center

Thursday 23 April 2015

Potong Astro!!

Keputusan yang agak drastik rasanya kali ni. Kami decide untuk potong astro. Kenapa??? Ni sebabnya :
  1. Jarang tengok tv. Hujung minggu je tengok tv pun tu pun bukanlah 24 jam. 
  2. Cerita astro asyik ulang je, so bosan!
  3. Fee yang koi lama koi mahal dan koi ngarut. Dengan GST lagi. Pakai areal sudah lepas ni. Tak dapat siaran jangan tengok terus. Lama2 jual tv ni plak. Hahaha....
  4. Lambat bayar sikit dah kena potong. Bila sambung balik kena bayar RM10 cas penyambungan.
  5. Bila hujan selalu takleh tengok. Kadang tengah syok layan citer best/live tup2 hujan dah hilang siaran. So annoying. Macam nak lempang je. Huh!
  6. Dah setahun fikir nak terminate astro ni cuma kadang-kadang takde masa nak call. Lama-lama lupa terus call. Maklumla sebelum ni sibuk study. Hihi.
  7. Nak kurangkan bebanan hutang bulan-bulan, so duit yang bayar astro lepas ni boleh la masuk tabung. Sikit2 simpan untuk travel. Lama2 boleh keliling dunia.
So, lepas dah call Astro minta  terminate, maka pada 20 Mei 2015 ni akan jadi hari terakhirla kami bersama Astro. Lepas 20 Mei 2015 dah tak boleh tengok. Sebab pe 20 Mei 2015 last? Sebabnya sekarang nak terminate kena sebulan dari tarikh call mohon terminate baru diorang akan matikan siaran Astro kat rumah. Lepas 20 Mei 2015, kita akan diberi tempoh 1 bulan untuk hantar balik remote, dekoder dan kad ke service centre terdekat. Kalau tak hantar remote, dekoder dengan kad, nanti Astro denda RM500. Emmm.. whatever la janji dapat terminate tak perlu bayar Astro lagi. Lepas 20 Mei 2015 kami p hantaq balik semua  tu yer Cik Astro. Done!

1 comment:

  1. Saya pon baru jer call potong Astro nih...cerita ulang ulang..ambik masa 30hari untuk termination ..jadi kena bayar lg bulan nihh...bro tak perlu pegi hantar barang astro tu...call astro atau email pihak astro untuk ambik dekat rumah...elok emailkan ade evident kalau dia mintak bayaran saman.

    ReplyDelete

Sila tinggalkan comment anda di sini. Terima Kasih...

Europe + Balkan (Eurokan) : Santorini (Episod 2)

Episod 2  Dari Istanbul kami terbang ke Athens. Flight kami ke Athens sampai malam so kami lepak di airport. Sempat lelap 2-3jam. Dal...

Nuffnang