center

Sunday, 14 December 2014

Destinasi Bajet Kami Ke Korea - Part 8 (Day 6 - Seoul)

Hari Keenam


Kami sarapan dengan nasi sejuk semalam, tomyam dan megi. Sebagai kenang-kenangan, kami tinggalkan 2 bungkus megi untuk mamat Korea yang kerja kat Beewon. Last day Cik Li kat Korea & last day kami yang lain kat Seoul jugak. Cik Li tak dapat join kami ke Busan sebab esok tu dia ada presentation final year. So, masa yang ada ni, kami gunakan untuk jelajah lagi Seoul ni. Fokus utama sekitar Beewon Guest House je. Tak perlu naik tren jalan kaki je okey.

Mula-mula kami ke Buckchon Hanok Village. Just pusing-pusing area Buckchon Hanok Village ni je. Dari Beewon kami menapak je around 200-300 meter dari Beewon Guesthouse. Actually depan Beewon ni pun ada palace tapi sebab dan pergi Geongbokgyeong so kami tak masuk la..

seoul korea
Tolong senyap okey bila datang sini

Model2 Buckchon Hanok Village, hehe..

Sila abaikan yang berselipar itu okey

Jalan sikit, suruh diam, jalan ke depan lagi, disuruh diam lagi... hahaha

Buckchon Hanok Village
Buckchon Hanok Village, macam dalam citer Korea

Lorong-orong kedai kat Buckchon Hanok Village

Sweet je kedai ni kan

Rumah No.24


Lepas tu dari Buckchon Hanok Village tadi kami patah balik ke Unhyeongung Palace. Palace ni terletak surrounding Beewon Guesthouse juga. Tiket untuk masuk sini cuma 3,000 won. Best!!! Haha... Kat sini kami bleh try pakai Hanbook. Cun giler memasing (puji diri sendiri...hahaha....). Rupa-rupanya senang je nak pakai Hanbook ni. Sewa pun tak mahal mana. 1,500 won untuk sejam. Ape lagi... memasing mula la feeling gadis istana. Memang gelak sakan la kami. Kami berempat je la yang sewa Hanbook. Cik Wan tak nak dan volunteer nak jadi camerawomen je. Sekitar Beewon Guesthouse banyak tempat2 menarik yang korang boleh pergi so berbaloi juga menginap kat Beewon ni.


Ajumma ni tengah tolong pakaikan hanbook

Bergambar bersama Maharaja

Sukanya gundik2 ni, payung emas untuk korang sebab bermadu, hahaha..

Sementara tunggu Maharaja pulang dari berperang, gundik2 main dulu. Hahaha

Selamat jalan, sila datang lagi

Dah puas bergambar kat dalam palace tu, kami pun menapak balik ke Beewon untuk check out. Masa ni memasing dah lapar. Cik Mel masakan meggi untuk kami. Well, stok makan banyak lagi. Hari terakhir guna dapur Beewon ni. Haha...

Jemput makan

Makan sampai licin

Lepas check out, kami naik subway di Jangno Station ke Seoul Station. Kat Jangno Station ni la kami berpisah dengan Cik Li. Cik Li akan ambik tren lain untuk ke Incheon Int. Airport. Huhu.. sedey tau sebab tak dapat nak hantar Cik Li ke airport & biarkan dia meredah sorang-sorang ke airport. Nak ke Seoul station ambil Line 1 dari Jong-no then terus ke Seoul Station. fare macam biasala 1,050 won. 5-6 minit je dah sampai Seoul Station.

"Kalau aku la, mau kecut perut jalan sorang-sorang kat negara orang ni," Dialog Cik Wan.
"Aku pong," Cik Mel.
"Kami pun," Cik Su & Cik Pororo.
"Jaga diri Cik Li!!!!"

