center

Monday, 13 April 2015

Make Over - Part 2 : Bilik Kosong Kepada Studio


Actually ni bilik untuk kami buat kerja-kerja masa lapang kami. Konsep studio.

Lepas cat kena cari konsep nak sesuaikan perabot, meja, dan barang-barang lain yang dan inilah hasilnya. 90% puas hati sebab buat sendiri. 10% lagi tak puas hati sebab karpet tak dapat nak cari yang berkenan dihati. Pasni nak kena survey karpet lain. Sekian.. haha..

Layan gambar bawah :



Sebelum

Dan di TRANSFORM menjadi....

Our new studio
Ruang jahit ciksu punya, rak tinggi tu aku punya!! haha...
Ruang menjahit ciksu
Sila abaikan karpet tompok-tompok tu yer, haha...
Kau jahit disini aku tido di atas katil sana, haha...
Actually meja rendah tu tempat jahit ciksu, meja tinggi sikit tu tempat aku buat kerja. Ada nampak itu laptop??
Itu meja ana yang punya daa...
Wee....
Mesin jahit baru. Jual yang lama beli yang baru so tak perlu keluar duit extra
Peg board buat sendiri sebab nak beli susah sangat nak cari. Kemahiran bertukang terserlah kat sini, haha..
Rak tempat simpan mainan, buku, barang kamera dan lain-lain.
Ini ruang cikwan punya no kongsi-kongsi okey. Haha..
Mesin jahit ciksu
Nampak macam kena cari karpet besar lagi la.
Nampak janggal di situ kan...

Jom tengok berapa kos kami dah habis. Actually lepas tolak tambah takde la banyak manapun kena topup. 2 minggu ni memang layan jual beli mudah.my je la. 
  • Mesin jahit industri brand Jack jual kat mudah.my (RM 950) untuk tukar dengan mesin jahit portable brand Brother (harge beli RM 950) Total kos = 0.00
  • Meja putih Ikea, pakai yang lama so total kos = RM 0.00
  • Kerusi hitam Ikea, pakai yang lama so total kos = RM 0.00
  • Meja bar Ikea (yang tinggi) dan 2 kerusi bar Ikea beli 2ndhand kat Mudah.my = RM 230 
  • Cat dinding 5 liter brand Colourland = RM 95.00
  • Cat kayu 1 liter brand Colourland = RM 30.00
  • Karpet puzzle bidan terjun = RM 60.00
  • Rak buku = RM 299.00 (terpaksa beli baru sebab cari secondhand tak jumpa)
  • Peg board buat sendiri, kos beli papan = RM 20.00
  • Katil lama sediada dah, so total kos = RM 0.00
  • Cadar baru = RM 23.00
  • Vertical blind sediada, tak keluar modal so kos = RM 0.00
  • 25 drawers untuk isi barang-barang jahit = RM 17.00
  • Cermin dinding Ikea yang lama so kos = RM 0.00
Jumlah keseluruhan untuk siapkan studio ni = RM 774.00


Tapi, tapi tapi.... kami ada ;

  • Jual akuarium terpakai kat mudah.my dapat RM200.00. (Tq kepada encik pembeli dari Seremban)

So jumlah duit hangus = RM 774.00 - RM 200.00 = RM 574 

 
p/s : Happy birthday ciksu, ni hadiah birthday ciksu tahun ni okey. selamat menjahit..




5 comments:

  1. Cantik studio jahit. Camna ya buat pegboard tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq. senang je buat peg board tu. kat kedai kayu ada jual kayu lubang2 tu tapi saiz besar dalam 8kaki macam tu. then pergi kedai potong kecil sikit. Belakang letak kayu lain as tapak keliling mcm frame, just paku je board kat frame tadi. Dah siap tu cat je la. Kejap je buatnya. kalau bawa kedai dia ambil cas potong je. Tapi kayu kena beli la. Kami masih ada extra dua keping peg board tu tak tau nak sangkut kat mana. hehe..

      Delete
  2. Assalam
    Kat mana nak cari pegboard Tu?
    Kedai kayu mana?
    Boleh share?☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. kedai kayu area kawasan perindustrian sg. ramal..bleh masuk ikut jalan sek. keb. leftenan adnan sg. ramal..hope membantu..

      Delete
  3. Nk tye kedai kayu jual cmne pegboard tu

    ReplyDelete

Sila tinggalkan comment anda di sini. Terima Kasih...

Europe + Balkan (Eurokan) : Santorini (Episod 2)

Episod 2  Dari Istanbul kami terbang ke Athens. Flight kami ke Athens sampai malam so kami lepak di airport. Sempat lelap 2-3jam. Dal...

Nuffnang