center

Wednesday, 23 December 2015

Part 6 : Kembara Europe - Interlaken, Switzerland

Lepas mandi, solat subuh dan bersiap, kami breakfast berjemaah makan nasi sebelum keluar. Nasi again... Orang melayu kan of cos tak dapat dipisahkan dengan nasi. Hehe...

Good Morning dunia.Gambar dari jendela bilik kami.

Jalan kaki ke Interlaken West Station. Konon nak naik tren tapi last-last naik bas.
Tren dah sampai..!!!


Pekan kecil di Interlaken. Macam-macam ada. Kedai souvenir, kedai jam, kedai baju, kedai runcit, semua ada la





 Interlaken West Station - Tempat kami tunggu bas. Bas sini naik free je ok


Interlaken
Misi utama kami di Interlaken ialah naik tren lama mendaki ke puncak melalui lerang-lereng bukit dan gunung-ganang sambil tengok salji. Actually kami tak merancang untuk naik ke Top Of Europe pun. Cukupla sekadar dapat naik ke Kleine Scheidegg. Nak tau kenapa???



  1. Tiket ke Top Of Europe mahal. Haha...
  2. Tak nak la bayar mahal-mahal tapi tak dapat nak tengok view yang cantik dari atas sebabnya masa kami sampai kat Kleine Scheidegg (Stesen pertukaran untuk naik ke Jungfraujoch) kat screen tv nampak putih je tak nampak apa pun. So kami decide untuk tidak naik sampai top dan berhenti sehingga Kleine Scheidegg station saja. Tiket boleh beli kat Interlaken Ost. Boleh beli one way, boleh beli ikut mana station kita nak berhenti, dan boleh beli return tiket turun laluan lain atau turun ikut laluan yang sama masa naik. Tiket flexible. Ikut selera masing-masing nak berhenti mana, nak naik sampai mana dan nak turun kat mana boleh jer ikut korang la. Bagi yang tak beli tiket kat Interlaken Ost siap-siap, masa sampai Kleine Scheidegg, kalau berhajat nak naik ke Jungfraujoch, sebelum beli tiket tu boleh tengok dulu kat screen tv yang ada kat kaunter. Dia akan tunjukkan keadaan cuaca semasa kat atas Jungfraujoch tu macam mana. So masa tu bolehla decide nak naik ke tak. Tapi ni untuk orang yang belum beli tiket ke Jungfroujoch la. Kalau dah beli tiket siap-siap dari Interlaken Ost kenala jugak naik sebab dah beli kan.... 
Jom layan gambar yang sempat kami ambil untuk kenang-kenangan, hehehe...


Interlaken Ost Station - Kat sini la tren dari tempat lain sampai. Untuk yang naik tren dari Zurich, Bern atau mana-mana kat sinila korang akan berhenti kalau sampai di Interlaken.
Dan kat sini jugak la tren untuk naik ke Jungfroujoch.
Tengah tunggu tren
Tangan tu tak habis-habis snap gambar


Pekan Lauterbrunnen



Pit stop pertama - Lauterbrunnen
Kami turun sini kejap untuk jelajah pekan ni. Sunyi jer maybe sebab cuaca kot.
Lauterbrunnnen

Nampak tak tren hijau kuning tu? Tu tren yang baru turun dari Kleine Scheidegg. Masa ni kami sibuk dok main salji.
Dalam masa 5 minit konfem kasut depa basah. Haha..

Tengah sibuk buat Olaf
Kami dan Olaf
Lepas main salji dan tinggalkan Olaf di Lauterbrunnen kami sambung naik tren ke station berikutnya.
Melalui Wengernalp Station. Masa ni tak turun pun. 
Ramai orang datang sini sebab nak main ski.
Kleine Scheidegg Station - Station pertukaran untuk naik ke Jungfraujoch (Top Of Europe)

Dah sampai Kleine Scheidegg Station

Tren merah tu akan bawa anda naik ke Jungfroujoch - Top Of Europe

Orang sibuk nak naik tren kami dok sibuk lagi nak decide nak naik ke tak. Haha..

Bergaya la sangat kan....

Sesekali photographer nak juga bergambar.


