Selepas Astro menghentikan servis dorang kat umah kami, 2 hari juga dok adjust antena nak bagi clear tv. Last2 streaming kat laptop je tengok online. Dalam masa 2 hari tu juga kami sempat menggodek pasal Android Box TV. Pening juga nak pilih sebab macam2 ada. Macam2 model, macam2 version, macam2 jenama, macam2 perangai seller. Ada yang nak layan ada yang tak nak layan langsung.
|
Ni la rupa Android Box TV kami |
Akhirnya kami pilih Android Box TV M8, dengan version android 4.4 kitkat siap dengan kodi dan dah di install macam2 channel tv, movie, radio, etc. Puas la dok melayan streaming je. Kami ada post di FB pasal android box ni tapi sebab ramai yang dok PM bertanya so di sini kami nak clearkan untuk korang yang nak/teringin nak cuba android box ni. Sebelum pape, kami nak bagitau ni adalah pendapat kami. Lain orang lain citarasanya, lain pendapatanya....
Harga android box kat pasaran berbagai harga. Ada yang semurah 150 sehingga la ke harga ribuan ringgit bergantung pada version yang korang beli. Tapi yang kami jumpa orang jual sampai RM600. Yang ribu2 tu jumpa kat Lazada. Maybe lagi power kot kalau yang ribu ni.
Ada bermacam model. Model contoh : Minix (katanya ni yang paling glemer. Teringin nak pakai Minix Neo X8 tapi mahal RM550), M8, MX, MXII, Himedia, etc.. (macam2 ada))
Box yang kami beli ni harga RM330 je. Full install semua ada. Ribu2 channel tv dan movie. Boleh streaming sampai muntah. Hehe...
Kelajuan internet?? Otai2 cakap mesti 4Mbps ke atas dan unlimited internet untuk kelancaran streaming. Kebetulan streamyx umah kami memang dah 4Mbps so memang takde buffer kalau tengok tv. Tapi kalau internet time streaming tu tengah slow, ada jugala buffering sikit2. Tapi tak menjejaskan sangat pun.
Kami tak ambil apa-apa pakej just beli box sahaja. Kalau korang nak juga Channel yang macam @stro boleh langgan dengan harga RM35-RM40/bulan ikut provider masing2. Yang ni langgan kalau nak je. Dapat full channel @$tro. Semua ada. Since yang dok ada pun tak tertengok so, kami tak langgan pun pakej ni. Beli box je pun dah banyak channel dan movie.
Pakej yang ada channel macam @stro ni yang kami tau adalah HDTV dan Myiptv. Yang ni la yang korang kena bayar monthly kalau nak langgan. Kalau taknak pun xpe tiada paksaan.
Beza MYIPTV dan IPTV?? Jangan konfius antara MYIPTV dengan IPTV yer. IPTV FREE. Sampai bila2 pun tak perlu bayar. Dah include dalam box tu. MYIPTV tu yang ada full @stro channel so yang ni kena bayar baru dapat tengok. So lain sangat yer. Ejaan pun dah beza.
Movie tak perlu download dah pasni. Kalau nak tengok kami tekan je citer yang nak tengok tu. Macam2 movie ada untuk dipilih.
Beratus2 citer kartun free untuk budak2, mak2 budak dan bapak2 budak. Hehe...
Untuk kaki2 sukan dan bola pun ada. Nak tgk EPL ke ape ke just klik je.
Apa lagi yang android box ni boleh buat?? Boleh FB, Insta, game, google, play store, you tube etc.... Boleh tanya Mr. Google untuk lebih details.
Subtittle?? Subtittle auto so kalau ada, adalah, kalau takde, takde lah. Ini mungkin kekurangan nya. Tapi kami tak kesah pun. Kalau nak sangat tengok citer ada subtittle boleh juga tengok je terus kat youtube atau streaming terus dari Mr.Google. Bab2 subtittle ni kami tak kesah sangat. Haha....
Cara pasang senang je. Just beli box tu. Balik umah on tv, cucuk plug hdmi pada box dan sambung kat tv, on andorid box then connect wifi umah korang dah boleh tengok. Start tu pandai2 la korang cari channel mana nak tengok. Explore la puas2. For sure 1 minggu pun tak habis explore. Itu kami la. Maybe sebulan pun kami tak habis khatam lagi. Korang maybe lebih terror kan. Hehe.
Mana nak beli??? Macam kami cakap tadi search je kat tenet, berlambak orang jual. Kalau yang kami beli ni kami beli dari
FB Malaysia Android TV Box. Sangat rekemen sebab seller ni sangat membantu. Siang malam tak pernah jemu menjawab macam2 pertanyaan dari kami. Maaf yer abang seller, kami budak baru belajar. Kalau tak nak melalui FB then korang boleh call/wassap no.ni
017-5332063.
Oh lupa nak bagitau. Kami pakai streamyx 4Mbps, monthly bayar bil internet RM130 (sebelum ni pakai 1.0Mbps je) dan dapat streaming semua2 yang kami cerita kat atas. Minggu lepas TM call offer 4Mbps RM130, tanpa fikir panjang kami terus grab je. Nak pakai Unifi tapi area umah kami takde lagi Unifi so streamyx je la buat masa sekarang ni.
