center

Wednesday 16 December 2015

Part 3 : Kembara Europe - London, UK Lagi

Masih tak dapat nak biasakan diri dengan waktu di London, so seawal jam 3.00 pagi waktu London kami semua dah bangun makan nasi dengan serunding dan sambal bilis. Haha... Lepas makan, mandi dan solat sebelum tunggu matahari keluar. Tapi sebelum keluar kami sempat menjengah kejap kat bawah hotel (gound level) untuk tengok hidangan breakfast yang disediakan. Sebab nampak macam best kami pun duduk satu meja dan dilayan bagai raja. Haha... Semua makanan dihidangkan so tak yah nak bangun-bangun ambil makanan. Sebab mulut riuh rendah kami semua meja kiri kanan dok perati je sambil gelak-gelak. Sebelah meja makan kami masa tu ada satu family cina dari Seremban. So sempatla berborak-borak kejap sambil makan-makan tu. Jangan risau kami tak makan benda-benda pelik. Insyaallah Halal.

Sarapan pagi kat hotel sebelum keluar
Pagi ni misi menjejak Harry Potter kat King Cross Station. Jalan kaki dalam 5 minit je untuk ke King Cross Station ni. Sesat jugak dalam King Cross Station ni masa nak cari platform 9 3/4. Lepas tanya orang akhirnya jumpa jugak. Boleh ambil gambar dan free je kecuali kalau korang guna khidmat photographer dia kenala bayar kalau nak ambil gambar yang dah diprint tu.

Platform 9 3/4 - Harry Potter
Sapa tengok cerita Harry Potter mesti tau kat King Cross Station ni la antara lokasi pengambarannyer
Belanja satu gambar Harry Potter... hehe

Lepas misi menjejak Harry Potter selesai kami ke Madame Tussaud dan Sherlock Homes. Naik bas depan hotel macam biasa bayar 1.50 pound. 

Tunggu bas untuk ke Madame Tussaud
Madame Tussaud Museum
Tak masuk pun sebab mahal. Lagipun kami tak berminat nak tengok patung-patung lilin itu. Hahaha...
Serlock Homes ni dekat je dengan Madame Tussaud. Jalan kaki dalam 5 minit je.

Geng "Goyah Gagah" tengah melangkah masuk cari Sherlock
Membaca dalam rumah Sherlock la sangat
Dari Sherlock Homes kami naik bas terus menuju ke Bayswater. Matlamat utama nak cari souvenir murah.
Sempat snap gambar ni masa on the way kat Bayswater

Sebab salah turun station so kenala jalan kaki. Haha...
Sebelah kanan adalah Hyde Park.
Bayswater London Souvenirs
Ini la kedai yang dicari-cari tu. Dekat dengan Bayswater underground station
Jom intai apa ada dalam kedai
Fridge magnet 22 pcs = 10 pound
Hanya untuk rakyat Malaysia

T-shirt 5 helai = 20 pound sajer
Lepas puas membeli, then belah plak cari Ratu. Dari Baywsater kami naik bas untuk ke Buckingham Palace. As usual 1.50 pound.  

Belanja satu gambar photographer. Gemuk lahaiii...
Buckingham Palace

Ratu ajak lunch kat Buckingham Palace. Ko hado??

St. James's Park Lake.
Kami jalan kaki ke Big Ben dari Buckingham Palace
Big Ben pukul 3.00pm
Big Ben
The Royal Horseguards
Next mision bergambar kat Tower Bridge. Depan Big Ben ada underground station. Sebab tak nak naik bas so kami naik underground dan turun kat station London Bridge. Keluar dari underground London Bridge ni, ambil sebelah kanan jalan je terus untuk ke Tower Bridge. Tower Bridge dengan London Bridge tak sama yer. Jambatan yang boleh buka tutup tu Tower Bridge. London bridge jambatan biasa ja. Kalau nak ke London Bridge keluar station ambil kiri.

Underground Station
Ni la station yang kami turun 
Tower bridge
Dah nak gelap time ni walaupun baru pukul 3.45
City Hall London
Dari City Hall kami jalan kaki ke London Bridge sebab nak ambil bas balik king Cross. Bus stop untuk balik ke King Cross betul-betul sebelah London Bridge. Tak ingat dah naik bas nombor berapa. Nak naik bas kena tengok nombor bas dan route dia dulu yer takut salah naik bas tah ke man-mana pusing nanti. Sebab malam tu last kami kat London so kami bayar bas 1.50 pound dan naik bas pusing-pusing dulu sebelum balik hotel dan kebetulan King Cross Station tu ialah second last station untuk route bas yang kami naik tu so jauh jugak la bas double decker warna merah tu pusing bawa kami menikmati malam di Kota London. Hehe. Kami ambil seat depan sekali sebelah atas so, mana tempat tak sempat cover kira okla dapat lalu dan tengok dari atas bas sambil menikmati suasana malam di London. 1.50 pound je pun. Pukul 5 memang dah gelap macam pukul 8-9 malam. Musim winter siangnya pendek.  

Balik hotel mandi, solat, makan dan tidur...Zzzz..

Sebelum tu meh tengok lokasi attraction kat London. Kira semua tempat kami pergi la

Attraction London.
Kira 90% jugakla kami dapat cover
Kot-kot ada sapa nak pergi London boleh juga guna khidmat tour bas ni. Boleh pusing semua tempat. Tapi ni berbayar la yer..

Jom tengok jumlah perbelanjaan kami untuk Part 3 ni ;

  1. Bas dari King Cross - Madame Tussaud = 1.50 pound (tolak dari Oyster Card)
  2. Bas dari Sherlock Homes - Bayswater = 1.50 pound (tolak dari Oyster Card)
  3. Underground train dari Big Ben - London Bidge = dah tak ingat tapi dalam 2.00 pound (Tolak dari Oyster Card)
  4. Bas dari London Bridge - King Cross Station = 1.50 pound (Tolak dari Oyster Card)
  5. Souvenirs ikut masing-masing punya bajet. So tak dikira dalam kos perbelanjaan kembara Europe ni. Masing-masing selera nak belanja banyak mana ok.
How ever, sebab kami dah beli Oyster Card masa mula-mula tiba London dan kos Oyster Card tu pun dah masuk dalam kos perbelanjaan Part 2, so untuk Part 3 ni total perbelanjaan kami sebenarnya 0.00.

Maka TOTAL PERBELANJAAN Part 3 = RM 0.00



No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan comment anda di sini. Terima Kasih...

Europe + Balkan (Eurokan) : Santorini (Episod 2)

Episod 2  Dari Istanbul kami terbang ke Athens. Flight kami ke Athens sampai malam so kami lepak di airport. Sempat lelap 2-3jam. Dal...

Nuffnang