center

Monday 15 December 2014

Destinasi Bajet Kami Ke Korea - Part 9 (Day 7 - Busan)

Hari Ketujuh


Jam 4.00 pagi kami dah selamat tiba di Busan Station. Awalnyer.. Lepas solat subuh, kami ambik tren paling awal, 5.20 pagi menuju ke Haeudae Station. Kat Busan, kami beli One Day pass untuk naik tren kat sini. Memang untung sangat la. 4,000 won je. Nak naik tren banyak kali pun takpe. Harga dah kira untuk satu hari. Tak kira destinasi. Jimat banyak tu.

Sampai di Haeudae Station dalam jam 6.20 pagi. Tren kat Busan ni tak secomplecated di Seoul. Tak perlu turun naik tangga banyak-banyak. Lega.... Kami dah book The New Day Hotel untuk 2 hari 1 malam sebelum fly ke Korea lagi. Maknanya semua yang bersangkut paut pasal penginapan kami dah setel awal2 kat Malaysia. 1 bilik untuk 4 orang 80,000 won. So sape2 nak book boleh book kat sini 


Map The New Day Hotel


Untuk ke The New Day Hotel keluar melalui Exit 1, di Haeudae Station, terus nampak The New Day Hostel. Tak pelu jalan jauh2, lega rasanya. Disebabkan terlalu awal kami sampai, tak boleh la nak check in lagi. Pintu hotel pun berkunci. Tapi masa dok tercongok tunggu, ada sorang staff New Day ni baru nak masuk kerja. Dengan baik hatinye dia bawa kami masuk. 


First word yang keluar dari mulut kami bila masuk je dalam The New Day Hotel "CANTIKNYE.....!!!!!!!" Sangat cantik decoration dia. Ala2 IKEA hokey.


Bilik kami tak ready lagi. so, x bleh la nak check in lagi. Tapi... Tapi... Minah Korea yang bawa kami masuk tadi offer kami untuk rehat kat lounge dorang kat rooftop. Tingkat lima kot kalu tak silap. Masuk-masuk jer.... Fuuyooo..... Bestnye... korang kalau stay sini memang jadi macam kami jugak la. Amazing... Memang macam dalam citer Korea la & English style. Staff kat sini memang superb la... Layanan AA. 

Jom layan gambar-gambar kat bawah ni. The New Day Hostel!!









Cantik kan!!!! Lepas puas dok fuyoo sana.. fuyoo sini, masing-masing terus terlelap dengan nyenyaknye. Dimulai dengan Cik Su yang memang kaki tidoq tu. Tak sedaq apa dah. Dari pukul 7.00 pg tidoq sampai pukul 11 pg. Maybe bilik kami dah ready lama kot, tapi sebab kami tidoq dengan nyenyaknye, so staff New Day tak berani kejutkan kami. Haha... Sebabnye lepas Cik Su bangun pi mandi, terus staff New Day naik kat kami bagitau "Ur room is ready." Cik Wan pun terus kejutkan yang lain turun bawah masuk bilik.


Lepas mandi dan makan, dalam pukul 1.00 tgh, kami keluar ke Gumcheon Culture Village. Dari Haeudae Station turun kat Toseong-dong Station. Nak ke Gumcheon Culture Village kena naik bas direct terus naik ke Gumcheon. Tiket bas 800 won sajer. Scary giler jalan dia. Driver bas ni memang terbaik boh... 



Hai, Selamat Datang...hehe

Busan, Korea
Hasil kreativiti orang2 kampung

Kami juga beli stamp tour map dengan harga 2,000 won. Ada check point check point yang kami perlu dapatkan stamp nanti bleh tukar dengan poskad. Kami cuma dapat 2 poskad je sebab dah tak larat kot nak jalan sekeliling kampung ni. Dahla berbukit-bukit jalan dia. Kuat betul orang2 Korea ni berjalan. Salute laaa..!!

Jom layan lagi gambar2 yang sempat kami snap masa kat Gamcheon Culture Village ni.

Busan, Korea
View Gamcheon Culture Village

Gamcheon Culture Village
Cantiknyer rumah itu...

Busan, Korea
Rumah No.38

This is Gamcheon Culture Village
This is Gamcheon Culture Village yoo...