Kalau korang tanya kami, kami rasa berbaloi la bayar RM130 bulan2 dapat tengok channel free. Sebelum ni kami bayar streamyx 1.0Mbps je dah RM113 + Astro RM70 = RM 183. Tapi sekarang dengan RM 130 kami dapat lebih dari tu. Kan dah jimat RM 53.00. Sebulan jimat RM 53.00, kalau setahun dah jimat RM 636.00. Boleh dah beli tiket pergi melancong. Haha...
|
Nampak tak tu, dekoder Astro dah siap simpan. |
|
Rupa android box kami bila dah keluar kotak. Time ni tengah layan streaming |
Rasanya tu je kot yang kami boleh cerita. Nak tau lebih lanjut boleh try search dantanya Mr.Google. Ini semua idea, buah fikiran dan pandangan dari kami je. Takde kena mengena antara yang hidup dengan yang mati. Kalau ada info yang salah tolong betulkan. Sebab kami baru 3 hari belajar bab2 android box ni. Kalau korang tak sependapat dengan kami pun takde masalah. Kalau yang lebih suka Astro, teruskan melanggan Astro. Kalau yang dah tak suka Astro macam kami, maybe ni alternatif yang ada untuk korang bagi menggantikan Astro.
How's the streaming quality? Is it 360p, 480p, 720p or 1080p? Or adaptive depends on the connection speed?
ReplyDeleteQuality depend on the service provider and the cannel. Movie in HD, 360p, 480p, 720p, 1080p all have. Some TV channel also have HD. Different provider different quality. So far ok.
DeleteSedang menunggu , kawan order dr siam..sudah unlock password.
ReplyDeletewelcome to the club encik pencarikalam... hehe...
DeleteAdmin/penulis mesti tak minat sukan. kalau tidak mesti tau bahawa free streaming android/kodi ni memang susah utk live sport, kalau ada pun siaran2 kelabu aka low sd channel dan sangkut2 (ya sd pun sangkut sebab server yang siarkan channel tu terlalu ramai pengguna akses).
ReplyDeleteBerbayar myiptv atau hdtv yg sebulan RM30-40 itu pun bila perlawanan bolasepak pasukan popular akan ada masalah tu.
Kalau peminat sukan mmg wajib langgan myiptv atau hdtv, tp kalu setakat siri tv atau movie (SD, 720p dan 1080p), memang semuanya ada dan lebih baik berganda-ganda dari langgan asstro. Tentang sarikata, boleh install subscene plugin (official kodi).
thank you maikel sebab sudi berkongsi info..
DeleteApa original kodi?
DeleteSaya tgok sukan...melalui monbro.. .puas siap tv club bola lg...Nk tgok moto gp buka channel movista gp
DeleteKerap tak buffering kalau 4mbps?
ReplyDeleteSo far ok je... Kalau internet slow buffer sikitla tp x jejas sgt pun.
ReplyDeleteSory nak tanya. Kalau beli android box saja mcm awak, memang dalam tu siap dengan kodi dan dah di install skali eh channel tv, movie and radio semua tu ke? Dan boleh tahu tak channel apa je yang ada dlm android box tu?
ReplyDeleteyer memang dah siap install kodi dan channel tv. cuma balik rumah plug in dan connect internet dah boleh tengok. Channel banyak sangat so jenuh juga nak listkan senarai channel yang ada. Kalau nak beli nanti boleh je tanya orang jual tu. Lain orang jual maybe lain channel dia bagi tapi so far rasanya semua sam je kot. Boleh call nombor yang saya bagi tu dia akan menjawab semua pertanyaan awak. Orangnya tak lokek untuk berkongsi apa-apa maklumat. Saya nak terang pun tak berapa pandai tapi alhamdulillah la sejak pakai box ni takde masalah lagi.
DeleteHi sesiapa yg nak beli android box dan pasal myiptv..bole contact saya di wassap : 01111509540 (roy)..dapat harga spesel punye...dan affordable...
DeleteAndroid box ni tv1 tv2 tv3 boleh dapat ke
DeleteSaya beli mxq android tv rm 150 je kat lazada.
ReplyDeletelain brand lain spek lain la harganya...
DeleteBeli yg kat lazada tu pun mmg ada mcm2 software ker ktdlm tu?
DeleteTak pasti yang kat lazada tu dah ada install apk atau belum.... Maybe en.keymee 2231 boleh tolong jawabkan sebab dia beli dari lazada. TQ
DeleteYang besynya android tv ni ble connect mouse & keyboard dah jd mcm laptop siap bole main game online
ReplyDeleteBole tgk channel TV1, TV2, 3&9 x?
ReplyDeleteboleh tapi sekarang link tv broken.
DeleteMovies yg ad dlm apps tu yg latest ke??
ReplyDeleteYer latest. dan ada jugak yang lama. Boleh contact nombor telefon yang saya bagi tu. Insyaallah dia boleh terangkan semuanya.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum
ReplyDeleteSmpai skrg guna masih oke ke? Ada apa2 msalah x?
Waalaikumussalam..
DeleteYer masih guna dan akan terus guna. So far sampai sekarang semuanya ok. Tgk youtube pun takde buffer.
Asalam. Sy baru beli android box M8S. IPTV ada dua jenis, hdtv and myiptv. Sy langan hdtv, tp rancangan kegemaran anak saya, TVIQ astro tiada dlm hdtv. So kena swift to myiptv. So far, myiptv stabil tak siaran dia?
ReplyDeleteOo.. pd sy sama je dua tu cuma lain provider. As long as internet kuat siaran pun akan stabil. Kalau was2 boleh je langgan try sebulan tgk mcm mn. Kalau ok boleh continue dgn myiptv
DeleteAsalam. Sy baru beli android box M8S. IPTV ada dua jenis, hdtv and myiptv. Sy langan hdtv, tp rancangan kegemaran anak saya, TVIQ astro tiada dlm hdtv. So kena swift to myiptv. So far, myiptv stabil tak siaran dia?
ReplyDeleteThe Element is a tidy little box and looks pretty aesthetically pleasing. It comes with a remote that you can program to use on your Android Tv Box, too, which is a nice touch. The included HDMI cable is a bit short, but probably long enough to cover most of the logical places you’d put your Element Ti4. The package did not include an ethernet cable.
