Flight kami dari Istanbul berlepas pada pukul 7.05 malam dan tiba di Dubai pada pukul 1.20 pagi waktu Dubai. Kami memilih untuk transit di Dubai 22 jam. So terlebih dari cukup kot untuk jalan-jalan sekitar Dubai ni.
|
Masa ni lebih kurang pukul 1.30 pagi kami selamat mendarat kat Airport Dubai. Sambil dok dalam bas sempatla snap gambar kapal terbang ni. |
Disebabkan kami transit so kami terus keluar je melalui kastam pak-pak arab yang muka bengis tengok macam nak makan orang. Lepas dia cop pasport (Visa On Arrival - Free je pun tak perlu bayar pape) kami keluar terus cari surau. Nak membaringkan badan yang dah keletihan. Masa ni nak keluarkan kamera tangkap gambar terminal dia pun dah tak larat. Nasib baik tak susah nak cari surau dia. Lepas letak beg, masing-masing terus terlelap. Cuma Cik Wan jer yang masih gagah terjegey biji mata jadi security guard awasi beg-beg kami. Masa kami tidur dia tak tidur. Sampaila ke subuh dia cuma baringkan badan je. Bukan apa, katanya risau kalau semua terlelap nanti takut ada yang rembat beg ke tak ke naya. Jangan konfius yer, ni bukan backpack kami yang besar-besar tu, ni cuma beg-beg kecil untuk isi passport, kamera, dan benda-benda penting je. Beg-beg besar semua dah masuk kargo masa kat Istanbul so yang ada cuma beg yang kami handcarry je.
Lepas solat subuh dan siapkan apa patut kami keluar untuk cari money changer. Sebab duit Euro, pound, CHF dan Lira masih ada so kami tukar duit tu je. Dalam bajet kami memang takde pun kami masukkan bajet untuk tukar duit Dubai ni. Currency Dubai dalam AED. Kami tukar sorang 10-20 Euro sorang macam tu la so dapatla dalam AED50-AED100 sorang. Tu pun dah banyak dan berlebih. Just untuk beli makan dan ronda-ronda Dubai je pun
Lepas tukar duit, kami beli tiket metro untuk keluar menikmati pemandangan di Dubai. Kami beli one day pass dengan harga AED22.00. Berapa kali turun naik pun harga still sama sebab dah beli one day pass.
Maka kami dengan gilanya naikla metro tu dari hujung ke hujung sebab takde keja. Haha.... Tapi nasib tak berapa nak baik sebab salah timing naik metro pagi-pagi, so bersesakla dalam metro tu dengan orang yang nak pergi kerja dan kami pula sibuk nak berjalan-jalan. Haha padan muka berhimpit dan bergelumang dengan bau badan pak-pak arab. Dah macam naik tren kat Malaysia.
Jom tengok gambar yang sempat kami snap masa kat Dubai.
|
Map metro kat Dubai |
|
Kami turun kat station ni untuk ke Ibn Battuta Mall. Cross jalan je dah sampai. |
|
Ibn Batutta Mall |
|
Food court dalam Ibn Batutta Mall |
|
Food court dalam Ibn Batutta Mall |
|
Ibn Batutta Mall |
|
Ibn Battuta Mall |
Lepas ke Ibn Battuta Mall kami singgah jugak ke Dubai Mal. Mall yang ada indoor ski tu. Dasyat jugak. dalam mall boleh main salji bagai siap ada cable car lagi ha.
|
Gambar ihsan Mr. Google - sebab kami tak masuk so tak dapat nak ambil gambar kat dalam ni. |
|
Gambar ihsan Mr. Google - sebab kami tak masuk so tak dapat nak ambil gambar kat dalam ni. |
Sambil menunggu flight ke Kuala Lumpur kami ronda-ronda airport cari souvenir. Mahal memang la mahal tapi alang-alang dah sampai kenala beli jugak kan. Nak datang lagi tak tau bila tahun so,beli je la. Lagipun duit tukar masih banyak lagi. Masa ni kamera dah tersimpan dalam beg so takde gambar pun. Maaf la yer.
Flight dari Dubai ke Kuala Lumpur kami banyak tidur sebab letih. Tengok movie kejap je pastu dah terlelap. So no gambar la. Hehe.... Kami selamat mendarat di KLIA dalam pukul 8.00 pagi macam tu la. So dengan ter'darat'nya kami di KLIA ni maka selesaila misi kembara Europe kami. Nanti ada masa kami try buat summary perbelanjaan dan iltenari. Sekarang agak sibuk sikit. So tak janji bila dapat siapkan tu. Insyaallah.
|
KLIA - Tengah tunggu beg keluar dari perut mesin ni. |
Jom tengok PERBELANJAAN kami untuk part akhir ni ;
- One Day Pass - Dubai = AED 22.00 = RM 26.40
- Teksi KLIA - rumah = RM 57.00/3 = RM 19.00
Maka TOTAL PERBELANJAAN = RM 45.40
JUMLAH TERKUMPUL KEMBARA EUROPE 2015
(ALL IN)
= RM 5,667.09
(KUL-HANOI-LONDON-GERMAN-SWITZERLAND-ISTANBUL-DUBAI-KUL)
Nota :
- Terima kasih pada yang sudi follow dari Part 1 - Part 13. Kalau ada apa-apa nak tanya boleh email kami. Insyaallah kami sedia membalas email-email korang....
- Kalau ada info atau apa-apa maklumat yang salah/tersilap/typo boleh bagitau kami dan Insyaallah kami akan perbetulkan.
- Semua hasil tulisan ni adalah datang dari perahan otak dan pengalaman kami sendiri so takde kena-mengena antara yang hidup dan mati. Lain orang lain cara, dan lain orang lain pendapat. So, maafkan kami andai ada berlaku kekhilafan dalam tulisan kami ini.