Kami selamat touch down di Heathrow Airport London pada jam 7.22 pagi waktu london. (3.22 ptg waktu Malaysia). First yang kami buat ialah call mak maklumkan dah selamat sampai. Ini penting kat mana saja kami berada kena call mak bagitau. Bukan apa, tak nak mak dan abah risau je.
|
Hearthrow Airport, London |
Lepas melalui kastam dan ambil beg kami terus gerak ke stesen underground. Sebelum naik kena beli beli Oyster Card sorang satu dulu. Oyster card yang kami beli ni harga dia 20.00 pound termasuk 5.00 pound deposit kad. Senang untuk naik public transport nanti. Kalau tak nak beli pun takpe bayar je la kat mesin nanti. Tapi kalau ada Oyster Card ni senang dapat diskaun kalau naik public transport. Oyster card ni kalau guna lebih 48 jam boleh refund kad untuk ambil duit deposit kad tu. Baki kad bila-bila pun boleh refund. Cuma deposit kad je kena cukup 48 jam.
Kami naik underground tren dari Heathrow Airport terus ke King Cross Station kenala charge 3.10 pound. Sebab tren ni berenti banyak station so perjalanan nak sampai ke King Cross ambil masa dekat 45 minit. Tapi takpe, boleh menikmati pemandangan. Haha. Dan disebabkan hotel yang kami book dekat dengan King Cross Station so takdela menapak jauh sangat cuma cross jalan je untuk sampai ke hotel.
|
King Cross Station. Ni la station kami tiba. Kat dalam station ni juga la terletaknya platform 9 3/4 yang dalam citer Harry Potter tu |
|
Oxford Street |
|
Tengah tunggu bas nak balik hotel |
Lepas Penat berjalan, kami decide untuk balik hotel. Kali ni naik bas je 1.50 pound dari Oxford Street ke King Cross Station. Sebab dah ada oyster card so guna kad tu je la. Tak banyak aktiviti kami buat hari pertama tiba di London. Cuma jalan dan menikmati pemandangan sekitar je. Letih oiii berbelas jam dalam flight... So balik hotel recharge tenaga untuk esoknya pulak. Masa ni la nak makan bekalan yang kami bawa dari Malaysia. Ohhh nikmatnya makan nasi himpit bersama sambal bilis dan serunding di Kota London. Haha...
Jom kira perbelanjaan kami untuk Part 2 ni ;
- Oyster Card = 20.00 pound (5.00 pound deposit kad dan selebihnya baki kad).
- Check in Central Hotel London = 47.50 pound
So TOTAL PERBELANJAAN kami pada ketika ini = 67.50 pound
Maka, 67.50 pound x 5.50 (rate kami beli) = RM 371.25
Nota : Nak tau macam mana kami boleh dapat rate 5.50?? Sebab kami tukar duit awal-awal tak tukar last minute. Kalau tukar sebulan sebelum pergi memang masak la. 6.50 kot...
Assalamualaikum, akk nak tanya naik train ke King cross kena turun tukar lane or mmg ddk dlm train je smp ke destinasi king cross tu ye.. akk x bpe paham
ReplyDeleteAdik nak minta no wsap blh tak kalau x keberatan.. akk nak tanya sket pasal train dati heatrow ke king cross .. ni no akk 0174582632 kalau sudi tlg akk blh la tlg wsa akk ye
ReplyDeleteAdik nak minta no wsap blh tak kalau x keberatan.. akk nak tanya sket pasal train dati heatrow ke king cross .. ni no akk 0174582632 kalau sudi tlg akk blh la tlg wsa akk ye
ReplyDelete