center

Thursday 8 October 2015

Kembara Bajet Cara Kami

Akhir-akhir ni kami sangat sibuk menguruskan urusan dobi pick up & delivery kami. Ini lah impian sejak sekian lamanya. Walaupun masih baru nak berjinak-jinak dan takde kedai yang proper tapi kami memang dah pasang niat, biarlah ini jadi titik tolak kepada kejayaan dan impian kami selama ni. Hari nak launching dah dekat tapi masih banyak benda tak selesai. Terkejar-kejar jugak kami ke sana ke mari untuk selesaikan semua urusan.

Dalam masa yang sama dok countdown trip pengembaraan kami untuk tahun 2015. Tu pun dah dekat tarikhnya. Masa decide untuk fly lagi, tak terfikir pun nak buka dobi ni. Tapi bila duit banyak keluar dari masuk kenala fikirkan sesuatu. Takkan nak harapkan duit gaji sekarang je. Orang selalu tanya kenapa nak duit banyak? Duit gaji sekarang tak cukup ke? Jawapan kami " Cukup je tapi cukup untuk keperluan sendiri je la, nak bantu orang lain tak berapa nak cukup." Kalau boleh nak jugak bantu orang susah yang lain kan.

Apa cita-cita korang? Cita-cita kami nak jadi KAYA. Haha...

Buatpe nak jadi kaya di dunia? Patutnya jadi kaya di akhirat baru betul. Yer betul, duit bukan segala-galanya, tapi sebab duit orang boleh hilang pedoman. Salahkah jadi kaya? Tak salahkan kalau tahu cara menggunakan kekayaan tu. Bila dah kaya, dapat bantu orang susah tu kan dikira saham untuk bekalan ke akhirat. Misi tu kena adala. Setakat nak kaya dan nak berfoya-foya tu memangla tak patut. So please jangan halang kami untuk jadi kaya okay. Manala tahu satu hari nanti korang adalah salah sorang yang akan kami bantu, hehe... Insyaallah.

Ihsan Mr.Google

Ok, berbalik pada kedai dobi dan kembara 2015 kami. Dua benda dalam tempoh masa terdekat yang perlu setel. So far alhamdulillah, pasal trip kembara kali ni dah 90% done. Percaya atau tak, kami dah book, tukar duit dan setelkan semua benda sebelum currency kita jatuh merudum. Berjaya tukar duit Euro dengan 3.96. Alhamdulillah. Nasib baik tak tunggu saat-saat akhir. Kalau tak memang mengucap panjangla. Dan kami nak tekankan sekali lagi, SEMUA KOS DITANGGUNG SENDIRI. Macam mana kami buat?? Dengan gaji yang ada sekarang orang cakap mana mungkin cukup untuk 2 minggu kembara jauh-jauh kat bumi asing tu kan. Nak beli tiket flight lagi, makan, tukar duit, hotel, transportation kat sana dan bla bla bla... Well, hendak seribu daya, tak nak of cos la seribu jugak dalihnya.


Ini yang kami buat secara ringkasnya ; (malas nak taip detail-detail, hehehe)

