Kenapa kami pilih untuk ke Langenargen??? Sebab nak drive terus dari Interlaken ke Munich akan ambil masa 5-6 jam untuk drive so kami tak nak rushing, nak enjoy, dan nak rileks-rileks. Last minit jugak kami decide untuk berhenti dipertengahan jalan dan bermalam di Langenargen ni. Langenargen ni cantik sebenarnya tapi kena datang time summer baru meriah kat sini.
Lepas breakfast kami bersiap-siap untuk keluar jalan kat pekan ni sebelum balik ke Munich dan pulangkan kereta. Pagi yang sungguh segar dan sejuk. Kebetulan ada pasar tani. Pasar tani yang ala-ala je. Ada jual roti, kopi, bunga, sayur, cheese, daging, etc... Cuma ada beberapa gerai dan orang pun tak ramai so rasa macam tenang je. Actually pasar tani ni sebelah tasik tapi disebabkan kabus yang sangat tebal memang tak nampak langsung macam ada tasik.
|
Peniaga bunga di pasar tani |
|
Bunga yang segar
|
|
Kami beli buah yang dikeringkan....
|
|
Nenas kering |
Orang pekan ni agak pelik juga tengok tourist time-time winter macam ni. Tapi jangan risau, orang-orang nya sangatla friendly. Cuma diorang cakap diorang pelik dan tak sangka ada tourist kat pekan ni time winter. Haha... Nampak sangat kami datang menyinggah salah musim. Kalau korang search kat google pekan ni agak terkenal la time musim summer sebab banyak aktiviti diorang buat masa summer. Boleh nampak kawasan berbukit dan pergunungan jugak tapi yelah, dah kabus tebal macam ni apa yang nak nampaknyer kan....
|
Pagi yang berkabus ditepi tasik. Menunggu salji turun... |
|
Budak sekolah nak pergi sekolah |
|
Di pagi raya di Langenargen dengan kabus yang tebal dan sejuk |
|
Lokasi masih sama tepi tasik tapi time ni musim winter salji pun dah tebal. Kami terawal sikit sampai. Kalau tak dapatla tengok view macam ni. (Gambar ihsan Mr. Google) |
|
Ini la Langenargen kalau datang time summer. (Gambar ihsan Mr. Google) |
|
Time summer baru nampak tasik biru tu. Sekali salah singgah musim daa... (Gambar ihsan Mr. Google) |
|
Selamat Hari Raya Malaysia..hehe... |
|
Salam raya diperantauan dari kami, pelajar perubatan kelas 3, Langenargen University of German untuk keluarga tercinta yang berada di tanahair. Kalau makan ketupat dan rendang tu ingat-ingatla kami di sini Hahahaa... |
|
Tengok gambar ni dan tengok gambar bawah cuma kami di jalan sebelah sini, gambar bawah dijalan sebelah sana. Tapi masih dilokasi yang sama. Haha... |
|
Ni pulak kalau masa salji dah turun. Masa kami sampai baru masuk winter so salji masih belum turun kat sini. Bangunan oren tu sama kan dengan bangunan kat atas. |
|
Melintasi deretan kedai-kedai kat pekan Langenargen |
|
Jalan tutup untuk setup downtown sempena Krismas. |
|
Anak Che Ta dalam stroller di Langenargen... |
|
Menara jam |
|
Apala depa ni buat... |
|
Balik sekolah |
Tourist-Information Langenargen
Obere Seestraße 2/1
88085 Langenargen
Deutschland
Tel.: +49 (0) 7543 933092
Fax: +49 (0) 7543 4696
touristinfo@langenargen.de
Okey, lepas dah meneroka pekan Langenargen ni kami teruskan perjalan ke Munich untuk hantar kereta. Takde gambar nak tunjuk sebab sepanjang jalan, berkabus je.
Lepas selesai urusan hantar kereta kat basement Terminal 2 Munich Airport, kami ke kaunter Hertz kat Terminal 2 untuk selesaikan urusan bayaran. Disebabkan kami terlewat hantar kereta 1 jam so kenala charge sikit. Kalau tak, kena charge 1 hari lewat tapi lepas merayu cakap sesat masa nak hantar kereta dapatla diskaun.
Jom tengok TOTAL PERBELANJAAN kami untuk Part 8 ni ;
- Sewa kereta 4 hari (kad kredit) = 308.98 Euro = RM 1465.92/4org = RM 366.48
Jumlah perbelanjaan terkumpul setakat ni ( Part 1 - Part 8)
= RM 3,512.75
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan comment anda di sini. Terima Kasih...