center

Wednesday, 27 July 2016

DIY Kitchen Cabinet IKEA - Apa Yang Perlu Beli???

Apa yang perlu ada dan apa yang perlu dibuat untuk dapat seketul kabinet macam ni???




  1. 1st of coz  kena draf design kedudukan kabinet tu nak macam mana. Bentuk L ke menajang ke U ke island ke...
  2. Make sure tahu ukuran rumah. Even lukis pakai tangan pun kenala guna scale yang betul untuk pastikan design tu muat/sesuai dengan saiz dapur.
  3. Ukuran kabinet, model, brand, patern, jenis, warna, tombol, kaki, sinki, paip, etc boleh rujuk website IKEA bahagian KITCHEN. So dah boleh bajet saiz besar mana nanti bila dah pasang.
  4. Kemudian pergi je IKEA bahagian kitchen cabinet dan minta bantuan pekerja IKEA kat situ. Nanti dorang akan tolong dapatkan barang-barang yang kita perlukan. Masa ni bolehla minta khidmat nasihat free dari dorang. Macam kami, kami dah study dulu so sampai IKEA terus je minta quatation dan barang. Pilih barang yang nak guna je. So boleh bajet duit. Hehe.
  5. Dah selesai collect barang, bayar dan boleh bawa balik rumah untuk pasang. Macam kes kami ni table top paling panjang 249cm so ngam-ngam muat dalam kereta Preve. Tapi kena turunkan seat penumpang la baru muat. Top je yang panjang, yang lain kotak-kotak biasa je.
  6. Proses pasang macam biasa, ikut je manual dalam packaging setiap barang yang kita beli tu. Tak susah pun. Kalau kami yang perempuan ni boleh pasang of coz la abang-abang sado kat luar sana lagi terror pasang kan. Hehehe.... 
  7. Proses pasang untuk 3 kabinet 6 pintu ni tak sampai 1 jam pun. Cuma yang leceh nak tebuk dan pasang sinki dan hob (dapur). Yang ni terpaksa minta bantuan orang sebab bab tebuk tu tak terror. Macam kami, hob (dapur) tu adik laki kami yang tebuk kan, sinki dan paip pulak terpaksa upah tukang paip sebab kena ubah kedudukan sinki dan paip asal ke lokasi baru. Kalau perasan kat tepi kabinet ada nampak lubang-lubang paip sinki lama. Cacat sikit disitu, Insyaallah nanti baru nak tampal.
  8. Then siap la. Rak kat dalam kabinet pun boleh diy. Kalau ada duit lagi pergi la IKEA cari shelf dan eksesori tambahan. Hehe.. Buat masa sekarang kami tak rajin lagi so guna je la dulu apa yang ada. Janji seketul kabinet dapur dah ada cukupla. Puas hati sebab pasang sendiri boleh adjust ikut yang kita nak. 
  9. Ini kabinet jenis METOD bukan FYNDIG. METOD ada waranti 25 tahun, kalau FYNDIG takde waranti.



Jom tengok apa kami beli untuk complete kan set kabinet ni ;

RM 305 x 3 ketul - RM75  = RM 840
(Sebab tak  nak plinth so tolak plinth RM75) 
Plint tu kayu putih yang cover kat bawah kaki kabinet tu.  Kami tak pasang plinth sebab senang nanti nak sapu sampah/habuk bawah kabinet.


Table top x 1 keping = RM 290

Paip x 1 = RM 99

Sinki x 1 = RM 79

Leg x 3 = RM 45
Handle x 1 = RM 5.90
Peralatan penting ;
Ada cordless drill ni cepat kerja. Kalau manual pakai skru driver lambat sikit la
TOTAL HANGUS UNTUK KITCHEN CABINET + PINTU + SINKI + PAIP + KAKI +HANDLE
= RM 1,358.90 (utk brg IKEA shj)

Lain-lain kos ;
  1. Dapur hob + hood brand Elba + serombong asap = RM 1400
  2. Upah ubah kedudukan paip + tebuk sinki + pasang sinki + pasang paip = RM 250
  3. Upah pasang hood + serombong asap = RM 200
  4. Silikon + pistol = RM 15.00
  5. Upah tebuk lubang hob (dapur) free sebab adik yang tebukkan
  6. Upah pasang kabinet 6 pintu free sebab buat sendiri

Jom layan gambar yang sempat kami snap masa proses pemasangan kabinet ni ;

Design dulu. Mesti ikut scale yang betul.
Terpaksa turunkan seat penumpang depan dan belakang untuk muatkan top sepanjang 250cm ni. Kajang to Kedah...
Penuh bonet barang-barang untuk kitchen cabinet

Barang selamat mendarat kat Kedah
Sebelum operasi pasang kabinet. Masa ni kedudukan sinki sebelah lain. So terpaksa upah tukang paip untuk ubah kedudukan tu ke sebelah tingkap kanan. Upah buat piping baru untuk dapur RM250
Mula-mula kena pasang base. Just cantum-cantum je tiga keping papan ni. Guna cordless drill cepat dan jimat masa
Pasang base dulu

Selesai pasang base pertama. So ada 2. Yang 2 lagi pun just cantum jadi macam ni jugak
Pasang besi atas untuk cantum dengan top nanti
3 biji base siap dipasang. Lepas tu letak je top kat atas. Adjust kedudukan biar centre. Masa ni try dulu susun-susun. Sebelum pasang top bolehla adjust-adjust ikut yang mana berkenan dihati. Masa ni bolehla ubah-ubah lagi. Nanti dah pasang top dah takleh ubah sebab dah skru kan.
Pasang kaki kabinet. Pun guna cordless drill je cepat.

