center

Thursday 17 September 2015

Permulaan Sebuah Kejayaan - In progress

Mesin-mesin dah dihantar untuk proses pemasangan. Tak melibatkan kos pemasangan pun, just plug in dan tekan on je. Hahaha. Cuma fungsi mesin ni tak sama dengan mesin basuh biasa yer. Harga pun tersangatla berbeza bergantung pada fungsinya.
Mesin basuh jenis Aqua Wash boleh buat dry cleaning. Boleh juga basuh toto dan comforter. Kenapa kami ambil mesin ni?? Sebab target kami lebih kepada perkhidmatan cucian toto dan comforter. Tapi baju-baju biasa pun boleh. Kami akan pick up & delivery baju-baju anda yer. Walk in tak tersedia buat masa sekarang. Huhu..

Mesin pengering atau dalam bahasa glemer nya dryer. Boh baju dalam ni biar pusing sat, lepas keluar mesin dah boleh lipat. Done. Hehehe....
Sabun basuh baju siap 2 tong untuk permulaan ok la kan... 
Part time je pun. 
Yang dalam beg plastik tu hanger yer tuan-tuan dan puan-puan. Yang botol-botol kecil tu pula pewangi dan penanggal kotoran degil. 


So tunggu hari launching sebab sekarang kami tengah sibuk nak siapkan apa yang patut & of cos nak raya haji dulu. Hehe...

Nota kaki kami : Sekadar part time dan beroperasi lepas waktu ofis dan hujung minggu sahaja.

#supportlakegilaankamini
#kamiyangsukamencuba
#prayforall
#usahatanggakejayaan

Tuesday 15 September 2015

Permulaan Kepada Sebuah Kejayaan

Setelah ambil masa berbincang, bertanyakan pendapat dengan keluarga dan orang disekeliling, kami akhirnya buat keputusan untuk meneruskan misi yang sekian lama dah tertangguh cuma mungkin kali ni misi ini lebih berisiko dan bermodalkan sejumlah wang yang besar. Tapi takpe, kalau tak mencuba sampai bila-bila pun kami takkan tau setakat mana kemampuan kami.

Berbekalkan modal yang dikongsi berdua, kami akhirnya nekad meneuskan misi kali ni. Maka tanggal 11 September 2015 berbekalkan semangat yang ada, kami merempit ke UTC di Pudu Sentral untuk mendaftarkan misi kami ni. Walaupun secara kecil-kecilan dan separuh masa,  berdaftar dengan SSM tu perlu.
Ramai jugak time ni kat SSM, UTC  
Pelaburan 
So far,  logo dan bisnes kad dah siap di design cuma belum hantar printing sebab kami masih perlukan masa untuk siapkan flyers. Well, semua buat sendiri so take time sikit. Bukan tak percaya untuk upah orang designkan tapi since dah boleh buat sendiri baik buat sendiri je so jimat kos kat situ. Kami, kalau boleh apa je yang boleh dibuat sendiri, kami akan buat sendiri. Itu lebih senang dan mudah sebab kami tau apa yang kami nak. Cuma printing je tak mampu nak buat sendiri so terpaksa hantar kedai. Huhu.. Printer kat rumah tu ada je tapi lepas di coangak-congakkan macam lagi mahal je kalau pakai printer kat rumah tu. So kena keluar duit sikitlah untuk hantar printing yang lebih kualiti. Maybe, one day sapa tau dah mampu buat printing dengan mesin  sendiri kan....

Buat bisnes kad dan logo sendiri lebih senang
Buat masa sekarang, kami hanya akan beroperasi dari rumah dan Insya Allah kalau diizinkan dan rezeki bertambah kami akan cuba mengukuhkan rangkaian kami dengan lebih meluas kelak. Deposit mesin dah dibayar, kursus dah pergi so sehingga artikel ni diterbitkan, kami masih menanti pemasangan mesin-mesin di rumah. Keperluan lain, alhamdulillah dah ready. Tapi untuk permulaan  kami hanya menjalankan urusan disekitar taman perumahan berdekatan sahaja. Dan sehingga kini kami belum ada tarikh khas lagi untuk "PELANCARAN" (hehehe.. gempak). Even misi ni biasa-biasa saja tapi KEGEMPAKAN tu kena ada. Marketing tu perlu.

So doa-doakan lah misi ini berjaya dan berjalan seperti yang dirancang...

#AlFatihahuntukjemaahHajiMakkah
#prayforall

Friday 4 September 2015

Si Munchkin Kampung

Kisah Si Comot yang akhirnya berubah menjadi Munchkin Kampung kesayangan keluarga

Kisah bermula pada Syawal yang lepas. Maaf tarikh sebenar kejadian tak ingat. Tapi berlaku 2-3 hari lepas raya. 

Beliau, si comot kurus kering yang selalu kena marah sebab selalu berak dalam rumah akhirnya berubah menjadi Munchkin lepas sebulan terlantar sakit sebab TER'kena tindih dengan tayar kereta Abah. (tu la sapa suruh tidur bawah tayar kereta, kan dah kena tindih). Masa kena tindih tu nangis pun tak. Diam je, sedar-sedar darah keluar ikut bontot dan dah tak boleh gerak. 

