center

Wednesday, 27 July 2016

DIY Kitchen Cabinet IKEA - Apa Yang Perlu Beli???

Apa yang perlu ada dan apa yang perlu dibuat untuk dapat seketul kabinet macam ni???




  1. 1st of coz  kena draf design kedudukan kabinet tu nak macam mana. Bentuk L ke menajang ke U ke island ke...
  2. Make sure tahu ukuran rumah. Even lukis pakai tangan pun kenala guna scale yang betul untuk pastikan design tu muat/sesuai dengan saiz dapur.
  3. Ukuran kabinet, model, brand, patern, jenis, warna, tombol, kaki, sinki, paip, etc boleh rujuk website IKEA bahagian KITCHEN. So dah boleh bajet saiz besar mana nanti bila dah pasang.
  4. Kemudian pergi je IKEA bahagian kitchen cabinet dan minta bantuan pekerja IKEA kat situ. Nanti dorang akan tolong dapatkan barang-barang yang kita perlukan. Masa ni bolehla minta khidmat nasihat free dari dorang. Macam kami, kami dah study dulu so sampai IKEA terus je minta quatation dan barang. Pilih barang yang nak guna je. So boleh bajet duit. Hehe.
  5. Dah selesai collect barang, bayar dan boleh bawa balik rumah untuk pasang. Macam kes kami ni table top paling panjang 249cm so ngam-ngam muat dalam kereta Preve. Tapi kena turunkan seat penumpang la baru muat. Top je yang panjang, yang lain kotak-kotak biasa je.
  6. Proses pasang macam biasa, ikut je manual dalam packaging setiap barang yang kita beli tu. Tak susah pun. Kalau kami yang perempuan ni boleh pasang of coz la abang-abang sado kat luar sana lagi terror pasang kan. Hehehe.... 
  7. Proses pasang untuk 3 kabinet 6 pintu ni tak sampai 1 jam pun. Cuma yang leceh nak tebuk dan pasang sinki dan hob (dapur). Yang ni terpaksa minta bantuan orang sebab bab tebuk tu tak terror. Macam kami, hob (dapur) tu adik laki kami yang tebuk kan, sinki dan paip pulak terpaksa upah tukang paip sebab kena ubah kedudukan sinki dan paip asal ke lokasi baru. Kalau perasan kat tepi kabinet ada nampak lubang-lubang paip sinki lama. Cacat sikit disitu, Insyaallah nanti baru nak tampal.
  8. Then siap la. Rak kat dalam kabinet pun boleh diy. Kalau ada duit lagi pergi la IKEA cari shelf dan eksesori tambahan. Hehe.. Buat masa sekarang kami tak rajin lagi so guna je la dulu apa yang ada. Janji seketul kabinet dapur dah ada cukupla. Puas hati sebab pasang sendiri boleh adjust ikut yang kita nak. 
  9. Ini kabinet jenis METOD bukan FYNDIG. METOD ada waranti 25 tahun, kalau FYNDIG takde waranti.



Jom tengok apa kami beli untuk complete kan set kabinet ni ;

RM 305 x 3 ketul - RM75  = RM 840
(Sebab tak  nak plinth so tolak plinth RM75) 
Plint tu kayu putih yang cover kat bawah kaki kabinet tu.  Kami tak pasang plinth sebab senang nanti nak sapu sampah/habuk bawah kabinet.


Table top x 1 keping = RM 290

Paip x 1 = RM 99

Sinki x 1 = RM 79

Leg x 3 = RM 45
Handle x 1 = RM 5.90
Peralatan penting ;
Ada cordless drill ni cepat kerja. Kalau manual pakai skru driver lambat sikit la
TOTAL HANGUS UNTUK KITCHEN CABINET + PINTU + SINKI + PAIP + KAKI +HANDLE
= RM 1,358.90 (utk brg IKEA shj)

