center

Sunday, 7 December 2014

Pulau Tuba

Ini bukan trip percutian, ini trip pergi BEKERJA!!

 

7/12/2014


Terlebih dulu kami nak bagitau la yang trip ke Pulau Tuba ni bukan trip percutian yer. Kali ni trip atas urusan rasmi dengan erti kata lain nya BEKERJA. Tapi tak perlula kami terangkan kerja apa yer. Cukupla kami katakan sebuah projek untuk kemudahan rakyat Pulau Tuba, Insyaallah... Since kami pun tak pernah jejak kaki ke Pulau Tuba so agak excited jugala trip kali ni even BEKERJA kan.... Walaupun ni trip BEKERJA dan bukan makan angin, senapang2 perang tetap kena standby.


Okey, ceritanya bermula di sini...
 
Memandangkan pada hari kejadian, kami ada kelas sehingga jam 4.00 petang, dan flight ke Langkawi jam 5.40 petang, kami decide untuk "tuang" kelas sebelah petangnya. Takut tak sempat nk bekejar ke airport nanti. So dalam pukul 1.00 petang kami dah gerak keluar dari KL bukan pe, takut jem...

Lepas makan tengah hari, solat dan berehat sekejap di Kajang, around pukul 3 kami gerak ke Putrajaya Sentral untuk parking kereta kat situ je. Parking berbumbung cuma RM4 untuk sehari. Kan murah tu. Plus tiket tren plak RM6.20 sehala dari Putrajaya Sentral - KLIA2. Perjalanan dengan tren cuma ambil masa dalam 20 minit je untuk sampai KLIA2. So around 4.00 petang dah terpacak kat KLIA2 ni. Jauh jugala nak berjalan ke balai perlepasan. Mau 1KM lebih juga menapak. Tapi sebab masa sampai KLIA2 masih awal so kami jalan pelan2 sambil2 menghirup udara kesesakan manusia kat airport ni. Hehe....

Pelepasan untuk penerbangan ke Langkawi di Gate J11 dan masa berlepas 5.40 petang. Boarding on time kali ni...  Bagus Air Asia!


KLIA2
Penerbangan AK6322 Ke Pulau Langkawi

Flight dr KL ke Langkawi mengambil masa 1 jam je. Sebab letih sangat kami tidur je dalam flight. Kami selamat mendarat jam 6.45 petang. Then ambil teksi dari airport ke D'Baron Resort.  RM30 untuk 1 teksi. Ok la kan... Kami book Bilik Deluxe 2 katil king boleh masuk 4 orang. Sea view okey bilik ni. 1 bilik dengan 2 katil king rate walk in dapatla RM220 sekali breakfast. Lepas check in, terus keluar makan. Perut pun dah mula berkeroncong so otak tak pun takleh fikir benda lain selain makan makan dan makan. Malam tu kami makan ikan 3 rasa + tomyam campur + kailan ikan masin + nasi putih 2. Sebab lapar, memang habis licin la kan. Tapi alangkah terkejut bila nak pergi bayar, harga makan untuk 2 orang RM81. OMAKaiiiii mahal tahap gaban kot. Kat KL pun tak semahal ni. Sebab dah letih sangat dan malas nak fikir redha je la. Lepas memunggah wallet mencukupkan RM81 hengget tu dan diserahkan kepada tokey kedai kami pun melangkah balik ke hotel untuk tidur. Tidur dalam kekenyangan dan kepasrahan. Haha...



8/12/2014


DeBaron Resort
 

D' Baron Resort Langkawi
 
De Baron Langkawi
Pemandangan pagi dari atas bilik

De Baron Resort Langkawi

Sebelum checkout kami jalan2 sekitar hotel dulu. Kul 10.20  pagi bot kami ke Pulau Tuba. Sebab ni trip kerja so naik bot pun ditaja ler. Kami naik di Yatch Club. Dari Yatch Club ke Pulau Tuba cuma ambil masa dalam 10-15 minit je. 10.35 kami selamat mendarat di Pulau Tuba.



Pula Tuba
Jeti Pulau Tuba
 
Ini lah jeti yang akan menyambut kedatangan pengunjung ke Pulau Tuba. Jeti dia kecil je. Tak sehebat jeti ke Pulau Langkawi. Kalau tak salah tiket bot nak ke Pulau Tuba ni RM5 je.

Rombongan kami disambut oleh orang2 kuat Pulau Tuba. Haha...gempak je. Dari jeti kami naik van untuk ke tapak projek. Pulau Tuba ni memang kampung betul2 la. Jauh beza dengan kemajuan dan kemodenan yang ada di Pulau Langkawi. Sambil2 BEKERJA sempat juga kami menembak beberapa keping gambar sekitar Pulau Tuba ni. Jom layan gambar kat bawah.
 
