center

Sunday, 22 May 2016

Ho Chi Minh, Vietnam

Kali ni kami bawa trip mak-mak ke Ho Chi Minh semata-mata untuk shopping je. 
All in RM500.00 termasuk ;

 Flight Vietname Airlines : KUL - SGN + 30kg luggage + makan
Flight Vietname Airlines : SGN -KUL + 30kg luggage + makan
Penginapan di Cat Hotel 4H3M
Pengangkutan teksi (airport transfer) + bas ke Cho Bin Thay Market
Makan pagi + tengah hari + malam
Gambar + pendrive 2GB

Harap-harap ahli-ahli rombongan berpuas hati lah yer. Halalkan mana yang terlebih dan mana yang terkurang sepanjang 4H3M kat Ho Chi Minh. Kalau ada gurauan yang terlebih kasaq tu harap dimaafkan. Next trip ke manakah kita??? Tunggu....


Ben Thanh Market
Ben Thanh Market 
Ramainya umat dalam Ben Thanh ni
Nak cari bagpack boleh la datang ke ROSE BACKPACK. Kami dan jugak rembat 3 bagpack
Tak ingat nama kedai. Asal jumpa kedai kain je menyinggah
Muka bahagia je masing-masing dapat perabih duit. Masa ni baru keluar dari Saigon Square
Aktiviti malam hari depan hotel je pun boleh habis duit
Sesi habiskan duit. Masa ni baru lepas dinner kat Restoran Amin
Tiap-tiap hari kopi ais
Neelofa tengok ni mesti menangis tak berlagu. Pakcik ni tengah jahit tagging tudung Neelopak masa ni. Sempoi
2nd day : Naik bas ke Chao Bin Thay Market. Tambang bas 5000 dong sorang. Dalam setengah jam jugak nak sampai Bin Thay ni
ChoBin Thay Market. Sini banyak jual untuk beli borong. Kain-kain tak banyak sangat pilihan sini tapi harga murah sikit dari Ben Thanh. Bolehla kalau nak try
Suasana depan pintu masuk Bin Thay
Kami sempatla merembat 2 biji helmet buat pakai naik basikal. Haha....
Dah penat jalan naik bas balik ke Ben Thanh pulak
Penumpang warga Malaysia dalam bas. Haha...
Driver bus in action
Depan bas ada motor
View dari tingkat hotel mengadap Malaysia Street (katanya la jalan ni dah terkenal dengan Malaysian je
Malaysian Street katanya
Malaysia Street waktu malam

Ready untuk balik ok
Misi selesai
Good bye Ho Chi Minh
Ho Chi Minh dari udara. Padat jugak
Masa untuk makan sebelum touch down KLIA
Nasib baik mau senyum jugak dia ni. Yang lain muka kelat je

- SEKIAN -

Thursday, 14 April 2016

Berbaloi Atau Tak Nak Hire Kami??

Sebab ramai PM bertanya pasal gambar-gambar ni, mai kami habaq ;

Kami bukan fotografer professional. Cuma kami ada sikit minat dalam fotografi dan jadikan sebagai hobi sebab kami full time makan gaji. Pukul 7.30 masuk ofis pukul 4.30 balik ofis. Sabtu -Ahad kadang free kadang tak free sibuk kayuh gerek dan tidoq.

