center

Wednesday, 30 December 2015

Part 7 : Kembara Europe - Dari Interlaken ke Langenargen, German

Hari ketujuh, kami mandi, solat dan enjoy breakfast macam biasa cuma agak rileks sikit sebab tak terkejar nak ke mana. So sebelum check out sempatla snap gambar keadaan bilik di mana kami menumpang berteduh selama 2 malam di bumi Swiss ni. 

Ready untuk checkout
Inilah bilik yang kami tinggalkan
Penuh lif
Good bye Alp Lodge
Kereta kami membeku sebab dua malam ditinggalkan kat parking. Jenuh juga cari air untuk hilangkan ketulan ais kat cermin tu.

Sebelum teruskan perjalanan ke Langenargen kami sempat isi minyak CHF 10.00 just stanby kot-kot nak jumpa station minyak jauh lagi. Tank sebenarnya masih berbaki setengah takuk lagi so kalau ikutkan cukup je nak sampai Langenargen. Tapi tindakan proaktif kena diambil sebelum apa-apa terjadi kan. Hehe...

Dalam perjalanan ke Langenargen, kami sempat singgah kat Bern. Untuk pengetahuan,Bern ni adalah ibu negara kepada Switzerland. Dulu-dulu ingat Zurich ibu negara Switzerland. Hehe... 

Jom layan gambar kami di Bern

Sungai yang menghijau dan membiru
Bandar Bern
Lorong kereta dan tram berkongsi laluan yang sama
Indahnya ciptaan Illahi


Muslimah di Bern

Kami habiskan masa lebih kurang 1 jam pusing-pusing Bern. Just jalan-jalan tengok tempat je. Tak de beli pape pun sebab mahal. Haha..

Lepas Bern, kami teruskan perjalanan ke destinasi utama iaitu Langenargen. Seperti biasa kenala melalui pondok imigresen ni. Masa ni kami melalui sempadan Austria. So dapatla rasa jejak kaki dibumi Austria kejap walaupun lalu je.

Sempadan Austria
Lain station minyak lain harga.
Tips berguna : Sila elakkan isi minyak dekat highway sebab mahalllll!!!
Station minyak ni sebelah-sebelah je dengan station kat atas tu tapi harga pun dah beza. So, pilihla yang murah ok.
Nak masuk German lalu imigresen German pulak
Dalam perjalanan ke Langenargen. 

GPS paling penting dan mesti up to date kalau tak sesat barat la nanti
See the view
Pandulah ikut hadlaju yang ditetapkan yer kalau tak nak kena saman.
Kami sampai di Langenargen. Perjalanan kami Langenargen tak dapat nak ambil gambar banyak sebab jalan diseliputi dengan kabus yang sangat tebal.
Salah rumah daa....
Kabus tebal disiang hari.
Welcome to Ferienwohnung Rulh Apartment
Takdan nak ambik gambar dah bersepah beg masing-masing

Lepas kena marah dengan photographer baru ruang tamu dalam keadaan kemas untuk shoot. Haha

Dapur pun complete
Keadaan kat luar yang sangat sejuk dan berkabus
Ada balkoni kot-kot nak feeling-feeling ambil angin luar
Kolam pun ada. Boleh lemas jugak kolam ni kalau tak pandai berenang. Hahaha...
Bilik tidur utama. Lagi 2 orang tidur kat atas katil yang ada kat ruang tamu yer.
Lepas mandi dan solat, chef masak maggi kari untuk dinner kami di Langenargen
Masa ni nikmat maggi panas sehingga menusuk ke kalbu.
Makan bertambah-tambah.

Lepas makan, layan borak sat lepas tu Zzzz.... Sian driver penat drive..

Jom tengok perbelanjaan kami untuk Part 7 ni ;
  1. Isi minyak kat Interlaken = CHF 10.00/4 x 4.21 = RM 10.53
  2. Bayar Ferienwohnung Ruhl Apartment = Euro 70.00/4 x 4.01  = RM 70.18
Maka TOTAL PERBELANJAAN untuk Part 7 = RM 80.71/pax


Jumlah perbelanjaan terkumpul setakat ni (Part 1 - Part 7) = RM 3,146.27


No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan comment anda di sini. Terima Kasih...

Europe + Balkan (Eurokan) : Santorini (Episod 2)

Episod 2  Dari Istanbul kami terbang ke Athens. Flight kami ke Athens sampai malam so kami lepak di airport. Sempat lelap 2-3jam. Dal...

Nuffnang