasa pengalaman naik Sagano Romantic Train atau nama lainnya Sagano Scenic Railway atau nama lainnya Sagano Torokko Apa lagi yang ada yang ada di Arashiyama? Boleh rujuk sini Arashiyama

Macam mana nak ke Arashiyama tengok bawah ni ;

Tengokla daripada mana korang bermula. Pandai-pandaila merancang. Hehe...

By Japan Railways (JR)

The fastest access from Kyoto Station to Arashiyama is provided by the JR Sagano Line (also known as JR Sanin Line). The one way ride to Saga-Arashiyama Station takes 15 minutes and costs 240 yen. From Saga-Arashiyama Station, central Arashiyama can be reached in a 5-10 minute walk.

By Keifuku Railways (Randen)

The small trains on the Keifuku Arashiyama Line connect Arashiyama with Omiya Station at the intersection of Shijo Street and Omiya Street in central Kyoto (20 minutes, 210 yen). Keifuku Railways also provides access to Kitanohakubaicho Station in northern Kyoto, not far from KinkakujiRyoanji and Ninnaji Temples (20-30 minutes, 210 yen). One transfer of trains is required along the way. Keifuku Arashiyama Station is located in the very center of Arashiyama.

By Hankyu Railways

From Kawaramachi or Karasuma Station in central Kyoto (Shijo Street), take the Hankyu Main Line to Katsura Station and transfer to the Hankyu Arashiyama Line for Arashiyama. The one way trip takes about 20 minutes and costs 220 yen. Hankyu Arashiyama Station is located on the opposite side of the river, about a 5-10 minute walk from central Arashiyama.
So korang boleh pilih nak naik tren daripada mana ke mana. Macam kami, kami pilih laluan menggunakan Keifuku Railways (Randen) so dapat naik tren klasik warna purple macam dalam gambar kat bawah. Kalau dari tempat penginapan kami di Emmachi lagi dekat la boleh direct terus ke Saga Arashiyama Station. Tapi sebab kami ke Fushimi Inari dulu so lainla laluan nya. 

Ni laluan kami daripada Fushimi Inari ke Arashiyama 

Selepas nai tren turun tren jalan kaki naik tren semula pastu jalan kaki lagi baru la dapat sampai stesen ni.
Sai Station.Stesen tepi jalan je. Klasik betul. Nampak tu suku badan manusia berbaju hitam tengah tunggu tren. Tren aka tram ni akan berhenti dan kami akan naik.

Tren aka tram sampai dah.
Moh kita menuju ke Arashiyama

Aksi dalam tren aka tram purple yang klasik
Ni laluan tren untuk ke Arashiyama. Macam kami, kami turun di station Arashiyama pastu jalan kaki ke Sagano Scenic Train. Tak jauh pun. Dalam 5 minit mcam tu tapi boleh jadi 10-15 minit sebab menyinggah masuk kedai tu kedai ni, pastu ambil gambar bagai.
Dah sampai di Torokko Saga Station. Sebelah station ni ada muzium tapi kami tak masuk pun.

Beli tiket untuk Sagano romantic Train di kaunter ye. Kalau takde tiket tak boleh masuk. Boleh beli one way tiket atau return tiket. Macam kami, kami beli tiket return. So pergi dan balik naik tren yang sama. Kalau banyak duit bolehla try pergi naik tren, balik naik Hozugawa River Cruise menyusuri Sungai Hozugawa. Sebab tak cukup bajet so kami amek tiket return je la. Kalau ada duit lebih memang nak try naik river cruise tu.

Menunggu  Sagano Romantic Train tiba

Sagano Romantic Train dah sampai. Excited masa ni nak naik tren ni haha. Jakun sat.

Ready to go

Dalam Sagano Romantic Train. Kerusi pun kerusi kayu. Train ni memang klasik habis. Nak naik ni, seat kena reserved. Takde tiket maka takde la seat maka tak boleh la naik ye. 

Gambar ihsan daripada Sagano Romantic Train

Naik tren open air macam ni best oooo....







Bamboo Groves ni sebelah je dengan station Sagano Romantic Train / Torokko Saga Station. Boleh jalan kaki dekat je. Masa naik Sagano Romantic Train pun boleh nampak Bamboo Groves ni daripada dalam Sagano Romantic Train.

