center

Thursday, 14 September 2017

Jepun 2 : Kanazawa - Toyama - Murodo - Toyama - Takayama

HARI KE 2 : 10 MEI 2017


Bangun awal pagi dan ambil tren macam kat bawah ni untuk misi kami ke Alpine Route. Kami dah book tiket pukul 10.00 pagi. Tiket ni kami book sebulan sebelum ke Jepun sebab takut full kalau beli masa walk in. Since pukul 10.00 tiket kami ke Alpine Route so kami ada 2 opsyen samada naik tren pukul 7.00 pagi atau 7.08 pagi. 1st time takut tersesat ke kan. So kami decide untuk naik tren pukul 7.00 daripada Kanazawa ke Dentetsu Toyama. Harga tiket tren dari Kanazawa ke Toyama ni dah dicover oleh JR PASS. So tunjuk JR PASS boleh naik. Seperti biasa kami reserved seat sebab tak nak berebut.



DENTETSU TOYAMA


Dentetsutoyama Station
Station ni sebelah station Toyama so jalan kaki 5 minit.
Untuk ke Alpine Route, kena beli tiket Chiho Railroad Train ke Tateyama Stn (return)  = 2,400 yen. Yang ni JRPass tak cover so kena keluar duitla untuk beli tiket. Masa dan jarak perjalanan tengok bawah ni.




TAKAYAMA


Tiba kat Tateyama Station pukul 9.11. So pergi kaunter tukar tiket untuk ke Alpine Route (tapi kami beli sampai Murodo je sebab misi nak sampai situ je). Sambil tu boleh tengok forecast kat screen tv yang disediakan. Masa ni rileks pakai jaket biasa je. Sekali tengok forecast kat atas -6 darjah celcius. Hamik kau... Tiket untuk trip Alpine Routes silala book siap-siap melalui online takut full... Yela dah dtg jauh-jauh satg takde tiket tak ke naya...


Nak jelajah Alpine Route ni boleh 2 jalan. Samada masuk melalui Tateyama atau melalui Omachi Onsekyo. 


Ni map perjalanan untuk jelajah Alpine Route. Tapi kami beli tiket sampai Murodo je.
Tateyama Station - Murodo (return) = 4,310 yen

Menunggu untuk naik cable car. 
Harga tiket dah termasuk yang kita beli kat website tu. Naik ikut masa tempahan yer. macam kami punya trip pukul 10 pagi. So pukul 10.00 la naiknya. Jangan lewat kalau tak, burn tiket tu.


Ni rupa cable car nya. 
Dalam 20-30 minit jugak naik ke atas untuk sampai ke Bijodaira Station. Yang gayat tu jangan tengok bawah ok. Lebih kurang macam naik Bukit Bendera kat Penang tu. 

Dah sampai Bijodaira Station beratur pulak untuk naik bas ke Murodo. 

Tak perlu beli tiket lagi sebab ni termasuk dah harga tiket yang di book pukul 10.00 pagi  tu 4,310 yen (Tateyama-Murodo-Tateyama)

So berpusing-pusing naik bas melalui bongkah-bongkah salji yang dah membeku jadi ais. 
Ni gambar kami dalam bas. haha...

MURODO

Sampai di stesen Murodo. Sejuk weiii... -6 kot...
Ni la rupa bas yang kami naik daripada stesen Bijodaira - stesen Murodo
Area ni dibuka untuk jalan-jalan. Sejuk yakmat.. Tangan kebas, sakit semua ada. Orang lain pakai winter coat bagai, kami pakai jaket biasa ja. Haha padan..







Emmm seronok sungguh

Laluan bas. Masa ni dah on the way nak turun balik ke stesen Bijodaira.

Ok selesai misi nak ke Murodo

TAKAYAMA

Lepas setel misi ke Alpine Route tu (even sampai Murodo je kira aci la kan) kami reserved seat tren ke terus ke Takayama. Route perjalanan yang kami pilih macam kat bawah ni.

Route kami dari Toyama ke Takayama
So seperti biasa fare cover by JR PASS so takyah beratur beli tiket lagi. Tunjuk je JR PASS. Untuk lebih selesa, sebelum naik tren reserved seat so tak yah nak berebut seat dgn orang lain. Since reserved seat untuk JR PASS free so tak perlu bayar lagi. Balun cukup-cukup. Guna semaksima boleh. Takde limit untuk 7 hari as long as tren yang kita naik tu tren yang cover by JR company.
Kami book hostel Jhoppers kat Takayama sebab keesokannya kami nak ke Shirakawago. Semua hostel memang kami sengaja pilih yang dekat dengan tren station. So senang nak gerak. Dah agak lewat petang dah baru kami sampai di Takayama.

Sementara tunggu tren.
Ni rupa Shinkansen yang kami naik pagi tadi dari Kanazawa ke Toyama (citer balik belakang)

Kami memilih untuk menginap di Jhoppers Hostel sebab kalau stay sini nanti dapat diskaun 520 yen untuk tiket ke Shirakawago. So dapatla jimat. Banyak tu 520 yen lebih kurang RM20++ macam tu. Kalau 4 orang tak ke RM100. Daripada tren station jalan kaki je ke hostel dalam 5-8 minit bergantung kepada kelajuan kaki masing-masing. Senang je cari tak susah pun. 