Nak kami shoot gambar hangpa? Sure ke? Sebab kami bukan pro takut hangpa tak puas hati nanti. Tapi kalau berkeras jugak sanggup nak kami ambil gambar hangpa boleh takdak masalah tapi ada terma & syarat nya. Meh baca dan hadam sebelum meneruskan niat hangpa nak hire kami ;
    1. Kena tanam dalam diri hangpa “Kami bukan pro. Ini cuma hobi saja” So, kalau gambar tak seperti yang diidamkan jangan marah kami sebab kami dah habaq awai-awai kami bukan pro. Yang hangpa tengok dlm FB, dalam Instagram, dalam blog tu semua hasil kerja kami. Just minor edit untuk cerahkan/gelapkan gambar sahaja sebab kami tak pandai nak edit lebih-lebih dan lagi satu sebab kami nak kekalkan originality gambar tu.
    2. Kalau nak yang macam gambar Saiful Nang ke apa ke janganla hire kami. Sebab tak mampu nak jadi macam tu lagi. Banyak kena belajar lagi tu.
    3. Sebab kami tak pro so kami tak pandai letak harga. Tapi baru-baru ni lepas kena talbiah dan fikir sedalam-dalamnya maka penasihat kami cakap kami perlu jugak letakkan harga. Penasihat cakap “ duit minyak kereta, tol, masa, nak servis kamera, cuci lens, harga kamera ribu-ribu, nak edit, pergi kursus sana sini dan bla bla bla…. So takkan nak terus tawarkan khidmat percuma? Sampai bila?” Terdiam kami seketika. Hahaha….
    4. Kami takut sebenarnya nak letakkan harga sebab taknak jadi bahan kejian orang kalau gambar tak seindah bayaran. So untuk puaskan hati semua orang maka kami decide untuk ambil gambar ikut bajet hangpa ja. So kalau nak bajet RM200 kita buat cara RM200 kalau nak bajet RM300 kita buat cara bajet RM300. Tapi kena ada hadnya la. Sebab kami bukan robot. 1 jam shoot pun penat mengah macam lari 100 meter tau dak, peluh jantan keluaq mencurah-curah. Yang tu kita boleh bincang nanti, no hal.
    5. Sebab kami dok kajang so kalau nak shoot luar dari Lembah Klang kenala consider extra charge untuk transportation dan lain-lain. Hehe…
    6. Masa kena ikut masa kami sebab kami full time keja gomen. Tapi boleh ja bincang. Kami pun flexible.
    7. Kami takdak lens atau kamera mahai. So kami cuma ada Gopro Hero 3+, Canon 6D, Canon 60D, kitlens 24-105L, lens 17-55mm f2.8, lens 50mm f1.8 dan seketul flash brand Nissin saja untuk shoot. Dan memang tu pun yang kami guna selama ni. So kami akan shoot guna senjata-senjata tu je. 
    8. Kami akan pergi tempat hangpa dan shoot. Pastu balik rumah pilih gambar, edit sikit dan burn dalam CD/Thumbdrive dan pastu baru pas bagi hangpa. Lebih kurang macam orang buat pakej shoot & burn la.
    9. Nak custom album?? Emm boleh juga buatkan tapi printing hangpa bayar la ye.
    10. Kami buat konsep Air Asia nak topup apa-apa harga lain la. Ikut hangpa la nak macam mana. Haha….
    11. Disebabkan kami tak pro sangat so boleh hire kami untuk majlis-majlis kecil saja macam besday, akikah, cukur jambul, produk, atau yang perlukan bajet rendah. Kalau nak shoot suka-suka untuk kenangan pun boleh. TAPI, kalau majlis kahwin minta maaf, NO NO NO sebab kami tak berani buat dan tu perlukan komitmen tinggi. Kami tak nak rosakkan hari bahagia orang. Haha…
    12. Kalau nak ajak kami travel sama untuk ambik gambar hangpa lagi kami suka. Sambil jalan-jalan sambil buat kerja. Yang tu memang I LIKE sangat....
Kalau dah baca dan dah hadam, sedia terima semua terma-terma kami, bersedia untuk bersusah senang bersama then boleh hubungi kami anytime, Insyaallah kami cuba bantu merealisasikan impian hangpa nak bergambar.... Hehehe...

Sebelum shut down komputer jom tengok hasil-hasil tak PRO ni dulu. So hangpa boleh buat keputusan yang tepat patut atau tak patut nak hire kami. Berbalo atau tak. Samada kena dengan selera atau tak kena langsung. Haha..

Actually banyak lagi gambar. Boleh tengok di setiap post kami kat blog dan FB Sisikami. Macam-macam gambar ada. Tapi sekali lagi kami tegaskan, kami bukan pro dan ini hanya sekadar hobi dan kegilaan kami. Takdak kena mengena antara hal orang lain dengan hal kami. 

Apa yang hangpa tengok dalam blog, FB dan instagram kami ( instagram : wan_isnzr) itu lah hasil kegilaan kami. Hehe...

FB : sisikami
Instagram : https://www.instagram.com/wan_isnzr/

*Tiba2 cakap Kedah - Hangpa = kamu/kau/ko/korang

Sunday, 13 March 2016

Koleksi dan Kegilaan


Lain orang lain kegilaannya.

Kalau dulu sebulan sekali beli sekarang dah tak lagi. Sekarang ikut mood nak beli sebab sekarang dah banyak sangat kegilaan kami. Tak tau mana satu nak fokus dulu. Haha....

Ini antara koleksi kami yang ada. Ada juga yang dah dikorbankan untuk bagi masa birthday kawan-kawan sebab tak tau nak beli apa so bagi la sorang satu kereta. Haha...

Renault 5 Alpine Scale 1:18



Handmade - 1962 British Flag Retro Queen Mini Cooper




3 scale yang berbeza. Kecil, besar dan besar lagi
Kapal terbang ni dah banyak hilang,huhu...
Ini besar punya motor


Antique Vintage WWII British Fighter
Sebab saiz besar sangat so gantung kat tangga je la
WWII Flying Tigers fighter P40
Ini lagi besar paling besar pernah ada. Lagi besar dari kapal terbang kuning/merah kat atas tu.
Ni beli dari stesen minyak shell. Dua yang kat atas belah kiri beli masa pergi London hari tu. Dan yang kuning sebelah kanan bawah beli masa kat Switzerland. Terselit abang Superman kat situ.
Yang kereta-kereta kecil ni bolehla masuk bawah rak tv. Yang besar-besar tak celuih nanti. Perasan tak superman-superman tu???
Ha...kami peminat Superman.

Ni sebab tak tau nak letak kat mana so gantung kat dinding je la.



Europe + Balkan (Eurokan) : Santorini (Episod 2)

Episod 2  Dari Istanbul kami terbang ke Athens. Flight kami ke Athens sampai malam so kami lepak di airport. Sempat lelap 2-3jam. Dal...

Nuffnang