Lepas dah menghabiskan banyak masa di Arashiyama, perut pun berkeroncong dengan lajunya. So kami naik tren purple yang klasik tadi sekali lagi untuk ke Gion. Motif sebab nak solat di Masjid Kyoto.

Ni laluan kami daripada Arashiyama ke stesen terdekat dengan Masjid Kyoto iaitu Jingu-Marutamachi Station.
Banyak lagi laluan alternatif lain yang korang boleh pilih. Since kami ada Kansai Thru Pass so tak perlu la byar kan.

Dapatkan map ni so senang nak tau mana tempat ada surau, masjid dan tempat makan halal sekitar Kyoto.
Dari Jingu-Marutamachi Station ke Masjid Kyoto jalan kaki dalam 700 meter. Tapi sebelum sampai masuk ke masjid kami singgah makan dulu di restoran Salman & Sohel Halal Kitchen. Restoran ni terletak berdekatan simpang ke Masjid Kyoto. Roti naan dia sangat sedap ok. Kami makan sampai licin. Maybe sebab perut lapar sama tapi kami rekemen la restoran ni sebab apa yang kami order ni memang kena selera.

Nampak roti naan tu? Sedap!!

Kami di depan Kyoto Islamic Culturan Centre. Pintu tepi tu untuk masuk ke masjid. Masjid ni ruang solat dia bahagian bawah. So kena turun tangga. Sebab ada papan tanda dilarang ambil gambar dalam masjid so kami tak ambil la. Peraturan kena ikut ye. Hehe.. 

Kami selepas solat

Lepas dah selesai solat kami jalan kaki dari Masjid Kyoto ke Gion area. Lepak-lepak tepi sungai menanti malam sebab nak kejar Geisha kononnya tapi hampeh misi mengejar Geisha punah. Dapat tangkap melalui cermin tingkap ni je. Nampak tu kakak Geisha tengah layan tetamu ditingkat atas kedai tu??? 
Gion (祇園) is Kyoto's most famous geisha district, located around Shijo Avenue between Yasaka Shrine in the east and the Kamo River in the west. It is filled with shops, restaurants and ochaya (teahouses), where geiko(Kyoto dialect for geisha) and maiko (geiko apprentices) entertain.

Orang Jepun ni lepas balik kerja terus dengan baju pejabat berkot bagai lepak minum makan sampai tengah malam. Esoknya keluar kerja. Tak penat ke ha? 

Menyusuri lorong-lorong untuk mencari Geisha tapi sampai ke sudah tak jumpa. 

Betul la kata orang, susah betul nak dapat jumpa. Tak tau pukul berapa kakak-kakak Geisha ni keluar bekerja. Macam lipas kudung. Kalau dapat jumpa tu memang rezeki la. Kalau tak jumpa Geisha, dapat jumpa Maiko pun kira ok. Ni Geisha pun x jumpa Maiko pun tak jumpa. Hahaha...
Pesanan Penaja :
If you spot a geiko or maiko, act respectfully. Complaints about tourists behaving like ruthless paparazzi are on the increase in recent years.

Yela, semua orang tiba-tiba daripada jadi manusia normal bertukar profession jadi paparazi sibuk kejar Gion. Kalau pergi area ni boleh tengok semua orang pegang telefon/kamera dan mengintai-intai kot nampak Geisha. Tak percaya? Nanti pi tengok. Haha..

Masing-masing update IG dan FB kecewa tak dapat jumpa kakak 

Lepak-lepak di Shirakawa Area.

Shirakawa Canal
Kalau disiang hari boleh rendamkan kaki dalam sungai ni. Jernih je airnya. Sungai ke tali air?


Dah puas pusing-pusing area Gion ni kami ambil bas balik ke Emmachi. Kena tengok nombor bas jangan main naik je. Maaf tak ingat nombor bas sebab bas yang mula-mula kami naik tiba-tiba out of service terpaksa turun pastu ambil bas lain. Sibuk nak cari bas balik Emmachi semua benda lupa. Overall, Gion area ni sangat cantik pada waktu malam dan kami suka. Hehe...


