center
Showing posts with label misi2015. Show all posts
Showing posts with label misi2015. Show all posts

Wednesday, 20 January 2016

Part 13 : Final Destination - Transit Dubai


Flight kami dari Istanbul berlepas pada pukul 7.05 malam dan tiba di Dubai pada pukul 1.20 pagi waktu Dubai. Kami memilih untuk transit di Dubai 22 jam. So terlebih dari cukup kot untuk jalan-jalan sekitar Dubai ni.

Masa ni lebih kurang pukul 1.30 pagi kami selamat mendarat kat Airport Dubai. Sambil dok dalam bas sempatla snap gambar kapal terbang ni.
Disebabkan kami transit so kami terus keluar je melalui kastam pak-pak arab yang muka bengis tengok macam nak makan orang. Lepas dia cop pasport (Visa On Arrival - Free je pun tak perlu bayar pape) kami keluar terus cari surau. Nak membaringkan badan yang dah keletihan. Masa ni nak keluarkan kamera tangkap gambar terminal dia pun dah tak larat. Nasib baik tak susah nak cari surau dia. Lepas letak beg, masing-masing terus terlelap. Cuma Cik Wan jer yang masih gagah terjegey biji mata jadi security guard awasi beg-beg kami. Masa kami tidur dia tak tidur. Sampaila ke subuh dia cuma baringkan badan je. Bukan apa, katanya risau kalau semua terlelap nanti takut ada yang rembat beg ke tak ke naya. Jangan konfius yer, ni bukan backpack kami yang besar-besar tu, ni cuma beg-beg kecil untuk isi passport, kamera, dan benda-benda penting je. Beg-beg besar semua dah masuk kargo masa kat Istanbul so yang ada cuma beg yang kami handcarry je.

Lepas solat subuh dan siapkan apa patut kami keluar untuk cari money changer. Sebab duit Euro, pound, CHF dan Lira masih ada so kami tukar duit tu je. Dalam bajet kami memang takde pun kami masukkan bajet untuk tukar duit Dubai ni. Currency Dubai dalam AED. Kami tukar sorang 10-20 Euro sorang macam tu la so dapatla dalam AED50-AED100 sorang. Tu pun dah banyak dan berlebih. Just untuk beli makan dan ronda-ronda Dubai je pun

Lepas tukar duit, kami beli tiket metro untuk keluar menikmati pemandangan di Dubai. Kami beli one day pass dengan harga AED22.00. Berapa kali turun naik pun harga still sama sebab dah beli one day pass.

Maka kami dengan gilanya naikla metro tu dari hujung ke hujung sebab takde keja. Haha.... Tapi nasib tak berapa nak baik sebab salah timing naik metro pagi-pagi, so bersesakla dalam metro tu dengan orang yang nak pergi kerja dan kami pula sibuk nak berjalan-jalan. Haha padan muka berhimpit dan bergelumang dengan bau badan pak-pak arab. Dah macam naik tren kat Malaysia.

Jom tengok gambar yang sempat kami snap masa kat Dubai.

Map metro kat Dubai
Kami turun kat station ni untuk ke Ibn Battuta Mall. Cross jalan je dah sampai.


Ibn Batutta Mall
Food court dalam Ibn Batutta Mall
Food court dalam Ibn Batutta Mall
Ibn Batutta Mall
Ibn Battuta Mall
Lepas ke Ibn Battuta Mall kami singgah jugak ke Dubai Mal. Mall yang ada indoor ski tu. Dasyat jugak. dalam mall boleh main salji bagai siap ada cable car lagi ha.

Gambar ihsan Mr. Google - sebab kami tak masuk so tak dapat nak ambil gambar kat dalam ni.
Gambar ihsan Mr. Google - sebab kami tak masuk so tak dapat nak ambil gambar kat dalam ni.
Gambar ni kami ambil dari dalam metro je. Bila tengok balik macam frame gambar kat dinding pulak. Haha...
Snap dari dalam metro je
Snap dari dalam metro je
Burj Al-Arab


Kami turun kat station ni untuk ambil gambar Burj Khalifah

Burj Khalifah - Menara tertinggi di dunia
Dari dalam metro
Dari dalam metro
Dari dalam metro

Sempat jugak turun area Naif ni. Kononnya nak cari souvenir tapi banyak jual jubah-jubah. So sapa nak beli jubah/abaya boleh la datang area ni atau ke Naif Market. Nak ke sini kami turun di station Baniyas Square. Sini ala-ala jalan TAR la kot.