ReplyDeleteIni berdasarkan pengalaman saya la guna myiptv. Internet speed 50Mbps. Tp ada time2 tertentu channel akan lagging dan x boleh tgk. Bila cek balik ngan provider, mereka akan bg alasan pengguna lain ok x de masalah. Saya sorang saja yg bermasalah. X kan speed internet mcm tu pun x cukup lg. Kesimpulan nya baik anda langgan sebulan dulu test. Kalau ok puas ati baru proceed ngan pakej 3 bulan keatas. Sekian
ReplyDeleteBro sham..amik hdtv lebih stabil dan lancar. Saya sekarang guna myiptv dengan hdtv. Myiptv kerap lag dan buffer tapi hdtv smooth je saya layan. Cuma kualiti hambar sd tapi kalau tv 32inci masih ok lagi view
DeleteTq Sham sebab berkongsi. Macam saya, saya takde pengalaman mcm tu sebab tak pernah melanggan apa2 myiptv or HDTV. Dari mula beli sampi sekarang tgk je apa yg ada dlm box tu. Takde ambil mana2 pakej. Saya internet 4mbps je sebab tu je yg mampu. Hehe
ReplyDeleteHehe saya pun try sebulan saja. Lepas tu x dah. Sama mcm encik saya guna kodi je tgk free. Cerita melayu (movie, drama, tv show) pun byk leh stream.
DeleteSaya dah guna.. tp camne nk tgk tv ya..sy dpt tv1,tv2 je..cane nk tgk yg beribu ribu channel tu..sy xlanggan apa2..just tambah special kodi je..minta bantuan sis..sb seller saya xmembantu..pm me 01137775815 pls
Deletebagus.. info yg bagus dari seorang blogger... setiap soalan terjawab... hehehe..! Nora bagi empat bintang..!!
ReplyDeleteTerima kasih. Mana yg sy tau saya jawab je. Lgpun org dh bertanya x sedap plak bila kita x reply kan.. Hehe
Deleteassalamualaikum,sy nk tnya movie2 dr filem2 melayu bole tengok jugak ke? kena download software utk filem2 melayu atau software utk filem melayu dah ada dlm andriod tv box tu?
ReplyDeleteÙˆَعَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ السَّلاَÙ…ُ ÙˆَرَØْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُ...
DeleteMovie melayu ada dlm KODI just play je. Tp x byk mcm movie omputih la. Movie melayu x berapa ada sangat. So sy selalunya search kat google pastu play je dr link pencuri movie etc... Hehe
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteIni decoder ap..
ReplyDeleteNi x pakai dekoder pun encik. Cuma cucuk je cable hdmi antara box tu dgn tv dah boleh tgk. Tp kena ada internetla sebab box tu perlu connect ke internet/wifi.
DeleteI cant install the modules i dont know what im i doing wrong is there any tutorial explained step by step?? I cant find anything.
ReplyDeleteSmart tv box
online buy android tv boxes
Really sorry sir, i cant help you.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteMaaf encik, saya tak jual apa-apa. Saya pun beli dari orang. Apa yang saya tulis ni pengalaman saya bukan untuk promote atau jual barang. MyIPTV tu ada dlm box m8 dah siap install. Kalau nak tgk myiptv kena langgan dari provider.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteDepends on harga yang ditawarkan oleh provider masing-masing. Saya pun tak tahu sangat sebab tak melanggan myiptv...
DeleteAndroid box m8 yg cik pki tu ad hd x..N subtitle bhs mly..
ReplyDeleteAda yg ada, ada yang xde. Subtitle kena install sendiri. Untuk detail lanjut encik boleh call/wassap nombor yang saya bagi kat atas sebab saya tak pandai nak explain pasal box ni sebab saya pengguna saja. Maaf ye, kalau nak lebih details better encik tanya terus pada seller lagi mudah nak faham.
DeleteNk install Subtitle mcm mne!
DeleteBoleh google cara untuk add subtitle. Nak tunjukkan kat sini susah jgk sbb xde gambar. Sy pun belajar install sub drp google.
DeleteInfo yg bagus....tgh berkira-kira nak beli set Android tv jugak
ReplyDeleteTerima kasih sbb sudi menjengah ke blog sy. Yg mana sy tahu sy just kongsikan. Sy pun masih belajar nk guna android box ni. So far sampai skrg pakai takde problem lg. Daripada dulu tak tahu pape pasal android box ni, skrg dh pandai sikit. Hehe
DeleteSalam...sy pakai android box...internet dan online chanel semua boleh tgk.. tp nk login youutube or playstore x dpt...server not respond ke sumting camtu... knp ye??
ReplyDeleteWsalam... Sayax pernah pulak log in youtube @ playstore. Kalau nak tgk youtube just search kat google je. Playstore pun jarang guna. Tp so far xde lg guna yg kena log in ni kecuali FB je. Rasanya xde masalah kalau log in guna gmail akaun. Kalau problem jg boleh contact seller box tu...
Deleteas salam just nk tnye..yg strymx tu dia ada wifi utk di bawak kemana2 ke..mcm saya ada 2 rumah..x kan nk pasang 2 kan..maaf
ReplyDeleteWsalam. Apa maksud "steamyx tu dia ada wifi utk dibawak kemana2?" Kurang jelas sikit.
ReplyDeleteStreamyx ni wifi dari TM yg kita pasang kat rumah. Tak boleh dibawa ke mana2 sebab dia bukan macam broadband. Yang boleh dibawa kemana2 cuma android box yg kita beli tu. Android box tu boleh cucuk je kat mana2 asalkan ada wifi 4mbps keatas tp mestila unlimited data untuk streaming. So kalau rumah awak dua2 ada wifi (4mbps ke atas dan unlimited data) android box tu boleh je nak bawa pasang kat rumah lagi satu. Tapi kalau rumah lagi satu tu takde connection wifi macam mana nak connect ke android box tv tu utk streaming. Kalau Pakai broadband boleh tapi broadband kena unlimited data dan kelajuan mesti 4mbps ke atas.
kalau speed internet di rumah hanya 2mbps sahaja, still dpt channel x..
