center

Friday, 8 January 2016

Part 9 : Kembara Europe - Istanbul, Turki

Sebab flight pagi so malam sebelum fly memang kami tidur kat airport je. So melepak dan membuang masa pusing-pusing airport je la.

Lepak menunggu pagi. Kalau nak solat ada surau disediakan tapi tak ingat tingkat level berapa tapi kalau tak salah level 2 @ 3 ada surau disediakan kat airport ni.
Penerbangan kami ke Frankfurt LH093 berlepas pukul 7.00 pagi

Sepatutnya penerbangan kami dari Munich ke Istanbul direct je tanpa transit. Tapi tak tau kenapa last minit dapat email daripada Luthansa bagitau route ke Istanbul dah berubah dan perlu transit di Frankfurt dulu sebelum tukar flight lain ke Istanbul. So penerbangan kami pagi tu jam 7.00 pagi dan tiba di Frankfurt pukul 8.10 pagi. Kemudian catch up flight ke Istanbul pukul 9.05 pagi. Kami sampai Istanbul lebih kurang pukul 1.30 petang waktu Istanbul. Penerbangan ambil masa 2 jam 45 minit macam tu la tapi disebabkan perbezaan waktu di German dengan Turki  beza 1 jam tu yang jadi pukul 1.30 petang. (lebih kurang la sebab dah ingat-ingat lupa time sampai)

Flight kami menuju ke Frankfurt

Matahari dah mula terbit
Frankfurt - Bersedia untuk landing

Alhamdulillah, kami selamat mendarat di Frankfurt Airport

Ni flight kami seterusnya untuk ke Istanbul
Breakfast merangkap lunch kami.
Penerbangan dari Frankfurt ke Istanbul
Lepas makan tengok awan pulak
Bumi Turki. Bersedia untuk landing.
Dalam pukul 1.30 petang macam tu, kami selamat mendarat di Atarturk Airport, Istanbul

Lepas selesai urusan cop passport dan ambil beg kami terus cari metro station (keretapi bawah tanah) untuk ke Family Apart. Sebelum nak naik tren kami beli Istanbul Kad sebab senang untuk naik public transport nak jalan-jalan nanti. Disebabkan tak tau dan terlepas pandang untuk ambil tahu kami dah terbeli 4 Istanbul kad ni. Sepatutnya beli 1 je. Sebab 1 kad boleh pakai untuk ramai-ramai. Just top up nilai je so tak perlu la nak beli kad sampai 4 macam kami dah buat. Sebab harga kad lain pastu kena top up untuk kredit dalam kad tu lagi. Kan dah rugi. Tapi takpe la dah terbeli so kad tu boleh buat sourvenir bila dah habis guna. Hehe...
Metro Station ni terletak kat dalam airport ye tapi kena turun ke bawah tanah. Hehe..

Masa sampai kami sibukla dok membaca dan cuba fahamkan map tren kat Istanbul ni. Awal tu tak tau nak cari hala tuju sebab takde tulis dalam bahasa omputih. Haha...Nak tanya orang pun, orang-orang dia pun tak pandai berbahasa omputih. So last-last kena redah je la. Pastu lagi satu, orang-prang dia memang main tolak-tolak je kita yang kecik ni. Tengah berbaris nak beli kad pun kena tolak. Ntah apa-apa ntah...

Maafla gambar gegar dari kamera henset Cik Su haha
Sampai Family Apart kami terus letak beg dan rehat. Petang sikit keluar cari makan kat sekitar tempat kami stay je so tak ke mana-mana pun. Lagipun kami kena charge tenaga untuk berjalan keesokan harinya. Yela dah semalaman tidur airport badan pun dah sengal-sengal. So tunggu next entry baru citer pasal apa yang kami buat kat Istanbul ni.



Jom tengok perbelanjaan kami untuk Part 9 ni ;

  1. Tiket flight Munich - Istanbul = RM 322.50
  2. Istanbul Kad + kredit = TRY 18.00 x 1.55 = RM 27.90
  3. Family Apart, Istanbul (4H3M) = Euro 114 x 4.05 = RM 461.70/4pax = RM 115.43

Maka TOTAL PERBELANJAAN kami untuk part ni =  RM 465.83


JUMLAH TERKUMPUL SETAKAT INI  (Part 1 - Part 9) 
RM 3,978.58

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan comment anda di sini. Terima Kasih...

Europe + Balkan (Eurokan) : Santorini (Episod 2)

Episod 2  Dari Istanbul kami terbang ke Athens. Flight kami ke Athens sampai malam so kami lepak di airport. Sempat lelap 2-3jam. Dal...

Nuffnang