Ini kali kedua kami amek job untuk majlis nikah. First untuk majlis nikah member ofis kat Kelantan, Sanggup terbang ke Kelantan sebab nak tolong ambil gambar nikah dia. Tiket flight bayar sendiri takde ditaja dan tak minta ditaja pun. Pergi pagi then malam fly balik KL. Dan yang terbaru 2 -3 hari lepas untuk majlis nikah anak mummy azimah. Last minit baru dapat tau kena amek gambar nikah anak mummy so tak prepare pape just lap-lap je kamera, charge bateri then hari kejadian terus snap. Kami bukanlah photographer bertauliah so gambar ada yang jadi dan ada yang tak berapa nak jadi. Walaubagaimanapun, harap-harap ianya tak mengecewakan mummy.
Dan pernah sekali shoot untuk outdoor kat Putrajaya. Yang ni paling rare, penat, kelakar dan berharga sebab dari pagi sampai maghrib, haha. Lokasi shoot masa tu kat Bukit Hijau Putrajaya.
Orang selalu tanya berapa bayaran kami dapat kalau amek job macam ni? Actually kami pun tak tau nak jawab sebab kami tak pernah letak sebarang harga. Orang suka gambar tu then orang bayar, tak suka tak perlu bayar. Yela takkan nak jual gambar yang takde kualiti kat orang. Kalau kami pun kami tak nak beli gambar yang takde kualiti. Bukan kami je semua orang mesti tak nak. Tapi ada plak orang cakap, penatla kalau takde dapat bayaran pape, well ni jawapan selalu kami bagi "saya suka tangkap gambar, so bukan duit yang saya kejar tapi pengalaman tu yang saya takkan dapat kat mana2 " . Jawapan nampak macam hipokritkan? Tapi tu la realitinya. Time-time camni la nak belajar shoot, nak belajar handle orang, nak main lighting, setting segala bagai. Kalau tak kamera tu terperap dalam bilik je. Beli mahal-mahal tapi tak guna buatpe kan.
Tapi so far buat masa sekarang kami berani amek job dan tolong kawan2/sedara mara terdekat je yang expectation nye tak tinggi. Yang tak mengharapkan gambar tu sampai taraf Saiful Nang punya gambar kan. So berani la nak amek. Takde tekanan, nak shoot pun rilex. Buatpe dapat bayaran mahal tapi kerja dalam keadaan tertekan. Kita yang nak shoot ok, tuan rumah pun ok so ngam la kan.
Sampai bila nak buat job free? Emm... Sampai bila-bila la. Hahaha... sampai kami betul2 puas hati dengan setiap hasil tembakan kami. Bila kami dah betul-betul pro baru masa tu kami berani nak letak harga. Haha....
Kami masih dalam proses belajar. Belajar sampai tua, insyaallah.... Tapi even cakap FOC pun, kami tetap dapat payment nya sebab kawan-kawan still berkeras nak bayar. Kalau nak bayar, bayarla ikut kemampuan korang. Kami terima je berapa pun takde minimum takde maksimum.
Sekitar majlis nikah anak mummy Azimah. Maaf takleh upload banyak sebab keluarga pengantin pun belum dapat softcopy gambar-gambar ni. Hehehe...
Kami masih dalam proses belajar. Belajar sampai tua, insyaallah.... Tapi even cakap FOC pun, kami tetap dapat payment nya sebab kawan-kawan still berkeras nak bayar. Kalau nak bayar, bayarla ikut kemampuan korang. Kami terima je berapa pun takde minimum takde maksimum.
Sekitar majlis nikah anak mummy Azimah. Maaf takleh upload banyak sebab keluarga pengantin pun belum dapat softcopy gambar-gambar ni. Hehehe...
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan comment anda di sini. Terima Kasih...