ReplyDeleteMaybe dapat tapi buffer la. Tersekat-sekat so nak tgk pun x best nanti. So far sy tak pernah lagi la streaming pd speed 2mbps. Kalau 4mbps cun, macam tgk tv biasa takde buffer. Cuma kalau internet slow kadang-kadang tu tersekat-sekat jgk.
Deleteok..terima kasih encik atas info..
DeleteAssalam.. Sy baru sambungkan android box ner MXQ .. Channel kadang okay ladang lama juga loading.. Yang tu xpa lagi, yang masalahnya org lain banyak channel..pasal ape sy nue keluar 12 jer huhu
ReplyDeleteWsalam. Maybe encik boleh merujuk kepada orang yang encik beli tu. Tanya dia ada install apa-apa tak. Lagi satu jenis box kadang memainkan peranan penting jugak selain kelajuan internet.
DeleteSaya pon sama.. channel xkeluar..ada apa2 advise x..cane nk buat
DeleteTuan..nk tnya..contoh klu provider yg kite beli box dr dia n then tibe2 die da xnk buat servis ni lg,mcm mana dgn siaran ye ?
ReplyDeleteooo jangan risau, tuan boleh beli/langgan pakej dari orang lain pulak. Sama jer.... Itu kalau tuan melanggan pakej yang bayar bulan2 tu la. Kalau beli box saja takde kena mengena kalau dia xnak buat servis ni lagi. Tuan masih boleh tonton siaran free selagi link tu tak broken. Sebab skrg link macam tv3, tv9 yg free tu problem tak boleh tengok. Yang lain ok je.... nak streaming movie online semua takde masalah.
DeleteTuan..nk tnya..contoh klu provider yg kite beli box dr dia n then tibe2 die da xnk buat servis ni lg,mcm mana dgn siaran ye ?
ReplyDeletehny bole guna broadband unlimited data sahaja ya? klu yg ada kuota mmg x bole ke? sy guna portwifi 4g LTE celcom yg baru, 22gb. bole ke? speed kt tmpt sy mmg lbh 4 mbps...
ReplyDeleteBoleh kalau guna broadband tapi nanti takut data 22gb tu cepat sedut habis macam tu je. kalau tak kesah data tu cepat habis atau kalau memang 22gb tu boleh tampung untuk streaming rasanya takde masalah. Unlimited ni untuk pastikan masa tengah streaming tu kita tak de gangguan terputus sambungan internet sbb unlimited kan so sebulan tu nak streaming hari2 pun xde masalah. Sepanjang saya guna, kalau unlimited ni pagi petang siang malam 24 jam on je streaming xde hal. Kalau 22gb ni saya tak pasti berapa lama dia boleh tahan sebab tak biasa guna lagi yg unlimited.
DeleteHdtv nak langgan dengan sapa tuan
ReplyDeleteBoleh contact nombor yg saya dah bagi kat atas tuan....
Deletebaru beli android box..jimat dah tak yah beli dvd lepas ni..haha..cerita berlambak dalam kodi..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteAda yang dah tersedia ada yang kena langgan. Bergantung pada apk apa yang didownload/install dalam box tu dan kena rajin cari. Untuk lebih lanjut Encik boleh berhubung dengan no.tel yang saya bagi kat atas sebab dia lebih arif utk terangkan. Macam saya, saya sukan2 ni tak berapa sangat so tak pandai nak cerita. Sebab jarang search chanel sukan.
DeleteKodi memang marveles macam2 ada en.aitor
DeleteBoleh bagi pendapat mana yang ok dari segi channel android box ke openbox?
ReplyDeleteMaaf tak pasti. Openbox saya x biasa guna. 1st time dengar pasal openbox.... Android box ni asalnya box kosong je. Kena install apk2 yg berkenaan baru ada chanel2 dan movie2 tu. Selalunya org yang jual dia dah siap install semua balik pasang je.
DeleteOpen box ni pki satellite/piring astro. Channel yang dpt sd bukan Hd tp. Ada epg. Boleh alih bahasa, subtitles mcm box astro. Cuma byr lbh murah dpt dpt full channel kecuali Hd. Rasa lbh stable klu android box pki internet & bergantung pada kelajuan.saya dh pki kedua2nya saya rasa 2 ada pro n kon. Nk ada subtitle,alih bahasa,epg n gambar ok sikit pki open box. Klu myiptv selalu juga server maintenence dan kdg2 loading. Tak ada subtitles,no epg x tau tgk cerita apa, tiada alih bahasa semua bergantung pada provider set. Cuma ada HD n ada tmbahan channel dari negara jiran. Indon,sgp
DeleteTerima kasih sis bagi info sblm nak beli android box
ReplyDeleteSama2. Mana yang tau sy bg je info. Yg xtau tu kenala tnya seller. Hehe
Deletesaya punya internet berkelajuan 2mbps unlimited ok ke kalau pakai android tv
ReplyDeleteSebaik2nya 4mbps... Cik boleh Rujuk komen2 lepas dan yg saya dah catitkan dalam blog...
Deletebaiknye admin blog, reply satu2 walaupun dah terang2 tulis kt dlm blog tu hehe.. sy pon bru start nk bli adnroid box ni . tu yg singgah kt blog awk.thanks for the info!
