Seawal 5.00 pagi kami dah bangun mandi, solat dan sarapan. Kat bilik dah sarapan nasi turun bawah cuma minum teh je. Sebagai tanda ambil hati owner tempat ni yang beriya minta kami duduk bersarapan.
Belajar selfie dengan henset.. haha.. Time ni tengah layan teh German sebelum check out |
Lepas sesi minum teh dan bersembang dengan owner Maurushaus, sekitar pukul 8.30 pagi kami dah ready untuk masukkan beg dalam kereta. Dan sebelum meluncur ke destinasi seterusnya, kami ambil masa untuk jalan-jalan sekitar pekan kecil ni sambil menghirup udara pagi yang segar. Sebab masa sampai pekan ni hari dah gelap, kedai pun dah tutup so ambilla peluang pagi tu untuk jalan-jalan cari souvenir sebagai kenang-kenangan bukti kami dah jejak kaki ke Fussen.
Jom layan gambar kat bawah ni.
Ready untuk check out dari Fussen |
Maurushaus diwaktu pagi |
Pekan Fussen diwaktu pagi. Kedai masih ada yang belum buka |
Vespa klasik |
Penuh warna-warni bangunan-bangunan kat pekan kecil ni. Cantik kan... |
Lepas puas jalan-jalan dan window shopping kat Pekan Fussen, kami teruskan dengan misi mencari istana yang femes dengan Walt Disney dan citer Snow White. Kalau kat Disneyland istana tu cuma yang buatan je tapi ini nak tengok depan mata yang real punya. Istana tu nama Neuschwanstein Castle. Lokasi Neuschwanstein Castle tak jauh pun dari lokasi kami menginap. Dalam 4km drive. Dekat je pun so tak ambil masa yang lama untuk sampai.
Nak naik ke Neuschwanstein Castle dan masuk ke dalam castle boleh beli tiket dulu sebelum naik. Kaunter ni ada kat sebelah bawah. Boleh tengok map attraction kat gambar bawah. So sebelum mendaki ke apa ke kalau nak masuk dalam castle ni beli tiket siap-siap yer. Sebab kat atas takde kaunter jual tiket tu. Tapi kami tak masuk pun sebab nak kena beratur jugak untuk masuk. Masuk pun ada time dia jugak bukan boleh main redah je.
Map attraction untuk rujukan |
Kami memilih untuk mendaki sendiri lagipun ramai je yang jalan kaki naik ke atas. Mengah jugakla sebab mendaki kan. Lebih kurang dekat 30 minit jugak la nak sampai atas. |
Istana Walt Disney dan Snow White original punyer. Gambar tak berapa nak wide sebab takde wide lens. Haha.. |
Kat Neuschwanstein ada satu jambatan yang sangat menggayatkan. Sepatutnya ambil gambar dari atas jambatan tu baru nampak penuh view Neuschwanstein Castle ni tapi masa kami pergi tu jambatan tu ditutup untuk kerja-kerja pembaikan. Kalau tak salah tahun 2016 baru buka balik kepada pengunjung. But not sure bulan berapa dah tak ingat. Hehehe.... Maybe boleh check kat website ni klik sini.
Jambatan yang menggayatkan jiwa |
Tak dapat naik sebab tutup |
Lepas berfeeling-feeling Snow White kat atas tu, kami turun ke bawah. Kat belah bawah pun ada jugak istana lain tapi tak se glemer Neuschwanstein Castle ni. Selain tu ada jugak Museum of The Bavarian Kings. Boleh rujuk map attraction yang kat atas tu yer.
So now, its time to Swiss...
Keluar dari German dan menuju ke Swiss dan melalui pondok kastam kat border German-Swiss. Takde apapun just dia tengok passport je. Oh yer nak masuk Swiss kalau drive sila pastikan kereta sewa anda ada sticker vignette. Lebih kurang macam roadtax kat Malaysia la. Kalau kereta tu takde sticker tu kenala beli kat mana-mana gas station. Selalunya dekat-dekat border ada jual. Kalau ikut cerita-cerita orang, lain gas station lain harga yang diorang jual. So pandai-pandai la yer. Kalau takde sticker ni takleh la nak masuk Swiss sebab kalau guna highway di Swiss wajib ada sticker ni kalau tak nak kena saman.