Lain-lain kos ;
  1. Dapur hob + hood brand Elba + serombong asap = RM 1400
  2. Upah ubah kedudukan paip + tebuk sinki + pasang sinki + pasang paip = RM 250
  3. Upah pasang hood + serombong asap = RM 200
  4. Silikon + pistol = RM 15.00
  5. Upah tebuk lubang hob (dapur) free sebab adik yang tebukkan
  6. Upah pasang kabinet 6 pintu free sebab buat sendiri

Jom layan gambar yang sempat kami snap masa proses pemasangan kabinet ni ;

Design dulu. Mesti ikut scale yang betul.
Terpaksa turunkan seat penumpang depan dan belakang untuk muatkan top sepanjang 250cm ni. Kajang to Kedah...
Penuh bonet barang-barang untuk kitchen cabinet

Barang selamat mendarat kat Kedah
Sebelum operasi pasang kabinet. Masa ni kedudukan sinki sebelah lain. So terpaksa upah tukang paip untuk ubah kedudukan tu ke sebelah tingkap kanan. Upah buat piping baru untuk dapur RM250
Mula-mula kena pasang base. Just cantum-cantum je tiga keping papan ni. Guna cordless drill cepat dan jimat masa
Pasang base dulu

Selesai pasang base pertama. So ada 2. Yang 2 lagi pun just cantum jadi macam ni jugak
Pasang besi atas untuk cantum dengan top nanti
3 biji base siap dipasang. Lepas tu letak je top kat atas. Adjust kedudukan biar centre. Masa ni try dulu susun-susun. Sebelum pasang top bolehla adjust-adjust ikut yang mana berkenan dihati. Masa ni bolehla ubah-ubah lagi. Nanti dah pasang top dah takleh ubah sebab dah skru kan.
Pasang kaki kabinet. Pun guna cordless drill je cepat.

Siap pasang kaki kabinet

Proses pasang pintu kabinet

Pasang pintu kabinet ni paling senang tekan tekan je dan lock siap

Satu pintu dah berjaya dipasang

Sementara menunggu orang buat paip tolong tebukkan lubang sinki kami pasang pintu dulu.
Lubang sinki dah tebuk, top dah pasang masa ni. Kami jugak pasang/letak counter bar kat sebelah kabinet tu. Counter bar tu beli 2ndhand kat mudah.my je jimat..
Proses pasang hood. Yang ni terpaksa upah sebab takde kepakaran nak tebuk dinding pasang serombong tu. Upah pasang RM200. Lubang untuk hod pula adik kami tolong tebukkan.
Selesai. Make sure sekeliling sinki tu letak silikon untuk halang air meresap ke bawah sinki. 


(Gambar ihsan Mr.Google)
Ini la rupa silikon tu. Letak silikon sekeliling sinki untuk elak air meresap ke bawah sinki. Boleh beli kat kedai hardware ada jual. Set pistol + silikon dalam RM15 macam tu.
Abaikan lubang sinki yang lama tu. Tak sempat nak tampal lagi. Hehe...
Done..Selesai...




Keseluruhan ruang makan dan dapur untuk ketika ini. Bila mood lain datang nanti maybe aturannya berubah kot. Hehe..






Ok, tu saja kot buat masa ni. 


100 comments:

  1. Cantik. Yg pasti jimat sangat. Senang diy sendiri. Cuma tengah bayangkan kalau nak buat bentuk L.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak bentuk L pun boleh. Try g ikea minta bantuan org keja ikea. Nnti dorg boleh bgtau barang apa yg kena beli. Haritu ada tgk, nak pasang bentuk L pun senang jugak

      Delete
  2. Tabletop tu material die ape?kayu jgk ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan kayu. Ni details kat web ikea. Setiap item tu ada dia bgtau material apa.
      Product description & measurements
      Particleboard, High-pressure melamine laminate, Reinforced polypropylene plastic

      Delete
    2. Table top kene tebuk eh utk pasang hob? Ada x jual yg dah siap tebuk?

      Delete
    3. Table top kene tebuk eh utk pasang hob? Ada x jual yg dah siap tebuk?