ReplyDeleteTerima kasih... Biasala, hehe. Kena jwb jgk bila dh ada yg bertanya walaupun terang2 dh tulis. Mungkin cara saya terangkan orang tak faham. Hehe
Deletejap sisthorr,, nak tanya skit.. seller tu ada bagtau x harga kalau nk langgan myiptv tu brapa? kalau xde tak apa..malas plak nk whtasapp smata2 nk tanya harga je.. :(
Deletedulu RM30 untuk sebulan dapat full chanel astro. Sekarang tak sure...
DeleteKlau nk psg android box m8 prlukan ap...n android box m8 ni ad kene mgene ke dgn MyIPTV or iptv...bkn trus psg je ke...tlg brkn penjelasan sisikami?
ReplyDeleteEncik, mcm yg saya terangkan kat atas nak pasang android box kena ada android box + line internet sahaja. Internet mesti 4mbps ke atas (seller yg rekemen). Myiptv/iptv tu rancangan/siaran dlm android box.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSkrg ad jnis yg bru android box m8s n android box m9 function yg sme atau lain2..
ReplyDeleteMaaf rncik sy xtau bezanya sebab sy bukan seller box ni... Sy pun beli dan pakai je... Lebih afdal kalau pasal ni encik tnya seller yg jual nombor telefon mcm saya bagi kat atas. Tq
DeleteIptv ni box nye nme ap!
ReplyDeleteEncik muhammas naim, iptv tu ramcangan yg dh di install dalam android box. X kisah la android box jenama apa pun. Encik boleh install siaran utk iptv dlm box tu
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletekalo family member ade langgan astro full package, kite bole gune akaun astro die (pakai smart kad no) utk tgk astro on the go dekat android box...so, channel bola sume live streaming bole tgk xde masalah..mcm saye buat..1 akaun bole tgk 2 org at the same time..tp pastikan die langgan astro full package la..bole download astro on the go dekat playstore..xkacau pn siaran astro die..
ReplyDeleteTerima kasih atas info cik.... Hehe
DeleteSalam...macamana dgn kualiti gambar especially kalau HD? Adakah sama mcm astro? Ada orang bagitau kualiti gambar tak berapa cantik, nampak mcm dubbing. Tq
ReplyDeleteSo far kualiti cantik je HD tu kat tv rumah saya dan saya takde masalah dubbing. Rumah orang lain tak sure la kalau gambar jd dubbing...
ReplyDeletesalam.
ReplyDeletenk tnya masa tgh tgk tv melalui android box ni, ada efek x kelajuan internet kt umah?utk browsing,fb
Wsalam. So far sy guna takde masalah lg setakat ni. Setakat fb terlebih2 ok. Dah buka android box pun masih boleh tgk utube. Tgk pada kelajuan internet kat rumah la. Biasala TM pun kadang2 coverage tak ok.
Deletediscovery channel ada tak ?
ReplyDeletesaya kurang jelas, macamana android box ni bole guna full channel astro. sedangkan astro dgn cara nya sendiri buat bisnes. kita pulak bayar sikit ja berbanding dengan pelanggan astro sebenar.
ReplyDeleteKire curik la kut, nauzubillah...
DeleteMaaf no komen pasal tu sebab mcm sy jelaskan berulangkali dari komen2 & pengalaman sy
Delete1) sy tak langgan apa2 pakej murah yg dpt full channel astro
2) sy komen berdasarkan apa yg sy baca, rujuk, dan search sendiri diinternet
3) sy bukan penjual@pembekal@ajen android box ni
4) dan sy jgk tiada kena mengena pasal kenapa dan mengapa full chanel murah, kenapa android box boleh ada chanel macam2, dan takde kena mengena dgn sebarang provider yg menyediakan saluran2 tu semua...
4) sy cuma org yg membeli android box, mengguna dan menceritakan pengalaman sy menggunakannya shj
5) kalau ada sebarang isu, menyalahguna, mencuri, atau seangkatan dgn nya lebih baik merujuk kepada yg lebih arif sbb saya hanya lah pengguna yg hanya guna android box ni utk streaming cerita2 korea dan movie2 sahaja...
bole tak 1 android box utk 2 tv....1 kt ground floor n connect utk 1st floor?
ReplyDeletebole tak 1 android box utk 2 tv....1 kt ground floor n connect utk 1st floor?
ReplyDeleteNtah. Rasanya Boleh kalau ada 2 port utk cucuk hdmi cable dan hdmi cable tu cukup panjang utk tarik naik ke 1st floor.
DeleteYour blog explaining all the main points very awesomely. Thanks for sharing this knowledgeable post.
ReplyDeleteIptv box
Tq...
DeleteTq...
ReplyDelete1. Kalau saya gunakan tv lama yg bukan flat screen tu boleh ke?
ReplyDelete2. Dalam box ty ada tak rancangan2/channel yang macam astro oasis. Atau ada tak program yang seumpama dengannya.
1. Kalau saya gunakan tv lama yg bukan flat screen tu boleh ke?
ReplyDelete2. Dalam box ty ada tak rancangan2/channel yang macam astro oasis. Atau ada tak program yang seumpama dengannya.
1. TV apa pun boleh tak kesah...
Delete2. channel2 mcm oasis tu ada. kena rajin cari sebab byk channel luar. Kalau takde boleh je direct tgk kat youtube/search kat google je rancangan yg nak tgk tu....
Info tambahan, no.1 tv apa pun tak kesah tapi kena ada port utk cucuk HDMI cable. Maaf puan, saya terlepas pandang pasal port utk HDMI Cable tu.
DeleteConnect box dengan tv guna wifi or cable ya?
ReplyDeleteWifi boleh, cable pun boleh. sy dah cuba kedua2 cara dgn wifi dan cable xde masalah.
DeleteKira nya connection internet wifi dengan cable sama je ke? Sebab ada baca dia orang cakap M8 kalau connect wifi tak berapa kuat.
DeleteSama. Sy pernah guna wifi dan xde mslh. Ok je tgk. Xde gangguan. Tp tak pastila pulak org lain punya. So far jujur ckp sy punya ok.....
