Seawal pagi kami dah mula memanjat bukit dari Family Apart untuk ke Grand Bazar. Dalam 10 minit jugak jalan untuk sampai ke Grand Bazar. Target asal bukan nak shopping di Grand Bazar ni sebab dah tau dari awal harga barang-barang kat Grand Bazar ni memang mahal dan boleh mencecah 3 kali ganda dari harga kat kedai luar. Tapi sebab keinginan nak menjenguk tu tinggi so kami decide ke Grand Bazar untuk cuci-cuci mata je. Tapi alangkah malangnya, sebab hari Ahad Grand Bazar tutup. Huhu... Since dah tutup maka kami jalan-jalan cuci mata ke kawasan sekitarnya je la. Di sebelah luar Grand Bazar ada banyak deretan kedai menjual macam-macam barang. Paling banyak pakaian la. Kami tak beli papepun just jalan-jalan je pagi tu.
Station Biyazit Sape yang nak ke Grand Bazar kalau naik tram akan turun kat station ni la. |
Station Biyazit |
Jalan-jalan cuci mata kat luar Grand Bazar je |
Istanbul University |
Singgah ambil gambar kejap kat Istanbul University. Lepas tu kami naik tram ke Taksim Square. Since takde direct tram terus ke Taksim so kami turun di stesen Kabatas lepas tu jalan la kaki ke Taksim Squre tu. Sebab pe jalan kaki?? Sebab kami memang suka jalan kaki sambil menikmati pemandangan. Haha...
Jom layan gambar kami kat Taksim Square.
Kenapa RM 0.00???
Disebabkan kami menggunakan Istanbul Kad + jalan kaki so NO duit keluar untuk part ni. Cuma ada la sikit untuk shopping souvenir tambahan. Tapi tu tak termasuk dalam total perbelanjaan trip sebab duit shopping masing-masing la. Ikut suka hati nak belanja banyak mana. Duit poket tak dimasukkan dalam bajet ok.
Dolmabahce Mosque Jalan kaki dari Kabatas Station so sempatla snap gambar kiri kanan jalan. |
Dolmabahce Palace |
Dolmabahce Clock Tower |
Taksim Square |
Taksim Square |
Taksim Square |
Taksim Square |
Matlamat utama ke Taksim Square nak cari benda merah ni la... |
Menunggu penuh sabar tram merah ni berhenti ambil penumpang |
Lepas naik tram merah tu kami menapak pulak ke Galata Tower |
Galata Tower |
Lapar so singgah beli kebab. Ni la kebab paling sedap yang kami makan di Istanbul ni. Sangat rekemen. Tapi kena pergi Galata Tower la baru dapat makan. Kedai ni dekat-dekat Galata Tower. |
Menyusuri Galata Bridge. Penuh orang mancing dari pagi sampai ke malam. |
Penuh sesak |
Kami tak bagi duit pun tapi kami sedekahkan makanan. Rasanya macam sindiket jugak ni sebab lepas kami bagi bungkusan makanan, ada sorang mamat ni datang arahkan diorang blah dari situ. |
Lorong kedai (rujuk Part 10) waktu siang. |
Lorong-lorong kedai souvenir murah ni area stesen Gulhane. |
Inilah kedai yang kami ceritakan dalam Part 10 tu. Kedai ni souvenir murah dan boleh tawar menawar. Take A Look ok. |
Jom tengok PERBELANJAAN kami untuk Part 11 ni ;
= RM 0.00
Kenapa RM 0.00???
Disebabkan kami menggunakan Istanbul Kad + jalan kaki so NO duit keluar untuk part ni. Cuma ada la sikit untuk shopping souvenir tambahan. Tapi tu tak termasuk dalam total perbelanjaan trip sebab duit shopping masing-masing la. Ikut suka hati nak belanja banyak mana. Duit poket tak dimasukkan dalam bajet ok.
JUMLAH TERKUMPUL setakat ni
= RM 4,025.08
wah bestnya baca pengalaman jalan2 europe...teringinnya nak jalan jugak lepas2 covid ni...
ReplyDelete