Siap pasang kaki kabinet

Proses pasang pintu kabinet

Pasang pintu kabinet ni paling senang tekan tekan je dan lock siap

Satu pintu dah berjaya dipasang

Sementara menunggu orang buat paip tolong tebukkan lubang sinki kami pasang pintu dulu.
Lubang sinki dah tebuk, top dah pasang masa ni. Kami jugak pasang/letak counter bar kat sebelah kabinet tu. Counter bar tu beli 2ndhand kat mudah.my je jimat..
Proses pasang hood. Yang ni terpaksa upah sebab takde kepakaran nak tebuk dinding pasang serombong tu. Upah pasang RM200. Lubang untuk hod pula adik kami tolong tebukkan.
Selesai. Make sure sekeliling sinki tu letak silikon untuk halang air meresap ke bawah sinki. 


(Gambar ihsan Mr.Google)
Ini la rupa silikon tu. Letak silikon sekeliling sinki untuk elak air meresap ke bawah sinki. Boleh beli kat kedai hardware ada jual. Set pistol + silikon dalam RM15 macam tu.
Abaikan lubang sinki yang lama tu. Tak sempat nak tampal lagi. Hehe...
Done..Selesai...




Keseluruhan ruang makan dan dapur untuk ketika ini. Bila mood lain datang nanti maybe aturannya berubah kot. Hehe..






Ok, tu saja kot buat masa ni. 


Sunday, 22 May 2016

Ho Chi Minh, Vietnam

Kali ni kami bawa trip mak-mak ke Ho Chi Minh semata-mata untuk shopping je. 
All in RM500.00 termasuk ;

 Flight Vietname Airlines : KUL - SGN + 30kg luggage + makan
Flight Vietname Airlines : SGN -KUL + 30kg luggage + makan
Penginapan di Cat Hotel 4H3M
Pengangkutan teksi (airport transfer) + bas ke Cho Bin Thay Market
Makan pagi + tengah hari + malam
Gambar + pendrive 2GB

Harap-harap ahli-ahli rombongan berpuas hati lah yer. Halalkan mana yang terlebih dan mana yang terkurang sepanjang 4H3M kat Ho Chi Minh. Kalau ada gurauan yang terlebih kasaq tu harap dimaafkan. Next trip ke manakah kita??? Tunggu....


Ben Thanh Market
Ben Thanh Market 
Ramainya umat dalam Ben Thanh ni
Nak cari bagpack boleh la datang ke ROSE BACKPACK. Kami dan jugak rembat 3 bagpack
Tak ingat nama kedai. Asal jumpa kedai kain je menyinggah
Muka bahagia je masing-masing dapat perabih duit. Masa ni baru keluar dari Saigon Square
Aktiviti malam hari depan hotel je pun boleh habis duit
Sesi habiskan duit. Masa ni baru lepas dinner kat Restoran Amin
Tiap-tiap hari kopi ais
Neelofa tengok ni mesti menangis tak berlagu. Pakcik ni tengah jahit tagging tudung Neelopak masa ni. Sempoi
2nd day : Naik bas ke Chao Bin Thay Market. Tambang bas 5000 dong sorang. Dalam setengah jam jugak nak sampai Bin Thay ni
ChoBin Thay Market. Sini banyak jual untuk beli borong. Kain-kain tak banyak sangat pilihan sini tapi harga murah sikit dari Ben Thanh. Bolehla kalau nak try
Suasana depan pintu masuk Bin Thay
Kami sempatla merembat 2 biji helmet buat pakai naik basikal. Haha....
Dah penat jalan naik bas balik ke Ben Thanh pulak
Penumpang warga Malaysia dalam bas. Haha...
Driver bus in action
Depan bas ada motor
View dari tingkat hotel mengadap Malaysia Street (katanya la jalan ni dah terkenal dengan Malaysian je
Malaysian Street katanya
Malaysia Street waktu malam

Ready untuk balik ok
Misi selesai
Good bye Ho Chi Minh
Ho Chi Minh dari udara. Padat jugak
Masa untuk makan sebelum touch down KLIA
Nasib baik mau senyum jugak dia ni. Yang lain muka kelat je

- SEKIAN -

Europe + Balkan (Eurokan) : Santorini (Episod 2)

Episod 2  Dari Istanbul kami terbang ke Athens. Flight kami ke Athens sampai malam so kami lepak di airport. Sempat lelap 2-3jam. Dal...

Nuffnang