Hari Ketiga  (Osaka)

Hari terakhir kami di bumi Jepun. Sebelum ke airport kami singgah di Dotonbori dulu untuk perabih duit. So dari Emmachi Station kami ke Kyoto Station kemudian tukar tren menghala ke Namba Station. Dari Namba Station jalan kaki je ke Dotonbori. Masa beli Kansai Thru Pass akan dapat map so nanti korang boleh tengokla kat map tu laluan tren/bas yang cover by Kansai Thru Pass ni. Tak semua tren korang boleh naik. MAP KANSAI THRU PASS KLIK SINI!!  Dari map ni korang boleh tengok laluan dari Kyoto - Namba Station. Boleh pilih alternatif laluan mana korang rasa nak lalu. Kena tukar-tukar tren tu normal.

Hari last hari terkahir, duit banyak lagi, maka terbeli la souvenir sikit untuk kaum keluarga dan kawan-kawan terdekat walaupun sebelum ni dah beli tapi nak beli lagi. Berlagak macam orang kaya hahahaha. Dan dalam masa sama kami tak habis lagi memburu jam G-Shock. So keluar masuk keluar masuk kedai is perkara biasa dan kamera pun tak sempat nak berfungsi sebab tuan pegang kamera last day ni dia pun nak ada masa untuk diri dia menikmati hari terakhir di Jepun so last day memang takde gambar sangat. 


Don Quijote
Sini murah jugakla keychain dia.

Ada masa boleh naik cruise kat sini. 
Dah pusing-pusing area Dotonbori kami ambil tren terus ke Osaka Airport. Last la kami guna Kansai Thru Pass sebab dah sampai airport dan balik KL mana nak guna dah. Kami tak jumpa pulak orang Malaysia yang baru sampai Osaka kalau tak, boleh bagi Kansai Thru Pass tu sebab Kansai Thru Pass kami tu masih berbaki banyak jam lagi untuk digunakan (kami tak habis guna 2 hari pun). Dah tak jumpa orang untuk diwakafkan so, pass tu simpan buat kenang-kenangan je la.


Kami sampai awal di Osaka Airport. Sempatla nak solat di surau dan makan dulu. Kat Osaka Airport ni jangan risau, kemudahan surau ada disediakan dan restoran makanan halal pun ada banyak pilihan.
Last day ni kami try Udon di airport je. Maaf, takde gambar tengah makan sebab bagi ruang untuk fotografer menikmati makanannya dan menghabiskan sisa-sisa masa yang ada untuk dia menikmati hari terakhir di Jepun. Haha...

Time to fly back to reality... KL aku datang...

So sekian untuk edisi Jepun kami. Maaf kerana ambil terlalu banyak masa untuk update. Secara kasarnya selama 9 hari kami travel ke Jepun dari :

KLIA2 - Osaka - Kanazawa - Toyama - Takayama - Tokyo - Kyoto - Osaka - KLIA2

Telah menelan belanja sebanyak RM3000 - RM35000 (all in termasuk tiket flight, penginapan, makan dan transportation di Jepun. Untuk detail bajet dan itenari boleh tinggalkan email kat ruangan komen di bawah dan InsyaAllah kami akan emailkan kat korang sebagai menghargai jasa korang yang rajin nak membaca dari part 1 hinggalah last part. Hehe.

Maaf andai ada ter'typo', tersalah ejaan, tersalah ayat, tersinnggung kat mana-mana atau tersalah info.

4 comments:

  1. Assalam, sy nak details untk cost n itinerary disana.. best sgt baca pengalaman travel blog sisi kami :)
    ni emel sy rainisa25@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Salam boleh tak nak itinerary? kalau free minta tolong email kan ke ishucaken@gmail.com.
    Thanks

    ReplyDelete
  3. Salamz sis kami baca ur story ronda tokyo-osaka.. Best tgk jln korang.. If free bole share iternary & budget dekt email syelamiharbi@gmail.com
    Thanks sis

    ReplyDelete
  4. Sis...thanks sebab buat entry pasal Osaka...Insya Allah boleh jadikan guide utk buat itinerary Osaka next year :-)

    ReplyDelete

Sila tinggalkan comment anda di sini. Terima Kasih...

Europe + Balkan (Eurokan) : Santorini (Episod 2)

Episod 2  Dari Istanbul kami terbang ke Athens. Flight kami ke Athens sampai malam so kami lepak di airport. Sempat lelap 2-3jam. Dal...

Nuffnang