center

Sunday, 18 January 2015

Planning Trip 2015

Ke manakah kami???


Dah lama tak update blog. Alhamdulillah exam pun dah habes. Habes untuk selama-lamanya insyaallah pasni takyah fikir2 study lagi. Fikir nak cari duit dan travel dan travel dan travel lagi je. Hahaha... bape banyak travel daa.... 

Lepas je exam kami dah buat plannning untuk travel. Actually sebelum exam dah plan tapi lepas exam ni barula kami ada masa untuk search dan survey2 ke mana nak dituju untuk trip 2015 ni. So far sehingga blog ni di update, kami dah ada route untuk lokasi2 yang nak dituju. Wow!! percutian 2015 ni yang paling mahal dan jauh kot yang pernah kami plan. Dan ketika kami menaip ni, actually selangkah kaki dah berada di one of negara yang akan kami tuju. Means, tiket pergi dah beli cuma tiket balik je belum. Memandangkan currency kita yang tak menentu sekarang so, kami hold dulu untuk beli tiket balik. Cadangnya nak pergi ikut negara lain then balik ikut negara lain. Padahal tiket balik tu dah ngam dah dengan bajet kami tapi masih nak tunggu lagi. Manala nak tau kan kot2 rezeki dipihak kami ke kan. Hehe. 

Iltenary pun dah siap tapi untuk draf kedua. Masih banyak yang nak dibetulkan. Tapi dah taula hala tuju nya. Cuma nak try work out untuk cari harga yang lebih murah. Bajet kannn. Duit takde banyak tapi nak travel ngalahkan diva. World la sangatkan.... Hehe. 

2 hari ni memang siang malam la bertungkus lumus siapkan iltenari even trip nyer lambat lagi. Tapi tak salahkan buat awal2. Pelan-pelan kayuh. Lagipun benda2 camni kami memang suka buat awal2 senang nak kumpul duit kalau bajet tak cukup. So ada la masa untuk cari duit topup mana yang patut. 

Hari2 buat benda ni, sampai dah terror la menghafal peta dunia ni. Siap boleh lukis2 lagi route. Haha. Memang gigih berusaha betul. Terror jap bab geografi. Dulu masa sekolah jangan harapla nak hafal benua2 ni semua. Sekarang dah terdesak,, hamek kau tidur malam pun leh mimpi peta dunia. Mana taknyer sebelum tidur tengok map, bangun tidur pun tengok map. Gila!! Haha...

Jom belajar geografi
saja letak gambar yang takde nama negara sebab dah ada dalam otak  semua
konon bajet bagus!haha!!


No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan comment anda di sini. Terima Kasih...

Europe + Balkan (Eurokan) : Santorini (Episod 2)

Episod 2  Dari Istanbul kami terbang ke Athens. Flight kami ke Athens sampai malam so kami lepak di airport. Sempat lelap 2-3jam. Dal...

Nuffnang