center

Thursday, 9 April 2015

Make Over - Part 1 : Bilik Kosong kepada Studio

Mood tengah baik, memang macam-macam boleh jadi. So kali ni kami nak kongsi dalam masa seminggu kami dah transform bilik kosong ni menjadi studio. Haha... 

Kami ambil masa 1 minggu untuk kerja-kerja mengecat, cari rak, cari meja & macam-macam lagi. Kalau full time buat ni 2-3 hari dah siap kot tapi sebab masing-masing kerja, time malam baru dapat nak ngecat nak deco bagai memang lambat sikitla nak siap. Disamping faktor mood juga. Haha...

Actually dah lama dah nak ada studio sendiri. Bukanlah besar mana just cukup space untuk buat kerja-kerja di masa lapang. So, ni baru fasa pertama.
Bilik kosong yang terbiar

Tangga penting okey

Proses nak mengecat bermula

Macam ni la bilik ni sebelum ni

Mesin jahit lama yang akan ditransform jadi baru, tunggu...

Lega dah siap cat

Kerja-kerja mengecat siap sepenuhnya

Gigih bertukang buat peg board sendiri

Peg board in the making

Apa jadi lepas ni??? Tunggu Part 2 bila perabot dah masuk. Actually perabot terpakai je. Yang lama dibarukan je. Jimat... haha...

Tuesday, 7 April 2015

Make Over - Master Bedroom

Emm, dah lama dah make over ni masa cuti sem haritu tapi baru berkesempatan nak share... Semua hasil kerja sendiri sebab bosantakde kerja then cari kerja. Hahaha...

Dari mengecat, pasang perabot sehingga kerja-kerja menghias adalah hasil titik peluh kami sendiri. Jom layannn.....












Photographer Bidan Terjun

Ini kali kedua kami amek job untuk majlis nikah. First untuk majlis nikah member ofis kat Kelantan, Sanggup terbang ke Kelantan sebab nak tolong ambil gambar nikah dia. Tiket flight bayar sendiri takde ditaja dan tak minta ditaja pun. Pergi pagi then malam fly balik KL. Dan yang terbaru 2 -3 hari lepas untuk majlis nikah anak mummy azimah. Last minit baru dapat tau kena amek gambar nikah anak mummy so tak prepare pape just lap-lap je kamera, charge bateri then hari kejadian terus snap. Kami bukanlah photographer bertauliah so gambar ada yang jadi dan ada yang tak berapa nak jadi. Walaubagaimanapun, harap-harap ianya tak mengecewakan mummy. 

Dan pernah sekali shoot untuk outdoor kat Putrajaya. Yang ni paling rare, penat, kelakar dan berharga sebab dari pagi sampai maghrib, haha. Lokasi shoot masa tu kat Bukit Hijau Putrajaya. 

Orang selalu tanya berapa bayaran kami dapat kalau amek job macam ni? Actually kami pun tak tau nak jawab sebab kami tak pernah letak sebarang harga. Orang suka gambar tu then orang bayar, tak suka tak perlu bayar. Yela takkan nak jual gambar yang takde kualiti kat orang. Kalau kami pun kami tak nak beli gambar yang takde kualiti. Bukan kami je semua orang mesti tak nak. Tapi ada plak orang cakap, penatla kalau takde dapat bayaran pape, well ni jawapan selalu kami bagi "saya suka tangkap gambar, so bukan duit yang saya kejar tapi pengalaman tu yang saya takkan dapat kat mana2 " . Jawapan nampak macam hipokritkan? Tapi tu la realitinya. Time-time camni la nak belajar shoot, nak belajar handle orang, nak main lighting, setting segala bagai. Kalau tak kamera tu terperap dalam bilik je. Beli mahal-mahal tapi tak guna buatpe kan.

Tapi so far buat masa sekarang kami berani amek job dan tolong kawan2/sedara mara terdekat je yang expectation nye tak tinggi. Yang tak mengharapkan gambar tu sampai taraf Saiful Nang punya gambar kan. So berani la nak amek. Takde tekanan, nak shoot pun rilex. Buatpe dapat bayaran mahal tapi kerja dalam keadaan tertekan. Kita yang nak shoot ok, tuan rumah pun ok so ngam la kan.

Sampai bila nak buat job free? Emm... Sampai bila-bila la. Hahaha... sampai kami betul2 puas hati dengan setiap hasil tembakan kami. Bila kami dah betul-betul pro baru masa tu kami berani nak letak harga. Haha....

Kami masih dalam proses belajar. Belajar sampai tua, insyaallah.... Tapi even cakap FOC pun, kami tetap dapat payment nya sebab kawan-kawan still berkeras nak bayar. Kalau nak bayar, bayarla ikut kemampuan korang. Kami terima je berapa pun takde minimum takde maksimum.