  1. Mesti rancang 1 tahun sebelum fly ke mana-mana (terpakai untuk fly oversea je). Kami bukan orang kaya, la la tu jugak ada duit untuk travel. So kenala rancang 1 tahun. Setahun sekali fly kira okla.
  2. Bulan pertama beli tiket flight. Dapat murah terus grab. Nak beli tiket flight of cos la nak kena stnby duit banyak kan. Tak pe jangan risau, yang ada kad kredit boleh je pakai kad kredit tapi dengan syarat bulan-bulan bayar la, jangan tak bayar pulak.
  3. Bulan ke-2, sediakan jadual perjalanan. Kalau kami, kami akan bahagikan tugas 1 tempat sorang buat iltenari, tempat lain orang lain plak buat. Kalau ramai, bahagi la sorang sikit so takdela penat nak hadap sorang-sorang.
  4. Bulan ke-3, book hotel. Hotel guna booking.com tak perlu bayar pape. Book je dulu. Lantik sorang AJK untuk collect duit. So tiap-tiap bulan bagi kat AJK duit untuk simpan. Kena cari yang amanah. Kalau tak, konfem duit lesap.
  5. Bulan ke-4 dan ke-5, setelkan pasal transportation. Kenapa 2 bulan? Kalau yang melibatkan connection flight atau lompat-lompat negara macam kes kami nanti mestila nak pakai duit banyak. So ada 60 hari. Bersamaan 2 kali gaji. Ok la tu kan. Sempatla nak kumpul duit.
  6. Bulan ke-6 sampai bulan ke-10, dah boleh rilex-rilex sikit sambil tambah duit tabung bagi jadi lagi banyak. Sambil study maps, rajin-rajin baca blog orang lain dan repair-repair iltenari tu tukarla duit sikit-sikit bila dapt gaji. Selalunya kami bulan pertama dah start tukar duit. Kadang-kadang tak dapat tukar banyak, so tukar sikit pun jadila. Kami pernah tukar 10-20 Euro je sebulan. Daripada takde langsung 10 pun 10 la janji ada. Tapi kalau ada lebih tukarla lebih. Rate currency ni tak menentu kadang naik kadang turun. So bila ada duit lebih tukar je. Jangan tunggu last-last minit. Currncy terkini boleh rujuk Bank Negara as a guide je Bank Negara ni. Kalau nak beli murah  boleh tengok money changer Nu Central.
  7. Bulan ke-11 sibuk buat menu nak santap kat sana. Dari menu tu barula ada idea nak bawa makanan apa dari Malaysia. Biasanya kami bawa Brahims, roti gardenia, maggi, panadol, etc.... Pandai-pandaila nak bawa apa. Wet tisu jangan lupa yer. Hehehe..
  8. Bulan ke-11 ni jugak bulan sibuk nak cari baju, kasut, beg baru bla bla bla... Tapi selalunya takpun. Kami beli bila rasa nak beli. Takde tunggu last minit. Cuma kadang-kadang je beli last minit. Kalau dah ada tu pakai je la apa yang ada. Janji dapat fly. Untuk yang kerja gomen time ni dah kena selesai kan semua urusan cuti dan isi borang perjalanan ke luar negara. Passport yang dah expired kena renew. Kalau tak, naya jer.
  9. Bulan ke-12 cek semua kelengkapan. Buat checklist. Dan ready untuk fly bila tiba masanya. Masa ni jiwa dah tak tenang dah. Buat keja kat ofis pun tak fokus dah. Hahaha.... 
  10. Nota tambahan : Dalam setahun kami aturkan 3 kali pertemuan dengan member yang lain (kalau ada orang lain yang join la). Just to check progress masing-masing. Kalau takde dok diam-diam kat umah buat sorang-sorang. Hahaha...
Selain menunggu tempoh setahun tu tiba, kami ada buat job lain jugak untuk cari duit extra. Nak tau apa kami buat? Yehaaa.....
  1. Join carboot sales. Jual apa yang dah tak nak. Duit tu masuk tabung travel.
  2. Jual aiskrim Malaysia. 1 = RM0.30. Petang-petang lepas balik keja jual la. Sambil tu ada jugak ambil tempahan ais krim Malaysia ni untuk majlis kenduri kahwin, majlis birthday anak jiran-jiran, majlis berkhatan pun ada tau, hahaha.... Asal mendatangkan duit jalan je. Kalau satu hari dapat jual 20 batang ais krim dah RM6. Kalau setahun? Banyakkan... hihi...
  3. Ambil gambar nikah member-member terdekat. Kami bukan pro pun so tak charge mahal pun. Janji client puas hati. bayarla seikhlas hati.
  4. Jual barang online. Dulu rajin la sekarang dah tak. Pernah jual wedges, cheese powder, die cast kereta-kereta, die cast kapal terbang, die cast motor, jual bantal hotel, jual kain cotton, pen perfume dan bla bla bla.... Banyak pulak bila disenaraikan. Hehe...
  5. Dan sekarang baru nak berjinak dengan bisnes dobi pick up & delivery. Insha Allah. Semoga semuanya dipermudahkan.
Next trip ke mana??? Tunggu la lagi setahun. Hahaha.... 
Setahun untuk trip yang jauh. Kalau dalam Asia je tak perlu setahun pun kot. Hahaha.....

Iltenari untuk trip kali ni nanti kami kongsikan. Insha Allah...

Okayla, sekian. 

Hasil penulisan ni dikerah secara otomatik dan takde kena-mengena dengan yang hidup ataupun yang dah mati. Tiba-tiba datang idea nak menaip so taip je la. Maybe ada bahasa yang susah nak faham atau ter typo, harap dimaafkan. Kami ni hanya insan yang lemah yang tak lepas dari melakukan kesilapan. In cara kami. Lain orang lain caranya.....

Europe + Balkan (Eurokan) : Santorini (Episod 2)

Episod 2  Dari Istanbul kami terbang ke Athens. Flight kami ke Athens sampai malam so kami lepak di airport. Sempat lelap 2-3jam. Dal...

Nuffnang