center
Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

Monday, 14 December 2015

Part 1 : Kembara Europe - Di Sini Kami Bermula

Lepas setahun merancang, study map, study attraction dan book accomodation untuk setiap tempat yang kami akan tuju, akhirnya pada 26 November 2015 kami berlepas ke London. Penerbangan ke London ambil masa yang agak lama. Kami naik Vietname Airlines sebab airlines ni yang paling murah harga tiket kami dapat. Disebabkan naik Vietname Airlines, maka kami kena transit di Hanoi, Vietnam lebih kurang 3 jam sebelum tukar flight dan terus terbang ke Heathrow, London. 

Jom tengok apa kami buat malam sebelum fly....

Pembahagian harta untuk masuk beg masing-masing
Maggi, oat, milo, Brahims, cloud 9, biskut, teh, gula etc...
Rebus nasi himpit
Packing ikan bilis , serunding dan beras
Serunding ayam resepi mak
Kesayangan... yang ni tak boleh lupa setiap kali pergi travel ok.


Tiba hari kejadian - 26 November 2015

Kami ke Airport ada orang hantar so jimat perbelanjaan keluar. Hehehe..


Wrapping beg kat KLIA

Benda wajib buat bila travel jauh ialah wrapping beg anda semua. Ini bukan saja untuk elakkan beg rosak atau barang hilang malah sebagai alternatif akhir untuk elak orang selit apa-apa barang dalam beg anda. Zaman sekarang ni kena hati-hati. Macam-macam boleh jadi. So wrapping la beg tu kalau travel jauh. Tak mahal pun RM10.60 je untuk satu beg.


Ready untuk makan malam. Penerbangan dari KUL - HANOI

Akan ada orang tanya nanti halal ke makanan dalam airlines ni? Jangan risau, boleh baca kat web Vietname Airlines memang ada tulis makanan dalam flight Vietname Airlines penerbangan dari Kuala Lumpur  Halal. So boleh makan. Kalau takut jugak nak makan, boleh request sebelum fly nak makanan lain.

Ni makanan yang dihidangkan kat kami masa dalam flight dari KL ke Hanoi. Ada starter, main course dan dessert complete.

Penerbangan dari KLIA ke Hanoi ambil masa dekat 3 jam. Kami fly pukul 7.15 malam waktu Malaysia dan sampai di Hanoi dalam lebih kurang pukul 9.20 malam. Tapi kena ingat 9.20 malam waktu Vietnam bersamaan dengan pukul 10.20 malam waktu Malaysia. Waktu di Vietnam lewat 1 jam dari Malaysia.

Takde apa yang kami buat selain melalui kastam Vietnam untuk check beg je. Lagipun connecting flight so takde la check beriya sangat pun. Just scan beg yang kami bawa hand luggage tu je.

Makanan kali ni kami request vegetarian so dapat set kentang lenyek ni. Macam biasa complete set dengan starter, main course dan dessert
Dah bosan tidur, layan movie then tengokla benda alah ni. Masa ni dah sampai Belgium
Melintasi banyak negara dah ni. Masa ni dah melintasi France. Cuma tak turun je. Hahaha...
Dah nak sampai London mata pun dah segar masa ni

Jom kita kira perbelanjaan untuk Part 1 ni :
  • Kongsi sorang sikit beli makanan untuk bawa (serunding, sambal, brahims, etc..) = RM 50.65
  • Transport ke KLIA = Free sebab ada orang hantar
  • Tiket Flight KUL (KL) - HAN (Hanoi, Vietnam) - LHR (Heathrow, London) = RM 1,197.00 
  • Wrapping beg kat KLIA = RM 10.60/beg

So TOTAL PERBELANJAAN kami pada ketika ni = RM 1258.25/pax

So untuk tau kos-kos hari-hari lain tunggu next entry ok. Ambil masa sikit untuk kami pilih gambar dan karang ayat supaya orang tak bosan nak baca. Tengah cari idea macam mana nak bagi ringkas dan padat supaya tak tertinggal apa-apa info.

Sekian, jumpa di lain entry yer kawan-kawan...

Tuesday, 25 August 2015

Makan-Makan D'Bawal Warung Bangi


Tujuan utama nak bawa tetamu makan Roti Canai Bukit yang femes kat Bangi tu, tapi roti canai dah habis. So, alang-alang dah parking depan D'Bawal so kami pun cuba la sebab hari-hari tengok orang penuh je kat ini. Tapi tak pernah berkesempatan nak singgah. Alang-alang Roti Canai Bukit tu habis, dan jam pun dah menunjukkan nak masuk lunch hour kami decide untuk try lunch kat D'Bawal je. 

Jom tengok apa yang kami order untuk 4 orang makan.

Cik W : Ayam goreng bahagian sayap (memang hobi dia panggil sayap, orang panggil wing/kepak) + Teh O Ais
Cik S : Talapia goreng + Limau suam
Cik A : Talapia goreng + Kopi ais
Pn. WW : Bawal goreng + Air suam
Just order lauk je, yang lain-lain macam nasi, gulai, ulam, sambal belacan dan air asam kicap dah memang didatangkan 1 set.

