center

Friday, 21 November 2014

Cuti-Cuti 1 Malaysia Bike Ride 2014


CC1MBR kini kembali lagi setelah event yang sama tahun 2013 telah berlangsung dengan jaya nya. Sebab pe kami cakap dengan jaya nya?? Haha..sebab tahun lepas dalam event ni la kami menang lucky draw. Tak ke gempak tu. Hehe...


 Ni la nombor bertuah kami yang menang

no.3649 dapat lucky draw T-shirt lerun
no.3650 dapat 2nd prize basikal Lerun Evo 10


Tak pernah duga pun nak bertuah time tu tapi dah rezeki kami tahun lepas so syukurrr alhamdulilah...
Tahun ni sekali lagi kami join CC1MBR dengan niat nak sihatkan jantung. Hehe... So pada yang belum daftar tu cepat2la daftar. Mana tau, tahun ni rezeki korang plak kan.

Nak register boleh register kat sini http://cc1mbikeride.com/2014/.

Monday, 17 November 2014

CPUV dari Nuffnang #1 INTI 2015 Cycle 1 Degree


in LOVE....

Pagi ni buka komputer, then buka blog, then check akaun Nuffnang dan alangkah bahagianya bila dapat CPUV dari Nuffnang ni. Walaupun baru join berblogging ni 2 minggu tapi Nuffnang dah bagi CPUV. CPUV yang kami dapat ni dari INTI 2015 Cycle 1 Degree . Walaupun tak tau banyak mana boleh "earning" tapi kami bersyukur sangat. Apa yang penting SYUKUR walaupun sikit ke banyak ke kan.... Thanks Nuffnang yang baik hati lagi ohsem... Ni lagi semangat ni. hahaha... (gelak jahat). So anda diluar sana mehla rajin2 singgah ushar2 kami di sisikami.blogspot.com untuk kenal lebih dekat. ehemmm....

Friday, 14 November 2014

Buat Duit Dengan Advertorial.My

Malam ni takde angin takde ribut, kami daftar advertorial.my. Ni semua gara-gara teracundengan usikan dan tulisan-tulisan berapi daripada blogger-blogger di alam maya ni pasal menjana pendapatan melalui advertorial.my . So nak bercerita panjang pasal advertorial ni kami masih baru. Usia bersama advertorial ni pun baru 30 minit. Hahaha...

Well, tak cuba tak tahu kan so kami decide untuk menerima sahutan dan cabaran daripada blogger-blogger lain untuk buktikan kehebatan advertorial.my ni dan kami telah berjaya meng'registerkan diri kami sebagai salah sorang ahli advertorial.my ni dan dah publish pun iklan-iklan kami. Sebab masih baru so kami masih tak pandai nak jual iklan ni. Maka dengan rasa yakin dan konfiden nyer kami tulis je apa yang kami rasa nak tulis. Kadang kita tak tau rezeki kita so tulis je la apa yang kita rasa ok kat iklan tu. Untung sabut timbul, untuk batu tenggelam... Hahaha. So, nantikan update daripada kami tentang result dan hasilnya nanti. okey...

Pada sapa-sapa yang nak tau lebih lanjut pasal buat duit dengan advertorial ni bolehla tanya Mr. Google macam-macam info korang akan dapat nanti. Orang kata ni la lubok buat duit untuk blogger-blogger sekalian alam. Hehehe....

Daftar Streamyx Online Percuma Langganan Internet Selama 1 bulan

Semalam telah berlangsung satu kejadian yang tanpa diduga2 dalam hidup kami. Dalam masa 2 hari semuanya berubah. Hahaha... Intro kasi gempak beb... Apa yang kami nak kabarkan ialah, semalam orang TM dah datang rumah untuk pasang streamyx. So, lepas ni senangla kami nak buat kerja. Agak berkira2 juga pada mulanya samada nak pasang streamyx atau menten je wifi maxis. Tapi bila fikir balik, maxis ni asyik takde line je so kami decide untuk BERTUKARrr... Hehe. Kami daftar melalui online je. Kebetulan TM tengah buat offer, sape yang daftar streamyx melalui online akan dapat free internet 1 bulan. So, apa lagi cepat2 kami grab offer2 camni. Jimat duit, hati pun senangkan. Hahaha...
Ok ni kami listkan kelebihan daftar streamyx online yang kami rasa berbaloi la. Tak payah berhujan berpanas nak g daftar kat TM tu. Mana nak cari parking lagi, tol, minyak lagi.. Semua tu pakai duit tu....