Bila kelibat Cik Li dah hilang, kami terus ke Seoul Station. Kami akan naik tren dari sini ke Busan. Memandangkan tren ke Busan jam 10.50 malam, kami decide cari locker untuk simpan beg. So, bleh la jenjalan lagi. Masa ni la belajar berebut locker. Haha... Sampai ada yang marah-marah la. Locker plak tulisan Korea je. Sepatah haram tak paham direction penggunaan dia. Tapi nekad jugak la lepas tengok orang lain buat macam mana. Akhirnya kami berjaya book 2 locker. So, bleh la jenjalan dengan happynye tanpa beg yang super duper berat ni. Lalala...Lala... Sebenarnya Cik Li boleh naik tren dari Seoul Station ni juga kalau nak ke Airport tapi sebab masa tu blur2 dan takut Cik Li tak sempat kejar flight so kami decide berpisah di Jong-no lagi pun banyak line tren yang boleh ke airport. 

Lepas simpan beg dalam locker, kami gerak ke Itaewon. Matlamat kami untuk solat jamak Zohor dan Asar kat Masjid Itaewon ni. Rugi kalau dah ke Korea tapi tak luangkan masa bersolat dekat masjid ni. Kemudahan dah ada so guna la. Tak perlu kami solat di kaki lima ke ruang2 sempit lagi untuk hari tu. Hehehe... Dari Seoul Station korang boleh ambil Line 4 dan tukar tren di Samgakji then ambil Line 6 untuk terus ke Itaewon. Perjalanan ambil masa 15 minit macam tu la.

Nak ke Masjid Itaewon ni kena menapak sikit la. Mengah juga la sebab kena mendaki. Tapi kena juga mendaki. Hehe... Kan nak solat di sini so kena gagah juga okey.

Selesai solat, kami jalan turun ke bawah. Kat area Itaewon ni tekenal dengan makanan2 halal so tak perlu ragu2 nak makan. Kiri kanan jalan ada kedai makanan halal. Sempat juga kami singgah beli kebab untuk makan tengah hari tu.


Masjid Itaewon, Seoul, Korea
Masjid Itaewon

Kami di sini!!!

Kebab time

Kat sini banyak juga dijual souvenier terutamanya t-shirt I LOVE KOREA. T-shirt kat sini lebih murah berbanding di Seoul. Gerai-gerai menjual baju ni kat tepi-tepi jalan je. So masing2 rembat 2-3 helai t-shirt untuk kenang-kenangan.

Dari Itaewon kami ambil tren untuk ke Dongdaemun. Dari Itaewon (Line 6) transfer di Samgakji dan ambil Line 4 terus ke Dongdaemun. TAlangkah tak bestnya sesampainya kami di sana, kedai banyak tutup daa. So, dalam trip kali ni kami tak dapat nak bercerita pasal Namdaemun dan Dongdaemun sebab time kami pergi almost kedai tutup sebab cuti umum Thanks Giving Day. So agak terkilan jugala. Tapi takpe next trip kalau kami datang lagi, 2 tempat ni mesti kena pergi. Sebab tempat ni terkenal dengan pusat fashion Korea.



Muka frust, kedai banyak tutup daa....

Memandangkan semua macam dah letih sangat, kami terus patah balik ke Seoul Station. Jalan pun dah tak larat. Ada yang dah sakit kaki. Mana taknye, dari 1st day sampai hari ke 6 ni takde rest langsung. Jalan macam tak ingat dunia. Tapi....... syook woooo.... Bukan senang nak cipta pengalaman macam ni.

Kami melepak kat Seoul Station dari petang sampai malam. Sebelum ke Dongdaemun tadi, kami dah beli tiket tren ke Busan siap-siap. Kami pilih naik Korail je sebab harga tiket murah, 28,600 won untuk kelas ekonomi dan perjalanan ambik masa 6 jam.

Menunggu masa berlepas ke Busan

Jam 10.50 malam, tren kami bergerak ke Busan. Tren dia lebih kurang macam KTM kat Malaysia la. Tak lama lepas tren gerak, kami pun zzzzzzzzzzzzzzzzz................................

Dalam tren dari Seoul ke Busan sebelum masing2 Zzz
 Busan tunggu, kami datang!!!