Hijau Kuning serata-rata di mana-mana saja. Hehe...
Satu tren dah bergerak naik ke Jungfraujoch. Dan kami tertinggal di Kleine Scheidegg, sebab taknak naik. Haha... 
Maka menikmatila kedaimaian kat station ni sambil tunggu tren untuk ke Grindelwald sampai.
Kleine Scheidegg Station - ada kedai makan, kedai souvenir, dan kaunter tiket ke Jungfroujoch. Kalau tak beli tiket kat bawah boleh beli kat sini juga. Setiap station ada jual tiket so boleh beli tiket di setiap pit stop. Harga tetap sama.
Langit baru nak membiru masa ni
On the way ke Grindelwald
Semua tren boleh buka tingkap so senang nak ambil gambar
Putih dan biru
No komen, tengokla sendiri ciptaan Allah ni.
Rumah-rumah kat lereng-lereng ni dah nak tertimbus dengan salji dah. Hmmm..
Perjalanan ke Grindelwald. Kiri kanan putih je..
Cuba teka tangan sapa kah itu?? Haha...
Tren tengah menurun
Rumah tu dah senget la
Perkampungan salji. Bumbung semua dah dilitupi salji. Macam mana la diorang hidup time-time macam ni..
Demi sekeping gambar sanggup keluarkan kepala dari tingkap kan...
Kami sampai di station Grindelwald. Time ni kena tukar tren lain pulak balik ke Interlaken.
Cantikkannn...
Menuju turun ke Interlaken
Peta laluan tren yang kami naik.

Jom tengok rumusan perjalanan kami, hehe ;

Dari Interlaken kami naik tren dan berhenti di Lauterbrunnen. Turun sekejap untuk jalan-jalan sekitar pekan Lauterbrunnen. Sempatla buat Olaf, bergambar dan kemudian tinggalkan Olaf membeku kat Lauterbrunnen tu, haha. Lepas tu kami naik tren pulak ke Wengen. Kat Wengen tak turun pun. Sepanjang perjalanan mulut ni tak henti-henti mengucap memuji "Subhanallah betapa cantiknya pemandangan bumi ciptaan Allah ini." Memang sangatla cantik. Patutla orang nak sangat datang Swiss ni kan. 

Dari Wengen kami terus ke Kleine Scheidegg. Kat Sini la station pertukaran untuk sapa-sapa yang nak naik ke Jungfroujoch. Tapi sebab kami tak naik so kami main-main dan jalan-jalan je kat Kleine Scheidegg tu sementara nak tunggu tren turun ke Grindelwald. Pemandangan turun sekali lagi dihidangkan dengan view yang sangat cantik dan langit pun tiba-tiba berubah menjadi kebiruan. Ya Allah cantiknya... 

Kat Grindelwald kami kena turun untuk tukar tren lain pulak untuk pulang ke Interlaken Ost. Dalam hati berkata, "takpela tak dapat naik Jungfroujoch pun, ini pun dah cukup besar rahmatnya. Pengalaman yang takkan dapat dibeli. Tak tergambar dengan kata-kata betapa indahnya ciptaan Allah." 

Kami bermula di Interlaken Ost. Beli tiket dari Interlaken terus ke Kleine Scheidegg dan turun melalui Grindelwald.

Sampai je Interlaken Ost, kami decide untuk jalan kaki balik ke Alp Lodge. Singgah beli kebab dulu sebab perut pun dah lapar. Kat Interlaken ni ada 2-3 kedai halal. So takde la susah nak cari makan. Tapi seperti biasa kebab je la yang banyak pun. Singgah kejap beli souvenir dan tengok jam kat kedai Swatch. Swatch kat sini design pun cantik-cantik cuma berharga CHF 70.00. International warranty dan original made in Swiss. Swiss kan memang terkenal denga jam. So kalau datang Swiss sila beli jam yer hehe... sebab ada orang tu beli jam Swiss Millitary berharga $$$$.. Haha....



Jom tengok perbelanjaan kami untuk Part 6 ni ;

Tiket tren
  1. Intelaken - Lauterbrunnen = CHF 7.60
  2. Lauterbrunnen - Kleine Scheidegg = CHF 29.80
  3. Kleine Scheidegg - Grindelwald = CHF 30.00
  4. Grindelwald - Interlaken = CHF 11.00
  5. Dapat diskaun = CHF 2.00 sebab ada kad hostel (sapa menginap di Interlaken dapatla kad ni, dengan kad ni jugakla dapat naik bas free)



Maka TOTAL PERBELANJAAN untuk Part 6 = CHF 76.40 x 4.21 (rate kami beli) = RM 321.64


Jumlah perbelanjaan terkumpul setakat ni ( Part 1 - Part 6)
 = RM 3,432.04 RM 3,0650.56





No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan comment anda di sini. Terima Kasih...

Europe + Balkan (Eurokan) : Santorini (Episod 2)

Episod 2  Dari Istanbul kami terbang ke Athens. Flight kami ke Athens sampai malam so kami lepak di airport. Sempat lelap 2-3jam. Dal...

Nuffnang