center
Showing posts with label gadjet. Show all posts
Showing posts with label gadjet. Show all posts

Monday, 25 May 2015

Good Bye Astro, Welcome Android Box TV M8

Selepas Astro menghentikan servis dorang kat umah kami, 2 hari juga dok adjust antena nak bagi clear tv. Last2 streaming kat laptop je tengok online. Dalam masa 2 hari tu juga kami sempat menggodek pasal Android Box TV. Pening juga nak pilih sebab macam2 ada. Macam2 model, macam2 version, macam2 jenama, macam2 perangai seller. Ada yang nak layan ada yang tak nak layan langsung.
Ni la rupa Android Box TV kami
Akhirnya kami pilih Android Box TV M8, dengan version android 4.4 kitkat siap dengan kodi dan dah di install macam2 channel tv, movie, radio, etc. Puas la dok melayan streaming je. Kami ada post di FB pasal android box ni tapi sebab ramai yang dok PM bertanya so di sini kami nak clearkan untuk korang yang nak/teringin nak cuba android box ni. Sebelum pape, kami nak bagitau ni adalah pendapat kami. Lain orang lain citarasanya, lain pendapatanya....
  1. Harga android box kat pasaran berbagai harga. Ada yang semurah 150 sehingga la ke harga ribuan ringgit bergantung pada version yang korang beli. Tapi yang kami jumpa orang jual sampai RM600.  Yang ribu2 tu jumpa kat Lazada. Maybe lagi power kot kalau yang ribu ni.
  2. Ada bermacam model. Model contoh : Minix (katanya ni yang paling glemer. Teringin nak pakai Minix Neo X8 tapi mahal RM550), M8, MX, MXII, Himedia, etc.. (macam2 ada))
  3. Box yang kami beli ni harga RM330 je. Full install semua ada. Ribu2 channel tv dan movie. Boleh streaming sampai muntah. Hehe...
  4. Kelajuan internet?? Otai2 cakap mesti 4Mbps ke atas dan unlimited internet untuk kelancaran streaming. Kebetulan streamyx umah kami memang dah 4Mbps so memang takde buffer kalau tengok tv. Tapi kalau internet time streaming tu tengah slow, ada jugala buffering sikit2. Tapi tak menjejaskan sangat pun.
  5. Kami tak ambil apa-apa pakej just beli box sahaja. Kalau korang nak juga Channel yang macam @stro boleh langgan dengan harga RM35-RM40/bulan ikut provider masing2. Yang ni langgan kalau nak je. Dapat full channel @$tro. Semua ada. Since yang dok ada pun tak tertengok so, kami tak langgan pun pakej ni. Beli box je pun dah banyak channel dan movie.
  6. Pakej yang ada channel macam @stro ni yang kami tau adalah HDTV dan Myiptv. Yang ni la yang korang kena bayar monthly kalau nak langgan. Kalau taknak pun xpe tiada paksaan.
  7. Beza MYIPTV dan IPTV?? Jangan konfius antara MYIPTV dengan IPTV yer. IPTV FREE. Sampai bila2 pun tak perlu bayar. Dah include dalam box tu. MYIPTV tu  yang ada full @stro channel so yang ni kena bayar baru dapat tengok. So lain sangat yer. Ejaan pun dah beza.
  8. Movie tak perlu download dah pasni. Kalau nak tengok kami tekan je citer yang nak tengok tu. Macam2 movie ada untuk dipilih.
  9. Beratus2 citer kartun free untuk budak2, mak2 budak dan bapak2 budak. Hehe...
  10. Untuk kaki2 sukan dan bola pun ada. Nak tgk EPL ke ape ke just klik je.
  11. Apa lagi yang android box ni boleh buat?? Boleh FB, Insta, game, google, play store, you tube etc.... Boleh tanya Mr. Google untuk lebih details.
  12. Subtittle?? Subtittle auto so kalau ada, adalah, kalau takde, takde lah. Ini mungkin kekurangan nya. Tapi kami tak kesah pun. Kalau nak sangat tengok citer ada subtittle boleh juga tengok je terus kat youtube atau streaming terus dari Mr.Google. Bab2 subtittle ni kami tak kesah sangat. Haha....
  13. Cara pasang senang je. Just beli box tu. Balik umah on tv, cucuk plug hdmi pada box dan sambung kat tv, on andorid box then connect wifi umah korang dah boleh tengok. Start tu pandai2 la korang cari channel mana nak tengok. Explore la puas2. For sure 1 minggu pun tak habis explore. Itu kami la. Maybe sebulan pun kami tak habis khatam lagi. Korang maybe lebih terror kan. Hehe.
  14. Mana nak beli??? Macam kami cakap tadi search je kat tenet, berlambak orang jual. Kalau yang kami beli ni kami beli dari FB Malaysia Android TV Box. Sangat rekemen sebab seller ni sangat membantu. Siang malam tak pernah jemu menjawab macam2 pertanyaan dari kami. Maaf yer abang seller, kami budak baru belajar. Kalau tak nak melalui FB then korang boleh call/wassap no.ni 017-5332063.
  15. Oh lupa nak bagitau. Kami pakai streamyx 4Mbps, monthly bayar bil internet RM130 (sebelum ni pakai 1.0Mbps je) dan dapat streaming semua2 yang kami cerita kat atas. Minggu lepas TM call offer 4Mbps RM130, tanpa fikir panjang kami terus grab je. Nak pakai Unifi tapi area umah kami takde lagi Unifi so streamyx je la buat masa sekarang ni.
  16. Kalau korang tanya kami, kami rasa berbaloi la bayar RM130 bulan2 dapat tengok channel free. Sebelum ni kami bayar streamyx 1.0Mbps je dah RM113 + Astro RM70 = RM 183. Tapi sekarang dengan RM 130 kami dapat lebih dari tu. Kan dah jimat RM 53.00. Sebulan jimat RM 53.00, kalau setahun dah jimat RM 636.00. Boleh dah beli tiket pergi melancong. Haha...
Nampak tak tu, dekoder Astro dah siap simpan.
Rupa android box kami bila dah keluar kotak. Time ni tengah layan streaming
Rasanya tu je kot yang kami boleh cerita. Nak tau lebih lanjut boleh try search dantanya Mr.Google. Ini semua idea, buah fikiran dan pandangan dari kami je. Takde kena mengena antara yang hidup dengan yang mati. Kalau ada info yang salah tolong betulkan. Sebab kami baru 3 hari belajar bab2 android box ni. Kalau korang tak sependapat dengan kami pun takde masalah. Kalau yang lebih suka Astro, teruskan melanggan Astro. Kalau yang dah tak suka Astro macam kami, maybe ni alternatif yang ada untuk korang bagi menggantikan Astro.