Ni rupa bilik yang kami book untuk 3H2M.
Bilik untuk 4 orang, bilik air kongsi. Kalau nak yang private bathroom pun ada cuma bayar lebih sikitla.


Aktiviti malam takde apa pun yang kami buat sebab dah letih. So mandi, solat pastu keluar pusing-pusing cari makan kat kawasan sekitar. Restoran halal pun ada. Jangan risau, kala stay sini sampai je kat kaunter boleh minta pamplet restoran halal, sure dorang bagi. So tak susah pun nak cari makanan halal kat sini kan. Kami makan malam di restoran thai sebab malam kami sampai tu banyak kedai makan tutup pulak. Tomyam dia best. Gambar takde sebab sibuk nak makan. Haha...



Makan je kat sini tapi menginap kat Jhoppers. Hehe... Lokasi restoran ni tak jauh pun daripada Jhoppers. Sila google kat map. Tq. hahaha.

Okbaiii....

Monday, 17 July 2017

Jepun 1 : Osaka - Kanazawa

Perancangan tu bermula tak lama. Dalam beberapa ketika je. Check web AA tengok ada tiket murah terus beli. Dah beli baru fikir nak kumpul duit pergi Jepun. Haha... Bila dah beli, timbul rasa menyesal pun ada sebab currency Jepun tengah mahal. Bila dicongak2 balik kos kat Jepun dah nak hampir sama dengan kos kami ke Europe. Tapi tiket dah beli so teruskan juga. Ni orang namakan buat keputusan tak fikir. Dah beli tiket baru fikir. Hahaha.... Tak mau tulis panjang-panjang sebab tak semua orang nak baca sangat pun. Cuma nak tau bajet je kan? Hehe. So kalau rajin baca bolehla tengok ringkasan perjalan kami. Samada berbaloi atau tak, tepuk dada tanya selera. Lain orang lain citarasanya kann....

TOTAL PERBELANJAAN?? tunggu sampai part last ok.

Ok, lets start...

HARI 1 : 9 MEI 2017


  1. Tiba kat Osaka pukul 9.25pg. Tak dan tangkap gambar sebab lupa. haha..
  2. Pergi Terminal 2 untuk tukar tukar JRPass & book siap2 seat untuk ke Kanazawa. Tak reserved seat pun boleh. Terpulang... takde kena bayar pape pun untuk reserved seat.
  3. Ambil tren daripada Osaka Airport ke Kanazawa. Tapi kena tukar tren di Shin Osaka. Refer route bawah ni.

Guna JRPass so fare tu xyah kira ok. Tu fare untuk yang tak ada JRPass so kena bayar banyak tu la kalau naik. Macam kami dah beli JRPass so tunjuk je JRPass dah boleh naik free sbb dah beli JRPass kann...
Guna HYPERDIA  untuk tengok jadual perjalanan, masa dan kos (kos ni untuk yg takde JRPass la so senang nak buat bajet)

Tengah tunggu tren pertukaran dekat Shin Osaka Station - guna JRPass

Kanazawa Station

Keluar pintu belah kiri, jalan kaki je ke hotel dalam 5minit macam tu la

Ni hotel yang kami stay untuk 1 malam di Kanazawa. Untuk gambar hotel dengan lebih jelas rujuk gambar kat bawah ye.


Bilik untuk 4 orang, cantik, luas, selesa, dekat tren dan murah. Siap disediakan baju tidur sorang satu.

Toilet

Operasi bahagi-bahagikan makanan dan makan

Jalan kaki dalam 1.5km ke Hard Off. Ni kedai 2ndhand yang agak glemer kat Jepun.Apa yang ada kat hard off boleh tgk gambar kat bawah. Macam-macam ada. Murah tak murah tu susah nak jawab. Ikut poket la.











Dah selesai cuci mata, jalan balik ke hotel la. Sebab 1st day keletihan lagi so tak banyak tempat kami p dekat Kanazawa. Actually nak p tempat yang boleh ambil gambar dari bawah swimming pool tu tapi tak sempat. Huhu... Tapi sempat jugakla menikmati suasana kat Kanazawa ni. Bersih giler tempat ni!!

PERBELANJAAN ;
  1. Tiket AA : KUL - Osaka (makan + insurans + luggage 40kg) = RM 803.80/pax
  2. Collection untuk makan (Brahim, roti, maggi, etc) = RM 50.00/4pax = RM 12.50
  3. Unlimited Portable wifi TRAVEL ROCOMMENDS = RM15/day x 9 hari = RM 135.00/4pax = RM 33.75
  4. JRPass = 29,110 yen = RM 1,099.81
  5. Hotel Mystays Premier, Kanazawa = 9,600 yen = RM 381.03/4pax = RM 95.26
JUMLAH PERBELANJAAN 1 = RM 2,045.12


Thursday, 29 December 2016

IKEA HACK - Detolf Cabinet Dari 4 Tingkat kepada 9 Tingkat

Harini misi UPGRADE kabinet detolf ikea daripada 4 tingkat kepada 9 tingkat.
lega keta-keta dah tak bersepah sebab dah boleh muat dalam 1 kabinet je.