      Delete
    4. Ye kena tebuk sendiri. So far IKEA x de jual yang dah tebuk...

      Delete
    5. boleh sy tau tebuk guna alat apa?.. sy tgh plan nk pasang ni.. tp piker nk tebuk utk letak sinki and dapur hob tu yg leceh sket..

      Delete
  3. Tabletop tu material die ape?kayu jgk ke?

    ReplyDelete
  4. Nice job, akak pun mmg nak pasang sendiri tapi tiada semangat lg, ni tgk adik2 buat, terus esok nk g beli....ni adik2 tak pasang besi kt dinding utk ikatkn kabinet supaya tak move ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Besi tu ada beli tapi tak pasang pun sebab area tu kawasan tingkap so kalau pasang xleh nak letak kaki/kaki kena pendekkan. Tu yg ktrg x pasang. So far x gerak2 la sebab top tu sendiri dh berat lagipun, paip untuk sinki tu dh melekat anatara dinding dan kabinet. Maybe kalau gerak jgk nnti ktrg drill je terus kabinet tu ke dindidng.

      Delete
  5. tebuk hob dapur guna apa sis?

    ReplyDelete
  6. macamana pasang silikon tepi sink? mmg ada jual khas eh?

    ReplyDelete
  7. boleh beli dekat kedai hardware. cakap nak silikon untuk letak dekat sinki...

    ReplyDelete
  8. salam ziarah..

    salute betul tgk buat sendiri nih....hakak pun x mampu nak buat sendiri (tambah plak dengan penyakit M kronik menyerang) hahahah...

    btw, selamat raya kurban sis.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Terima kasih dan selamat raya korban jgk

      Delete
  9. Cantek & jimat!! Teringin Nak pasang mcm nie Kat rumah baru, Kalu ikea pasang Kan Berapa Dia org charge & Nak mintak ctc no tukang paip & tukang pasang hood tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti ikea pasang bape caj kalau x salah 10% daripada harga barang. Maaf saya xde no tukang paip dan tukang pasang hood tu sbb semuanya kat kampung. Tak save pulak dlm henset ni. Maaf yer.

      Delete
  10. Puan.. nak pasang sinki tu..kena tebuk lubang sendiri ker

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye. Kalau cik baca betul2 ada saya nyatakan...

      Delete
  11. Salam Hai. Nak tanya. Table top ekbacken tu kene tebuk ke utk letak sinki? maaf bertanya sbb sy just nampak info tebuk lubang dinding utk sinki je. huhu. tq for ur reply :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Ye kena tebuk. Kalau nak letak sinki kena tebuk kalau tak nak letak sinki just pasang je tanpa tebuk. Boleh rujuk gambar ikea yg ekbacken tu. Dia jual sekeping tanpa tebuk. Dan kalau perasan ada gambar yg sy ckp sy dh siap pasang 3 base kabinet (Gambar no. ke-19 kalau tak salah kiraan sy). Masa tu masih dok adjust top ekbacken tu dan sinki masih belum pasang dan gambar sinki tu ada atas top tu.

      Kalau juga perasan saya ada tulis pasal "tebuk dan pasang sinki".
      "Cuma yang leceh nak tebuk dan pasang sinki dan hob (dapur). Yang ni terpaksa minta bantuan orang sebab bab tebuk tu tak terror."
      Gambar sebelum org pasang hood tu pun ada sy nyatakan "Lubang sinki dah tebuk...." Cuma mungkin info saya tak jelas sebab saya x cakap untuk masuk sinki, top ekbacken perlu ditebuk terlebih dahulu ikut ukuran sinki dan kemudian pasang/masukkan sinki yg dibeli ke dalam lubang yg telah ditebuk pd top ekbacken tersebut..... Maaf atas info yang tidak jelas.

