center

Thursday 11 June 2015

Sabah : Percutian Tak Dirancang

Percutian yang tak dirancang. Last minit jadi. Minggu terbang untuk kami.

Sebelum fly to KK, fly balik Alor Setar. 2 dalam 1. Meeting dan balik menjenguk family kat kampung.

One night before fly ke KK masih kat Alor Setar, so bila touch down kat KLIA2 dah tengah malam. Sebab nak catch up flight ke KK the next morning tu (lebih kurang dalam 6.30am flight ke KK) so, kami decide untuk overnight je kat airport. Melepak ler sorang-sorang sambil tunggu pagi. Kuat juga mata masa tu.

Kali ni takde target nak ke mana-mana cuma nak ke Kundasang saja. So no iltenary main terjah je. Sampai airport ambil kereta then terus ke Tuaran ambil partner in crime. Kenapa partner in crime kami ada kat Tuaran?? Biarlah rahsia. Hehe...

Dari Tuaran kami terus drive ke Kundasang. Dah lebih 24 jam kami tak tidur rasanya since dari Alor Setar - KLIA2 - KK - Kundasang.

Perjalanan nak ke Kundasang so far ok je. Cuma bawa kereta slow la sebab mendaki kan. Lagipun, kereta auto pick up kureng sikit. Hehe... Dekat 2 jam juga la baru kami selamat mendarat di Kundasang.

Destinasi pertama of coz la nak terus check in sebab dah letih sangat tak tidur semalaman.

Lokasi check in : Kiram's Village, Kundasang 

(Klik Sini untuk baca pasal Kiram's Village)


Lepas check in, makan tengah hari dulu kat cafe yang ada di Kiram's Village. Not to worries sebab orang Islam yang masak. Insyallah HALAL.

Makanan so far ok tak mengecewakan pun. Macam-macam ada. Harga pun takde la terlampau mahal. Layan kopi panas time sejuk-sejuk memang terbaik.

Jangan hairan juga sebab orang yang sama jaga receptionist, orang yang sama masak, orang yang sama ambil order. Haha.... multi-tasking betul orang-orang Sabah. Well done.

Lepas makan, kami tidur. Perlukan rehat secukupnya untuk jalan-jalan keesokan harinya.
Kali ni percutian santai je sekadar nak merasa feel kat Kundasang. So nak relax-relax saja.

Actually kami tak tau ini yang dah ke berapa kali kami sampai di Sabah. Dah tak terkira sebab ofis yang bayar. Tapi bila ofis bayar ni lain sikitla, terbatas pergerakkan sebab tak boleh nak jalan-jalan bercuti suka-suka hati. Haha....

Cuma kali ni lain sebab first time jejak kaki ke Kundasang. Tahun lepas bos offer site visit projek baru kat Ranau tapi tak dapat join sebab ada hal so, kali ni datang bayar sendiri ler.

Layan je la gambar kat bawah ni. Malas nak menaip lagi sebab ramai dah tahu pasal Sabah ni and ramai juga yang dah jejak kaki ke Sabah kan. 


Nampak tak???
No caption, hahaha
Gunung Kinabalu sebelum terjadinya gempa bumi
#prayforsabah
Tak masuk pun Desa Dairy Farm ni sebab tak minat nak tengok lembu.
Lagipun kena bayar kalau nak masuk. Haha...
Tengok lembu dari luar je la. FOC
Harga tiket untuk masuk ada tertera kat sign tu. Sila teropong
Pintu masuk ke Desa Dairy Farm
Kereta sewa pun kena ada dalam gambar as a bukti
Lepas check out, kami ke Pekan Kundasang sebab nak cari buah
Strawberi 
Lokasi tepi jalan kat Pekan Kundasang menghala ke Ranau
Beli jangan tak beli. Last-last beli juga padi bukit tu yer. Masaknya tak tau bila. Emm...
Demi sesuap nasi
Awas! Peraturan mesti follow
Lokasi : Timpohon Gate
I dah naik Kinabalu, U???
View dari Kinabalu Park
Rumah Terbalik
Bayaran masuk RM10 just untuk masuk rumah terbalik ni je. Emm...
Another view
Asal datang sini mesti cari angry bite ke angry bird. 
Harga pun dah naik...
Murah rezeki kakak ni yer..
Misi membeli ikan bilis yang orang kirim kat Pasar Philipine
Jemput tengok
Candid je

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan comment anda di sini. Terima Kasih...

Europe + Balkan (Eurokan) : Santorini (Episod 2)

Episod 2  Dari Istanbul kami terbang ke Athens. Flight kami ke Athens sampai malam so kami lepak di airport. Sempat lelap 2-3jam. Dal...

Nuffnang