Summary :


  • Buckchon Hanok Village = FOC
  • Unhyeongung Palace = 3,000 won/pax/entry + 1,500 won/pax/hanbook
  • Tren ; Jangno - Seoul Station = 1,050 won/pax
  • Tren ; Seoul Station - Itaewon = 1,050 won/pax
  • Tren ; Itaewon - Dongdaemun = 1,050 won/pax
  • Tren ; Dongdaemun - Seoul Station = 1,050 won/pax
  • Tren Korail dari Seoul Station - Busan = 28,600 won/pax (kelas ekonomi - 6jam perjalanan)
  • Makan dan souvenier = masing2 okey, pandai-pandai la berbelanja kalau nak jimat hehehe

Total Day 6 = 37,300 won/pax = RM 113.77
(rate kami dapat RM 3.05)

Sunday, 7 December 2014

Pulau Tuba

Ini bukan trip percutian, ini trip pergi BEKERJA!!

 

7/12/2014


Terlebih dulu kami nak bagitau la yang trip ke Pulau Tuba ni bukan trip percutian yer. Kali ni trip atas urusan rasmi dengan erti kata lain nya BEKERJA. Tapi tak perlula kami terangkan kerja apa yer. Cukupla kami katakan sebuah projek untuk kemudahan rakyat Pulau Tuba, Insyaallah... Since kami pun tak pernah jejak kaki ke Pulau Tuba so agak excited jugala trip kali ni even BEKERJA kan.... Walaupun ni trip BEKERJA dan bukan makan angin, senapang2 perang tetap kena standby.


Okey, ceritanya bermula di sini...
 
Memandangkan pada hari kejadian, kami ada kelas sehingga jam 4.00 petang, dan flight ke Langkawi jam 5.40 petang, kami decide untuk "tuang" kelas sebelah petangnya. Takut tak sempat nk bekejar ke airport nanti. So dalam pukul 1.00 petang kami dah gerak keluar dari KL bukan pe, takut jem...

Lepas makan tengah hari, solat dan berehat sekejap di Kajang, around pukul 3 kami gerak ke Putrajaya Sentral untuk parking kereta kat situ je. Parking berbumbung cuma RM4 untuk sehari. Kan murah tu. Plus tiket tren plak RM6.20 sehala dari Putrajaya Sentral - KLIA2. Perjalanan dengan tren cuma ambil masa dalam 20 minit je untuk sampai KLIA2. So around 4.00 petang dah terpacak kat KLIA2 ni. Jauh jugala nak berjalan ke balai perlepasan. Mau 1KM lebih juga menapak. Tapi sebab masa sampai KLIA2 masih awal so kami jalan pelan2 sambil2 menghirup udara kesesakan manusia kat airport ni. Hehe....

Pelepasan untuk penerbangan ke Langkawi di Gate J11 dan masa berlepas 5.40 petang. Boarding on time kali ni...  Bagus Air Asia!


KLIA2
Penerbangan AK6322 Ke Pulau Langkawi

Flight dr KL ke Langkawi mengambil masa 1 jam je. Sebab letih sangat kami tidur je dalam flight. Kami selamat mendarat jam 6.45 petang. Then ambil teksi dari airport ke D'Baron Resort.  RM30 untuk 1 teksi. Ok la kan... Kami book Bilik Deluxe 2 katil king boleh masuk 4 orang. Sea view okey bilik ni. 1 bilik dengan 2 katil king rate walk in dapatla RM220 sekali breakfast. Lepas check in, terus keluar makan. Perut pun dah mula berkeroncong so otak tak pun takleh fikir benda lain selain makan makan dan makan. Malam tu kami makan ikan 3 rasa + tomyam campur + kailan ikan masin + nasi putih 2. Sebab lapar, memang habis licin la kan. Tapi alangkah terkejut bila nak pergi bayar, harga makan untuk 2 orang RM81. OMAKaiiiii mahal tahap gaban kot. Kat KL pun tak semahal ni. Sebab dah letih sangat dan malas nak fikir redha je la. Lepas memunggah wallet mencukupkan RM81 hengget tu dan diserahkan kepada tokey kedai kami pun melangkah balik ke hotel untuk tidur. Tidur dalam kekenyangan dan kepasrahan. Haha...



