center

Wednesday, 26 November 2014

Destinasi Bajet Kami Ke Korea - Part 3 (Day 2 : Jeju)

Hari Kedua


Bangun seawal jam 7.00 pagi. Mula-mula semua nak bangun awal sebelum subuh dan nak terus check out. Kononnye nak tengok sunrise la. Tapi sebab jetlag, semua terbongkang liat nak bangun. Sebab bangun dah lewat, kami cepat2 mandi, masak nasi goreng, breakfast dan sesi bergambar sebelum checkout.



Muka happy dapat breakfast sebelum memulakan perjalanan jelajah Jeju


Pemandangan dari belakang HK Jeju


Ni la driver kami hehe..


Actually agak lewat kami gerak tapi xpe la since drive sendiri, takde la terikat dengan sapa-sapa.

Berikut adalah destinasi yang kami pergi (yeehuuu...) :-

Kimnyong Maze Park (3,300 won/pax). Macam puzzle world. Sebab tak jumpe jalan betul, kami terus cari jalan mula-mula masuk. Lepas tu ambik gambar je la.






Ilchulbong Sunrise Peak (2,000 won/pax). Kami sampai dalam pukul 12.00 tengahari. Penat jugak la nak menapak naik ni. Sepatutnya kami datang dalam pukul 3.00 pagi untuk tengok sunrise, tapi semua dah tak larat, so tengahari baru sampai. 

Sunrise Peak Jeju

Ilchulbong Jeju

Jeju


Seongwipo : Rumah Api. Kat sini kami makan sotong bakar dengan harga 10,000 won seekor. Sebelum masuk kawasan ni kena bayar 1,000 won untuk parking. Sotong bakar ni berbaloi la dengan 10,000 won sotong besar kot, fresh & yang penting sedap dan cukup untuk makan 5 orang. Terbaik sotong bakar dia okey.


Ajumma jual sotong bakar laris jualan


Sotong tersidai di ampaian


Jeju Mini Land (9,000 won/pax). Kat mini land ni macam kat Lego Land la kot lebih kurang. Tapi Lego Land lagi gempak la. Puas mencari tapi takde rupanya miniatyre KLCC dalam mini land ni. Huhu.... Pusing2 then snap gambar sebagai kenangan. Tu je aktiviti kat mini land ni.




Last destinasi kami adalah Trick Eye Museum. Dengan bayaran 8,000 won/pax kami redah masuk je. Masa ni kamera Cik Wan dah takde bateri dah so, kamera Cik Pororo yang take over. Tak banyak pun gambar masa kat sini. Trick Eye Museum ni lebih kurang macam A Live Museum yang akan kami ceritakan dalam next entry.






Sepatutnya kami nak ke Seongeup Folk Village lepas Trick Eye Museum, tapi disebabkan kesilapan teknikal pada GPS maka tak kesampaian niat nak ke Seongeup Village tu. So, kami terus ke Namguk Hotel.

Namguk Hotel Jeju


Ni lokasi penginapan kami malam ni. Masa ni dah nak masuk waktu Maghrib, dalam pukul 6.20 petang. Kat Jeju 6.20 ni dah nak gelap. Namguk Hotel ni pun kami dah book siap2 sebelum fly. Kami book untuk 1 malam je dengan kadar harga 78,000 won/night untuk 1 bilik ondool. Boleh sumbat ramai orang. Ajumma hotel ni best, baik sangat. Selepas check in mandi, then makan malam berjemaah dalam bilik je dengan bekalan2 yang dah kami bawa dari Malaysia.

Disebabkan rasa excited lagi, lepas makan kami keluar ronda-ronda sekitar hotel je. Emm.. kedai banyak yang dah nak tutup. Jalan-jalan, keluar masuk kedai tapi tak beli pape pun. Cuci mata jer. Konon nak beli souvenir kat Seoul tapi sebenarnya yang kami jumpa kat Jeju ni lagi murah dari Seoul. Hahaha padan muka.


Jalan-jalan sekitar hotel


 Tengok je Ajumma ni jual buah, tapi tak beli pun. Ajumma tak layan kami masa ni maybe sebab tengok kami ni pelik kot. Haha..

Ajumma Jeju
 Ajumma buah oren


Sebelum masuk bilik, kami lepak-lepak dulu ambik angin kat ‘rooftop’. Masa ni memang semua feeling Korea habis nok. Semua feeling dan sebok dok update FB masing. Cuma Cik Wan je yang dok syok snap gambar. So, no heran la dalam gambar-gambar kat Korea, gambar ‘cun’ Cik Wan tak banyak. Hehe.. gambar-gambar diva je banyak. Nasib kau la Cik Wan.



Layan FB kat rooftop


Lepas lepak kat rooftoop (mau berjam juga kat rooftop tu) kami turun masuk bilik untuk tido lepas Cik Su dah bebel. Ye la esok tu nak bangun awal lagi kan. Banyak lagi tempat nak teroka kat Jeju ni. Malam tu kami tido dalam bilik ondool. Bentang toto then tidor ramai2 siap ada kelambu lagi tu yang tak tahan. Selasai hari Ke-2 kami. Letih memang letih tapi sangat seronok. Tak tergambar kot dengan kata-kata betapa seronoknya kami spend masa bersama, gaduh, gelak, makan, tidur dan travel sama-sama macam ni.

See next entry....

Summary :
  • Kimnyong Maze Park = 3,300 won/pax
  • Ilchulbong Sunrise Peak = 2,000 won/pax
  • Rumah Api Seongwipo = 200 won/pax
  • Sotong bakar = 10,000/5 = 2,000 won/pax
  • Jeju Mini Land = 4,500 won
  • Trick Art Museum = 4,000 won/pax
  • Namguk Hotel = 78,000/5 = 15,600 won/pax

Total Day 2 = 31,600 won/pax = RM 96.38/pax
(kadar tukaran kami dapat = RM3.05)



2 comments:

  1. gegelss... boleh tak saya minta full itinerary dari korang. Kami gegels berempat bakal travel on this february.

    ReplyDelete

Sila tinggalkan comment anda di sini. Terima Kasih...

Europe + Balkan (Eurokan) : Santorini (Episod 2)

Episod 2  Dari Istanbul kami terbang ke Athens. Flight kami ke Athens sampai malam so kami lepak di airport. Sempat lelap 2-3jam. Dal...

Nuffnang