center

Thursday, 29 December 2016

IKEA HACK - Detolf Cabinet Dari 4 Tingkat kepada 9 Tingkat

Harini misi UPGRADE kabinet detolf ikea daripada 4 tingkat kepada 9 tingkat.
lega keta-keta dah tak bersepah sebab dah boleh muat dalam 1 kabinet je.



Bahan-Bahannya, tengok bawah....

Beli dekat kedai hardware RM0.80/pc

Pasang dan ketatkan skru

Dah siap pasang klip di setiap penjuru.
Cermin bawah tu cermin asal daripada kabinet detolf.
So kita tambah cermin sebelah atas sebelah bawah ikut la kesesuaian ketinggian yang dikehendaki

Letak cermin yang dah dibeli kat atas klip tu.
Nak lebih safety letakla getah atau silikon bawah cermin kat klip tu untuk elak cermin bergerak.
Kalau macam kami, ini pun dah ok.
Cermin boleh beli kat kedai yang jual kaca & aluminium.
Minta dia potong ikut saiz cermin detolf yang asal.

MODAL untuk UPGRADE :

1) cermin 5 keping p beli kat kedai kaca & aluminium RM12/pc x 5pcs = RM60
2) klip besi (xtau nama) beli kat kedai hardware RM0.80/pc x 20pcs = RM16
3) kudrat & kretiviti masing2

= RM 76.00


Detolf kabinet boleh beli kat IKEA RM179

AMARAN KERAS!! Sila baca penting...

Bukan diy buat kabinet ye, cuma diy upgred tambah bil. tingkat je sbb detolf yg asal cuma 4 tingkat je

Untuk letak benda ringan bolehla. Nak letak benda berat sendiri tanggung la kalau jadi pape...

Saya tak jual barang, sy kongsi idea je utk org yg ada masalah nak letak koleksi byk2 mcm sy ni....


Boleh share tanpa perlu minta izin sebab sy pun hack detolf kabinet ni dgn melihat, mengolah dan bertanya dgn org lain jgk.... ðŸ˜‰





Sunday, 4 December 2016

Unbox The Box Of Joy

Box of joy untuk Lazada online revolution dah sampai. Excited nak publish dan kongsikan.. Fisrt time kot dapat macam ni. Jom tengok apa kami dapat..... Nak dapat macam ni? 
Registerla sebagai Lazada Affiliate kat sini 


Maybe net time korang pulak dapat macam ni. Mana nak tau kan.

Sekarang LAZADA tengah buat sale sempena 

ONLINE REVOLUTION 11.11 dan 12.12

So macam-macam barang boleh beli dengan harga offer. Tak yah keluar p kedai dah. Semua dihujung jari... 

Antara barang-barang keperluan harian yang ada kat LAZADA macam kt bawah ni. Cuma pilih dan search je apa korang nak, Insyaallah ada.... 
Tapi kalau takde tu maknanya masih kena keluar ke kedai la. 
So far, ada je... belacan pun ada jual kat LAZADA jangan tak tau. Tak caya?? Klik SINI

Unbox The Box Of Joy, yeahh...
Semua ni boleh beli kat LAZADA??? Boleh sekarang semua dah boleh. Klik klik je. Haha...

Lactokid pen & beg kecik pun ada. Tapi nak dapat ni kenala beli produk LACTOKID kann...

Semestinya Nescafe dan kami tak boleh dipisahkan... Nak Nescaffe macam ni? Boleh beli jugak kat
nescaffe ni kat sini >>> LAZADA MALAYSIA
Mesin bancuh nescaffe/cpffe pun boleh beli sekali sementara tengah sale sekarang
Nak ni? Klik je sini
BELI CERELAC DARI SINI!!


MOMYPOKO HERE!!

SANDISK TENGAH OFFER - KLIK SINI UNTUK BELI ye

MYTHIC OIL OFFER!!
Moh try geng...