Kami dikira bernasib baik dan beruntung la sebab kereta yang kami sewa dah ada sticker vignette tu. Maknanya penyewa sebelum kami dah pernah masuk Swiss dengan kereta ni. Selamat duit. Sticker ni valid untuk setahun kalau beli bulan 1 so expired bulan 12 la. Dia cuma boleh guna untuk tahun tu je. Setiap tahun lain warna sticker nya. Harga yang kami pernah check sticker ni dijual dalam CHF 48.00. So kami dah dapat jimat CHF 48.00 sebab kereta ford yang kami sewa dengan Hertz dah ada orang tolong belikan. Terima kasih pada penyewa sebelum kami sebab dah memudahkan kerja dan menjimatkan duit kami. Hehe...
Ni la rupa vignette sticker tu. Lain tahun lain warna yer. So tahun depan 2016, makanya sticker yang bertulis 15 dah tak valid digunakan lagi. |
Muka happy nak pergi Swiss |
Dari German ke Swiss kami meluncur. Vroomm.. Sepanjang perjalanan kami disajikan dengan view secantik ini. Subhanallah... TQ pada driver kami sebab tak letih-letih memandu |
Cantik dan mendamaikan |
Cik Ford berenti berehat untuk makan so driver pun dapatla regangkan otot sekejap. Masa ni dah masuk Swiss. Tapi tak tertengok pulak lokasi tasik ni nama apa. |
Berhenti makan ditepi tasik berlatar belakangkan pergunungan yang serba putih. Masa ni kamera dah habis bateri so guna henset je la. |
Chef-chef tengah prepare makanan |
Menempuh perjalanan memasuki kawasan berbukit, bersalji dan berais dikiri kanan jalan dengan laluan sempit yang muat-muat satu kereta je serta terpaksa drive dalam keadaan yang semakin nak gelap sangat menguji fizikal dan mental. Kena banyak hati-hati melalui selekoh-selekoh dan lereng-lereng bukit. So tak dapatla nak ambil gambar time tu. Nak tau road yang macam man kami lalui ? Jom tengok gambar kat bawah ni. Gambar Ihsan dari Mr. Google sebab terpaksa search road to Interlaken. Kalau cerita je orang tak dapat imagine how mencabarnya road tu so tengok gambar baru tau mencabar ke tak kan... Kalau tak percaya jugak tanya la orang yang dah biasa drive ke sini.. Haha...
Macam ni la antara rupa bentuk jalan yang kami lalui, mencabarkan |
Kiri kanan penuh ais dan jalan pun basah |
Jalan yang kami lalui untuk menuju ke Interlaken |
Kami check in di Alp Lodge Hostel untuk 2 malam. Disebabkan sampai pun dah gelap so tak ke mana-mana cuma rehatkan badan kat hostel sebab esoknya ada misi yang lebih penting untuk dibuat.
Jalan-jalan juga, solat jangan lupa |
Belasah nasi dengan kurma Brahim's, serunding dan sambal ikan bilis. |
Jom tengok perbelanjaan kami untuk Part 5 ni ;
- Parking kereta kat Neuschwantein = 6.00 Euro/4 = 1.50 Euro x 4.05 = RM 6.075
- Parking kereta 2 malam kat Interlaken West = CHF 24.00/4 = CHF 6.00 x 4.21 = RM 25.26
- Check in Alplodge, Interlaken West, Switzerland = CHF 264/4 = CHF 66.00 (termasuk tax) x 4.21 = RM 277.76
Maka, TOTAL PERBELANJAAN untuk Part 5 ini = RM 309.10
Nota : Rate Euro lebih murah kami dapat sebab tukar duit 6 bulan awal, cuma CHF tak sempat nak tukar awal so dapatla rate 4.21 yang kalau nak kira agak tinggi. Sepatutnya CHF dalam 3.90 lebih je kalau tukar awal..huhu...