center

Monday, 14 December 2015

Part 1 : Kembara Europe - Di Sini Kami Bermula

Lepas setahun merancang, study map, study attraction dan book accomodation untuk setiap tempat yang kami akan tuju, akhirnya pada 26 November 2015 kami berlepas ke London. Penerbangan ke London ambil masa yang agak lama. Kami naik Vietname Airlines sebab airlines ni yang paling murah harga tiket kami dapat. Disebabkan naik Vietname Airlines, maka kami kena transit di Hanoi, Vietnam lebih kurang 3 jam sebelum tukar flight dan terus terbang ke Heathrow, London. 

Jom tengok apa kami buat malam sebelum fly....

Pembahagian harta untuk masuk beg masing-masing
Maggi, oat, milo, Brahims, cloud 9, biskut, teh, gula etc...
Rebus nasi himpit
Packing ikan bilis , serunding dan beras
Serunding ayam resepi mak
Kesayangan... yang ni tak boleh lupa setiap kali pergi travel ok.


Tiba hari kejadian - 26 November 2015

Kami ke Airport ada orang hantar so jimat perbelanjaan keluar. Hehehe..


Wrapping beg kat KLIA

Benda wajib buat bila travel jauh ialah wrapping beg anda semua. Ini bukan saja untuk elakkan beg rosak atau barang hilang malah sebagai alternatif akhir untuk elak orang selit apa-apa barang dalam beg anda. Zaman sekarang ni kena hati-hati. Macam-macam boleh jadi. So wrapping la beg tu kalau travel jauh. Tak mahal pun RM10.60 je untuk satu beg.


Ready untuk makan malam. Penerbangan dari KUL - HANOI

Akan ada orang tanya nanti halal ke makanan dalam airlines ni? Jangan risau, boleh baca kat web Vietname Airlines memang ada tulis makanan dalam flight Vietname Airlines penerbangan dari Kuala Lumpur  Halal. So boleh makan. Kalau takut jugak nak makan, boleh request sebelum fly nak makanan lain.

Ni makanan yang dihidangkan kat kami masa dalam flight dari KL ke Hanoi. Ada starter, main course dan dessert complete.

Penerbangan dari KLIA ke Hanoi ambil masa dekat 3 jam. Kami fly pukul 7.15 malam waktu Malaysia dan sampai di Hanoi dalam lebih kurang pukul 9.20 malam. Tapi kena ingat 9.20 malam waktu Vietnam bersamaan dengan pukul 10.20 malam waktu Malaysia. Waktu di Vietnam lewat 1 jam dari Malaysia.

Takde apa yang kami buat selain melalui kastam Vietnam untuk check beg je. Lagipun connecting flight so takde la check beriya sangat pun. Just scan beg yang kami bawa hand luggage tu je.

Makanan kali ni kami request vegetarian so dapat set kentang lenyek ni. Macam biasa complete set dengan starter, main course dan dessert
Dah bosan tidur, layan movie then tengokla benda alah ni. Masa ni dah sampai Belgium
Melintasi banyak negara dah ni. Masa ni dah melintasi France. Cuma tak turun je. Hahaha...
Dah nak sampai London mata pun dah segar masa ni

Jom kita kira perbelanjaan untuk Part 1 ni :
  • Kongsi sorang sikit beli makanan untuk bawa (serunding, sambal, brahims, etc..) = RM 50.65
  • Transport ke KLIA = Free sebab ada orang hantar
  • Tiket Flight KUL (KL) - HAN (Hanoi, Vietnam) - LHR (Heathrow, London) = RM 1,197.00 
  • Wrapping beg kat KLIA = RM 10.60/beg

So TOTAL PERBELANJAAN kami pada ketika ni = RM 1258.25/pax

So untuk tau kos-kos hari-hari lain tunggu next entry ok. Ambil masa sikit untuk kami pilih gambar dan karang ayat supaya orang tak bosan nak baca. Tengah cari idea macam mana nak bagi ringkas dan padat supaya tak tertinggal apa-apa info.

Sekian, jumpa di lain entry yer kawan-kawan...

3 comments:

  1. bwk makanan mcm2 ni ms lalu kat imegresen heathrow tu kene declare x? ke lalu je?

    ReplyDelete
  2. Nasi impit tu bwk g sana tahan berapa lm?

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah lepas je takde declare pape pun. Kat imigresen lalu je..
    Nasi himput tu plak tahan dekat 1 minggu lebih. Since sana cuaca sejuk so tak risau la makanan basi ke apa. Elok je nasi himpit tu duduk dalam beg. hehe...

    ReplyDelete

Sila tinggalkan comment anda di sini. Terima Kasih...

Europe + Balkan (Eurokan) : Santorini (Episod 2)

Episod 2  Dari Istanbul kami terbang ke Athens. Flight kami ke Athens sampai malam so kami lepak di airport. Sempat lelap 2-3jam. Dal...

Nuffnang