kenapa daftar streamyx dan unifi secara online
  • Korang tak perlu pergi ke TM Point (klik untuk register link kat bawah untuk pakj yang free 1 bulan) https://www.tm.com.my/Home/Broadband/Streamyx/Pages/Home.aspx atau klik je kat TM Point ni
  • Korang tidak perlu bersesak-sesak beratur panjang menunggu giliran di TM Point.
  • Korang tidak perlu untuk keluar rumah untuk mendaftar broadband.
  • Korang tak perlu bersesak dalam ‘traffic jam’
  • Korang tak perlu membazir duit minyak dan duit tol.
  • Korang tak perlu fikir kat mana nak parking.
  • Jimat masa. Bayangkan korang perlu keluar rumah, bersesak di jalanraya, mencari tempat nak parking dan menunggu giliran sebelum sampai di kaunter. Proses pendaftaran yang tak sampai pun 5 minit tapi korang terpaksa mengambil masa berjam-jam hanya untuk selesaikan.
  • Perkhidmatan 24 jam online jerrr.
  • Korang boleh daftar Streamyx walau di mana korang berada semuanya dihujung jari je sekarang.
  • Hanya bayar yuran pemasangan yang tak sampai RM50 pada kontraktor. Masa pasang tu la, tu pun bayar ikut panjang kabel yang diorang tarik.
  • Then lain2 bayaran macam duty stamps dan bil bulanan tunggu abang posmen hantar baru bayar.
  • So maknanya kalau kat tangan korang sekarang ada RM50 pun dah boleh dah nak pasang streamyx... hehhee... Tapi bulan2 jangan lupa simpan duit bayar bil langganan ikut pakej yang korang amek okey...heehe..
  • Lagi satu, kami pasang ni harini register, esok tu kontraktor TM dah sampai terpacak depan umah untuk pasang. Lepas siap diorang pasang dah bleh guna internet. Cepatkan....
  • Yang bestnya FREE 1 BULAN ok
  • Lastly, ni pakej2 yang ditawarkan. Kami try yang murah dulu kalau ok baru up yang laju punyerr...
 
 
 

Tuesday, 11 November 2014

Dengan RM 10 Banyak Ilmu Fotografi Dari Canon Malaysia yang Kita Dapat


 
Sesuai untuk beginner yang baru nak mula2 berjinak2 dengan dunia fotografi ni. Event yang patut korang join. Boleh bertukar2 pendapat dan mencari kawan baru.

Jom klik dan daftar di sini :

Event kali ni untuk pengguna2 canon sekitar Penang dan kawasan sekitarnya. Kalau dari KL jauh kot. Hehe. Untuk orang2 sekitar Lembah Klang janga risau, selalu2 la update web canon ni. Tiap2 bulan sure akan ada bengkel2 macam ni sekitar Lembah Klang. Dengan hanya RM 10.00 macam2 ilmu yang kita akan dapat. So kami sangat mengrekemenkan korang semua, kalau ada masa join la bengkel2 macam ni.

Saturday, 8 November 2014

Dip N Dip

Lepas kayuhan Wacoal hari tu kami sempat singgah Dip N Dip dekat Bangsar ni. Well, for those yang sukacokelat tempat ni memang satu kemestian la kot untuk berkunjung. Tapi macam kami yang tak berapa nak suka cokelat ni, sekadar singgah untuk mencuba je. Dah alang2 kebetulan berada di Bansar time. Sebab banyak sangat orang post pasal Dip N Dip ni so kami pun terjah Dip N Dip ni untuk merasai keenakkan makanan2 berasaskan cokelat2 nyaaa.... Hehehe

Din N Dip ni terletak bertentangan depan Butik House of Doll. (Fazura punya butik kan??)

Jom layan sikit gambar. Ni yang kami order haritu. Sedap tapi cepat muakla sebab cokelat kan ditambah lagi dengan kami yang tak berapa gemar makan cokelat. Huhu... Sekali-sekala try ok la. Rekemen la untuk sape2 yang memang suka cokelat.

Dip N Dip


Dip N DipDip N Dip
 
Dip N Dip



Wednesday, 5 November 2014

Canon - KL Night Outing

Gambar-gambar ni hasil dari kerja-kerja menembak kami di malam hari. Lokasi KLCC dan sekitarnya. Tarikh event dah tak ingat. Macam mana nak join outing anjuran Canon ni??? Senang je just sign in / terus ke website ni http://eosworld.canon.com.my/.

Nanti kat web tu akan dipaparkan kursus-kursus/bengkel-bengkel dan lain-lain event yang ada kena mengena dengan Canon. Ada yang free ada yang kena fee. Tapi fee dia takde la mahal manapun. Syarat dia mesti pengguna/pemilik Canon la. Kalau tak takleh join. Huhu... Cikgu-cikgu yang ngajar pun best2 belaka. Bleh tanya apa je masa bengkel. Semua soalan korang sure diorang akan jawab. Sangat sesuai untuk beginner yang baru nak mula jinak2 dengan dunia fotografi ni termasuklah kami ni. Bermula dari bawah, tak mustahil satu hari akan berada di puncak, kannn...
 