Jangan terkejut food panda pun join offer untuk online revolution tahun ni. Jom order makan daripada food panda meh

Ni ta pernah cuba lagi pasni kita cuba ok. Tapi dah orang bagi kita layan pakai. Nanti kalau ok kami review ok

Hok ni sedap... Maggi memang makanan feveret dari zaman sekolah. Kat LAZADA pun jual maggi gak?? Tak caya meh
KLIK SINI MACAM-MACAM ADA
Segala jenis produk maggi ada
Hah yang ni memang dah lama nak beli tapi Alhamdulillah dapat jugak satu. Ada ni senang nak potong-potong. Pusing-pusing je...
Beli PRODUK TEFAL HERE!!



Nak beg milo ni?? Kenala beli BELI MILO DAPAT BEG FREE


Selamat  membeli-belah di LAZADA gengs...

Wednesday, 27 July 2016

DIY Kitchen Cabinet IKEA - Apa Yang Perlu Beli???

Apa yang perlu ada dan apa yang perlu dibuat untuk dapat seketul kabinet macam ni???




  1. 1st of coz  kena draf design kedudukan kabinet tu nak macam mana. Bentuk L ke menajang ke U ke island ke...
  2. Make sure tahu ukuran rumah. Even lukis pakai tangan pun kenala guna scale yang betul untuk pastikan design tu muat/sesuai dengan saiz dapur.
  3. Ukuran kabinet, model, brand, patern, jenis, warna, tombol, kaki, sinki, paip, etc boleh rujuk website IKEA bahagian KITCHEN. So dah boleh bajet saiz besar mana nanti bila dah pasang.
  4. Kemudian pergi je IKEA bahagian kitchen cabinet dan minta bantuan pekerja IKEA kat situ. Nanti dorang akan tolong dapatkan barang-barang yang kita perlukan. Masa ni bolehla minta khidmat nasihat free dari dorang. Macam kami, kami dah study dulu so sampai IKEA terus je minta quatation dan barang. Pilih barang yang nak guna je. So boleh bajet duit. Hehe.
  5. Dah selesai collect barang, bayar dan boleh bawa balik rumah untuk pasang. Macam kes kami ni table top paling panjang 249cm so ngam-ngam muat dalam kereta Preve. Tapi kena turunkan seat penumpang la baru muat. Top je yang panjang, yang lain kotak-kotak biasa je.
  6. Proses pasang macam biasa, ikut je manual dalam packaging setiap barang yang kita beli tu. Tak susah pun. Kalau kami yang perempuan ni boleh pasang of coz la abang-abang sado kat luar sana lagi terror pasang kan. Hehehe.... 
  7. Proses pasang untuk 3 kabinet 6 pintu ni tak sampai 1 jam pun. Cuma yang leceh nak tebuk dan pasang sinki dan hob (dapur). Yang ni terpaksa minta bantuan orang sebab bab tebuk tu tak terror. Macam kami, hob (dapur) tu adik laki kami yang tebuk kan, sinki dan paip pulak terpaksa upah tukang paip sebab kena ubah kedudukan sinki dan paip asal ke lokasi baru. Kalau perasan kat tepi kabinet ada nampak lubang-lubang paip sinki lama. Cacat sikit disitu, Insyaallah nanti baru nak tampal.
  8. Then siap la. Rak kat dalam kabinet pun boleh diy. Kalau ada duit lagi pergi la IKEA cari shelf dan eksesori tambahan. Hehe.. Buat masa sekarang kami tak rajin lagi so guna je la dulu apa yang ada. Janji seketul kabinet dapur dah ada cukupla. Puas hati sebab pasang sendiri boleh adjust ikut yang kita nak. 
  9. Ini kabinet jenis METOD bukan FYNDIG. METOD ada waranti 25 tahun, kalau FYNDIG takde waranti.



Jom tengok apa kami beli untuk complete kan set kabinet ni ;

RM 305 x 3 ketul - RM75  = RM 840
(Sebab tak  nak plinth so tolak plinth RM75) 
Plint tu kayu putih yang cover kat bawah kaki kabinet tu.  Kami tak pasang plinth sebab senang nanti nak sapu sampah/habuk bawah kabinet.