(orang Kedah panggil kari tu gulai)

Penuh satu meja. Apa nak kata. Memang kena selera anak tekak kami. Dari pandangan mata kasar kami, kami agak ni orang utara punya style. Sebab bila makan macam ni teringat kat kampung. Atas meja ada diletakkan siap-siap kicap satu botol. Memang utara habes sebab makan gulai dengan kicap.  Cik W si penggemar nasi+gulai+kicap+ayam memang makan bertambah-tambah la jawabnya. Punah diet hang.

Jom ushar gambar yang kami sempat snap. Guna handphone je pun sebab tak bawa kamera.

Nampak tak nasi Cik W siap boh kicap dah. Tunggu baca doa makan ja terus ngap

Ayam goreng Cik W punya feveret. Hari-hari ayam pun takpe. Weee

Sungguh menyelerakan tengok sambal belacan dengan ayaq asam tu baq hang...
Ulam dan ayam

Ikan talapia goreng panas-panas memang terangkat habis

Ayam goreng ni cukup rasa. Takdak yang kurang pun. Yang kurang sebab tak cukup. Hahaha

Ikan talapia bawal ordered by Pn.WW. Hang mai jauh dari Penang kami bawak mai makan bawal goreng. Hang puaih hati dak WW??
Tiada apa yang lebih menggembirakan tengok kicap dok bergenang atas nasi.
Dari kecik makan macam ni. Kicap dan Cik W berpisah tiada
Sebab penuh menyelerakan dan umphh, malu plak nak snap gambar lepas habis makan sebab memang licin habis. Satgi kena kutuk so lepas makan sorok muka. Hahaha...

Total kos 4 orang makan + bungkus 1 set nasi dengan aym goreng + air untuk 4 orang minum = RM 39.10. Murah tak?? Sapa rasa murah bolehla ajak family dan kawan-kawan pi makan yer. Bagi kami sangatlah berbaloi makan lauk panas-panas bawah pokok memang teringat kampung habis baq hang.

Sekian.

Monday, 6 July 2015

D'Laila Mee Udang + Ketam

Lepas jalan-jalan cari karpet raya mak, sempatla kami singgah berbuka di D'Laila Mee Udang kat Bandar Baru Nilai. Orang kata sedap so lepas solat maghrib kat Petronas Nilai 3, kami terus ke lokasi mee udang sedap tu......

Lokasi kejadian : D'Laila Mee Udang, MMA Santai Corner
(Bersebelahan Seng Heng, dekat roundbout besar, tapi maafla tak tau roundbaout tu nama apa, hehe)

MMA santai Corner ni dah banyak orang review so tak perlu la kami review kesedapannya sebab memang sedapla, habis licin semangkuk. So anda patut try kalau dah ke Nilai tu. Tak jauh pun dari Nilai 3. Guna waze kejap je sampai.

Jom layan gambar...


Mee udang + ketam = RM17.00
Ada 6 ekor udang besar + sekor ketam, puasla makan
Yummy....
Ketam dan udang yang segar
Yummy...
Ada orang teringin nak makan asam pedas.
Sedap cuma manis sikit. Kalau pedas sikit lagi baru kick
Nampak tak tu signboard kedai mee udang?? Ada asam pedas juga
Masa ni dah tak ramai orang sebab kami terjah pun lepas solat maghrib
Ni la MMA Santai Corner, Nilai
Macam-macam ada. So jangan lupa singgah yer...


-Selamat Berpuasa-


Tuesday, 30 December 2014

Panduan Mencari Restoran Halal Serata Dunia

Mencuri masa sekejap untuk update blog.

Buat masa sekarang kami bercuti dari sebarang kerja di pejabat dan aktiviti-aktivit berbasikal demi memberi tumpuan penuh pada final exam yang akan berakhir 7 Disember 2014 ni. So sekarang dalam mood bercuti dan study. Bukan cuti membuta je kat umah. Hehe... 

Dalam dok fokus study (study la sangatkan) sempat juga kami search2 untuk next trip cuti2 kami tahun 2015. Ke mana?? Ha yang tu jangan cerita dulu sebab masih diperingkat planning lagi. First draft untuk iltenary dah siap tapi yela 1st draf kan so masih banyak yang nak dibetulkan lagi. Tujuan 1st draf ni untuk kami tau angaran kasar je. Yela mudah untuk stanby duit nanti dan juga boleh bagi kami masa untuk cari duit lebih so sempatla nak kumpul duit ke nak pecah tabung ayam ke kann. 

