center
Showing posts with label sabah. Show all posts
Showing posts with label sabah. Show all posts

Friday 12 June 2015

Kiram's Village, Kundasang, Sabah

Kiram's Village, Kundasang, Sabah

 Sempat merasa bermalam di sini even 1 malam je pun. 
Kami ke sana sebelum gempa bumi terjadi.

#prayforsabah

Signboard masuk ke Kiram's Village
Park kereta depan receptionist
One of chalet yang ada kat Kiram's Village
Hijau dan mendamaikan
Pagi di Kiram's Village

Jom terjah cabin yang kami book masa di Kiram's Village ni. Kami book thru whatsapp je dengan owner Kiram's Village ni. Kami book untuk 2 orang just untuk 1 malam je sebab 1 malam lagi kami stay kat KK. Chalet kami nama nya "Broccoli". Harga untuk 1 malam RM 90.

Ni sedikit info yang kami copy dari website Kiram's Village

Kiram’s Village was built on an acre of land, 5600 feet above sea level at a very remote area, 6 km from Kundasang.

Adjacent to Mount Kinabalu Golf Club, the village which consist of wooden cabins was a great get away places for family excursion.

Contact us at : +60166950057

Email us at : jamalulk@gmail.com
Ini la rupa cabin kami.
Ada titian comel sebelum nak masuk ke cabin.
Ada juga disediakan kerusi depan cabin untuk lepak-lepak sambil hirup udara segar.
(Sila abaikan model berbaju oren tu yer.)
Nampak tak Gunung Kinabalu itu? hehe...
Meja solek yang comel je. Cukupla bukan nak solek sangat pun.
Ruang bawah yang kosong ada disediakan sofa, meja kecil dan heater untuk masak air.
Sila abaikan model tak berbayar kat sofa tu. haha...
Ruang bawah dalam chalet cukupla untuk 2-3 orang dalam satu chalet ni.
Ni rate harga untuk setiap chalet yang ada kat Kiram's Village yang sempat kami snap

Ini pula senarai cabin yang ada yang korang boleh pilih

Asparagus Cabin
Carrot Cabin
Broccoli Cabin
Celery and Tomato Cabin
Strawberry Cabin
Cabbage Cabin
Mushroom Room & Potato Room
Chilli & Onion Room

So far kami bagi 8.5/10 untuk Kiram's Village.
Next time kalau datang lagi Insyaallah kami repeat untuk stay sini.

Since Sabah sekarang tengah gempa bumi, kami hanya dapat Doa dari jauh semoga semuanya selamat.

#prayforsabah



Thursday 11 June 2015

Sabah : Percutian Tak Dirancang

Percutian yang tak dirancang. Last minit jadi. Minggu terbang untuk kami.

Sebelum fly to KK, fly balik Alor Setar. 2 dalam 1. Meeting dan balik menjenguk family kat kampung.

One night before fly ke KK masih kat Alor Setar, so bila touch down kat KLIA2 dah tengah malam. Sebab nak catch up flight ke KK the next morning tu (lebih kurang dalam 6.30am flight ke KK) so, kami decide untuk overnight je kat airport. Melepak ler sorang-sorang sambil tunggu pagi. Kuat juga mata masa tu.

Kali ni takde target nak ke mana-mana cuma nak ke Kundasang saja. So no iltenary main terjah je. Sampai airport ambil kereta then terus ke Tuaran ambil partner in crime. Kenapa partner in crime kami ada kat Tuaran?? Biarlah rahsia. Hehe...

Dari Tuaran kami terus drive ke Kundasang. Dah lebih 24 jam kami tak tidur rasanya since dari Alor Setar - KLIA2 - KK - Kundasang.

Perjalanan nak ke Kundasang so far ok je. Cuma bawa kereta slow la sebab mendaki kan. Lagipun, kereta auto pick up kureng sikit. Hehe... Dekat 2 jam juga la baru kami selamat mendarat di Kundasang.

Destinasi pertama of coz la nak terus check in sebab dah letih sangat tak tidur semalaman.

Lokasi check in : Kiram's Village, Kundasang 

(Klik Sini untuk baca pasal Kiram's Village)


Lepas check in, makan tengah hari dulu kat cafe yang ada di Kiram's Village. Not to worries sebab orang Islam yang masak. Insyallah HALAL.

Makanan so far ok tak mengecewakan pun. Macam-macam ada. Harga pun takde la terlampau mahal. Layan kopi panas time sejuk-sejuk memang terbaik.

Jangan hairan juga sebab orang yang sama jaga receptionist, orang yang sama masak, orang yang sama ambil order. Haha.... multi-tasking betul orang-orang Sabah. Well done.

Lepas makan, kami tidur. Perlukan rehat secukupnya untuk jalan-jalan keesokan harinya.
Kali ni percutian santai je sekadar nak merasa feel kat Kundasang. So nak relax-relax saja.

Actually kami tak tau ini yang dah ke berapa kali kami sampai di Sabah. Dah tak terkira sebab ofis yang bayar. Tapi bila ofis bayar ni lain sikitla, terbatas pergerakkan sebab tak boleh nak jalan-jalan bercuti suka-suka hati. Haha....

Cuma kali ni lain sebab first time jejak kaki ke Kundasang. Tahun lepas bos offer site visit projek baru kat Ranau tapi tak dapat join sebab ada hal so, kali ni datang bayar sendiri ler.

Layan je la gambar kat bawah ni. Malas nak menaip lagi sebab ramai dah tahu pasal Sabah ni and ramai juga yang dah jejak kaki ke Sabah kan. 


Nampak tak???
No caption, hahaha
Gunung Kinabalu sebelum terjadinya gempa bumi
#prayforsabah
Tak masuk pun Desa Dairy Farm ni sebab tak minat nak tengok lembu.
Lagipun kena bayar kalau nak masuk. Haha...
Tengok lembu dari luar je la. FOC
Harga tiket untuk masuk ada tertera kat sign tu. Sila teropong
Pintu masuk ke Desa Dairy Farm
Kereta sewa pun kena ada dalam gambar as a bukti
Lepas check out, kami ke Pekan Kundasang sebab nak cari buah
Strawberi 
Lokasi tepi jalan kat Pekan Kundasang menghala ke Ranau
Beli jangan tak beli. Last-last beli juga padi bukit tu yer. Masaknya tak tau bila. Emm...
Demi sesuap nasi
Awas! Peraturan mesti follow
Lokasi : Timpohon Gate
I dah naik Kinabalu, U???
View dari Kinabalu Park
Rumah Terbalik
Bayaran masuk RM10 just untuk masuk rumah terbalik ni je. Emm...
Another view
Asal datang sini mesti cari angry bite ke angry bird. 
Harga pun dah naik...
Murah rezeki kakak ni yer..
Misi membeli ikan bilis yang orang kirim kat Pasar Philipine
Jemput tengok
Candid je

Sekian, terima kasih.

Europe + Balkan (Eurokan) : Santorini (Episod 2)

Episod 2  Dari Istanbul kami terbang ke Athens. Flight kami ke Athens sampai malam so kami lepak di airport. Sempat lelap 2-3jam. Dal...

Nuffnang