center

Monday, 6 July 2015

D'Laila Mee Udang + Ketam

Lepas jalan-jalan cari karpet raya mak, sempatla kami singgah berbuka di D'Laila Mee Udang kat Bandar Baru Nilai. Orang kata sedap so lepas solat maghrib kat Petronas Nilai 3, kami terus ke lokasi mee udang sedap tu......

Lokasi kejadian : D'Laila Mee Udang, MMA Santai Corner
(Bersebelahan Seng Heng, dekat roundbout besar, tapi maafla tak tau roundbaout tu nama apa, hehe)

MMA santai Corner ni dah banyak orang review so tak perlu la kami review kesedapannya sebab memang sedapla, habis licin semangkuk. So anda patut try kalau dah ke Nilai tu. Tak jauh pun dari Nilai 3. Guna waze kejap je sampai.

Jom layan gambar...


Mee udang + ketam = RM17.00
Ada 6 ekor udang besar + sekor ketam, puasla makan
Yummy....
Ketam dan udang yang segar
Yummy...
Ada orang teringin nak makan asam pedas.
Sedap cuma manis sikit. Kalau pedas sikit lagi baru kick
Nampak tak tu signboard kedai mee udang?? Ada asam pedas juga
Masa ni dah tak ramai orang sebab kami terjah pun lepas solat maghrib
Ni la MMA Santai Corner, Nilai
Macam-macam ada. So jangan lupa singgah yer...


-Selamat Berpuasa-


No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan comment anda di sini. Terima Kasih...

Europe + Balkan (Eurokan) : Santorini (Episod 2)

Episod 2  Dari Istanbul kami terbang ke Athens. Flight kami ke Athens sampai malam so kami lepak di airport. Sempat lelap 2-3jam. Dal...

Nuffnang