Lepas penat berjalan-jalan kami patah balik ke airport. Time to eat. Kalau naik Emirates dan transit lebih 4 jam kita akan dapat voucher makan free. So nanti kat voucher tu akan ada senarai restoran-restoran untuk kita pilih. So pilihla nak makan kat restoran mana pun. Makan FREE yer, tak perlu bayar pape pun. Macam kami, kami pilih buffet kat Mezzanine kat Terminal A (kalau tak salah) sebab boleh dok lepak makan lama-lama. Boleh pilih nak makan apa. So senang sikit.
Masa ni meja kosong je sebab dah petang kot so takde orang nak makan sangat.
Masing-masing cari nasi, hahaha...
Kat Terminal A dah lepas makan, dah pusing-pusing terminal A kami naik tren pulak ke terminal B dan C. Dubai Airport ni besar ada Terminal A, B dan C. Dari terminbal A nak ke B dan C kena naik tren. Tren airport ni free tak perlu pun bayar ok.

Sambil menunggu flight ke Kuala Lumpur kami ronda-ronda airport cari souvenir. Mahal memang la mahal tapi alang-alang dah sampai kenala beli jugak kan. Nak datang lagi tak tau bila tahun so,beli je la. Lagipun duit tukar masih banyak lagi. Masa ni kamera dah tersimpan dalam beg so takde gambar pun. Maaf la yer. 

Flight dari Dubai ke Kuala Lumpur kami banyak tidur sebab letih. Tengok movie kejap je pastu dah terlelap. So no gambar la. Hehe.... Kami selamat mendarat di KLIA dalam pukul 8.00 pagi macam tu la. So dengan ter'darat'nya kami di KLIA ni maka selesaila misi kembara Europe kami. Nanti ada masa kami try buat summary perbelanjaan dan iltenari. Sekarang agak sibuk sikit. So tak janji bila dapat siapkan tu. Insyaallah.

KLIA - Tengah tunggu beg keluar dari perut mesin ni.

Jom tengok PERBELANJAAN kami untuk part akhir ni ;
  1. One Day Pass - Dubai = AED 22.00 = RM 26.40
  2. Teksi KLIA - rumah = RM 57.00/3 = RM 19.00
Maka TOTAL PERBELANJAAN = RM 45.40


JUMLAH TERKUMPUL KEMBARA EUROPE 2015 
(ALL IN)

= RM 5,667.09

(KUL-HANOI-LONDON-GERMAN-SWITZERLAND-ISTANBUL-DUBAI-KUL)


- SEKIAN -


Nota : 
  • Terima kasih pada yang sudi follow dari Part 1 - Part 13. Kalau ada apa-apa nak tanya boleh email kami. Insyaallah kami sedia membalas email-email korang....
  • Kalau ada info atau apa-apa maklumat yang salah/tersilap/typo boleh bagitau kami dan Insyaallah kami akan perbetulkan. 
  • Semua hasil tulisan ni adalah datang dari perahan otak dan pengalaman kami sendiri so takde kena-mengena antara yang hidup dan mati. Lain orang lain cara, dan lain orang lain pendapat. So, maafkan kami andai ada berlaku kekhilafan dalam tulisan kami ini.
 

Tuesday, 19 January 2016

Part 12 : Kembara Europe - Istanbul Last Day

Disebabkan Ahad tak buka Grand Bazar ni so keesokannya sebelum check out kami sekali lagi panjat bukit dari Family Apart ke Grand Bazar. Jom kita tengok apa ada dalam Grand Bazar ni.


Pintu masuk ke Grand Bazar 

Deretan kedai dalam Grand Bazar





Kami beli beberapa helai t-shirt kat dalam kedai ni. Sebab kain dia tak sama macam kat kedai luar. Mahal sikitla tapi lepas tawar menawar dapat jugakla harga macam kat kedai-kedai luar. 
Owner kedai yang baik hati


Lepas pusing-pusing Grand Bazar kami singgah minum 'cay' dulu sebelum balik ke Family Apart.

Balik bilik dan kemas-kemas barang, ready untuk check out. Kali ni kami ambil teksi untuk ke Airport. Satu teksi 25.00 Euro. So divide by 4 orang kira okla bayar sorang sikit. Tak perlu nak heret beg dan tunggu tren bagai kan.

