center
Showing posts with label Birthday. Show all posts
Showing posts with label Birthday. Show all posts

Friday, 26 February 2016

Terjebak, Misi Penting dan Happy Birthday

3 - 4 hari lepas terima arahan dari Perancang Utama untuk menjebakkan diri dalam konspirasi menye"prise"kan ulangtahun kelahiran mak beliau. Hahaha.... Tanpa fikir panjang kami menyahut arahan dan tugasan tersebut. So lepas bincang punya bincang akhirnya kata sepakat dicapai dan ini hasilnya....



Tapi sebelum misi ni terlaksana, jom kita berkenalan dulu dengan 3 orang yang sangat berkaliber  dan komited bagi memastikan ada hati yang akan tersenyum nanti ;

(1) Perancang Utama merangkap Manager Operasi

  • Anak mummy yang nombor 2, orangnya sweet-sweet gitu, berperwatakan lemah dan lembut sekali jentik terus tumbang, terlalu sayangkan maknya sebagai kekasih awal dan akhir, bertugas di Hospital sebagai tukang bagi ubat kepada pesakit, suka menggunakan ayat-ayat "power sangat "dan "kannn...", kadang-kadang kelakar orangnya, memandu kereta jenis Perodua Myvi bewarna purple, anak yang baik dan Insyaallah solehah, mempunyai impian untuk kahwin dengan putera raja sebab tu sehingga ke hari ni belum bertemu jodoh... hehe...

(2) Pembantu Upahan 1 untuk Idea & Konsep

  • Berperwatakan agak kasar tapi lembut di dalam, memang gemar aktiviti surprisekan orang, pemurah, tak kisah pasal duit janji hati puas, sukakan gadjet, agak banyak makan bila malam menjelma sebab kat ofis jarang makan, bercita-cita tinggi kadang-kadang sampai tak terjangkau cita-cita dan angan-angan beliau, bila tak dapat sesuatu yang diinginkan boleh menjadi murung dan suka protes, kadang-kadang agak pemalas, selalu kena marah dengan omma, suka kemas rumah bila ada mood saja, cepat touching bila tengok drama air mata, suka sangat travel dan tak kisah menghabiskan masa sepanjang hari depan komputer... hihi...

(3) Pembantu Upahan 2 untuk hal-hal urus tadbir yang lain

  • Kadang-kadang berperwatakan lembut dan kadang-kadang kasar, susah nak kenal pasti personaliti sebenar, sangat caring dan penyayang, tapi kadang-kadang hati beliau boleh jadi keras macam batu,  senyum sangat manis sebab ada lesung pipit halus je, lebih muslimah, rajin mengaji Quran, selalu pasrah dan ikutkan je kemahuan Pembantu Upahan 1, menjadi peneman setia kepada Pembantu Upahan 1, bersifat keibuan, pengurus kewangan yang baik, bila masak kadang-kadang masakan tu menjadi sangatla sedap, tapi kadang-kadang menjadi so-so saja, sangat stress bila bawak kereta dalam jem, suka tidur dan selalu menjadi tulang belakang pada family beliau.... hehe...

Proses pembikinan ;

Malam sebelum di rumah Pembantu Upahan 1 dan 2. Proses menggunting.
Proses menulis dan gatai tangan tampal sticker.
Keesokan harinya, Perancang Utama tiba sekitar jam 6.20 petang dengan belon-belon yang dah awal-awal ditempah oleh Perancangan Upahan 1 dan 2. So Perancang Utama cuma pergi pick up je belon tu kat kedai.
Misi menggantung birthday wish kat wall. Maaf kepada tuan punya bilik sebab kami seludup masuk bilik ni tanpa pengetahuan.
Proses susun belon. Kejap atas kejap bawah kejap kiri kejap kanan. Tapi sebelum tu kena kemas sikit bilik ni sebab bersepah sangat mengalahkan ofis bursa saham. 
Proses ini hampir siap sepenuhnya
Dan inilah hasilnya sebelum kami balik dengan Perancang Utama berdebar nak tunggu esok pagi nya....

So kita tunggu la apa jadi keesokkan paginya. Belon tu dah treatment so boleh la  tahan terapung tu 48 jam. 

Setinggi-tinggi terima kasih pada "pemberi kunci" yang telah membantu. Jasamu akan kami kenang. Hehe...

Harap tuan punya badan suka dan senyum sokmo. And also Happy Birthday, semoga panjang umur dan sentiasa dimurahkan rezeki. Dah tak lama lagi nak pencen kan.....Haha...


Total Perbelanjaan :
  1. Belon Helium + treatment (48jam boleh tahan) = RM 4.50 x 10 biji = RM 45.00
  2. Kertas, pen, gunting, sticker, tali, etc = Free sebab guna barang sediada ja
Maka JUMLAH PERBELANJAAN untuk menye'prise'kan mak Perancang Utama cuma RM 45.00 sahaja.




Europe + Balkan (Eurokan) : Santorini (Episod 2)

Episod 2  Dari Istanbul kami terbang ke Athens. Flight kami ke Athens sampai malam so kami lepak di airport. Sempat lelap 2-3jam. Dal...

Nuffnang