center

Monday 3 August 2015

Hati-Hati Membeli


MYDIN Bandar Teknologi Kajang
(Gambar ihsan dari Mr.Google)

Semalam, lepas balik dari berjalan-jalan, kami decide untuk ke MYDIN Mall dekat Bandar Teknologi Kajang untuk beli barang-barang keperluan rumah. Maklumlah, dah dekat sebulan beropen house tak sedar barang rumah pun dah nak habis. Kami sampai kat MYDIN pun dah agak lewat dalam pukul 9.30 malam. 

Tanpa membuang masa so terus grab barang-barang yang nak dibeli tapi sebelum grab sesuatu tu kami selalunya akan perhatikan dulu harga dan promosi yang ada. So far dah puas memilih dan bakul pun dah penuh, kami terus ke kaunter untuk bayar. Selesai urusan membayar kami akan ambil masa 5 minit untuk teliti semula resit pembelian satu per satu. Bukan apa, takut ada yang tersalah key in harga ke mana tau kan. 

Tapi seperti yang diduga dari awal, instinct kami tepat. Memang sekali lagi sah harga yang dipaparkan tak sama macam harga yang appear kat resit. Apa lagi bederaula darah muda ni naik ke otak. (hehe...). Nak tau kenapa kami berderau? Sebabnya ini bukan kali pertama kami kena macam ni di Mall yang sama. Sebab tak puas hati kami pergi check semula harga barang dekat rak display barang. Memang sah kena tipu lagi.

Penipuan 1 :


Harga yang dipaparkan untuk Vitagen = RM 4.29
Harga yang discan kat resit = RM 4.44

Alasan kakitangan MYDIN - "Sudah naik harga". Fine! Kalau dah naik harga buatpe letak PROMOSI RM4.29??? So kami pergi customer service untuk return balik barang dan ambil duit balik. Tapi kakak kat customer service cakap, "ok, saya bagi harga RM 4.29, nak tak?". Ok Fine!

Penipuan 2 : 

Harga yang dipaparkan untuk Libress 3x30 dan 3x32 di dalam katalog = RM 12.50 
Harga yang dipaparkan untuk Libress 3x22 dirak = RM 12.50 (Tapi sebenarnya takde pun yang 3x22 kat rak)
Harga yang discan kat resit = RM 14.90



(resit malam ni kami upload kalau resit masih simpan la, tak tau kat mana dah campak resit. MArah sangat terus buang kot hehe...)


Sebab ingat salah diri sendiri sebab tak baca betul-betul so kami rajinkan diri untuk scan semua Libress 3x30 dan 3x32 yang ada kat rak tu. Bukan 1 bukan 2 yang kami scan tapi semua yang ada kat rak tu (adala dalam 10 kot yang kami scan sebab tu je yang tinggal, promosi kan of cos la orang berebut beli so tinggalla sikit je lagi balance).

Nak tau apa hasilnya??? Ada yang RM 13.90, ada yang RM 14.90 dan ada yang RM 12.90. What the fish....!!! So sebab sakit hati sangat kami decide untuk return dan ambil balik duit. Takpela, beli kat tempat lain pun xpela dari asyik dok kena tipu macam ni je. Jadi satu kerja plak asyik nak ulang-alik check barang pastu kena explain plak kat customer service. 

Penipuan 3 :


Ada brader depan kami yang beli susu anak dia. Banyak jugakla dia beli adala dalam 5 kotak (kalau tak salahla). Dalam 5 kotak dia beli tu hanya 2 kotak je harga seperti harga yang promosi. Lagi 3 kotak harga biasa. So apa lagi brader ni pun tanya la kat kaunter kenapa promosi lain, scan harga lain? Padahal dia beli susu yang sama packaging nya dari rak yang sama juga. Takde beza sikit pun. So minah kat kaunter minta dia rujuk kat customer service. Masa kami pergi kaunter servis pun hal brader tadi tak setel lagi. Tapi last-last dia menang kes tu. So dapatla dia susu anak dia tu dengan harga promosi. Apa jadi sebelum tu kami tak pasti la. Maybe dah gaduh kot, hehe... Nasib baikla dia check kalau tak, dia rugi MYDIN untung.


So bayangkanla berapa ramai lagi yang dah beli dan lepas bayar tak tengok resit teus balik rumah, tak sedar pun yang sebenarnya dorang ditipu. Berapa banyak untung yang Mall tu dah collect hasil dari penipuan dan kelalaian kita sebab tak check resit. Itu baru 3 barang, barang-barang lain tak tau la harga nya betul ke tak seperti yang diiklankan. Wallahualam....

Pasni kami akan lebih berhati-hati. 

Korang pun sama, HATI-HATI MEMBELI

"DUIT KITA HAK KITA"


No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan comment anda di sini. Terima Kasih...

Europe + Balkan (Eurokan) : Santorini (Episod 2)

Episod 2  Dari Istanbul kami terbang ke Athens. Flight kami ke Athens sampai malam so kami lepak di airport. Sempat lelap 2-3jam. Dal...

Nuffnang