 
Pulau Tuba
Perkampungan Di Pulau Tuba


Pulau Tuba
Sorry dah lupa apa nama kampung ni, hehe


Pulau Tuba
Sebelah kanan ni ada kedai jual ketam hidup


Pulau Tuba



Pulau Tuba

Pulau Tuba

Pulau Tuba



Pulau Tuba

Pulau Tuba

 
Tengah hari kami lunch di Kak Chaq Corner. Megikut driver van dan orang2 kat Pulau Tuba ni, ni la tempat nak makan masakan seafood yang fresh2. Kak Chaq Corner ni terletak dekat Kampung Selat Bagan Nyior betul2 bersebelahan dengan Masjid Kampung Selat Bagan Nyior. Ada jambatan yang menghubungkan Pulau Tuba dengan Selat Bagan Nyior ni. Lebih kurang 15 minit dari tapak projek yang kami lawat. Tapi kena melintasi jambatan dulu la baru boleh sampai ke Kak Chaq Corner ni.
 
Selat Bagan Nyior
Inilah jambatan yang menghubungkan Pulau Tuba dengan Selat Bagan Nyior
 
Jambatan Pulau Tuba
Tengah menyeberangi jambatan okey


Kampung Selat Bagan Nyior
Kampung Selat Bagan Nyior
Kampung Selat Bagan Nyior
 
 
Seafood
Makan tengah hari yang ditaja
 
Lepas lunch, kami naik bot di jeti berdekatan jambatan penghubung tu pulang ke Pulau Langkawi.
 
 
Kampung Selat Bagan Nyior
Masa untuk pulang
 
Pengakhiran trip kali ni ditamatkan selepas kaki kami melangkah naik bot pulang ke Pulau Langkawi. Huhu..
 
Well, masih banyak yang kami belum terokai. Rasanya ni  baru 1/4 kot dari keseluruhan Pulau Tuba. Memandangkan kesuntukan masa so tak dapat nak jelajah Pulau Tuba ni dengan lebih jauh. Dianggarkan penduduknya dalam 2,500-3,000 orang dengan keluasan pulau 17.63 KM persegi. 
 
So, pada sapa2 yang nak rasa hidup suasana kampung di sebuah pulau bolehla datang ke Pulau Tuba ni. Tempatnya cantik dan masih hijau. Udaranya pun masih bersih. Kebanyakkan penduduk di sini menggunakan motorsikal je untuk ke mana-mana. So jangan hairan bila nak jumpa sebiji kereta pun susah. hehe....
 
Selepas mendarat di jeti Yatch Club, kami singgah kejap di HiG untuk shopping chocolate dulu sebelum terus ke airport sebab flight balik ke Kuala Lumpur jam 7.05 malam. Sekali lagi on time. Good job Air Asia...

Wednesday, 3 December 2014

Destinasi Bajet Kami Ke Korea - Part 7 (Day 5 - Seoul)

Hari Kelima


Hari kelima ni kami ronda-ronda bandar Seoul


First kami pergi Gyeogbokgung Palace. Masuk free sempena Thanksgiving Day. Untuk ke sini kami naik tren dari Jongno 3(sam) Ga terus je ke stesen Gyeogbokgung (1,050 won). Keluar kat Exit 5. Best sangat dapat tengok sendiri keadaan kat dalam istana ni macam dalam citer Korea tu. Hehehe...


istana gyeongbokgung
 
 
istana gyeongbokgung


istana gyeongbokgung
 
 
 
Bergambar depan pintu masuk


Lepas tu kami jalan kaki ke King Sejong Statue. Statue Sejong ni betul-betul depan Gyeogbokgeong Palace. Masa ni orang ramai la sebab Korea cuti umum kan. Lepas sesi bergambar kat Statue ni perut masing-masing dah mula berkoroncong. So, kami plan untuk makan tengah hari di Noryangjin Fish Market. Noryangjin Fish Market ni merupakan pasar ikan terbesar dan tertua kat Seoul tau. Nak ke Noryangjing, kami naik ktren di stesen Gwanghamun je. Stesen ni terletak betul2 depan Statue King Sejong tu.
 

king sejong statue

King Sejong Statue
    
seoul korea

Ni la pintu masuk ke stesen tu.. 
  

