center
Showing posts with label Deco. Show all posts
Showing posts with label Deco. Show all posts

Friday 21 August 2015

Riadah Petang


Since esok ada kayuh Halal Ride kat Putrajaya so sebelum pergi kayuh, kita keluarkan peluh dengan menyangkul dulu yer

THIS IS MY OMMA


Ok, kita mulakan dengan sebatang cangkul, kemudian dicangkul-cangkul rumput yang ada
Rumput-rumput yang dah dicangkul  ni kemudian dimasukkan ke dalam plastik. Plastik ni puan-puan boleh pilih apa je jenis plastik. Macam kami, kami gunakan plastik terpakai je
Rumput-rumput yang pendek-pendek boleh cabut guna tangan je ye puan-puan. Tangan kiri boleh tangan kanan pun boleh. Tiada pantang larang
Kemudian, tarik lagi rumput yang ada secukup rasa
Yeah, tarik lagi dan lagi sehingga mencapai standard yang ditetapkan
Keadaan postur badan mestilah dalam keadaan yang selesa ya puan-puan

Ok, akhirnya siap! Tak mengambil masa yang lama yer puan-puan. Kejap je
Muka happy sebab berjaya clearkan laman rumah

"Aku bukanlah serajin dia, tapi aku tahu,aku lebih rajin dari dia"



Monday 13 April 2015

Make Over - Part 2 : Bilik Kosong Kepada Studio


Actually ni bilik untuk kami buat kerja-kerja masa lapang kami. Konsep studio.

Lepas cat kena cari konsep nak sesuaikan perabot, meja, dan barang-barang lain yang dan inilah hasilnya. 90% puas hati sebab buat sendiri. 10% lagi tak puas hati sebab karpet tak dapat nak cari yang berkenan dihati. Pasni nak kena survey karpet lain. Sekian.. haha..

Layan gambar bawah :



Sebelum

Dan di TRANSFORM menjadi....

Our new studio
Ruang jahit ciksu punya, rak tinggi tu aku punya!! haha...
Ruang menjahit ciksu
Sila abaikan karpet tompok-tompok tu yer, haha...
Kau jahit disini aku tido di atas katil sana, haha...
Actually meja rendah tu tempat jahit ciksu, meja tinggi sikit tu tempat aku buat kerja. Ada nampak itu laptop??
Itu meja ana yang punya daa...
Wee....
Mesin jahit baru. Jual yang lama beli yang baru so tak perlu keluar duit extra
Peg board buat sendiri sebab nak beli susah sangat nak cari. Kemahiran bertukang terserlah kat sini, haha..
Rak tempat simpan mainan, buku, barang kamera dan lain-lain.
Ini ruang cikwan punya no kongsi-kongsi okey. Haha..
Mesin jahit ciksu
Nampak macam kena cari karpet besar lagi la.
Nampak janggal di situ kan...

Jom tengok berapa kos kami dah habis. Actually lepas tolak tambah takde la banyak manapun kena topup. 2 minggu ni memang layan jual beli mudah.my je la. 
  • Mesin jahit industri brand Jack jual kat mudah.my (RM 950) untuk tukar dengan mesin jahit portable brand Brother (harge beli RM 950) Total kos = 0.00
  • Meja putih Ikea, pakai yang lama so total kos = RM 0.00
  • Kerusi hitam Ikea, pakai yang lama so total kos = RM 0.00
  • Meja bar Ikea (yang tinggi) dan 2 kerusi bar Ikea beli 2ndhand kat Mudah.my = RM 230 
  • Cat dinding 5 liter brand Colourland = RM 95.00
  • Cat kayu 1 liter brand Colourland = RM 30.00
  • Karpet puzzle bidan terjun = RM 60.00
  • Rak buku = RM 299.00 (terpaksa beli baru sebab cari secondhand tak jumpa)
  • Peg board buat sendiri, kos beli papan = RM 20.00
  • Katil lama sediada dah, so total kos = RM 0.00
  • Cadar baru = RM 23.00
  • Vertical blind sediada, tak keluar modal so kos = RM 0.00
  • 25 drawers untuk isi barang-barang jahit = RM 17.00
  • Cermin dinding Ikea yang lama so kos = RM 0.00
Jumlah keseluruhan untuk siapkan studio ni = RM 774.00


Tapi, tapi tapi.... kami ada ;

  • Jual akuarium terpakai kat mudah.my dapat RM200.00. (Tq kepada encik pembeli dari Seremban)

So jumlah duit hangus = RM 774.00 - RM 200.00 = RM 574 

 
p/s : Happy birthday ciksu, ni hadiah birthday ciksu tahun ni okey. selamat menjahit..




Thursday 9 April 2015

Make Over - Part 1 : Bilik Kosong kepada Studio

Mood tengah baik, memang macam-macam boleh jadi. So kali ni kami nak kongsi dalam masa seminggu kami dah transform bilik kosong ni menjadi studio. Haha... 

Kami ambil masa 1 minggu untuk kerja-kerja mengecat, cari rak, cari meja & macam-macam lagi. Kalau full time buat ni 2-3 hari dah siap kot tapi sebab masing-masing kerja, time malam baru dapat nak ngecat nak deco bagai memang lambat sikitla nak siap. Disamping faktor mood juga. Haha...

Actually dah lama dah nak ada studio sendiri. Bukanlah besar mana just cukup space untuk buat kerja-kerja di masa lapang. So, ni baru fasa pertama.
Bilik kosong yang terbiar

Tangga penting okey

Proses nak mengecat bermula

Macam ni la bilik ni sebelum ni

Mesin jahit lama yang akan ditransform jadi baru, tunggu...

Lega dah siap cat

Kerja-kerja mengecat siap sepenuhnya

Gigih bertukang buat peg board sendiri

Peg board in the making

Apa jadi lepas ni??? Tunggu Part 2 bila perabot dah masuk. Actually perabot terpakai je. Yang lama dibarukan je. Jimat... haha...

Tuesday 7 April 2015

Make Over - Master Bedroom

Emm, dah lama dah make over ni masa cuti sem haritu tapi baru berkesempatan nak share... Semua hasil kerja sendiri sebab bosantakde kerja then cari kerja. Hahaha...

Dari mengecat, pasang perabot sehingga kerja-kerja menghias adalah hasil titik peluh kami sendiri. Jom layannn.....












Europe + Balkan (Eurokan) : Santorini (Episod 2)

Episod 2  Dari Istanbul kami terbang ke Athens. Flight kami ke Athens sampai malam so kami lepak di airport. Sempat lelap 2-3jam. Dal...

Nuffnang