center

Friday, 18 December 2015

Part 5 : Kembara Europe - Dari Fussen, German ke Interlaken, Switzerland


Seawal 5.00 pagi kami dah bangun mandi, solat dan sarapan. Kat bilik dah sarapan nasi turun bawah cuma minum teh je. Sebagai tanda ambil hati owner tempat ni yang beriya minta kami duduk bersarapan. 

Belajar selfie dengan henset.. haha..
Time ni tengah layan teh German sebelum check out
Lepas sesi minum teh dan bersembang dengan owner Maurushaus, sekitar pukul 8.30 pagi kami dah ready untuk masukkan beg dalam kereta. Dan sebelum meluncur ke destinasi seterusnya, kami ambil masa untuk jalan-jalan sekitar pekan kecil ni sambil menghirup udara pagi yang segar. Sebab masa sampai pekan ni hari dah gelap, kedai pun dah tutup so ambilla peluang pagi tu untuk jalan-jalan cari souvenir sebagai kenang-kenangan bukti kami dah jejak kaki ke Fussen.

Jom layan gambar kat bawah ni.

Ready untuk check out dari Fussen

Maurushaus diwaktu pagi
Pekan Fussen diwaktu pagi.
Kedai masih ada yang belum buka
Vespa klasik 
Penuh warna-warni bangunan-bangunan kat pekan kecil ni.
Cantik kan...

Lepas puas jalan-jalan dan window shopping kat Pekan Fussen, kami teruskan dengan misi mencari istana yang femes dengan Walt Disney dan citer Snow White. Kalau kat Disneyland istana tu cuma yang buatan je tapi ini nak tengok depan mata yang real punya. Istana tu nama Neuschwanstein Castle. Lokasi Neuschwanstein Castle tak jauh pun dari lokasi kami menginap. Dalam 4km drive. Dekat je pun so tak ambil masa yang lama untuk sampai.

Nak naik ke Neuschwanstein Castle dan masuk ke dalam castle boleh beli tiket dulu sebelum naik. Kaunter ni ada kat sebelah bawah. Boleh tengok map attraction kat gambar bawah. So sebelum mendaki ke apa ke kalau nak masuk dalam castle ni beli tiket siap-siap yer. Sebab kat atas takde kaunter jual tiket tu. Tapi kami tak masuk pun sebab nak kena beratur jugak untuk masuk. Masuk pun ada time dia jugak bukan boleh main redah je.


Harga tiket 12 Euro untuk masuk dalam castle
Map attraction untuk rujukan

Ni la castle yang akan kami jejak.
(Gambar ihsan dari Mr.Google)
3 Euro sorang kalau naik kuda
Kami memilih untuk mendaki sendiri lagipun ramai je yang jalan kaki naik ke atas. Mengah jugakla sebab mendaki kan. Lebih kurang dekat 30 minit jugak la nak sampai atas.
Ni la istana Snow White dari bahagian tepi.
Istana Walt Disney dan Snow White original punyer. Gambar tak berapa nak wide sebab takde wide lens. Haha..


Gambar diambil oleh Tokno, photographer syok sendiri. Haha..

Kat Neuschwanstein ada satu jambatan yang sangat menggayatkan. Sepatutnya ambil gambar dari atas jambatan tu baru nampak penuh view Neuschwanstein Castle ni tapi masa kami pergi tu jambatan tu ditutup untuk kerja-kerja pembaikan. Kalau tak salah tahun 2016 baru buka balik kepada pengunjung. But not sure bulan berapa dah tak ingat. Hehehe.... Maybe boleh check kat website ni klik sini.

Jambatan yang menggayatkan jiwa
Tak dapat naik sebab tutup
Lepas berfeeling-feeling Snow White kat atas tu, kami turun ke bawah. Kat belah bawah pun ada jugak istana lain tapi tak se glemer Neuschwanstein Castle ni. Selain tu ada jugak Museum of The Bavarian Kings. Boleh rujuk map attraction yang kat atas tu yer.