Korea pun jem juga sebab masing2 keluar bawa family jalan-jalan kot
 


Dari stesen Gwanghwamun kami ambil tren terus Stesen Noryangjin. Tapi sebelum sampai ke Noryangjin tu korang kena transfer tren samada di Jongno 3 (sam)-ga  (Line 1) atau Stesen Yeouido (Line 9). Keluar exit 1 untuk ke Noryangjin Fish Market. Tren dalam 1,050 won tapi sebab kami dah topup siap2 T-Money so pakai T-money je la. Plan mulanya nak makan je kat sini. Pusing punya pusing cari restoran halal tak jumpa then kami decide untuk beli barang mentah dan masak je kat Beewon. Lagipun kami memang ada bawa pes tomyam dari Malaysia. Kat pasar tu kami beli ketam 1kg (10,000 won) dan udang 1kg (20,000 won). Ke'fresh'an nya tu tak yah habaq la, memang terbukti segar bugar.



Noryangjin Fish Market
 
 
 
 
Cik Pororo tengah tawar menawar dengan tokey kedai
 
 
  
Saya nak yang tuuuu 1 kilo yer...
 
 
Selesai membeli kami pun belah dari pasar basah tu balik ke Beewon. Macam biasala datang naik tren, so balik pun naik tren la. Dari stesen Noryangjin terus ke Jongno 3. Tren ni direct je kalau amek Line 4 (1,150 won). Sampai Beewon, apa lagi, operasi memasakla. Semua turun ke dapur tapi tak semua yang masak. Haha.... Petang tu kami makan besar la. Pergh terangkat habisss.... Lagi pun Cik Li dah nak balik Malaysia esok tu so ni boleh kira macam nak celebrate kepulangan Cik Li ler ke Malaysia la. Cik Li ada final presentation kat KL kalau tak present takleh grade. Hahaha... So kenala balik awal & korbankan duit beli tiket balik awal. Tiket ke Busan burn camtu je. Cik Li.. Cik Li..
 
 

  
Chef dan pembantu-pembantu chef sedang memasak di dapur Beewon
 
 
 
Menu kami untuk dinner
 
 
 
Sambal udang yang super duper sedappp siap untuk dihidangkan
 

 
So menu dinner kami adalah tomyam ketam dan udang masak sambal. Berguna la pek segera tomyam dengan sambal yang kami bawa dari Malaysia. Hehe.. Memang mantop dan terbaik sangat. Actually ada gambar kami makan kat rooftop tapi sensored. Haha.. Nikmatnye dapat makan tomyam ketam dan sambal udang kat negara orang ni. Terasa macam kat negara sendiri je.
 
Selesai dinner, mandi, solat, rehat kejap.
 
Lepas maghrib kami keluar ke Myeondong untuk SHOOPPIIINGGGGG!!!!! Seperti biasa la naik tren di Jongno 3 then transfer di Chungmoro (tukar ke Line 4) untuk terus ke Myeondong. (1,050 won je kalau pakai T-Money)
 
Kat Myeondong kami berpecah. Cik Mel, Cik Li dan Cik Pororo jalan sekali sebab diorang ni sibuk sangat nak cari barang2 kosmetik. Cik Su dengan Cik Wan ikut haluan lain. Bab2 kosmetik ni tak pandai so masuk kedai lain yang pandai okey. Masa ni memang tak beringat la shopping. Kami beli sweater, kasut, baju, set sudu,fridge magnet dan barang2 kosmetik yang penuh beg (kosmetik2 ni milik Cik Mel, Cik Li dan Cik Poror okey, giler betul diorang ni)Hehe... Jom layan beberapa keping gambar yang kami sempat snap.
 
 
  
Oppa ni tengah buat pankek
 
 
 
Sotong bakar??? Haha, tapi sini keterujaan terhadap sotong bakar tak sehebat di Jeju
 

 
  
Puas shopping, berenti rehat sekejap untuk tarik nafas. Punya la letih shopping, sampai tidur berdiri Cik Li tu
 

 
Setel shopping kami ambik tren balik Beewon. Dari stesen Myeondong ke stesen Jongno 3 (1,050 won). Then menapak ke Beewon. Masa ni la insiden yang tak dapat kami semua lupa. Tengah syok dok jalan menyusuri lorong-lorong rumah kedai, tetiba dengan nyanyian tak berapa merdu kami dengar Cik Su jerit...

"Arghh....Lari!!! Dia tunjuk anu!!!!"

