center

Tuesday, 25 November 2014

Destinasi Bajet Kami Ke Korea - Part 2 (Day 1 : KL-Busan-Jeju)

Hari Pertama 

Perjalanan kami bermula seawal jam 5.00 pagi. Joe (anak buah Cik Mel a.k.a boypren Cik Pororo) yang hantar. Cik Li pergi sendiri (abg azri hantar) hahaha....

Lokasi berlepas :Gate 8, LCCT (Terminal Antarabangsa)

Masa : 8.20 pagi (waktu Malaysia) 

Anggota Terlibat : 5 anggota berpassport sah


Lepas ni semua waktu Korea ok. Untuk makluman mana yang tak tahu lagi tu, waktu kat Korea awal sejam camtu la dari Malaysia.

Kami selamat menjejakkan kaki di Busan jam 4.20 petang waktu Korea. Terumbang-ambing, suka, kejutan budaya dan over excited. Bercampur baur perasaan masa sampai. Alhamdulillah, perjalanan kami dipermudahkan untuk menjejak kaki ke bumi K-pop ni. Tercapai jugak akhirnya.

Korea

Busan Airport

Memandangkan flight kami ke Pulau Jeju pukul 8.00 malam, so, kami simpan beg-beg kat loker yang disediakan di Gimhae International Airport dulu. Senang nak jalan2 sebelum check in untuk fly to Jeju. Bayar untuk locker 10,000 won. Masa ni semua tergelak sebab kat sini perbelanjaan main ribu-riban.





Kami just mundar-mandir di sekitar airport. Semua mata memandang kami. Maybe sebab masa sampai kitorang agak excited, so orang-orang Korea dok fokus kat kami je la. Cik Mel dengan gelak gediksnye, Cik Pororo dengan blur-blurnye, Cik Li dengan gaya control cunnye, Cik Su dengan senyum comelnye dan Cik Wan plak dok posah dengan DSLRnye je. Setiap moment tak boleh nak dilepaskan katanya. Walaupun berat, lensa kamera Cik Wan la yang menemani kami. Dengan gambar-gambar ni la kami luahkan rasa happy. Thanks korang sebab merealisasikan impian kita untuk ke Korea. Masa ni la kami kongsi makan bihun goreng yang Cik Mel bawa dari Malaysia. Sedap tau....


Operasi makan bihun


Bergambar dengan OPPA-OPPA yang berkawal kat airport
 

Sekitar jam 8.00 malam, flight kitorang ke Jeju dengan penerbangan Busan Air BX3131 (Busan-Jeju 38,800 won/pax). Kitorang book siap2 flight ke Jeju ni masa kat Malaysia lagi. Lebih kurang 9.20 malam kitorang selamat mendarat di Jeju International Airport. Agak sejuk time ni. Malam kan, ditambah lagi pulau plak tu. Angin sepoi2 bahasa gitu...

Selesai urusan ambil beg, kami tunggu bas di Exit 5 untuk ke KT Kumho.


 
Dalam bas on the way nak ke KT Kumho. Bas ni free je staf KT Kumho yang amek kami di airport


Muka happy nak ambil kereta kat KT Kumho
 

Kami sewa kereta Kia K3 untuk round Pulau Jeju selama 2 hari. Exited dan takut juga sebab seat driver sebelah kiri. Boleh ker? Tapi yang dah buat lesen antarabangsa ni hanya Cik Mel dan Cik Pororo je. So, Cik Pororo je la yang drive sebab dia yang nampak yakin sikit. Bayaran untuk sewa kereta adalah 80,800 won untuk 2 hari termasuk minyak dan insurans kereta. Insurans ni kami ambil untuk safety if anything happens adalah cover kan. Urusan kereta sewa ni pun kami setelkan kat Malaysia juga. Book kat website KT KUMHO (Tak perlu bayar pape just book je dah sampai sana baru bayar).

Sekitar jam 10.45 malam kami sampai di HK Jeju Hostel. Kos hostel untuk kami berlima adalah 75,000 won/night/5pax. Ini yang paling murah Cik Mel dapat cari. Hotel ni kami dah book awal2 sebelum fly ke Korea. Senang sikit sampai sini terus check in. Lepas check in, Cik Mel, Cik Wan dan Cik Pororo turun beli air kat kedai ala-ala 7 Eleven. Masa ni, bukan main teruja Cik Mel dan Cik Pororo dapat minum air banana diorang. 


HK Jeju

Hostel Korea Jeju

Ni la tempat kami menginap di Jeju untuk malam 1st

Lepas mandi dan makan, kami terus tidur. Tidur awal pun lepas kena ‘sound’ dengan minah Korea (kalau tak silap, nama dia Hea Yeon). Kalau gelak tak ingat dunia, padan muka masing2 sebab dah kena marah. Minah ni dah check in awal lagi dan sebilik dengan kami. Haha...padan muka bising sangat. Elok jugak tidur awal, esok kan nak jenjalan.

Dengan tertutupnya mata masing2 maka selesaila hari 1 kami di Korea. Hari ke-2, kami akan round Jeju habis-habisan. Apa nak jadi, jadila..hahaha... Tunggu next entry okey... Nak mengarang ni perlu kesabaran dan perlu masa juga takut ada part2 yang tertinggal nanti. Hehe...


Summary :

 
  • Flight Busan - Jeju = 38,300 won/pax 
  • Locker di Gimhae Airport = 10,000 won/5 = 2000 won/pax 
  • Sewa Kia K3 (KT Kumho) = 80,800/5 = 16,160 won/pax 
  • Makan malam - free 


Total Day 1 - 56,460/pax = RM 172.20/pax

(kadar tukaran kami dapat = RM 3.05)


2 comments:

  1. Salam,

    Nak tanya, sewa kereta kat KTkumho, kat sana bayar guna apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ
      Kitorang bayar pakai kad kredit sebab diorang tak terima cash masa tu.

      Delete

Sila tinggalkan comment anda di sini. Terima Kasih...

Europe + Balkan (Eurokan) : Santorini (Episod 2)

Episod 2  Dari Istanbul kami terbang ke Athens. Flight kami ke Athens sampai malam so kami lepak di airport. Sempat lelap 2-3jam. Dal...

Nuffnang