center

Thursday, 30 October 2014

Throwback_1st Ride


Kayuahan Amal Kasih 2, UKM

Ulang kembali ke masa silam. Hahaha...
Ni masa mula2 beli basikal dan mula2 kami kayuh. Masa ni beli basikal murah je. Basikal hijau RM4++, basikal oren plak RM8++. Masa ni rasa mahai dah basikal yang kami beli. Dua2 jenis folding bike. Atas alasan, senang nak dibawa ke mana-mana. Nak balik kampung pun  boleh bawa, just lipat2 then sumbat dalam bonet kereta. Senang. Sesimple 123 je.

Ride ni masa kayuhan KASIH 2 anjuran UKM kayuh time malam. Event ni berbayar tapi yuran tu disumbangkan ke tabung amal. Masa ni tak ramai yang kayuh guna folding bike so malam tu kami agak glemer sikit la sebab bila orang tengok je kami kayuh, terdengarla sokseksoksek "comelnyer basikal tu" "wah lain dari yang lain" tak kurang juga yang cakap "eh, tayar kecik boleh kayuh ke?". Well, belum cuba belum tau. Hihi...

Ni merupakan 1st basikal, 1st ride, 1st kayuh malam. 1st join event, 1st dpat medal kayuh. Segala-galanya FIRST la (Cuma kayuh tak dapat no.1st je) Terkejut juga tulang paha dan betis sebab dapat2 je basikal terus join kayuhan fun ride yang 25-30km. Training pun tak penah tup2 join kayuh 30KM. Marah tulang betis dan paha kami. Tapi alhamdulillah, tak pulak rasa penat or sakit2 badan. So lepas malam tu, kami dah pasang cita2 (angan2 mesti tinggi), any event yang fun ride je mesti nak JOIN.

Hendak seribu daya kann....

Well said, cita2 kami tak berakhir dengan malam tu je. Lepas dah mula GILA kayuh, kami mula start follow event2 lain plak samada yang FREE mahupun yang BERBAYAR... Apadehal, as long as hati happy, jantung sihat sudah cukup. Kikiki.... Jangan paha koi besar sudahlah kann... Kikiki lagi sekali...




No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan comment anda di sini. Terima Kasih...

Europe + Balkan (Eurokan) : Santorini (Episod 2)

Episod 2  Dari Istanbul kami terbang ke Athens. Flight kami ke Athens sampai malam so kami lepak di airport. Sempat lelap 2-3jam. Dal...

Nuffnang