Jom layan sikit gambar yang kami tembak malam tu..
Wallpaper KLCC Night
Jambatan depan KLCC
 
Wallpaper KLCC Night Outing
View dari KLCC
 
KL Night Outing
View dari depan KLCC
 
KL Night Outing

Charkoteaw Bandar Teknologi Kajang

Emmm, macam mana nak mula yer. Actually saja nak review pasal charkoteaw kat Bandar Teknologi Kajang ni. Bagi kami punya tekak memang sedapla. Kena citarasa. Dah banyak charkoteaw yang kami dah try area KL, Kajang, Bangi, etc tapi yang kat Bandar Teknologi Kajang ni juga yang memenuhi citarasa. Dah tu murah plak. Sepinggan charkoteaw cuma RM4 + teh ais RM 1.20 je. Mana nak cari teh ais RM 1.20 je. Kalau nak tau sedap ke tak kenala try okey..

bandar teknologi kajang


Bukan je ada charkoteaw, mee udang, bihun sup dan laksa juga ada. Laksa pun kami rekemen. Sedappp.. Owner kedai orang Pendang. Well, "anak Kedah di mana2" even tak dapat melangkah ke final Piala Malaysia. Hehehe....

char koteaw


So sapa2 nak cuba charkoteaw harga mampu makan ni bolehla berkunjung ke CKT Corner kat Bandar Teknologi Kajang. Betul2 dekat belakang Pasaraya Billion Bandar Teknologi Kajang. Dekat sebelah parking berbumbung. Kalau dari depan Billion tu terus je akan nampak kedai ni.

Jom layan sikit gambar. Maaf kualiti gambar tak berap bagus sebab tangkap guna handset murah je...

mi goreng udang

DAN ini kesudahannya.... tadaaa... licinnnn....

charkoteaw


Sunday, 2 November 2014

Langkah ber5

Langkah kami ber5 terhenti dibumi Korea. Entah bila dapat melangkah bersama-sama macam ni lagi. Susah nak berkumpul 5 macam ni. Maybe tahun depan punya trip boleh repeat macam ni lagi kot. Insyaalllah... Travel ramai2 macam ni biasa la kalau bertekak sesama sendiri kann.... tp pastu baik balik.

So, next year jom KL-GUANGZHOU-SHENZHEN-HONG KONG - MACAU-KL kalau ada duitla. Hahaha...

Berlima

Ciksu, Cik Mel, Cikwan, Cikli, Izzah... (sorry izzah, ur name cam x ssesuai utk letak cik izzah..haha... jgn mare ok)

Tabik sikit....
Korea


Saturday, 1 November 2014

KL Car Free Morning Edisi November


Jom kawan2 ramai2 kita join. Kalau takde basikal boleh jalan kaki, boleh jogging, main skate, roller blade, etc.. Bila lagi nak jalan2 KL tanpa gangguan lalulintas. Car free. Laluan ditutup untuk kenderaan so Jalan TAR kita yang punya. Hahaha.... Boleh tangkap gambar depan KLCC dengan basikal macam ni







 dan

 bergambar ramai2 macam gambar kat bawah ni

 gambar ni di ambil masa Car Free Morning edisi2 yang lepas

Tapiiii....kul 9 pagi no more ride sebab jalan akan dibuka pada trafik semula. So jom....




Tauhu Bakar & ABC

Tauhu Bakar
Tauhu Bakar
Adoyaiiii.... perut meragam minta di "isi" dengan 2 benda ni..... Mana nak cari kat Kajang ni. Last kami pergi makan masa on the way balik dari present PSM kat UTM Skudai hari tu rasanya. Dah berbulan dah ni ngidam. Adoyaii....


ABC Special
ABC Best
Bila la agaknya nak p Johor lagi ni. Bolehla kami singgah memuaskan nafsu makan ni. Kalaula (tak baik sebenarnya cakap kalau ni) grade on time, hari ni mesti dah boleh terpa cari sebab nyerrrrr minggu ni konvokesyen UTM ke-53. Haha...

Dalam hati jin berbisik "padan muka hang, sapa suruh hang drop subjek dulu kalau tak, hang dah konvo hari ni. Kikikiki..."

Well, sudah suratan... sayang nak tinggal status bergelar student part time UTM ni ha (cuba memujuk hati)... hehe...

Anyway takpe boleh control lagi. Next konvo kita p kedaqhah ok....




Europe + Balkan (Eurokan) : Santorini (Episod 2)

Episod 2  Dari Istanbul kami terbang ke Athens. Flight kami ke Athens sampai malam so kami lepak di airport. Sempat lelap 2-3jam. Dal...

Nuffnang