Friday, 14 November 2014

Daftar Streamyx Online Percuma Langganan Internet Selama 1 bulan

Semalam telah berlangsung satu kejadian yang tanpa diduga2 dalam hidup kami. Dalam masa 2 hari semuanya berubah. Hahaha... Intro kasi gempak beb... Apa yang kami nak kabarkan ialah, semalam orang TM dah datang rumah untuk pasang streamyx. So, lepas ni senangla kami nak buat kerja. Agak berkira2 juga pada mulanya samada nak pasang streamyx atau menten je wifi maxis. Tapi bila fikir balik, maxis ni asyik takde line je so kami decide untuk BERTUKARrr... Hehe. Kami daftar melalui online je. Kebetulan TM tengah buat offer, sape yang daftar streamyx melalui online akan dapat free internet 1 bulan. So, apa lagi cepat2 kami grab offer2 camni. Jimat duit, hati pun senangkan. Hahaha...
Ok ni kami listkan kelebihan daftar streamyx online yang kami rasa berbaloi la. Tak payah berhujan berpanas nak g daftar kat TM tu. Mana nak cari parking lagi, tol, minyak lagi.. Semua tu pakai duit tu....

kenapa daftar streamyx dan unifi secara online
  • Korang tak perlu pergi ke TM Point (klik untuk register link kat bawah untuk pakj yang free 1 bulan) https://www.tm.com.my/Home/Broadband/Streamyx/Pages/Home.aspx atau klik je kat TM Point ni
  • Korang tidak perlu bersesak-sesak beratur panjang menunggu giliran di TM Point.
  • Korang tidak perlu untuk keluar rumah untuk mendaftar broadband.
  • Korang tak perlu bersesak dalam ‘traffic jam’
  • Korang tak perlu membazir duit minyak dan duit tol.
  • Korang tak perlu fikir kat mana nak parking.
  • Jimat masa. Bayangkan korang perlu keluar rumah, bersesak di jalanraya, mencari tempat nak parking dan menunggu giliran sebelum sampai di kaunter. Proses pendaftaran yang tak sampai pun 5 minit tapi korang terpaksa mengambil masa berjam-jam hanya untuk selesaikan.
  • Perkhidmatan 24 jam online jerrr.
  • Korang boleh daftar Streamyx walau di mana korang berada semuanya dihujung jari je sekarang.
  • Hanya bayar yuran pemasangan yang tak sampai RM50 pada kontraktor. Masa pasang tu la, tu pun bayar ikut panjang kabel yang diorang tarik.
  • Then lain2 bayaran macam duty stamps dan bil bulanan tunggu abang posmen hantar baru bayar.
  • So maknanya kalau kat tangan korang sekarang ada RM50 pun dah boleh dah nak pasang streamyx... hehhee... Tapi bulan2 jangan lupa simpan duit bayar bil langganan ikut pakej yang korang amek okey...heehe..
  • Lagi satu, kami pasang ni harini register, esok tu kontraktor TM dah sampai terpacak depan umah untuk pasang. Lepas siap diorang pasang dah bleh guna internet. Cepatkan....
  • Yang bestnya FREE 1 BULAN ok
  • Lastly, ni pakej2 yang ditawarkan. Kami try yang murah dulu kalau ok baru up yang laju punyerr...
 
 
 

Europe + Balkan (Eurokan) : Santorini (Episod 2)

Episod 2  Dari Istanbul kami terbang ke Athens. Flight kami ke Athens sampai malam so kami lepak di airport. Sempat lelap 2-3jam. Dal...

Nuffnang