8/12/2014


DeBaron Resort
 

D' Baron Resort Langkawi
 
De Baron Langkawi
Pemandangan pagi dari atas bilik

De Baron Resort Langkawi

Sebelum checkout kami jalan2 sekitar hotel dulu. Kul 10.20  pagi bot kami ke Pulau Tuba. Sebab ni trip kerja so naik bot pun ditaja ler. Kami naik di Yatch Club. Dari Yatch Club ke Pulau Tuba cuma ambil masa dalam 10-15 minit je. 10.35 kami selamat mendarat di Pulau Tuba.



Pula Tuba
Jeti Pulau Tuba
 
Ini lah jeti yang akan menyambut kedatangan pengunjung ke Pulau Tuba. Jeti dia kecil je. Tak sehebat jeti ke Pulau Langkawi. Kalau tak salah tiket bot nak ke Pulau Tuba ni RM5 je.

Rombongan kami disambut oleh orang2 kuat Pulau Tuba. Haha...gempak je. Dari jeti kami naik van untuk ke tapak projek. Pulau Tuba ni memang kampung betul2 la. Jauh beza dengan kemajuan dan kemodenan yang ada di Pulau Langkawi. Sambil2 BEKERJA sempat juga kami menembak beberapa keping gambar sekitar Pulau Tuba ni. Jom layan gambar kat bawah.
 
 
Pulau Tuba
Perkampungan Di Pulau Tuba


Pulau Tuba
Sorry dah lupa apa nama kampung ni, hehe


Pulau Tuba
Sebelah kanan ni ada kedai jual ketam hidup


Pulau Tuba



Pulau Tuba

Pulau Tuba

Pulau Tuba



Pulau Tuba

Pulau Tuba

 
Tengah hari kami lunch di Kak Chaq Corner. Megikut driver van dan orang2 kat Pulau Tuba ni, ni la tempat nak makan masakan seafood yang fresh2. Kak Chaq Corner ni terletak dekat Kampung Selat Bagan Nyior betul2 bersebelahan dengan Masjid Kampung Selat Bagan Nyior. Ada jambatan yang menghubungkan Pulau Tuba dengan Selat Bagan Nyior ni. Lebih kurang 15 minit dari tapak projek yang kami lawat. Tapi kena melintasi jambatan dulu la baru boleh sampai ke Kak Chaq Corner ni.
 
Selat Bagan Nyior
Inilah jambatan yang menghubungkan Pulau Tuba dengan Selat Bagan Nyior
 
Jambatan Pulau Tuba
Tengah menyeberangi jambatan okey


Kampung Selat Bagan Nyior
Kampung Selat Bagan Nyior
Kampung Selat Bagan Nyior
 
 
Seafood
Makan tengah hari yang ditaja
 
Lepas lunch, kami naik bot di jeti berdekatan jambatan penghubung tu pulang ke Pulau Langkawi.
 
 
Kampung Selat Bagan Nyior
Masa untuk pulang
 
Pengakhiran trip kali ni ditamatkan selepas kaki kami melangkah naik bot pulang ke Pulau Langkawi. Huhu..
 
Well, masih banyak yang kami belum terokai. Rasanya ni  baru 1/4 kot dari keseluruhan Pulau Tuba. Memandangkan kesuntukan masa so tak dapat nak jelajah Pulau Tuba ni dengan lebih jauh. Dianggarkan penduduknya dalam 2,500-3,000 orang dengan keluasan pulau 17.63 KM persegi. 
 
So, pada sapa2 yang nak rasa hidup suasana kampung di sebuah pulau bolehla datang ke Pulau Tuba ni. Tempatnya cantik dan masih hijau. Udaranya pun masih bersih. Kebanyakkan penduduk di sini menggunakan motorsikal je untuk ke mana-mana. So jangan hairan bila nak jumpa sebiji kereta pun susah. hehe....
 
Selepas mendarat di jeti Yatch Club, kami singgah kejap di HiG untuk shopping chocolate dulu sebelum terus ke airport sebab flight balik ke Kuala Lumpur jam 7.05 malam. Sekali lagi on time. Good job Air Asia...