DeleteOkay..thank you, baru nak try android tv ni..tak tahu nak beli model mana.. google pasal model tak banyak info..tengok2 dekat lelong sama model tapi lain2 specification dah pening tak tahu nak beli yang mana
DeleteOk welcome. Biasala tu sy mula2 nk beli dulu pun pening byk sgt model... mcm2 harga ada murah ada mahal. Better beli dkt seller yg senang nak contact kalau ada apa2 hal nanti senang nak rujuk.
DeleteSaya nk tnye ttg legal. Apa impak penggunaan android tv ni? Adakah pelanggan akan disaman atau diambil tindakan undang2 kalau guna android tv ni? Teringin nk cuba tp risau tu pun ada gak. Mohon admin beri pencerahan
ReplyDeletesy x pasti atas dasar apa org yg menggunakan android box ni nak kena tindakan undang2. Mcm sy, sy x melanggan apa2 pakej. Even xde box pun boleh je streaming guna komputer/laptop/tab/telefon. Cuma guna android box lebih selesa sbb dpt tgk kat tv. Kalau nk kena tindakan undang2, maknanya mcm tu org yg guna komputer/laptop/tap/telefon utk streaming video jgk patut kena tindakan undang2 jgk la...
DeleteLagi satu, nk guna android tv ni perlu ke piring astro? Sbb kalau guna openbox, piring astro diperlukan. Sekadar bertanya.
ReplyDeleteXde kena mengena dgn astro android box ni. Mcm sy terangkan dlm blog, cuma perlu box dan internet sahaja.
DeleteLagi satu, nk guna android tv ni perlu ke piring astro? Sbb kalau guna openbox, piring astro diperlukan. Sekadar bertanya.
ReplyDeleteTak perlu piring astro. Cuma box dan internet saja tuan...
DeleteSuper and interesting article all the information are very amazing and useful.
ReplyDeleteSmart TV Streaming Box
I have to say this has been probably the most helpful posts for me. Please keep it up. I cant wait to read whats next.
ReplyDeleteHide the Monster - Trailer
Thank you
DeleteThank you tn admin. Reply yg sgt bernas
ReplyDeleteThank you tn admin. Reply yg sgt bernas
ReplyDeleteThank you tn admin. Reply yg sgt bernas
ReplyDeleteTerima kasih. Saya cuba reply semua komen kat sini. Yang mana saya tau saya kaborkan... yang tak tau tu sama2 la kita mengkaji. hehhee...
DeleteSiapa boleh format flahsing android box model cs918...stuck dekat logo lah...sila whatapps 0143257206 cod sungai buloh.
ReplyDeleteHarap2 ada yang sudi membantu abang kita ni...
DeleteThanx a lot for a very usefull info.. Keep it up..
ReplyDeleteTq jugak sebab sudi menjenguk ke sini... harap info2 ni dapat bagi sesuatu pada org lain.
DeleteSesiapa nak tengok astrok elok ambil hdtv dari myiptv. Myiptv kerap lag dan freeze, hdtv lancar. Cuma hdtv sd manakala myiptv ade full hd. Sekarang ni saya guna skybox ccline dengan android box hdtv dan myiptv
ReplyDeleteTq share pengalaman tuan.... Info tuan mungkin berguna untuk orang lain sebab saya tak melanggan mana2 pakej so tak pandai nak komen bab ni. hehe...
DeleteSuper blog and very amazing information about the Android TV box which i really like it.
ReplyDeletestreams unlimited movies
This seems to be the most useful post bro ! i pun nak stop @stro - dah x boleh tahan da...
ReplyDeleteThanks & welcome to the club... hehehe
Deleteyup..very clear cut and useful post. thx sisikami!
DeleteSy skrg pakai 4mb strymix.tpi skrg asyik lag je myiptv.2tahun lepas ok...
ReplyDeleteAda dengar jugak pasal lag utk myiptv. tapi maafla saya tak langgan myiptv so tak tau sgt nak komen.... anyway tq sebab sudi menjenguk ke sini.
DeleteBetul ke Astro kacau MyIPTV?
DeleteKacau macam mana yer???
DeleteMmg best android TV ni. Sy dah pakai pakai setahun lebih. Streamyx mmg nak laju pakai yg 4mbps. Dulu sy bayar rm140 sebulan. Skrg dah byr rm89 sebulan. Mmg jimat betul drpd guna astro. Sy biasa pakai myiptv. Nak install program kat kodi selalu x boleh install. Asyik error je. Mcmn nak install channel kat kodi?
ReplyDeleteMaaf bertanya, mcm mana nak bayar rm89 sebulan. Nak kena mohon kat tm ker atau dia offer.
DeleteMmg best android TV ni. Sy dah pakai pakai setahun lebih. Streamyx mmg nak laju pakai yg 4mbps. Dulu sy bayar rm140 sebulan. Skrg dah byr rm89 sebulan. Mmg jimat betul drpd guna astro. Sy biasa pakai myiptv. Nak install program kat kodi selalu x boleh install. Asyik error je. Mcmn nak install channel kat kodi?
ReplyDeleteTerima kasih sebab kongsi pengalaman tuan guna android box ni. Macam mana nak install channel kat kodi?? Yang tu sy belajar install kat Mr.Google je. Ada dia tunjukkan step 1 per 1 macam mana nak buat. Senang saja nak follow step step tu.
DeleteSaya baru nk beli. Tgh cari mana yang bagus. Semua channel HD ke tuan?
ReplyDeleteIkut provider channel yang tuan tgk... Kalau channel tuan tgk tu provide gambar HD so HD la kalau SD maka SD la. Setahu sy pakaila android box jenama apapun kalau channel yg tuan tgk tu tak provide gambar HD maka xdela HD nya.