Bahan-Bahannya, tengok bawah....

Beli dekat kedai hardware RM0.80/pc

Pasang dan ketatkan skru

Dah siap pasang klip di setiap penjuru.
Cermin bawah tu cermin asal daripada kabinet detolf.
So kita tambah cermin sebelah atas sebelah bawah ikut la kesesuaian ketinggian yang dikehendaki

Letak cermin yang dah dibeli kat atas klip tu.
Nak lebih safety letakla getah atau silikon bawah cermin kat klip tu untuk elak cermin bergerak.
Kalau macam kami, ini pun dah ok.
Cermin boleh beli kat kedai yang jual kaca & aluminium.
Minta dia potong ikut saiz cermin detolf yang asal.

MODAL untuk UPGRADE :

1) cermin 5 keping p beli kat kedai kaca & aluminium RM12/pc x 5pcs = RM60
2) klip besi (xtau nama) beli kat kedai hardware RM0.80/pc x 20pcs = RM16
3) kudrat & kretiviti masing2

= RM 76.00


Detolf kabinet boleh beli kat IKEA RM179

AMARAN KERAS!! Sila baca penting...

Bukan diy buat kabinet ye, cuma diy upgred tambah bil. tingkat je sbb detolf yg asal cuma 4 tingkat je

Untuk letak benda ringan bolehla. Nak letak benda berat sendiri tanggung la kalau jadi pape...

Saya tak jual barang, sy kongsi idea je utk org yg ada masalah nak letak koleksi byk2 mcm sy ni....


Boleh share tanpa perlu minta izin sebab sy pun hack detolf kabinet ni dgn melihat, mengolah dan bertanya dgn org lain jgk.... ðŸ˜‰





Sunday, 4 December 2016

Unbox The Box Of Joy

Box of joy untuk Lazada online revolution dah sampai. Excited nak publish dan kongsikan.. Fisrt time kot dapat macam ni. Jom tengok apa kami dapat..... Nak dapat macam ni? 
Registerla sebagai Lazada Affiliate kat sini 


Maybe net time korang pulak dapat macam ni. Mana nak tau kan.

Sekarang LAZADA tengah buat sale sempena 

ONLINE REVOLUTION 11.11 dan 12.12

So macam-macam barang boleh beli dengan harga offer. Tak yah keluar p kedai dah. Semua dihujung jari... 

Antara barang-barang keperluan harian yang ada kat LAZADA macam kt bawah ni. Cuma pilih dan search je apa korang nak, Insyaallah ada.... 
Tapi kalau takde tu maknanya masih kena keluar ke kedai la. 
So far, ada je... belacan pun ada jual kat LAZADA jangan tak tau. Tak caya?? Klik SINI

Unbox The Box Of Joy, yeahh...
Semua ni boleh beli kat LAZADA??? Boleh sekarang semua dah boleh. Klik klik je. Haha...

Lactokid pen & beg kecik pun ada. Tapi nak dapat ni kenala beli produk LACTOKID kann...

Semestinya Nescafe dan kami tak boleh dipisahkan... Nak Nescaffe macam ni? Boleh beli jugak kat
nescaffe ni kat sini >>> LAZADA MALAYSIA
Mesin bancuh nescaffe/cpffe pun boleh beli sekali sementara tengah sale sekarang
Nak ni? Klik je sini
BELI CERELAC DARI SINI!!


MOMYPOKO HERE!!

SANDISK TENGAH OFFER - KLIK SINI UNTUK BELI ye

MYTHIC OIL OFFER!!
Moh try geng...

Jangan terkejut food panda pun join offer untuk online revolution tahun ni. Jom order makan daripada food panda meh

Ni ta pernah cuba lagi pasni kita cuba ok. Tapi dah orang bagi kita layan pakai. Nanti kalau ok kami review ok

Hok ni sedap... Maggi memang makanan feveret dari zaman sekolah. Kat LAZADA pun jual maggi gak?? Tak caya meh
KLIK SINI MACAM-MACAM ADA
Segala jenis produk maggi ada
Hah yang ni memang dah lama nak beli tapi Alhamdulillah dapat jugak satu. Ada ni senang nak potong-potong. Pusing-pusing je...
Beli PRODUK TEFAL HERE!!



Nak beg milo ni?? Kenala beli BELI MILO DAPAT BEG FREE


Selamat  membeli-belah di LAZADA gengs...

Europe + Balkan (Eurokan) : Santorini (Episod 2)

Episod 2  Dari Istanbul kami terbang ke Athens. Flight kami ke Athens sampai malam so kami lepak di airport. Sempat lelap 2-3jam. Dal...

Nuffnang