Wednesday, 3 December 2014

Destinasi Bajet Kami Ke Korea - Part 7 (Day 5 - Seoul)

Hari Kelima


Hari kelima ni kami ronda-ronda bandar Seoul


First kami pergi Gyeogbokgung Palace. Masuk free sempena Thanksgiving Day. Untuk ke sini kami naik tren dari Jongno 3(sam) Ga terus je ke stesen Gyeogbokgung (1,050 won). Keluar kat Exit 5. Best sangat dapat tengok sendiri keadaan kat dalam istana ni macam dalam citer Korea tu. Hehehe...


istana gyeongbokgung
 
 
istana gyeongbokgung


istana gyeongbokgung
 
 
 
Bergambar depan pintu masuk


Lepas tu kami jalan kaki ke King Sejong Statue. Statue Sejong ni betul-betul depan Gyeogbokgeong Palace. Masa ni orang ramai la sebab Korea cuti umum kan. Lepas sesi bergambar kat Statue ni perut masing-masing dah mula berkoroncong. So, kami plan untuk makan tengah hari di Noryangjin Fish Market. Noryangjin Fish Market ni merupakan pasar ikan terbesar dan tertua kat Seoul tau. Nak ke Noryangjing, kami naik ktren di stesen Gwanghamun je. Stesen ni terletak betul2 depan Statue King Sejong tu.
 

king sejong statue

King Sejong Statue
    
seoul korea

Ni la pintu masuk ke stesen tu.. 
  

Korea pun jem juga sebab masing2 keluar bawa family jalan-jalan kot
 


Dari stesen Gwanghwamun kami ambil tren terus Stesen Noryangjin. Tapi sebelum sampai ke Noryangjin tu korang kena transfer tren samada di Jongno 3 (sam)-ga  (Line 1) atau Stesen Yeouido (Line 9). Keluar exit 1 untuk ke Noryangjin Fish Market. Tren dalam 1,050 won tapi sebab kami dah topup siap2 T-Money so pakai T-money je la. Plan mulanya nak makan je kat sini. Pusing punya pusing cari restoran halal tak jumpa then kami decide untuk beli barang mentah dan masak je kat Beewon. Lagipun kami memang ada bawa pes tomyam dari Malaysia. Kat pasar tu kami beli ketam 1kg (10,000 won) dan udang 1kg (20,000 won). Ke'fresh'an nya tu tak yah habaq la, memang terbukti segar bugar.



Noryangjin Fish Market
 
 
 
 
Cik Pororo tengah tawar menawar dengan tokey kedai
 
 
  
Saya nak yang tuuuu 1 kilo yer...
 
 
Selesai membeli kami pun belah dari pasar basah tu balik ke Beewon. Macam biasala datang naik tren, so balik pun naik tren la. Dari stesen Noryangjin terus ke Jongno 3. Tren ni direct je kalau amek Line 4 (1,150 won). Sampai Beewon, apa lagi, operasi memasakla. Semua turun ke dapur tapi tak semua yang masak. Haha.... Petang tu kami makan besar la. Pergh terangkat habisss.... Lagi pun Cik Li dah nak balik Malaysia esok tu so ni boleh kira macam nak celebrate kepulangan Cik Li ler ke Malaysia la. Cik Li ada final presentation kat KL kalau tak present takleh grade. Hahaha... So kenala balik awal & korbankan duit beli tiket balik awal. Tiket ke Busan burn camtu je. Cik Li.. Cik Li..
 
 

  
Chef dan pembantu-pembantu chef sedang memasak di dapur Beewon
 
 
 
Menu kami untuk dinner
 
 
 
Sambal udang yang super duper sedappp siap untuk dihidangkan
 

 
So menu dinner kami adalah tomyam ketam dan udang masak sambal. Berguna la pek segera tomyam dengan sambal yang kami bawa dari Malaysia. Hehe.. Memang mantop dan terbaik sangat. Actually ada gambar kami makan kat rooftop tapi sensored. Haha.. Nikmatnye dapat makan tomyam ketam dan sambal udang kat negara orang ni. Terasa macam kat negara sendiri je.
 
Selesai dinner, mandi, solat, rehat kejap.
 