DeleteHi sesiapa yg nak beli android box dan pasal myiptv..bole contact saya di wassap : 01111509540 (roy)..dapat harga spesel punye...dan affordable...
ReplyDeleteSalam semua...nk tanye utk android box kualiti gambar mmg sd ke selain movie hd.sbb sy mmg layan sport expecially epl so kalo bleh nk gamba hd br puas tgk n berbaloi beli tv full hd
ReplyDeleteIkut provider yg tuan streaming. Kalau tv full hd, tp channel yang tuan tgk xde HD maka xdelah HD nya. Dan lagi 1 kalau tv full hd, channel pun dah cun gambar HD tp internet slow menangisla tgk HD tu sangkut-sangkut.
DeleteHi Askm.
ReplyDeleteNak tanya, memang bayar dekat orang tu RM300+ je ea utk device. Lepas tu bulan-bulan ada bayar subscrition lain x? Sebab sy nk bayar utk device je. x nk pon channel astro. And ada channel bola live x? Mcm Epl ke?
Thanks
Wslm. Ye Rm300 utk device SAHAJA. Bulan2 cuma bayar streamyx je. Channel bola live kena streaming la ada je kalau pandai cari. Saya tak tengok bola so tak tau nak jelaskan macam mana. Terima kasih.
DeleteSuper blog and very interesting information which I always wanted to search many article but you article is really fantastic.
ReplyDeletekodi shop
UNTUK PERKHIDMATAN ASTRO..IPTV OR MYIPTV...BUAT MASA INI SEMUA SALURAN TAK TAK STABIL..JIKA ADA PROVIDER YANG MASIH STABIL PUN...RASANYA JANGKA HAYAT TAK LAMA....INI KERANA PIHAK ASTRO TELAH MENAIK TARAF SISTEM MEREKA KEPADA YANG LEBIH BAIK..SEPERTI DULU DULU..MULA ASTRO: SECA(1)BOCOR ..UPGARADE SECA 2 BOCOR...UPGRADE LAGI SECA 3 BOCOR..UPGRADE LAGI SECA 4 SIKIT SIKIT BOCOR/ATAU TIADA BOCOR..MUNGKIN YANG ADA KETIKA INI HASIL DARI KAD ASTRO LAMA....BOLEH MELANGGAN TETAPI RESIKO BESAR..KEMUNGKINAN SIARAN AKAN BERGELAP 95% LEBIH BAIK TUNGGU DAN LIHAT DULU..BACA FORUM DI GOOGLE...PANTAU JIKA DAH STABIL BOLEHLAH LANGGAN..UNTUK IPTV BIASA DI ANDROID..BIASALAH SIARAN ADA YANG OK ADA YANG BROKEN LINK....ITU STANDARD.....UNTUK YANG JUST NAK TENGOK TV BIASA TETAPI SIARAN BERBINTIK ATAU TAK COMEL..BERALIHLAH KEPADA DIGITAL TV...TV BARU BANYAK DAH DIGITAL READY..JIKA TV LAMA KENA BELI BOX LAH..KAT LAZADA ADA KAT LELONG ADA..ADA MURAH ADA MAHAL..KALAU DIRECT DARI CHINA MURAH LAH KAT LAZADA..TAPI KENA TUNGGU LAMA SIKIT LAH PENGHANTARANNYA....TAPI KADANG KADANG ADA YANG CEPAT..NASIB LAH...
ReplyDeletesalam encik, saya baru nk usha benda ni. kalau yg jual kat lazada n 11street ok tak. sekarang dh blh tgk tv1 - tv9 and tv hijrah? terima kasih in advance
ReplyDeleteBole saja beli di lazada atau online web tpi harus diingat.. Ianya tiada full Support dan kebanyakannya kosong.. Anda kene dptkan applikasi menonton sendiri.. Warranti pun paling lama 2 minggu.. Jika nak dptkan elok cari seller.. Saya sediakan full pakej dlm. Android box dan ada warranti 3 bulan exchange 1 to 1 kalau problem.. Hati2 dengan klon..
DeleteBole hubungi sy di bawah utk maklumat lanjut
www.wasap.my/601111509540
Beli di lazada warranty paling laman 2 mingu dan dalamnyaa kebanyakan kosong.. Susah nak support..
Deleteroyy.. brp harga yang en jual.. email spec geechicamy@gmail.com
DeleteSalam... Smart TV dgn android box apa perbezaan dia.. Tolong explain
ReplyDeleteConfuse samaada nak beli smart TV atau android box..
ReplyDeletesaya sarankan beli android box..klu bajet lebih,boleh beli android tv jer..
DeleteSaya seller android box.. Pengalaman saya.. Bg yg baru nak berjinak2 dgn dunia smart tv ni.. Elok dptkan daptkan dari seller.. Jangan beli online mcm lazada atau mana2 online website.. Bukan ape.. Walaupun ianya mungkin lebih murah tpi dalamnya kebanyakannya kosong dan pembeli terpaksa setup dan masukkan sendiri applikasi utk menonton..kalau ade sekalipun dimasukkan.. X banyak pilihan yg ada.. Berbeza dgn membeli melalui seller.. Banyak applikasi streaming dimasukkan dan juga ada Support jika ada sebarang permasalahan utk bertanya.. Ade ramai org yg membeli online dengaan megah dan riak katanya dpt beli lagi murah tpi penyudahnye mencari seller utk bertanya itu ini.. Tpi kalau kite ade masa bole la sambil tunjuk tp kite kan berniaga..harap faham di situ.. Jadi jika nak tau lebih lanjut pasal. Android box dan myiptv.. Bole hubungi saya di www.wasap.my/601111509540
ReplyDeleteBetul. Setuju... tq utk info encik
DeleteSALAM SEJAHTERA
ReplyDeleteKhas buat pengguna Unifi, Streamyx dan Maxis Fiber.