Hohenschwangan Castle


So now, its time to Swiss...
Keluar dari German dan menuju ke Swiss dan melalui pondok kastam kat border German-Swiss. Takde apapun just dia tengok passport je. Oh yer nak masuk Swiss kalau drive sila pastikan kereta sewa anda ada sticker vignette. Lebih kurang macam roadtax kat Malaysia la. Kalau kereta tu takde sticker tu kenala beli kat mana-mana gas station. Selalunya dekat-dekat border ada jual. Kalau ikut cerita-cerita orang, lain gas station lain harga yang diorang jual. So pandai-pandai la yer. Kalau takde sticker ni takleh la nak masuk Swiss sebab kalau guna highway di Swiss wajib ada sticker ni kalau tak nak kena saman.
Kami dikira bernasib baik dan beruntung la sebab kereta yang kami sewa dah ada sticker vignette tu. Maknanya penyewa sebelum kami dah pernah masuk Swiss dengan kereta ni. Selamat duit. Sticker ni valid untuk setahun kalau beli bulan 1 so expired bulan 12 la. Dia cuma boleh guna untuk tahun tu je. Setiap tahun lain warna sticker nya. Harga yang kami pernah check sticker ni dijual dalam CHF 48.00. So kami dah dapat jimat CHF 48.00 sebab kereta ford yang kami sewa dengan Hertz dah ada orang tolong belikan. Terima kasih pada penyewa sebelum kami sebab dah memudahkan kerja dan menjimatkan duit kami. Hehe...

Ni la rupa vignette sticker tu. Lain tahun lain warna yer. So tahun depan 2016, makanya sticker yang bertulis 15 dah tak valid digunakan lagi.

Muka happy nak pergi Swiss
Dari German ke Swiss kami meluncur. Vroomm..
Sepanjang perjalanan kami disajikan dengan view secantik ini. Subhanallah...
TQ pada driver kami sebab tak letih-letih memandu
Cantik dan mendamaikan
Cik Ford berenti berehat untuk makan so driver pun dapatla regangkan otot sekejap. Masa ni dah masuk Swiss. Tapi tak tertengok pulak lokasi tasik ni nama apa.
Berhenti makan ditepi tasik berlatar belakangkan pergunungan yang serba putih. Masa ni kamera dah habis bateri so guna henset je la.
Chef-chef tengah prepare makanan

Menempuh perjalanan memasuki kawasan berbukit, bersalji dan berais dikiri kanan jalan dengan laluan sempit yang muat-muat satu kereta je serta terpaksa drive dalam keadaan yang semakin nak gelap sangat menguji fizikal dan mental. Kena banyak hati-hati melalui selekoh-selekoh dan lereng-lereng bukit.  So tak dapatla nak ambil gambar time tu. Nak tau road yang macam man kami lalui ? Jom tengok gambar kat bawah ni. Gambar Ihsan dari Mr. Google sebab terpaksa search road to Interlaken. Kalau cerita je orang tak dapat imagine how mencabarnya road tu so tengok gambar baru tau mencabar ke tak kan... Kalau tak percaya jugak tanya la orang yang dah biasa drive ke sini.. Haha...

Macam ni la antara rupa bentuk jalan yang kami lalui, mencabarkan
Kiri kanan penuh ais dan jalan pun basah
Jalan yang kami lalui untuk menuju ke Interlaken
Setelah menempuh perjalanan sejauh 411km dengan tempoh memandu selama 4 jam 55 minit, Alhamdulillah, akhirnya kami sampai jugak di Interlaken West, Switzerland.

Alp Lodge Hostel, Interlaken West, Switzerland

Kami check in di Alp Lodge Hostel untuk 2 malam. Disebabkan sampai pun dah gelap so tak ke mana-mana cuma rehatkan badan kat hostel sebab esoknya ada misi yang lebih penting untuk dibuat.

Jalan-jalan juga, solat jangan lupa
Belasah nasi dengan kurma Brahim's, serunding dan sambal ikan bilis.