      Delete
  12. Salam. Untuk table top tu, sesuai ke utk masak panas2 n basah2? Ke nanti staf ikea akan advice kita yg mana sesuai? Sbb sy risau pemilihan table top tu. Takut tak sesuai untuk wet kitchen. So far saudari guna ok?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. So far sy guna xde mslh tp x sure la org lain guna mcm mana. Dan sy beli table top yg ada waranti 25yrs. Ada jgk yg murah tp xde waranti. Kalau nk kepastian boleh je tnya staf ikea nnti.

      Delete
  13. Tumpang tanye, tong gas sis letak kat mana ye? Kat bawah dapur tu ye? Ada gambar tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kat bawah dapur dlm kabinet... maaf gmbar takde la...

      Delete
  14. Sis...xde ke metod wall kitchen kabinet...sbb tgk kat web mcm xde je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada. Cuba tgk btl2. Search metod. Sy baru try search kat web ikea td ada je.... kalau xde jgk boleh je wall cabinet pakai jenis lain...

      Delete
  15. Sis...klo bhgn dlm kabinet cmne...nk letak tong gas...pnggan mangkuk..periuk belanga...interior fitting yg mne kna bli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tong gas boleh je muat dalam tu. shelf untuk letak pinggan mangkuk kena design atau susun ikut citarasa masing2 Mcm sy, sy cuma letak shelf je tak mahal pun. Barang apa nk kena beli tu susah nak citer sebab banyak interior fitting yang ikea jual. Ikut citarasa dan bajet kita nk yg mcm mana. Lain org lain citarasanya. Untuk details interior fitting sy cadangkan better sis rujuk dekat staf ikea yg jaga bahagian kitchen cabinet. Dorang boleh bantu. Tq.

      Delete
    2. Tq sis..ad brg yg sis beli murah..skrg da mahal..

      Delete
  16. Salam. Sis, backsplash kat hob tu sis guna apa ye? tempered glass ke sticker or jubin? tertarik pulak, beli kt mana n harga berapa ye sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Itu sy beli kat IKEA jgk tp dh tak ingat nama apa. Boleh cari kat bahagian aksesori kitchen kabinet ada jual...

      Delete
  17. Assalammualaikum.. wow kagum la tengok hasil kerja ni..

    ReplyDelete
  18. Salam...tahniah sbb berjaya pasang sendiri...harap sy pun boleh buat jgk utk dapur kami nnt..

    Cuma nk tanya...mcmana awk pasang sink dan hob tu ye..mmg dh siap tebuk ke?

    ReplyDelete
  19. Salam...tahniah sbb berjaya pasang sendiri...harap sy pun boleh buat jgk utk dapur kami nnt..

    Cuma nk tanya...mcmana awk pasang sink dan hob tu ye..mmg dh siap tebuk ke?

    ReplyDelete
  20. Wsalam. Maybe puan terlepas baca kat perkara no.7 saya ada bgtau mcm mana sinki & hob tu dipasang. Xpela sy bgtau lain. Drp ikea x bertebuk. datang Sekeping. Balik rumah kena tebuk sendiri. lepas tu baru boleh pasang sinki & hob tu. Ikea x sediakan servis potong untuk sinki & hob kecuali puan beli kabinet, sinki & hob drp ikea dan minta org ikea pasangkan dari a-z. mcm kes sy, sy buat semuanya sendiri so tukang tebuk hob & sinki kena pandai2 cari tukang sendiri kalau x mahir untuk tebuk.

    ReplyDelete
  21. Salam..teruja btl..tahniah..cantik..sejak awal jan lg dok survey kabinet dapur..yg ikea..mmh xtgk2 pn lg..bc 25thn waranty..lg tertarik.

    ReplyDelete
  22. Meja sebelah dapur tu beli secondhand kat mudah.my. Meja ikea juga. Boleh cari kat ikea ada.

    ReplyDelete
  23. jenuh gak ye nak pasang...adoi la

    ReplyDelete
  24. Oh cantik. Nak tanya..... Boleh tahan air kah ikea produk ni. Saya teringin nak ubah suai dapur macam kak, tapi takut reput pulak cabinet tu kalau kena air

    ReplyDelete
  25. Salam..ade buat service pemasangan ikea kitchen cabinet x? Boleh pm kan contact no to azrina.ca@gmail.com? Tq

    ReplyDelete
  26. salam sis,
    tebuk tu sis buat sendiri ke atau kita boleh upah orang tebuk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Boleh rujuk keterangan kat no.7. Tq...