Sekitar majlis nikah anak mummy Azimah. Maaf takleh upload banyak sebab keluarga pengantin pun belum dapat softcopy gambar-gambar ni. Hehehe...


















Tuesday, 31 March 2015

Sunday, 22 February 2015

Carboot Sales Bandar Sri Putra

Bismillah....

Tempat : Bandar Sri Putra

Tarikh Carboot : 22 Februari 2015
Hari : Ahad
Masa : 7.00 pagi - 12.00 tgh

Setelah sekian lama tak update blog ni, harini kami berkesempatan nak kongsikan aktiviti hujung minggu kami. Aktiviti ni dah macam jadi aktiviti wajib kami setiap minggu. Menjual barang2 rumah yang terpakai macam baju, seluar, novel, majalah, buku2 lama, etc. Orang putih panggil Carboot Sales. Buka bonet then jual. Mudahkan? Sesimple ABC, hehehe... Actually dah lama kami nak join carboot sales camni tapi tak pernah berkesempatan sebab hujung minggu kami selama 5 tahun ni dipenuhi dengan menghadiri kelas. Student part time kan, so hujung minggu je kenala korban masa untuk belajar. Balik kampung pun 3 ke 4 bulan sekali. 

Ok berbalik pasal carboot sales ni, tahun 2015 ni kami dah start join carboot sales since kami dah berjaya tamatkan study selama 5 tahun ni cuma tak konvo je lagi. Insyaallah bulan 4 ni kami konvo ok. Sebelum ni kami dah join carboot kat Putrajaya (dah 2x) dan ini juga kali ke-2 kami join carboot sales kat Bandar Sri Putra. Lokasi dia betul2 tepi jalan. So kalau exit tol Bandar Sri Putra lepas bayar tol korang toleh kiri mesti perasan carboot sales ni. Actually bukanlah setiap minggu kat situ. Kalau kat Bandar Sri Putra ni kalau tak salah setiap minggu ke-3. Setiap minggu lokasi carboot ni berubah2. Minggu pertama kat tempat lain, minggu ke-2 tempat lain, minggu ke-3 tempat lain dan minggu ke-4 tempat lain.Untuk lebih detail korang boleh refer jadual carboot kat  web carboot sales ni . Untuk jadual dan pendaftaran boleh terus refer pada link tu juga ok. Terbuka kepada semua orang dengan syarat korang jual barang rumah korang yang dah tak nak pakai. Barang baru tak boleh. Tapi, biasala ada juga yang ketegaq jual barang2 yang tak sepatutnya. 

Macam-macam ada. Harga pun murah. Dari serendah RM0.50 sampai la yang ratusan ringgit. Selalunya ratusan tu untuk barang2 rare je. So, kami pun taknak coloteh panjang, jom layan beberapa keping gambar yang kami sempat snap untuk tatapan korang semua... 

Macam-macam ada t-shirt, kameja, jeans, novel, teddy bear, kasut, etc serendah RM 5.00


Stroller terpakai murah-murah je


Barang-barang untuk baby terpakai
Perhiasan dinding pun ada

Pengungjung yang datang tak henti-henti dari pukul 7.00 pagi sampaila 12.00 tgh tak putus-putus

Alat tulis pun ada


Kakak ni jual baju-baju kanak-kanak from UK. Baju untuk orang dewasa pun ada. Kebanyakannya dari UK. Dulu dia pernah duduk UK.


Ni memang rare. Barang-barang zaman penjajah pun ada


Type writer zaman dulu-dulu


Macam-macam handbag murah-murah


Aneka jam tangan. Harga still boleh tawar


Koleksi yang rare


Beg-beg zaman koboi, hahaha....


Tabung-tabung yang takde dijual kat kedai. Tapi kat carboot ada jual murah


Peralatan dapur pun ada

So, kalau korang takde buat pape hujung minggu jomla sekali sekala terjah carboot sales kat sini. Dengan RM20 macam-macam korang boleh beli....


Next carboot sales :
1 Mac 2015 (Ahad) : Bandar Bukit Mahkota Seksyen 2
8 Mac 2015 (Ahad) : Bandar Bukit Mahkota Seksyen 2
8 Mac 2015 (Ahad) : Kelab Tasik Putrajaya
15 Mac 2015 (Ahad) : Bandar Bukit Mahkota Seksyen 4
22 Mac 2015 (Ahad) : Bandar Sri Putra
29 Mac 2015 (Ahad) : Bandar Sri Putra


Nota Gambar : Snap guna handphone saja....

Europe + Balkan (Eurokan) : Santorini (Episod 2)

Episod 2  Dari Istanbul kami terbang ke Athens. Flight kami ke Athens sampai malam so kami lepak di airport. Sempat lelap 2-3jam. Dal...

Nuffnang