center

Sunday 22 February 2015

Carboot Sales Bandar Sri Putra

Bismillah....

Tempat : Bandar Sri Putra

Tarikh Carboot : 22 Februari 2015
Hari : Ahad
Masa : 7.00 pagi - 12.00 tgh

Setelah sekian lama tak update blog ni, harini kami berkesempatan nak kongsikan aktiviti hujung minggu kami. Aktiviti ni dah macam jadi aktiviti wajib kami setiap minggu. Menjual barang2 rumah yang terpakai macam baju, seluar, novel, majalah, buku2 lama, etc. Orang putih panggil Carboot Sales. Buka bonet then jual. Mudahkan? Sesimple ABC, hehehe... Actually dah lama kami nak join carboot sales camni tapi tak pernah berkesempatan sebab hujung minggu kami selama 5 tahun ni dipenuhi dengan menghadiri kelas. Student part time kan, so hujung minggu je kenala korban masa untuk belajar. Balik kampung pun 3 ke 4 bulan sekali. 

Ok berbalik pasal carboot sales ni, tahun 2015 ni kami dah start join carboot sales since kami dah berjaya tamatkan study selama 5 tahun ni cuma tak konvo je lagi. Insyaallah bulan 4 ni kami konvo ok. Sebelum ni kami dah join carboot kat Putrajaya (dah 2x) dan ini juga kali ke-2 kami join carboot sales kat Bandar Sri Putra. Lokasi dia betul2 tepi jalan. So kalau exit tol Bandar Sri Putra lepas bayar tol korang toleh kiri mesti perasan carboot sales ni. Actually bukanlah setiap minggu kat situ. Kalau kat Bandar Sri Putra ni kalau tak salah setiap minggu ke-3. Setiap minggu lokasi carboot ni berubah2. Minggu pertama kat tempat lain, minggu ke-2 tempat lain, minggu ke-3 tempat lain dan minggu ke-4 tempat lain.Untuk lebih detail korang boleh refer jadual carboot kat  web carboot sales ni . Untuk jadual dan pendaftaran boleh terus refer pada link tu juga ok. Terbuka kepada semua orang dengan syarat korang jual barang rumah korang yang dah tak nak pakai. Barang baru tak boleh. Tapi, biasala ada juga yang ketegaq jual barang2 yang tak sepatutnya. 

Macam-macam ada. Harga pun murah. Dari serendah RM0.50 sampai la yang ratusan ringgit. Selalunya ratusan tu untuk barang2 rare je. So, kami pun taknak coloteh panjang, jom layan beberapa keping gambar yang kami sempat snap untuk tatapan korang semua... 

Macam-macam ada t-shirt, kameja, jeans, novel, teddy bear, kasut, etc serendah RM 5.00


Stroller terpakai murah-murah je


Barang-barang untuk baby terpakai
Perhiasan dinding pun ada

Pengungjung yang datang tak henti-henti dari pukul 7.00 pagi sampaila 12.00 tgh tak putus-putus

Alat tulis pun ada


Kakak ni jual baju-baju kanak-kanak from UK. Baju untuk orang dewasa pun ada. Kebanyakannya dari UK. Dulu dia pernah duduk UK.


Ni memang rare. Barang-barang zaman penjajah pun ada


Type writer zaman dulu-dulu


Macam-macam handbag murah-murah


Aneka jam tangan. Harga still boleh tawar


Koleksi yang rare


Beg-beg zaman koboi, hahaha....


Tabung-tabung yang takde dijual kat kedai. Tapi kat carboot ada jual murah


Peralatan dapur pun ada

So, kalau korang takde buat pape hujung minggu jomla sekali sekala terjah carboot sales kat sini. Dengan RM20 macam-macam korang boleh beli....


Next carboot sales :
1 Mac 2015 (Ahad) : Bandar Bukit Mahkota Seksyen 2
8 Mac 2015 (Ahad) : Bandar Bukit Mahkota Seksyen 2
8 Mac 2015 (Ahad) : Kelab Tasik Putrajaya
15 Mac 2015 (Ahad) : Bandar Bukit Mahkota Seksyen 4
22 Mac 2015 (Ahad) : Bandar Sri Putra
29 Mac 2015 (Ahad) : Bandar Sri Putra


Nota Gambar : Snap guna handphone saja....

Europe + Balkan (Eurokan) : Santorini (Episod 2)

Episod 2  Dari Istanbul kami terbang ke Athens. Flight kami ke Athens sampai malam so kami lepak di airport. Sempat lelap 2-3jam. Dal...

Nuffnang