Tanpa fikir panjang, kami semua terus lari sekuat yang boleh. Padahal masa tu, masing-masing tak sure sebab apa kena lari. Sebab tak jelas sangat apa Cik Su jerit. Yang jelas kami dengar Cik Su sebut LARI!!! Cik Wan masa tu pikir anjing kejar so memang sekuat hati la dia lari tak toleh ke belakang dah. (Cik Wan fobia dengan anjing2 ni sebab dah penah ada sejaraha dengan anjing, haha) Cik Mel pun ikut lari tapi tak selaju larian Cik Wan la. Bila sampai Beewon, masa ni la Cik Wan baru nak toleh belakang, alangkah terkejutnya beliau ketika itu apabila melihat ke belakang takde seorang umat pun yang lari bersama beliau. So dengan perasaan yang masih berdebar2 Cik Wan beranikan diri patah balik ke lorong tersebut. Dan ketika itula Cik Wan nampak Cik Su, Cik Mel, Cik Pororo dan Cik Li lari2 anak bersama2. Dah kenapa??? Dah sampai kat Beewon baru masing-masing tau kisah sebenarnye. Ada sorang ajusshi tu londeh seluar nak tunjuk anu, tapi tak nampak pun anu tu sebab cahaya samar2. Memang kelakar giler la kalau ingat balik. Cik Li yang sakit kaki tu pun mampu lari sekuat tenaga. Hilang sakit kaki kau yer Cik Li, takut punya pasal lari tak ingat kaki tu sakit. Haha..... Buat Cik Wan, lain kali lari ingat kawan2 kat belakang sama. Haha....

Malam tu sampai nak ke tidur kami dok gelak.

Kenangan diganggu 'anu' akan tersemat dihati. Haha.... kelakorrrr kot..

 
Summary :
 
  • Geongbokgeong Palaca = FOC (sebab thanks giving day)
  • Statue Sejong-Daero = FOC
  • Ketam 1 kg = 10,000/5 = 2,000/pax
  • Udang 1 kg = 20,000/5 = 4,000/pax
  • Korban T-Money = 1,050+1,050+1,150+1,050+1,050 = 5,350/pax
  • Shopping = Duit masing-masing yer tapi tak banyak pun habis untuk shopping kalau pandai belajar kawal nafsu. hahaha....
 
Total Day 5 = 11,350 won/pax = RM 34.62/pax
(rate kami dapat RM3.05)




Monday, 1 December 2014

Destinasi Bajet Kami Ke Korea - Part 6 (Day 4 - Seoul)

Hari Keempat (18 September 2014)


Feeling Winter Sonata di Nami Island


Awal-awal pagi lagi kami dah gerak ke Tapgol Park dekat ngan Insadong. Kat sini kami tunggu bas untuk ke Nami Island. Sebenarnya nak naik bas ni, kena book dulu. Tak sure plak nak book kat mana. So pagi tu kami redah je. Nasib baik ada seat kosong lagi so, dapatla naik. Alhamdulillah kalau tak sia2 menunggu kat situ. Hehehe... Tiket bas pergi balik 15,000 won sorang. So balik dari Nami nanti pun kena naik bas yang sama okey sebab dah beli tiket return. Bas bertolak ke Nami Island pukul 9.30 pagi. So pagi tu kami menapak je dari Beewon ke Tapgol Park. Takde la jauh pun jalan nyer. Dalam 10 minit je.




Perjalan ke Nami Island ambik masa 3 jam. Lama tu. Sepanjang jalan, kami tidoq jee.. Huhu.. Bila sampai, kena beratur beli tiket masuk ke Nami. Harga tiket 8,000 won sorang untuk trip pergi dan balik.




Nak ke Pulau Nami tu kena naik feri yer. Yang bestnya, ada bendera Malaysia berkibar kat atas feri tu tau. Bangganye. Hehe..






Kat Nami Island ni kami asyik bergambar je. Jalan 5 langkah snap gambar, jalan lagi 5 langkah snap gambar begitula seterusnya.





Sebab perut dah lapar,  so kami lunch kat Winter Sonata Cafe je. Cafe ni halal ye. Kami order nasi kocak perasa tuna + nasi kocak ori cheese sekali dengan + pancake dengan harga 28,000 won kongsi makan 5 orang. Muafakat ler katakan. Namapun destinasi bajet kan. Tapi bajet2 pun banyak jugala dapat makan.






Lepas dah isi perut, time untuk solat la pulak. Memandangkan kat Nami Island ni ada disediakan surau untuk muslimin dan muslimat solat, so kami ambil kesempatan untuk jamak kat sini je sebab nye nanti nak solat dah susah nak cari port solat. Alang-alang pihak pengurusan Nami Island dah sediakan surau so kita gunakan kemudahan yang ada. Tak perlu nak bentang sejadah merata-rata kan.