Kami wrapping beg kat Atartuk Airport. Maafla nak cakpa, mahal giler wrapping beg depa. Dah la mahal pastu wrapping tak kemas. Sakit hati pun ada. Tak sesuai la guna plastik wrapping kaler hijau tu oii... 
Masa ni dah check in dan tengah tunggu flight untuk ke Dubai. Kami akan transit di Dubai sebelum terbang pulang ke Kuala Lumpur. Kami fly guna Emirates Airlines so kenala transit Dubai. Lain airlines lain tempat transitnya so kena check la airlines mana nak naik kalau teringin nak transit kat mana-mana.
Emirates Airlines


Jom tengok PERBELANJAAN kami untuk Part 12 ni ;
  1. Teksi dari Family Apart ke Airport = Euro 25.00/4 x 4.05 = RM 25.31
  2. Wrapping beg yang tak semenggah tapi mahal nak mampos = TL 40.00 x 1.55 = RM 62.00
  3. Flight ticket Istanbul -Dubai - Kul = RM 1,509.30
Maka TOTAL PERBELANJAAN kami untuk part ni = RM 1,596.61


JUMLAH TERKUMPUL SETAKAT INI
= RM 5,621.69


Thursday, 14 January 2016

Part 11 : Kembara Europe - Istanbul (Misi Taksim Square dan Galata Tower)


Seawal pagi kami dah mula memanjat bukit dari Family Apart untuk ke Grand Bazar. Dalam 10 minit jugak jalan untuk sampai ke Grand Bazar. Target asal bukan nak shopping di Grand Bazar ni sebab dah tau dari awal harga barang-barang kat Grand Bazar ni memang mahal dan boleh mencecah 3 kali ganda dari harga kat kedai luar. Tapi sebab keinginan nak menjenguk tu tinggi so kami decide ke Grand Bazar untuk cuci-cuci mata je. Tapi alangkah malangnya, sebab hari Ahad Grand Bazar tutup. Huhu... Since dah tutup maka kami jalan-jalan cuci mata ke kawasan sekitarnya je la. Di sebelah luar Grand Bazar ada banyak deretan kedai menjual macam-macam barang. Paling banyak pakaian la. Kami tak beli papepun just jalan-jalan je pagi tu.

Station Biyazit
Sape yang nak ke Grand Bazar kalau naik tram akan turun kat station ni la. 
Station Biyazit

Jalan-jalan cuci mata kat luar Grand Bazar je


Istanbul University

Singgah ambil gambar kejap kat Istanbul University.  Lepas tu kami naik tram ke Taksim Square. Since takde direct tram terus ke Taksim so kami turun di stesen Kabatas lepas tu jalan la kaki ke Taksim Squre tu. Sebab pe jalan kaki?? Sebab kami memang suka jalan kaki sambil menikmati pemandangan. Haha...

Jom layan gambar kami kat Taksim Square.

Dolmabahce Mosque
Jalan kaki dari Kabatas Station so sempatla snap gambar kiri kanan jalan.
Dolmabahce Palace
Dolmabahce Clock Tower

Taksim Square
Taksim Square
Taksim Square
Taksim Square
Matlamat utama ke Taksim Square nak cari benda merah ni la...
Menunggu penuh sabar tram merah ni berhenti ambil penumpang
Akhirnya dapat jugak merasa naik tram merah ni. Hanya ada kat Taksim Square je.Tram ni akan bawa anda menyusuri deretan kedai-kedai yang branded-branded. So kalau nak beli barang branded kena datang area ni la. Hard Rock Cafe pun berdekatan kawasan ni. 
Lepas naik tram merah tu kami menapak pulak ke Galata Tower


Galata Tower

Lapar so singgah beli kebab. Ni la kebab paling sedap yang kami makan di Istanbul ni. Sangat rekemen. Tapi kena pergi Galata Tower la baru dapat makan. Kedai ni dekat-dekat Galata Tower.
Menyusuri Galata Bridge. Penuh orang mancing dari pagi sampai ke malam. 
Penuh sesak

Kami tak bagi duit pun tapi kami sedekahkan makanan. Rasanya macam sindiket jugak ni sebab lepas kami bagi bungkusan makanan, ada sorang mamat ni datang arahkan diorang blah dari situ.
Lorong kedai (rujuk Part 10) waktu siang.
Lorong-lorong kedai souvenir murah ni area stesen Gulhane.

Inilah kedai yang kami ceritakan dalam Part 10 tu. Kedai ni souvenir murah dan boleh tawar menawar. Take A Look ok.

Jom tengok PERBELANJAAN kami untuk Part 11 ni ;

= RM 0.00

Kenapa RM 0.00???

Disebabkan kami menggunakan Istanbul Kad + jalan kaki so NO duit keluar untuk part ni. Cuma ada la sikit untuk shopping souvenir tambahan. Tapi tu tak termasuk dalam total perbelanjaan trip sebab duit shopping masing-masing la. Ikut suka hati nak belanja banyak mana. Duit poket tak dimasukkan dalam bajet ok.


JUMLAH TERKUMPUL setakat ni 
= RM 4,025.08


Europe + Balkan (Eurokan) : Santorini (Episod 2)

Episod 2  Dari Istanbul kami terbang ke Athens. Flight kami ke Athens sampai malam so kami lepak di airport. Sempat lelap 2-3jam. Dal...

Nuffnang