      Delete
  27. Tq sharing. Great work! Sy pon nak buat macam ni juga. Nampak mcm bole buat ni. Tabletop tu berat tak nak bawa blk dlm keta nati? U beli ni yg plg pjg mcm cover utk 3cabinet terus ye? Atau ada 3 kpg yg dicantum?

    ReplyDelete
  28. Tq sebab sudi membaca. Tabletop tu angkat 2 org takde la berat. kalau angkat sorang2 for sure rasa beratnya. Ye yang paling panjang sy beli so x perlu nak kerat2 atau cantum2 dah untuk 3 kabinet tu... kalau beli yang pendek2 kena adjust pulak time nak sambung tu.... hehe...

    ReplyDelete
  29. Assalam..

    Just nk tanya.. tong gas tu ok ye dlm almari tu? base dia mampu tampung ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Alhamdulillah dh setahun tong gas tu berdiri kukuh dlm kabinet tu. Hehe... belum ada tanda2 menunjukkan base dia x mampu tanggung beban tong gas tu...

      Delete
  30. salam nk tanye. kalau kite dah mmg ada table top concrete.. kite boleh beli kabinet tu custumize ikot saize kitchen top kite tak? atau die mmg jual seketul saiz mcm yg awak beli tu sahaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Tak boleh customize sebab Dia mmg jual seketul2. Melainkan saiz top tu sama panjang sama tinggi dgn ikea punya tp tu pun agak mustahil utk dicustomize rasanya sbb saiz ikea dh standard.

      Delete
  31. Salam sis, kagum..Alhamdulillah & tahniah, cuma nak tanya kat mana ruang nak buka pintu tu? sebab takde handle & ruang bhgian atas dgn top tupun dekatje. Hnadle satta tu pasang kat mana sebenarnya? Terima kasih sudi layan pertanyaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa gambar ni diambil handle tu x pasang lg. Handle tu pasang kat pintu kabinet. Tp kena tebuk lubang dulu pastu skru je. Kedudukan handle ikut selesa kita.

      Delete
  32. Sy nak tnye. Sinki tu skrg macamane ye. Kembang x silikon tu. Sbb rumah sy ni silikon die mcm dh kembang n tercabut sikit. Nak wat cmaneee ek. Dh xlawa dh 😅😅😅. Baru guna 2 tahun ++.

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far ok lg. Saya letak sticker aluminium foil dkt area keliling sinki untuk langkah berjaga2.

      Delete
  33. Salam Puan,
    Untuk water trap sinki tu, betul ke boleh connect dgn washing machine?
    Pastu, water tap tu ade connection untuk air normal n air panas kn? puan guna tak dua2 connection tu or puan guna satu je?

    ReplyDelete
  34. Wsalam. Tak pasti boleh connect dgn washing machine atau tak sebab saya x buat. Ye yg sy beli ni ada air panas dan air sejuk tapi saya cuma guna 1 je untuk air sejuk buat masa skrg. Satu lg saya tutup kalau tak air akan keluar kat salur bawah kalau tak tutup yang panas tu. Harap dapat membantu encik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm mana puan tutup saluran air panas tu ye?

      Delete
    2. Mcm mana puan tutup saluran air panas tu ye?

      Delete
    3. Ada jual penutup saluran air tu kat harware. Kalau nak senang beli je pili yg 1 saluran air je.

      Delete
  35. Salam Puan,
    Nk tny rak putih tepi peti ais belakang tu pn beli di Ikea jga ka?

