center

Friday, 28 November 2014

Destinasi Bajet Kami Ke Korea - Part 5 (Day 3 samb. : Jeju-Seoul)

Sambungan Hari Ketiga

Ni sambungan hari ketiga kami kat Korea. Panjang sangatkan. seronok plak nak bercerita. haha..


Flight kami dari Jeju selamat sampai kat Gimpo Int. Airport, Seoul jam 8.30 mlm. Selesai ambik beg, memasing dah lemah longlai masih mamun lagi, layu je berjalan pergi cari tourism counter. Letih sangat la tu. Tapi malangnye, semua kaunter dah tutup. So, kena pandai2 la ringan mulut bertanya & baca map.

Since dah malam, kami decide untuk cari subway je. Kat Korea kan terkenal dengan subwaynye yang efisen. Yang ni memang kami puji. Berkali ganda lebih bagus dari Malaysia. Maaf Malaysia.



Muka keletihan tunggu subway datang. Nampak tak beg sebelah si baju kurung tu?? Hah, tu la beg berisi makanan kami, banyakkannnn???


Dari airport, kami ambik Lane 5 ke Dongeok Station, then tukar ke Lane 3 dan ambik tren ke Anguk Station. Sebab hostel Beewon Guesthouse yang kami book tu berdekatan Anguk Station. Kami book hotel ni pun masa kat Malaysia. Dapatla harga untuk 3 malam 256,000 won. Harga ni untuk bilik kat rooftoop untuk 5 orang. Terkapai-kapai jugak la memula sampai kat Anguk. Tak tahu exit mana nak keluar. Banyak wei.. Berpusing2 7 kaki di bawah tanah dok cari jalan keluar. Last2, dekat 1/2 jam jugak la baru dapat keluar. Yesss!!!!

Sedikit maklumat untuk korang, kami gunakan T-Money untuk naik subway kat sini dan lebih murah travel guna T-Money ni. T-Money Card boleh beli kat kedai ala2 7E itu dengan harga 2,500 won untuk 1 kad. Then Top Up T-Money 5,000 won. (5,000 won sebagai permulaan, kalau tak cukup nanti topup lain)


Muka puas dapat top up T-Money guna mesin even tak faham pun tulisan Korea tu


Dari Anguk Station, kami jalan kaki ke Beewon Guesthouse. Masa ni tak tentu hala cari jalan. Haha... Cik Wan plak dengan beraninye jalan kat celah2 lorong sensorang cari Beewon. Yang lain masa ni singgah mart beli 2 instant rice dengan harga 11,900 won. Tetiba Cik Wan muncul dengan sorang mamat K-Pop. Baiknye hati tolong kami walaupun tak sure jalan. Siap call omma dia lagi tanya pasal Beewon ni. Terharu giler kami. Mula2 takut jugak diapa2kan. Maklumla, semuakan diva2. hehe. Dengan bantuan mamat K-Pop tu, kami akhirnya jumpa juga Beewon Guesthouse tu. Disebabkan mamat K-Pop tu, malam kami memang riuhla citer kononnya Cik Wan dah jumpe jodoh kat Korea. Hahaha... Thanks oppa sebab tolong kami.

Kat Beewon ni boleh masak2, ada mesin basuh so apa lagi, buat macam rumah sendiri la. hehe.... Lepas mandi & makan, kami feeling Korea lagi sebab kali ni dapat bilik kat rooftop uolls.. Haha.. Mesin basuh plak kat sebelah bilik je. Ape lagi, sebelum lelap, aktiviti membasuh baju la sambil menunggu Cik Mel dengan Cik Pororo masak kat dapur. Dinner kami malam tu nasi goreng resepi Cik Mel with instant rice korea yang meletops.... ko adoo... hehehe...

Fuh nak habeskan Part 5 ni puas memikir dan menaip. So Part 6, tunggu yer. 1 hari 1 part okla tu. Siang keja, malam je ada masa nak berblogging. Hehehe... Next entry kami akan cover Seoul pulak. So tunggu next entry yer... Kesabaran anda adalah cinta hati kami.... hahaha..peace...


Summary :

 
  • Kad T-Money = 2,500 won/card
  • Instant Rice untuk dinner = 11,900/5 = 2,380 won/pax
  • Beewon Guest House = 256,000/5 = 51,200 won/3 night/pax

Total Day 3 samb. = 56,080 won/pax = RM 171.04/pax
(kadar tukaran kami dapat RM3.05)

3 comments:

Sila tinggalkan comment anda di sini. Terima Kasih...

Europe + Balkan (Eurokan) : Santorini (Episod 2)

Episod 2  Dari Istanbul kami terbang ke Athens. Flight kami ke Athens sampai malam so kami lepak di airport. Sempat lelap 2-3jam. Dal...

Nuffnang