Lepas solat kami sambung round Nami Island lagi sampai pukul 3.30 petang terus then gerak ke jeti. Takut juga ditinggal bas yang menunggu kat seberang sana. Sebelum naik feri sempat juga la kami singgah beli souvenier tanda kenang-kenangan bukti kami dah sampai ke Nami Island ni. Well, takde fridge magnet macam tak lengkap perjalanan kami ni.



 
 
Hehe.. Bas bertolak balik ke Insadong dalam pukul 4.00 petang.



  

Kami sampai di Insadong dah lewat petang. Sekitar pukul 7.00 petang macam tu la. Sesampai je kat Insadong, kami terus menapak cari tourism center. Next destinasi kami Seoul Tower. Lepas mendapatkan info kat tourism centre, kami menapak terus ke Myeondong. Jauh juga la jalan nyer tapi tak terasa sangat sebab tengok ramai orang yang jalan kaki then sempat jugala kami curi-curi masuk kedai-kedai disepanjang jalan nak ke Myeondong tu. Kat sinila Cik Pororo tu ternampak UNIQLO, terus excited. Maklumla staff UNIQLO la katakan. So UNIQLO di mana2 la.



Melalui Cheonggyecheon Stream

N Seoul Tower a.k.a Seoul Tower a.k.a Namsan Tower


Untuk naik ke Seoul Tower kami decide untuk naik dengan Cable Car. Stesen cable car ni kat dipanggil Namsan Cable Car. Ada bas disediakan untuk naik ke atas tapi kena naik kat bus stop kat Myeondong. Dari bus stop Myeondong tu, kami ambik bas no. 5. Shuttle bus ni memang free untuk ke Namsan Cable Car. Tak sampai 5 minit pun. Bas bawa kami sampai Namsan Cable Car je bukan sampai Tower yer. Hehehe. Kalau nak menapak naik dari Myeondong ke Namsan Tower ni pun boleh je tapi penat sikitla nak mendaki tu. Kalau kaki kuat okey je menapak naik. Boleh turunkan berat badan tak gitu. Hehe..

Bila sampai kat cable car tu, alangkah terkejutnya kami, ramai giler yang beratur nak beli tiket. Silap haribulan da... Time ni public holiday untuk 'thanksgiving day' kat Korea. So rakyat Korea memang banyak la time ni. Almost 1 hour kami beratur baru bleh sampai betul2 depan pintu masuk cable car tu. Harga tiket naik cable car ni 8,000 won je. Sebab ramai orang so full la dalam cable car yang kami naik tu. So klalau full tu faham2 la macam mana situasi kami masa tu. Macam sardin kot. Hehe...




Dah sampai puncak, cuaca agak sejuk la. Kat sini kami ambik gambar dan beli souvenier je. Takde pun nak gantung2 kunci ke ape. Hehe... Lagipun orang ramai sangat. So lebih kurang 1 jam juga kami kat atas, then kami decide untuk turun awal konon nak elak beratur panjang untuk turun.



Seoul Tower



 

Tapi... sama je cuma  takdela sampai 1 jam macam masa beratur nak naik tadi. Sekali lagi berimpit dalam cable car tu tapi tak se'crowded' macam masa naik la. Maybe sebab ramai lagi yang tak turun kan. Sampai je kat Namsan Cable Car tu kami cepat2 bergegaskeluar dan turun. Masa balik ni kami menapakje ke Myeongdong Station. Turun takpe tak perlu mendaki. So boleh jalan kaki. Lagipun nak tunggu bas yang kami naik tadi ntah bila nak munculnyer.

Dari stesen Myeondong, kami ambik tren Line 5, turun kat Station Chongmoro, tukar Line 3 dan turun di Jongno 3 gail (1,050 won). Lepas tu, kami menapak lagi balik ke Beewon. Sempat lagi kami singgah Lemon Mart beli telur 10 biji dengan harga 3,300 won untuk masak makan malam dan standby untuk breakfast keesokannya.

Summary :


  • Tiket bas ke Nami Island (Return) = 15,000 won/pax
  • Feri ke Nami Island = 8,000 won/pax
  • Shuttle bas dari Myeondong - Namsan Cable Car = FOC
  • Tiket cable Car Namsan Tower = 8,000 won/pax
  • Souvenier = ikut bajet masing2 yer. Banyak beli banyak le keluar duit
  • Korban T-Money = 1,050 won/pax
  • Telur 10 biji = 3,300 won/5 = 660 won

Total Day 4 = 32,710won/pax = RM 99.77
(rate kami dapat RM 3.05)

 

Europe + Balkan (Eurokan) : Santorini (Episod 2)

Episod 2  Dari Istanbul kami terbang ke Athens. Flight kami ke Athens sampai malam so kami lepak di airport. Sempat lelap 2-3jam. Dal...

Nuffnang