Apa khabar Tuan/Puan
Adakah Tuan/Puan mempunyai Interrnet berkuasa tinggi seperti UNIFI, STREAMYX atau MAXIS FIBRE di rumah, pejabat atau di permis perniagaan?
Jika ada, TAHNIAH saya ucapkan kerana saya sedang memberikan percuma FREE TRIAL kepada Tuan untuk mencuba 300 LIVE CHANNEL kami untuk ditonton melalui handphone Android atau di TV.
Siaran Kami meliputi :
300++ LIVE CHANNEL / VOD / 14000++ MOVIES / FREE CHANNEL/LAIN-LAIN.
📡Singapore channel 📡Hongkong channel 📡China channel 📡India channel 📡Macau channel 📡Taiwan channel 📡Malaysia semua channel 📡Indonesia channel 📡France channel 📡Korea channel 📡English movie > 50 channel 📡Sport channel > 35 channel.
Dan banyak lagi.....
Jaminan semua siaran ada.
Cuba dulu, FREE jer... tak perlu bayar.
Taip ‘FREE TRIAL’ dan whatsapp ke 018 781 5499
Website : www.iptv2u.co Call/sms/whatsapp : 018 781 5499
Saya ada dekoder digital tv. Tengok tv percuma semua clear HD. Tv1 sampai Tv9. Kalau certain area boleh capai 12 channel. Kalau kat JB boleh capai 20 channel. Dekoder ni tak pakai internet. Just plug & play. Tak der bayar bulanan. Harga RM130 je. Nak? Whatsapp 01113082769. Stok selalu habis.
ReplyDeletedekoder apa tu
DeleteRasanya Dekoder Digital TV yang tengah test aje memanjang.Beli indoor Aerial guna Smart Tv pun tak leh dapat.Sangkut satu tapi tak clear
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteFantastic blog, you can download such a great movies from this. it has all the description about movies.
ReplyDeleteI really appreciate it.
Download Full Movie HD 720p
macam mana nak tengok siaran tv malaysia? rtm or tv3? saya cari tak jumpa la channel malaysia
ReplyDeleteNak tengok tv malaysia channel..guna cloud tv..download oldcloudtv.apk..ataupon tengok melalui KODI install repo Republika..setel :)
ReplyDeleteTq untuk info encik..
Deleteas salam mana nak dapat url m3u yang full support astro..bayar pun takpe..sebab url sediada banyak siaran dak broken..tak pastilah nape mungkin astro dh sumbat kot
ReplyDeleteMaaf sy tak dpt membantu sbb seperti yg saya nyatakan di atas, sy tidak melanggan apa2 pakej. Tq
Deletesalam
ReplyDeleteklau beli android tv, x perlu beli andrid box dah ke?
Ya...
DeleteSalam, so far ada apa2 problem tak with ur android box? The seller tu servis dia ok ke?
ReplyDeleteWsalam. So far ok sehingga ke hari ni. Tapi link kena selalu update la kalau dh broken. Seller so far membantu. Setiap kali ada problem wassap dia reply je...
Deleterumah sy xde tv...ni baru nk beli...beli smart tv atau android tv? mane lg bagus?seller kedai xmembantu langsung...
ReplyDeleteJgn konfius ye, smart tv tu lain. ni android box je. android box ni mcucuk kabel kat tv pastu connect internet baru boleh tgk. So far tak pernah jumpa lagi ada org jual android tv....
Deletebeli android tv ..xperlu guna android box dah..sama function ngan android box..tp android tv mahal
DeleteTq gee chicamy for the info...
Deletesmart tv brand panasonic....android tv brand sony...dua2 40 inci...
ReplyDeleteassalamualaikum....saya tak de streamyx...atau yg seumpama (unlimited data)...skrg saya guna postpaid broadband dengan 50 gig kuota bulanan,...boleh ke guna tu?
ReplyDeleteWsalam. Boleh guna jgk tp sy xtau berapa lama 50gb tu boleh bertahan kalau streaming movie. Kelajuan internet & kuota internet memainkan peranan penting. Takut tgh stream tiba2 terhenti sbb kuota habis. Sbb sy pun x biasa pakai box ni guna prepaid broadband. Tq
DeleteHello. This is MAY here. Started from AUG 2017,My M8S tv box pop up ads everything 3 mins. YES, EVERY 3 MINUTES. sometime it contain PORN ads. It was really annoying me & I have to click it to quit ever 3 mins. I cant enjoy the movie. What cant I do to block or remove all these god damn pops&porn adv? Please help! Please help!
ReplyDeleteMaybe u can ask your seller. For sure your seller will help you. Sorry i cant help you because i dont have the issue about the ads. Everything about my box is going well... tq
DeleteYou blog provide a very important details about the Stream movies and i really appreciate it.
ReplyDeleteStream movies
tq
DeleteSalam.. so far macam mana perfomance android box tu ye? boleh saya tau pakej internet apa yg awk pakai skrg?
ReplyDeleteWsalam. Sehingga ke saat ini 6 oktober 2017 android box sy berfungsi dgn baik dan tanpa sebarang masalah. Link broken tu biasa la kena rajin update dan baca di forum. Skrg sy pakai streamyx 8mbps. Dulu pakai 4mbps je. bulan2 byr streamyx RM140.
DeleteSuch an amazing blog about the Watch Online movies and I really appreciate you work which you have done well.
ReplyDeleteWatch Online movies
Salam..kalau nak tengok tv malaysia boleh download hypptv everywhere.apk..
ReplyDeleteSaje share..
a'kum nak tanya jika guna adroid box ni internet 4mbps ...jika stream kat hp youtube akan beri kesan ke
ReplyDelete