Table top x 1 keping = RM 290

Paip x 1 = RM 99

Sinki x 1 = RM 79

Leg x 3 = RM 45
Handle x 1 = RM 5.90
Peralatan penting ;
Ada cordless drill ni cepat kerja. Kalau manual pakai skru driver lambat sikit la
TOTAL HANGUS UNTUK KITCHEN CABINET + PINTU + SINKI + PAIP + KAKI +HANDLE
= RM 1,358.90 (utk brg IKEA shj)

Lain-lain kos ;
  1. Dapur hob + hood brand Elba + serombong asap = RM 1400
  2. Upah ubah kedudukan paip + tebuk sinki + pasang sinki + pasang paip = RM 250
  3. Upah pasang hood + serombong asap = RM 200
  4. Silikon + pistol = RM 15.00
  5. Upah tebuk lubang hob (dapur) free sebab adik yang tebukkan
  6. Upah pasang kabinet 6 pintu free sebab buat sendiri

Jom layan gambar yang sempat kami snap masa proses pemasangan kabinet ni ;

Design dulu. Mesti ikut scale yang betul.
Terpaksa turunkan seat penumpang depan dan belakang untuk muatkan top sepanjang 250cm ni. Kajang to Kedah...
Penuh bonet barang-barang untuk kitchen cabinet

Barang selamat mendarat kat Kedah
Sebelum operasi pasang kabinet. Masa ni kedudukan sinki sebelah lain. So terpaksa upah tukang paip untuk ubah kedudukan tu ke sebelah tingkap kanan. Upah buat piping baru untuk dapur RM250
Mula-mula kena pasang base. Just cantum-cantum je tiga keping papan ni. Guna cordless drill cepat dan jimat masa
Pasang base dulu

Selesai pasang base pertama. So ada 2. Yang 2 lagi pun just cantum jadi macam ni jugak
Pasang besi atas untuk cantum dengan top nanti
3 biji base siap dipasang. Lepas tu letak je top kat atas. Adjust kedudukan biar centre. Masa ni try dulu susun-susun. Sebelum pasang top bolehla adjust-adjust ikut yang mana berkenan dihati. Masa ni bolehla ubah-ubah lagi. Nanti dah pasang top dah takleh ubah sebab dah skru kan.
Pasang kaki kabinet. Pun guna cordless drill je cepat.

Siap pasang kaki kabinet

Proses pasang pintu kabinet

Pasang pintu kabinet ni paling senang tekan tekan je dan lock siap

Satu pintu dah berjaya dipasang

Sementara menunggu orang buat paip tolong tebukkan lubang sinki kami pasang pintu dulu.
Lubang sinki dah tebuk, top dah pasang masa ni. Kami jugak pasang/letak counter bar kat sebelah kabinet tu. Counter bar tu beli 2ndhand kat mudah.my je jimat..
Proses pasang hood. Yang ni terpaksa upah sebab takde kepakaran nak tebuk dinding pasang serombong tu. Upah pasang RM200. Lubang untuk hod pula adik kami tolong tebukkan.
Selesai. Make sure sekeliling sinki tu letak silikon untuk halang air meresap ke bawah sinki. 


(Gambar ihsan Mr.Google)
Ini la rupa silikon tu. Letak silikon sekeliling sinki untuk elak air meresap ke bawah sinki. Boleh beli kat kedai hardware ada jual. Set pistol + silikon dalam RM15 macam tu.
Abaikan lubang sinki yang lama tu. Tak sempat nak tampal lagi. Hehe...
Done..Selesai...




Keseluruhan ruang makan dan dapur untuk ketika ini. Bila mood lain datang nanti maybe aturannya berubah kot. Hehe..






Ok, tu saja kot buat masa ni. 


Europe + Balkan (Eurokan) : Santorini (Episod 2)

Episod 2  Dari Istanbul kami terbang ke Athens. Flight kami ke Athens sampai malam so kami lepak di airport. Sempat lelap 2-3jam. Dal...

Nuffnang