Jom tengok perbelanjaan kami untuk Part 5 ni ;
  1. Parking kereta kat Neuschwantein = 6.00 Euro/4 = 1.50 Euro x 4.05 = RM 6.075
  2. Parking kereta 2 malam kat Interlaken West = CHF 24.00/4 = CHF 6.00 x 4.21 = RM 25.26
  3. Check in Alplodge, Interlaken West, Switzerland = CHF 264/4 = CHF 66.00 (termasuk tax) x 4.21 = RM 277.76
Maka, TOTAL PERBELANJAAN untuk Part 5 ini = RM 309.10

 
Nota : Rate Euro lebih murah kami dapat sebab tukar duit 6 bulan awal, cuma CHF tak sempat nak tukar awal so dapatla rate 4.21 yang kalau nak kira agak tinggi. Sepatutnya CHF dalam 3.90 lebih je kalau tukar awal..huhu...

 

Thursday, 17 December 2015

Part 4 : Kembara Europe - Dari London Terbang Ke Munich, German

29 November 2015 seawal jam 5.00 pagi kami dah check out hotel sebab flight kami ke Munich, Geman pukul 8.45 pagi. Kami minta pihak hotel book teksi sebab pagi-pagi buta malas nak pikul beg cari bas. Lagipun tak banyak bas yang beroperasi 24 jam. So far takla mahal pun harga teksi dari hotel ke Terminal 2, Heathrow. 28.00 pound untuk satu teksi so divide 4 orang kira ok la baru sorang 7.00 pound. Daripada nak bersusah payah heret beg cari bas atau naik tren kan. Dalam setengah jam jugak nak sampai airport. 

Sesudah subuh kami dah sampai airport

Macam biasa sampai airport check in luggage dan check in orang sekali. Kami memilih untuk terbang dengan Lufthansa sebab ni yang paling murah tiket kami dapat di saat-saat akhir. Plan asalnya, sepatutnya pukul 11.00 pagi kami naik tren Eurostar kat King Cross Station terus ke Paris. Tapi disebabkan apa yang dah jadi kat Paris, last minit kami decide untuk cancel trip ke Paris dan tukar untuk fly terus ke German. Lagipun family masing-masing dah risau bila tau kami akan masuk Paris 29 November tu. Terpaksa kami burn tiket Eurostar dan hotel kat Paris 1 malam. 

Ikut plan asal juga 30 November kami akan ambil kereta kat Gare Du Nord, Paris dan memandu ke Switzerland dan seterusnya ke German dan pulang kereta di Munich Airport. Tapi terpaksa ubah plan seminggu sebelum fly. So kalau ikutkan, sorang burn dalam RM3++. Tapi takpe la duit boleh cari, nyawa dan kerunsingan family lagi penting untuk diutamakan kan...

Terminal 2 Heathrow Airport, London
Terminal 2 Heathrow Airport, London
Muka happy dah check in
Sementara tunggu flight ke Munich, kita minum dulu....
Breakfast dalam flight London - Munich

Takde buat apa pun dalam flight cuma berborak dan tidur. Penerbangan ambil masa dalam 2 jam untuk sampai.

Kami selamat mendarat kat Munich dalam pukul 11.30 pagi. Ready untuk ambil beg
Lepas selesai urusan kat kastam dan ambil beg kam terus ke kaunter Hertz kat Terminal 2. Kami sewa kereta dengan company Hertz untuk 4 hari. Dan driver nyer of coz la Cik Wan kiter. Dia je yang berjiwa kental untuk drive. Haha..

Lepas orang Hertz tu swipe kad kredit, (swipe je untuk pegang deposit, nanti masa return baru dia charge betul-betul punyer) kami kena naik ke parking area Hertz kat level 6. Setiap level lain-lain company kereta sewa. Rasanya level 6 ni yang paling atas kot. Benda penting yang kena buat sebelum ambil kereta ialah kena check luar dan dalam condition kereta tu. Even kereta yang kami dapat ni baru je 3 bulan keluar kedai kena jugak check. Hasil pemerhatian detektif-detektif geng "Goyah Gagah" adalah beberapa kesan calar kat kereta tu. Lepas ambil gambar kami terus ke kaunter Hertz untuk maklumkan pasal calar-calar tu. So kat resit sewa tu orang Hertz akan cop area-area yang kami maklumkan calar tu. So kalau apa-apa jadi at least dia dah maklumla kat area-area tu memang dah sediada calar. So bukan tanggungjawab kami dah. Orang Hertz maklumkan kalau calar tu besar dan panjang lebih 2 cm baru diorang akan charge. 


