Tarikh kejadian : 31 Oktober 2015
Lokasi kejadian : Lanai MATiC, Kuala Lumpur
Masa kejadian : 8.00 (pagi masa kami tiba) - 5.00 petang (masa acara tamat)
Kumpulan : Terdiri daripada 4 ahli jemaah berlainan latar belakang
Yuran penyertaan : RM200/team
Kenderaan yang boleh guna : Hanya public transport macam teksi, bas, LRT, komuter, monorail dan seangkatan dengannya saja dibenarkan. Duit teksi ke tren ke semua ditanggung sendiri yer.
Kenderaan yang boleh guna : Hanya public transport macam teksi, bas, LRT, komuter, monorail dan seangkatan dengannya saja dibenarkan. Duit teksi ke tren ke semua ditanggung sendiri yer.
Sejarah penglibatan : Kali pertama join so agak goyah la. Hahaha....
Sedikit info pasal event ni :
- Setiap kumpulan kena habiskan kesemua check point CP1 hingga CP9 dan perlu selesaikan task untuk TF1 hingga TF3 jugak. Ada 150 pasukan kesemuanya kalau tak salah la.
- CP1 - CP7 dan CP9 semua makan. Makan, makan dan makan. Setiap ahli kumpulan kena makan sekurang-kurangnya 2 kali. Lepas selesai makan tangan akan dicop. Untuk elak ada ahli yang makan lebih. Hehehe....
- Sapa selesaikan semua task dan sampai 1st kat pentas di Lanai Matic dikira pemenang.
Maaf sebab tak semua tempat kami ambil gambar, ada tu yang terlupa sebab dok bekejar masa dan sebab penat so malas dah nak ambil gambar. Lagi satu, henset tu banyak berfungsi untuk google cari tempat dan jalan je so nak bergambar pun dah tak dan fikir dah time tu. Ini pun ihsan gambar dari member yang lain.
Dan faktor lain juga, rasanya lepas CP6 yang kena makan lempeng tu masing-masing dah tak bersemangat nak ambil gambar. Nak tau sebab pe tengok kat gambar CP6.
So layan je la gambar yang ada yer...
Ni la task untuk setiap check point yang perlu diselesaikan oleh setiap kumpulan. Boleh pilih mana-mana jer CP yang nak mula dulu. So, kena la pandai-pandai cari tempat-tempat tu dan juga kena pandai susun strategi mana lokasi yang nak buat dulu mana yang nak buat kemudian. Ni penting ok. Lain orang lain cara.
Ni pulak untuk task TF wajib buat jugak |
TF1 - Dalam LRT
Nasib baik brother ni sporting. Task ni, orang awam kena senyum nampak gigi sebab tu kami suruh dia senyum sampai nampak gigi.Kat CP2 - Mail Mee Rebus Penang, SetiawangsaCabaran siap dalam 1 minit. Masa ni excited lagi sebab perut lapar.
Dalam teksi on the way ke CP3 Pakcik ni sempoi, siap cakap "pakcik akan buat sehabis baik" untuk tolong kami menang lepas dapat tau kami tengah race, hahaha.... |
CP3
- Nasi ayam Mancongkam
|
CP4 - Nasi kukus ayam dara, Persiaran Pertahanan
Ni satu lagi hal, punya la puas bertanya orang kat mana nasi kukus ni sorang pun tak tau. Search kat internet banyak giler keluar nasi kukus. Ramai jugak yang sesat dok cari estoran ni. Nasib baik kami ternampak ada passport team lain yang dah bercop kat nasi CP6, so kami terus menebalkan muka tanya brother tu CP6 ni kat mana. Nasib baik brother tu sporting. Tq brother.
Bukan nak cari Booth Matic untuk TF3, tapi sibuk dok posing ambik gambar |
Muka lega sampai penamat walaupun tak
menang, pengalaman tu takkan dapat dibeli kan...
|
Gambar dah takde dah so sekian lah. Selesai dan jumpa lagi tahun depan yer... |
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan comment anda di sini. Terima Kasih...