Lepas maghrib kami keluar ke Myeondong untuk SHOOPPIIINGGGGG!!!!! Seperti biasa la naik tren di Jongno 3 then transfer di Chungmoro (tukar ke Line 4) untuk terus ke Myeondong. (1,050 won je kalau pakai T-Money)
 
Kat Myeondong kami berpecah. Cik Mel, Cik Li dan Cik Pororo jalan sekali sebab diorang ni sibuk sangat nak cari barang2 kosmetik. Cik Su dengan Cik Wan ikut haluan lain. Bab2 kosmetik ni tak pandai so masuk kedai lain yang pandai okey. Masa ni memang tak beringat la shopping. Kami beli sweater, kasut, baju, set sudu,fridge magnet dan barang2 kosmetik yang penuh beg (kosmetik2 ni milik Cik Mel, Cik Li dan Cik Poror okey, giler betul diorang ni)Hehe... Jom layan beberapa keping gambar yang kami sempat snap.
 
 
  
Oppa ni tengah buat pankek
 
 
 
Sotong bakar??? Haha, tapi sini keterujaan terhadap sotong bakar tak sehebat di Jeju
 

 
  
Puas shopping, berenti rehat sekejap untuk tarik nafas. Punya la letih shopping, sampai tidur berdiri Cik Li tu
 

 
Setel shopping kami ambik tren balik Beewon. Dari stesen Myeondong ke stesen Jongno 3 (1,050 won). Then menapak ke Beewon. Masa ni la insiden yang tak dapat kami semua lupa. Tengah syok dok jalan menyusuri lorong-lorong rumah kedai, tetiba dengan nyanyian tak berapa merdu kami dengar Cik Su jerit...

"Arghh....Lari!!! Dia tunjuk anu!!!!"

Tanpa fikir panjang, kami semua terus lari sekuat yang boleh. Padahal masa tu, masing-masing tak sure sebab apa kena lari. Sebab tak jelas sangat apa Cik Su jerit. Yang jelas kami dengar Cik Su sebut LARI!!! Cik Wan masa tu pikir anjing kejar so memang sekuat hati la dia lari tak toleh ke belakang dah. (Cik Wan fobia dengan anjing2 ni sebab dah penah ada sejaraha dengan anjing, haha) Cik Mel pun ikut lari tapi tak selaju larian Cik Wan la. Bila sampai Beewon, masa ni la Cik Wan baru nak toleh belakang, alangkah terkejutnya beliau ketika itu apabila melihat ke belakang takde seorang umat pun yang lari bersama beliau. So dengan perasaan yang masih berdebar2 Cik Wan beranikan diri patah balik ke lorong tersebut. Dan ketika itula Cik Wan nampak Cik Su, Cik Mel, Cik Pororo dan Cik Li lari2 anak bersama2. Dah kenapa??? Dah sampai kat Beewon baru masing-masing tau kisah sebenarnye. Ada sorang ajusshi tu londeh seluar nak tunjuk anu, tapi tak nampak pun anu tu sebab cahaya samar2. Memang kelakar giler la kalau ingat balik. Cik Li yang sakit kaki tu pun mampu lari sekuat tenaga. Hilang sakit kaki kau yer Cik Li, takut punya pasal lari tak ingat kaki tu sakit. Haha..... Buat Cik Wan, lain kali lari ingat kawan2 kat belakang sama. Haha....

Malam tu sampai nak ke tidur kami dok gelak.

Kenangan diganggu 'anu' akan tersemat dihati. Haha.... kelakorrrr kot..

 
Summary :
 
  • Geongbokgeong Palaca = FOC (sebab thanks giving day)
  • Statue Sejong-Daero = FOC
  • Ketam 1 kg = 10,000/5 = 2,000/pax
  • Udang 1 kg = 20,000/5 = 4,000/pax
  • Korban T-Money = 1,050+1,050+1,150+1,050+1,050 = 5,350/pax
  • Shopping = Duit masing-masing yer tapi tak banyak pun habis untuk shopping kalau pandai belajar kawal nafsu. hahaha....
 
Total Day 5 = 11,350 won/pax = RM 34.62/pax
(rate kami dapat RM3.05)




Europe + Balkan (Eurokan) : Santorini (Episod 2)

Episod 2  Dari Istanbul kami terbang ke Athens. Flight kami ke Athens sampai malam so kami lepak di airport. Sempat lelap 2-3jam. Dal...

Nuffnang