center

Wednesday, 5 November 2014

Charkoteaw Bandar Teknologi Kajang

Emmm, macam mana nak mula yer. Actually saja nak review pasal charkoteaw kat Bandar Teknologi Kajang ni. Bagi kami punya tekak memang sedapla. Kena citarasa. Dah banyak charkoteaw yang kami dah try area KL, Kajang, Bangi, etc tapi yang kat Bandar Teknologi Kajang ni juga yang memenuhi citarasa. Dah tu murah plak. Sepinggan charkoteaw cuma RM4 + teh ais RM 1.20 je. Mana nak cari teh ais RM 1.20 je. Kalau nak tau sedap ke tak kenala try okey..

bandar teknologi kajang


Bukan je ada charkoteaw, mee udang, bihun sup dan laksa juga ada. Laksa pun kami rekemen. Sedappp.. Owner kedai orang Pendang. Well, "anak Kedah di mana2" even tak dapat melangkah ke final Piala Malaysia. Hehehe....

char koteaw


So sapa2 nak cuba charkoteaw harga mampu makan ni bolehla berkunjung ke CKT Corner kat Bandar Teknologi Kajang. Betul2 dekat belakang Pasaraya Billion Bandar Teknologi Kajang. Dekat sebelah parking berbumbung. Kalau dari depan Billion tu terus je akan nampak kedai ni.

Jom layan sikit gambar. Maaf kualiti gambar tak berap bagus sebab tangkap guna handset murah je...

mi goreng udang

DAN ini kesudahannya.... tadaaa... licinnnn....

charkoteaw


No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan comment anda di sini. Terima Kasih...

Europe + Balkan (Eurokan) : Santorini (Episod 2)

Episod 2  Dari Istanbul kami terbang ke Athens. Flight kami ke Athens sampai malam so kami lepak di airport. Sempat lelap 2-3jam. Dal...

Nuffnang