This is Gamcheon Culture Village

Busan, Korea
Meh singgah minum kopi dulu

Gamcheon Culture Village
Kedai Kopi


Jalan-jalan & ambik gambar je kat sini. Lenguh dan menguji keupayaan kaki ooiiii.. Berbukit-bukit nak pi dari satu rumah ke satu rumah. Puas pusing-pusing, kami ambik bas untuk turun ke bawah. 


Destinasi seterusnya ke Jagalchi Market dan sekitarnya. Kami naik tren dari Toseong-dong Station dan turun kat Jagalchi Station (Line 1). Kat sini kami pusing-pusing je. Masuk pasar, jalan2 kat pasar karat diorang, singgah menyinggah kat kedai2 yang buat sale, hehe. Cik Wan sempat la grab jaket baru. Lepas penat jalan2 kami ambil tren terus balik ke hotel untuk solat dan makan. Haha..



Jagalchi Market

Jagalchi Market




BIFF Walk

Lepas pusing2 kami gerak balik ke hotel untuk solat dan dinner. Apa yang buat kami rasa dihargai kat hotel ni, bila owner hotel ni sangat menjaga kepentingan penginap yang Muslim. Mana taknya, ruang pinggan mangku, periuk belanga memang diasingkan untuk yang Muslim dan non-muslim. So kami boleh masak tanpa was-was. Siap tagging2 lagi for Muslim. Tq The New Day Hotel.
 

Chef tengah fokus masak untuk dinner kami

Assistant chef datang menyibuk

Mula2 menyibuk lepas tu terus kena buat kerja, hahaha

Dinner kat rooftop

Dinner kat rooftop

Lepas dinner sesi photoshoot kat rooftop. Sebenarnya sayang nak keluar hotel camni cantik.

The New Day Hotel
Ni la rooftop The New Day Hotel yang best tu

Petik gitar tu betul2 yer...

Berbakat betul dorang ni

Bersuka plak. Main dart. Macam2 kemudahan ada untuk penginap kat hotel ni

Lepas shoot sesi minum malam plak, haha

Tanpa kata


Kat sofa2 ni la kitorang membongkang sebelum dapat check in. Tq to Nuna yang baik hati sebab bagi kami tidur kat sini

Jari jemari yang mulus, hahaha



Lepas dinner, solat, shoot kat rooftop, around pukul 8.00 malam kami keluar ke Gwangan Beach. Tengok bridge yang warna warni tu. Untuk ke Gwangan Beach ni, kami turun kat Gwangan Station. Dari situ ke beach kami jalan kaki jer. Dalam 10 minit juga kami menapak.


gwangan bridge busan
Gwangan Bridge Busan




Gwangan Bridge Busan
Gwangan Bridge Busan





Suasana malam kat Gwangan Beach

Lepas tengok gelagat orang kat Gwangan Beach kami pun balik ke hotel. Kat Korea ni, malam cepat mati. Pukul 9.00 mlm banyak kedai dah tutup. 


Kami yang tinggal ber-4.

Perjalanan kami di bumi Korea ni dah hampir sampai ke penghujungnya. Nantikan part akhir iaitu Part 10. Segala total kos sepanjang 8 hari di Korea (KL-BUSAN-JEJU-SEOUL-BUSAN-KL) akan kami humbankan dalam part terakhir nanti. Nak tau berapa total kos nya tunggu Part 10 okey. Pengomen bertuah pada part terakhir nanti kami akan bagi souvenier dari Korea. So tunggu part akhir okey...
 
p/s : Boleh komen di FB atau terus komen di blog kami nanti yer.


Summary :


  • One Day Pass (tiket tren untuk 1 hari unlimited) = 4,000 won/pax
  • Penginapan di The New Day Hotel = 80,000 won/4 = 20,000 won/pax

Total Day 9 = 24,000 won/pax = RM 73.20/pax
(rate kami dapat RM 3.05)


No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan comment anda di sini. Terima Kasih...

Europe + Balkan (Eurokan) : Santorini (Episod 2)

Episod 2  Dari Istanbul kami terbang ke Athens. Flight kami ke Athens sampai malam so kami lepak di airport. Sempat lelap 2-3jam. Dal...

Nuffnang