center

Saturday 9 January 2016

Part 10 : Kembara Europe - Istanbul, Turki Lagi

Lepas breakfast, kami keluar untuk ronda-ronda sekitar Istanbul. Orang cakap Istanbul ni satu hari pun dah boleh habis cover. Yeke?? Tapi since kami ada banyak masa kat Istanbul ni maka tak perlulah habiskan satu hari jalan Istanbul. Buat rileks-rileks sudah. 

Ok jom kita tengok mana yang kami pergi dalam satu hari ni....

Map city tour Istanbul

Kalau pergi mana-mana kalau boleh dapatkan map city tour macam kat atas ni. Bukan apa, dari map ni banyak yang kita boleh plan. Tak perlu pun bayar tour ni. Kita boleh buat route kita sendiri dan bebas untuk ke mana-mana saja pada bila-bila masa kita suka. Macam kami yang travel bajet ni, of kos la takkan habiskan 100TL untuk naik bas hop on hop off ni (even 2nd day dapat naik free). Sebab dengan 100TL tu macam-macam kami dapat buat. Tapi ikut keselesaan masing-masing la. Kita punya selera lain-lain kan. Hehe...

Map macam ni boleh je download kat internet. Sebab kat Istanbul ni maps macam ni pun diorang buat jual. Nak dapat free??? emm... jangan harapla susah sangat. Kalau tempat lain boleh je dapat map ni free kat airport atau hotel tapi kat Istanbul, kena beli. Bila tak beli, nanti orang jual tu cakap, "Malaysian not good". Sakit kot hati masa tu... Dah tak nak beli jangan la paksa orang. Huh, angin sat.

Destinasi pertama di tuju is Blue Mosque. Dari Family Apart kami jalan kaki je dalam 10 minit macam tu.
Melintasi deretan kedai sebelum sampai Blue Mosque
Blue Mosque

Kami sempat menunaikan solat jamak zohor dan asar di Masjid Biru ni. Masuk free saja. Masjid ni akan tutup untuk orang lawat bila time solat. So, kalau datang Istanbul ni, luangkan la sedikit masa yang ada tu untuk solat di masjid-masjid yang ada di sekitar Istanbul ni. Lain rasanya.

Blue Mosque
Blue Mosque dari sebelah dalam



Dalam Blue Mosque- sementara tunggu azan zohor.
Roti 1TL. Saya suka. Kat Istanbul ni memang banyak orang jual roti ni.
Lepas solat kita makan dulu. Istanbul kota yang penuh dengan kucing. Kucing dia besar-besar kot...
Hagia Sofiya - bertentangan dengan Blue Mosque
Hagia Sofiya
Hagia Sofiya
Tram lalu kena berhenti satgi kena langgar. Haha...

Basilica Cistern - Antara lokasi penggambaran citer James Bond dulu-dulu. Tapi kami tak masuk pun sebab harga boleh tahan jugak la dalam 20TL kalau tak salah. Sorry dah lupa harga tiket.
Basilica Cistern - James Bond berlakon kat sini la dulu-dulu

Topkapi Palace - tiket masuk 30TL
Asia dan Barat - Kami berdiri di sebelah Barat dan di sebelah sana adalah Asia Barat
Muzium yang menempatkan barang tinggalan Nabi dan para sahabat dalam Topkapi Palace. Kami berpeluang melihat tangan Nabi Yahya kat sini. Jadi pastikan datang Istanbul masuklah Topkapi Palace untuk lihat barangan yang ditinggalkan. Emas, permata dan berlian tinggalan pemerintah sebelum-sebelum ni pun ada dalam Topkapi Palace ni. Tak rugi bayar mahal untuk masuk ke sini.
Dalam Topkapi Palace





Lokasi seterusnya ialah Spice Bazar. Dari Topkapi nak jalan kaki pun boleh nak naik tram pun boleh. Kami pilih untuk jalan kaki. 

Warga tua jual bendera Turki depan New Mosque dekat dengan Spice Bazar
Petang-petang ramai orang kat sini. 
Spice Bazar
Sibuk cari souviner
Masa ni tak tau lagi ada tempat lain lagi murah kalau nak beli souviner
New Mosque di kala senja
Keluar dari Spice Bazar kami decide untuk jalan kaki balik ke Family Apart sambil cuci mata menikmati suasana malam di Istanbul. 
Kami singgah di Milenyum ni untuk beli Turkish Delight. Rekemen kedai ni sebab Turkish Delight dia sedap dan tak manis sangat. Pekerja dia pun peramah. Boleh kawtim dan mintak lebih tapi kena pandai la pujuk. Haha....

Turkish Delight. 1kg = 80TL - 90TL. Turkish Delight ni tak sama macam yang jual murah kat Spice Bazar sebab dia lebih exclusive dan rasa pun sedap. Kami yang tak minat Turkish Delight ni pun boleh terbeli berkotak-kotak. Haha...
Baklava - Tapi kami tak beli pun sebab tak boleh rasa. Hehe..
Nak souviner murah kat sini la tempatnya. Ada 1 kedai yang boleh dapat 20 keychain dengan 15TL, pouch Istanbul boleh dapat 1TL saja. Next Entry kami bagitau kedai yang mana satu okay. Hehe....
Nak ke tempat souvenir murah kat area sini la.

Kena turun kat station ni kalau nak ke tempat souvenir murah. Station Gulhane. Sepanjang jalan boleh dapat souvenir murah. Lagi murah dari kat Spice Bazar. Ada kedai boleh bagi 2x ganda murah dari kat Spice Bazar. Next Entry kami tunjuk kedai murah tu yer.

Lepas penat berjalan dan bershopping kami jalan balik ke Family Apart menyusuri Blue Mosque dan Hagia Sofiya sekali lagi. Malam-malam lalu depan Blue Mosque kena hati-hati ramai jugak yang dok ikut kita minta sedekah. Nak bagi tapi macam takut so kami jalan laju-laju balik Family Apart. Haha... 

Sampai je, terus mandi, solat, makan dan tidur. Esoknya nak ke seberang Galata Bridge pergi Taksim Square pulak.

Jumpa next entry, k bai...hehe...


Jom tengok PERBELANJAAN kami untuk Part 10 ni ;
  1. Topkapi Palace = 30TL x 1.55 = RM 46.50

Maka, TOTAL PERBELANJAAN kami untuk part ni = RM 46.50


JUMLAH TERKUMPUL SETAKAT INI (Part 1 - Part 10) 
= RM 4,025.08



No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan comment anda di sini. Terima Kasih...

Europe + Balkan (Eurokan) : Santorini (Episod 2)

Episod 2  Dari Istanbul kami terbang ke Athens. Flight kami ke Athens sampai malam so kami lepak di airport. Sempat lelap 2-3jam. Dal...

Nuffnang