center

Monday 22 February 2016

Antara Cita-Cita, Impian dan Senjata Perang....

Kami pernah ada cita-cita konon-konon nak jadi fotografer yang berjaya tapi kami takde konfiden level yang tinggi. Selalu rasa tak pernah puas hati dengan gambar yang kami ambil. Kadang-kadang nak upload untuk tatapan umum pun fikir 2 - 3 kali.

Pernah pasang impian nak cuti tanpa gaji then ambil course kat Giat Mara dalam bidang fotografi tapi tak sanggup pulak rasanya nak hidup tak bergaji selama 6 bulan. Lainla kalau ada orang sponsor. Baru ngam. Hehe....

Dan kerana takde konfiden level, tak mampu nak hidup tanpa gaji 6 bulan, maka akhirnya gambar-gambar yang kami ambil hanya mampu disimpan sebagai koleksi hobi untuk tatapan sendiri saje. Bak kata diri sendiri, "Cukupla untuk kepuasan sendiri je". 

Attend kursus basic adala 2 - 3 kali yang selebihnya banyak belajar kat internet (kami lebih suka membaca di internet dari membaca apa yang tertulis kat dalam buku). Buku pasal fotografi adala jugak beli masa dapat BB1M dulu. Ada yang dah habis kaji ada yang belum. Hehe...

So far Alhamdulillah la, dari tak tau pape sekarang dah bolehla nak guna manual mode. Dah pandai kenal shutter speed, aperture, iso, dan lain-lain tu. Cuma bab editing baru 20% belajar. Tu pun belajar sendiri dari internet dan buku juga. Sorang-sorang belajar lambat sikit la sebab takde geng nak bertekak. Kena ada cikgu jugak. 

Buat masa sekarang kami tengah kumpul duit nak try attend kursus dengan orang-orang pro. So nanti kena pecah tabung jugak la demi segunung impian. Hehe... 

Insyaallah satu hari nanti walaupun masa tu kami dah semakin tua. Belajar tak mengira usia. Selagi ada kudrat on je.

Okla, last sekali ni part yang orang selalu tanya, "guna kamera apa ambil gambar??" Emmm, banyak sebenarnya kalau nak kira kalau diimbas 10 tahun balik ke belakang, ada yang dah terjual dan ada yang masih setia disimpan. Dari kamera kompak sampaila ke kamera FF. Silih berganti jual beli jual beli saja kat mudah.my tu. Haha...

Dan akhirnya ini je la alat perang yang masih ada dan akan terus ada. Drone??? Haha itu belum terfikir lagi.... 

Masih menjadi kesayangan even sekarang dah keluar Hero 4. So kena cekalkan hati setia dengan Hero 3+ je yer.
Banyak guna time travel, cycling dan dalam air. Sebab dia kecik ringan dan lasak.

Pun masih menjadi kesayangan tak jual lagi sebab ni beli kat Midvalley masa birthday. 
Beli untuk diri sendiri takde orang hadiah pun.
Sekarang banyak guna sebagai back up kamera je.
Yang ni baru lagi menjadi kesayangan. 
Tak sampai setahun jagung lagi. Sanggup bergadai nak dapatkan benda ni seketul. Hehe...
Selalu guna bila travel sebab ada weather sealing / resistance so masa pergi Europe haritu memang bawa senjata ni. 

Kesayangan jugak sebab sangat umphhh....
Tapi beli 2nd je kat mudah.my

Lens feveret tapi boleh pakai untuk crop kamera je dan sekarang lens ni melekat kat body 60D.
Dulu ada seketul lepas tu jual then lepas tu beli balik kat mudah.my. Haha... Lens ni murah dan umph... Beli kat mudah.my RM 180 je siap kotak condition tip top.
Boleh pakai kat crop kamera dan FF so jimatla.
Dan ini yang terakhir yang memang sentiasa dalam poket bila kamera takde ditangan. Guna henset je la lagi senangkan.

Beli jual beli jual so ni je yang alat perang yang tinggal dan masih menjadi kesayangan. Nak kira dah tak terkira kot.

Bunyi macam membazir tapi do i care?? Hehe...

Kalau tak dapat idaman hati mau seminggu, sebulan dan setahun murung... Hahahaa..... Hanya jauhari mengenal manikam, kannn....


2 comments:

  1. Saya pun kemana-masa selalu bawa gopro dan dslr yang dah berkurun tu :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu je yang ada so bawak yg itu je la saya pun... Hehe...

      Delete

Sila tinggalkan comment anda di sini. Terima Kasih...

Europe + Balkan (Eurokan) : Santorini (Episod 2)

Episod 2  Dari Istanbul kami terbang ke Athens. Flight kami ke Athens sampai malam so kami lepak di airport. Sempat lelap 2-3jam. Dal...

Nuffnang