    ReplyDelete
  36. Cantik la nti boleh cuba
    www.momstoreretail.blogspot.com

    ReplyDelete
  37. Salam sis. Worktop tu standard kan. Yg tebuk lubang untuk sinki IKEA tu upah org luar and Ikea tak boleh buatkan ke sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Worktop tu boleh rujuk katalog ikea untuk saiz nya. IKEA jual top sekeping tanpa tebuk. Kalau nak tebuk kena tebuk sendiri. Melainkan cik minta ikea pasangkan maybe dorg akan tebuk masa installation nanti.

      Delete
  38. salam..hob n hood tu muat ke nak letak kete sedan lepas beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. kalau mcm kes sy punya , dapur muat, serombong sedut asap tu x muat.

      Delete
  39. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  40. Assalam... harap dapat respon.. lubang untuk hob dan sinki tu kena tebuk dulu baru pasang ke.. atau pasang dulu baru tebuk? ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.
      Hob : Saya pasang dulu top baru tebuk
      Sinki : Sy tebuk dulu lubang sinki baru pasang.
      Ikut mana satu cik suka.

      Delete
  41. Memang cantik...

    Saya pun baru nak cuba pasang kabinet dapur ikea. Harap berjaya...

    ReplyDelete
  42. Memang cantik...

    Saya pun baru nak cuba pasang kabinet dapur ikea. Harap berjaya...

    ReplyDelete
  43. Salam. Nk tny blh ke beli ape2 metod metod base cabinet pastu mix n match je dan pakai 1 jenis pintu?
    Sebab byk kan jenis metod ni mcm veddinge la, kallarp la, tgk kt showroom ade base yg dah siap drawer nye design n harga dia. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Boleh. Untuk lebih details better cik tanya pada sales person dekat ikea bahagian kitchen cabinet. Tq

      Delete
  44. Salam, Kalau potong ayam / daging tahan tak? atau guna lesung batu atas worktop tu?
    sesuai utk dapur basah?

    ReplyDelete
  45. Nice blog..! I really loved reading through this article... Thanks for sharing such an amazing post with us and keep blogging! If you would like to know more about Kulina then please visit our website

    ReplyDelete
  46. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  47. Salam sis blh tnye bajet berapa ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua dah diceritakan 1 per 1, item dan harga jugak dinyatakan. Rajin2 la membaca.

      Delete
  48. salam sis nk tny,so far dh lebih kurang 3 thn, area sinki ok x? ada mengelembung x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far alhamdulillah. Cuma pastikan xde ruang yg air boleh masuk dlm kayu tu. Saya letak tap keliling sinki. Dan pastikan top tak terguris/calar yang boleh menampakkan kayu dalam. Kalau top tu elok takde calar/lubang air tu memang xkan meresap masuk.

      Delete
  49. Salam sis. So far sis guna table top ekbacken ni untuk prep masakan contoh mcm ayam ke daging ok tak? Kalau basah2 tempias cuci pinggan kembang tak ?

    ReplyDelete
  50. salam, boleh share apa panggil yg hitam kt dapur tu. material apa?

    ReplyDelete
  51. assalamualaikum puan.. selepas 4 tahun.. macam mana ya tahap ketahanan worktop erbacken

    ReplyDelete
  52. Puan nk tny. Sekarang masih xlekat kabinet ke dinding? Elok je terletak? Sebab kalau boleh nk yg xlekat dinding. Nk yg letak kat lantai je.

    ReplyDelete
  53. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  54. salam. nak tanye pasal pintu cabinet tu la. saya ade beli n tengah tunggu installer pasang. tp bile check balik, hinge xde dlm list (ikea kitchen planner yg listkan ape nak kena beli based on my kitchen cabinet design). so memang perlu la kan hinges tu, ke ade jenis pintu lekat dekat laci (mcm pelik je ni)?

    ReplyDelete

Sila tinggalkan comment anda di sini. Terima Kasih...

Europe + Balkan (Eurokan) : Santorini (Episod 2)

Episod 2  Dari Istanbul kami terbang ke Athens. Flight kami ke Athens sampai malam so kami lepak di airport. Sempat lelap 2-3jam. Dal...

Nuffnang