Sebelum apa-apa, check kereta sewa dulu.

Lepas semua dah berpuas hati, Cik Wan pun start enjin kereta dan memandu turun ke jalan besar. Cabaran besar sedia menanti sebab memandu belah kiri. Kekok jugak pada mulanya tapi lepas 15 minit macam dah konfiden dah driver kami masa tu. Haha... So lets go to Fussen... Vroomm...


Perjalanan dari Munich Airport ke Fussen. Kiri kanan penuh salji. 

Sepanjang perjalanan keluar dari Munich, kami dihidangkan dengan keindahan alam yang Subhanallah sangat cantik...Perjalanan ke Fussen mengambil masa 1 jam 55 minit dengan jarak perjalanan 165 km. So sepanjang 165 km tu driver kami masih steady memandu sedangkan dua penumpang kat belakang sedap tidur. Haha...

Tenang jer..
Pergunungan Alps kah??
Dah hampir-hampir nak sampai Fussen masa ni
Hati-hati memandu sebab jalan basah

Kami sampai Fussen sekitar pukul 4.30 petang. Waktu ni dah maghrib so dah gelap. Time macam ni kalau dalam dunia fotografi dipanggil 'golden hour' sebab dalam gambar langit akan kelihatan biru.

Maurushaus Apartment a.k.a Mang Maurus, Fussen

First sampai sini, memang kagum dengan pekan kecil ni. Penduduk tak ramai tapi sangat cantik pekan dia. Kami disambut oleh anak buah kepada owner apartment ni. Sangat ramah melayan. Kemudian baru owner dia muncul. Tempat ni dimiliki oleh sepasang suami isteri yang dah berpencen. Dua-dua peramah dan layan kami sangat baik. Tolong angkatkan beg kami yang berat. Walaupun dah tua tapi steady je. They know Malaysian and they like Malaysian people. Suami dia pun dah pernah sampai Kuala Lumpur dan Langkawi. Memang sangat rekemen tempat ni untuk sape-sape yang nak try datang Fussen. 

Ni bilik yang kami book melalui booking.com.
Sangat cantik dan murah.
Ada meja makan lagi
Toilet yang bersih 
Lepas check in, solat dan makan, kami keluar menikmati malam di pekan kecil ni
Jarang-jarang sekali nak ada gambar berempat macam ni. Maklumla photographer malu. Hahaha 
Geng "Goyah Gagah" dicelah-celah lorong di Pekan Fussen
Again 
Nak juga buat macam ni
Versi tiru no.2 
Charlie's Angel di Fussen. Pekan kecil yang mendamaikan.
Cakkk...
Kedai dah tutup so intai dari luar je la

Lepas penat jalan-jalan kami balik ke bilik untuk rehat. Jauh perjalanan harini. Dari London ke Munich dari Munich ke Fussen....

Jom tengok jumlah perbelanjaan kami untuk Part 4 ni ;
  1. Teksi dari Central Hotel London - Heathrow Airport = 28.00/4org = 7.00 pound x 5.50 (rate kami beli) = RM 38.50
  2. Tiket flight London - Munich (kad kredit) = 103.88 pound = RM 712.35 
  3. Sewa kereta 4 hari (kad kredit) = 308.98 Euro = RM 1465.92/4org = RM 366.48
  4. Maurushaus Apartment = 13.45 Euro x 4.05 (rate kami tukar) = RM 54.47

Maka TOTAL PERBELANJAAN untuk Part 4 ni = RM 1,171.80 RM 805.32


Nota : 
  • Untuk bayaran kad kredit bank akan charge ikut rate terkini so rate agak tinggi sebab sekarang RM tengah jatuh.
  • Untuk yang kami bayar cash macam teksi dan hotel kira murah balik sebab kami dah tukar duit lebih awal sebelum RM jatuh.



Europe + Balkan (Eurokan) : Santorini (Episod 2)

Episod 2  Dari Istanbul kami terbang ke Athens. Flight kami ke Athens sampai malam so kami lepak di airport. Sempat lelap 2-3jam. Dal...

Nuffnang