Dalam dok mencari flight murah, hotel2 murah terjumpa satu website ni yang pada kami sangat2la memberi maklumat berguna untuk orang2 yang nak travel then susah nak cari makanan Halal. So dengan adanya website ni sangat2la membantu. Just taip je nama negara or bandar yang korang nak pergi then akan appear restoran2 makanan halal sekitar bandar yang korang pergi. Mudah kan? So boleh makan tanpa was-was. Tapi kalau still nak cari yang ada logo halal Jakim before makan, memang tak makan la kalau travel oversea. Hehe.... So ni kami kongsikan website tersebut. Pada yang dah tau pasal website ni dok diam2 ni info untuk orang yang baru nak tau macam kami ni je. Hehe... 




Semudah abc je. Just masukkan lokasi anda then search. Siap dia bagitau lagi kedai makan tu kedai thai ke, turkish ke, indonesia ke. Complete dengan alamat kedai, masa operasi, contact owner kedai, promo2 dan lain-lain yang seangkatan denganya. So untuk travellers semua bolehla guna web ni untuk panduan korang di luar nanti. Sekian, tq. 

Dah jom sambung study semula. (Tapi dalam hati kaki dah gatal nak travel) Ohh hati...sabar...

Saturday, 8 November 2014

Dip N Dip

Lepas kayuhan Wacoal hari tu kami sempat singgah Dip N Dip dekat Bangsar ni. Well, for those yang sukacokelat tempat ni memang satu kemestian la kot untuk berkunjung. Tapi macam kami yang tak berapa nak suka cokelat ni, sekadar singgah untuk mencuba je. Dah alang2 kebetulan berada di Bansar time. Sebab banyak sangat orang post pasal Dip N Dip ni so kami pun terjah Dip N Dip ni untuk merasai keenakkan makanan2 berasaskan cokelat2 nyaaa.... Hehehe

Din N Dip ni terletak bertentangan depan Butik House of Doll. (Fazura punya butik kan??)

Jom layan sikit gambar. Ni yang kami order haritu. Sedap tapi cepat muakla sebab cokelat kan ditambah lagi dengan kami yang tak berapa gemar makan cokelat. Huhu... Sekali-sekala try ok la. Rekemen la untuk sape2 yang memang suka cokelat.

Dip N Dip


Dip N DipDip N Dip
 
Dip N Dip



Wednesday, 5 November 2014

Charkoteaw Bandar Teknologi Kajang

Emmm, macam mana nak mula yer. Actually saja nak review pasal charkoteaw kat Bandar Teknologi Kajang ni. Bagi kami punya tekak memang sedapla. Kena citarasa. Dah banyak charkoteaw yang kami dah try area KL, Kajang, Bangi, etc tapi yang kat Bandar Teknologi Kajang ni juga yang memenuhi citarasa. Dah tu murah plak. Sepinggan charkoteaw cuma RM4 + teh ais RM 1.20 je. Mana nak cari teh ais RM 1.20 je. Kalau nak tau sedap ke tak kenala try okey..

bandar teknologi kajang


Bukan je ada charkoteaw, mee udang, bihun sup dan laksa juga ada. Laksa pun kami rekemen. Sedappp.. Owner kedai orang Pendang. Well, "anak Kedah di mana2" even tak dapat melangkah ke final Piala Malaysia. Hehehe....

char koteaw


So sapa2 nak cuba charkoteaw harga mampu makan ni bolehla berkunjung ke CKT Corner kat Bandar Teknologi Kajang. Betul2 dekat belakang Pasaraya Billion Bandar Teknologi Kajang. Dekat sebelah parking berbumbung. Kalau dari depan Billion tu terus je akan nampak kedai ni.

Jom layan sikit gambar. Maaf kualiti gambar tak berap bagus sebab tangkap guna handset murah je...

mi goreng udang

DAN ini kesudahannya.... tadaaa... licinnnn....

charkoteaw


Saturday, 1 November 2014

Tauhu Bakar & ABC

Tauhu Bakar
Tauhu Bakar
Adoyaiiii.... perut meragam minta di "isi" dengan 2 benda ni..... Mana nak cari kat Kajang ni. Last kami pergi makan masa on the way balik dari present PSM kat UTM Skudai hari tu rasanya. Dah berbulan dah ni ngidam. Adoyaii....


ABC Special
ABC Best
Bila la agaknya nak p Johor lagi ni. Bolehla kami singgah memuaskan nafsu makan ni. Kalaula (tak baik sebenarnya cakap kalau ni) grade on time, hari ni mesti dah boleh terpa cari sebab nyerrrrr minggu ni konvokesyen UTM ke-53. Haha...

Dalam hati jin berbisik "padan muka hang, sapa suruh hang drop subjek dulu kalau tak, hang dah konvo hari ni. Kikikiki..."

Well, sudah suratan... sayang nak tinggal status bergelar student part time UTM ni ha (cuba memujuk hati)... hehe...

Anyway takpe boleh control lagi. Next konvo kita p kedaqhah ok....




Europe + Balkan (Eurokan) : Santorini (Episod 2)

Episod 2  Dari Istanbul kami terbang ke Athens. Flight kami ke Athens sampai malam so kami lepak di airport. Sempat lelap 2-3jam. Dal...

Nuffnang