Tanpa menggunakan sebarang produk kecantikkan sapa sangka si comot yang dulunya kurus kering tak terurus boleh jadi kesayangan keluarga. Tak pernah nak duga si comot kurus kering ni akan jadi secomel sekarang. Kalah produk Mak Cun yang Dak Cun Dak Cun tu. Tak terlawan juga Qu Putih Qu Putih Barulah Putih mahupun Terlajak Laris. Keajaiban yang terjadi pada Si Munchkin kampung ini betul-betul merubah hidup beliau. Hehe…

Sebulan terlantar tak boleh nak berjalan sebab kaki dah patah, makan pagi petang siang dan malam semuanya perlu bersuap. Sampai naik lemak dan membesar macam sekarang. Rugi plak rasanya takde gambar zaman beliau comot dan kurus kering. Kalau tak boleh di show off kan pada rakyat jelata. Nak beli Munchkin yang taraf VVIP tu tak mampu, dapat Si Munchkin Kampung ni pun dah ok, free tak perlu bayar pape… Hehehe….

Jom kita berkenalan dengan Si Munchkin Kampung ni dan ahli kaum kerabat beliau yang lain…














Ibu yang melahirkan beliau
Lepak bersama ibu tersayang
Beliau di apit di tengah-tengah 
Adik-adik sebok bergurau senda
Blah la kau 
Sekarang aku kurus, tunggu sikit bulan lagi aku akan gemuk
Ibu merenung masa depan anak-anaknya 
Si kurus
Dulu si Munchkin tu kurus macam ni la dengan bulu bersepah supo mayat hidup. Tapi sekarang dia dah lain lepas eksiden. 



Maafla kalau tak secomel Munchkin Ori sebab bagi kami dan keluarga kami, beliau tetap comel biarpun kaki beliau dah terpeleot jalan senget je memanjang….. Kalau potong kaki bagi pendek sikit boleh lawan Munchkin Ori ni. Hahaha..... 

Nak beli yang ORIGINAL baka Munchkin mau riban so ada yang ni pun jadi la kan.


****UPDATE TERKINI : si Mucnhkin ni dah selamat pergi meninggalkan dunia ini.... 


Tuesday 25 August 2015

Makan-Makan D'Bawal Warung Bangi


Tujuan utama nak bawa tetamu makan Roti Canai Bukit yang femes kat Bangi tu, tapi roti canai dah habis. So, alang-alang dah parking depan D'Bawal so kami pun cuba la sebab hari-hari tengok orang penuh je kat ini. Tapi tak pernah berkesempatan nak singgah. Alang-alang Roti Canai Bukit tu habis, dan jam pun dah menunjukkan nak masuk lunch hour kami decide untuk try lunch kat D'Bawal je. 

Jom tengok apa yang kami order untuk 4 orang makan.

Cik W : Ayam goreng bahagian sayap (memang hobi dia panggil sayap, orang panggil wing/kepak) + Teh O Ais
Cik S : Talapia goreng + Limau suam
Cik A : Talapia goreng + Kopi ais
Pn. WW : Bawal goreng + Air suam
Just order lauk je, yang lain-lain macam nasi, gulai, ulam, sambal belacan dan air asam kicap dah memang didatangkan 1 set.

(orang Kedah panggil kari tu gulai)

Penuh satu meja. Apa nak kata. Memang kena selera anak tekak kami. Dari pandangan mata kasar kami, kami agak ni orang utara punya style. Sebab bila makan macam ni teringat kat kampung. Atas meja ada diletakkan siap-siap kicap satu botol. Memang utara habes sebab makan gulai dengan kicap.  Cik W si penggemar nasi+gulai+kicap+ayam memang makan bertambah-tambah la jawabnya. Punah diet hang.

Jom ushar gambar yang kami sempat snap. Guna handphone je pun sebab tak bawa kamera.

Nampak tak nasi Cik W siap boh kicap dah. Tunggu baca doa makan ja terus ngap

Ayam goreng Cik W punya feveret. Hari-hari ayam pun takpe. Weee

Sungguh menyelerakan tengok sambal belacan dengan ayaq asam tu baq hang...
Ulam dan ayam

Ikan talapia goreng panas-panas memang terangkat habis

Ayam goreng ni cukup rasa. Takdak yang kurang pun. Yang kurang sebab tak cukup. Hahaha

Ikan talapia bawal ordered by Pn.WW. Hang mai jauh dari Penang kami bawak mai makan bawal goreng. Hang puaih hati dak WW??
Tiada apa yang lebih menggembirakan tengok kicap dok bergenang atas nasi.
Dari kecik makan macam ni. Kicap dan Cik W berpisah tiada
Sebab penuh menyelerakan dan umphh, malu plak nak snap gambar lepas habis makan sebab memang licin habis. Satgi kena kutuk so lepas makan sorok muka. Hahaha...

Total kos 4 orang makan + bungkus 1 set nasi dengan aym goreng + air untuk 4 orang minum = RM 39.10. Murah tak?? Sapa rasa murah bolehla ajak family dan kawan-kawan pi makan yer. Bagi kami sangatlah berbaloi makan lauk panas-panas bawah pokok memang teringat kampung habis baq hang.

Sekian.

Monday 24 August 2015

Jalan-Jalan Mitsui Outlet Park


Hujung minggu bawa tetamu jalan-jalan Mitsui Outlet Park.
Kami takde beli pape cuma window shopping saja sebab barang yang nak dicari takde.
Sebab tak bawa kamera so snap gambar guna phone je la.Jom layan gambar yang sempat di snap yang tak seberapa ni.

Pada kami biasa-biasa saja. Tapi yang paling tak bestnya, parking 3 jam setengah kena bayar parking RM8. Huhu...
Kadar bayaran parking : 1 jam pertama RM2, jam berikutnya pun RM2
Parking JPO lagi murah









Crocs tengah sales. 4 pasang RM280 untuk semua jenis kasut

Europe + Balkan (Eurokan) : Santorini (Episod 2)

Episod 2  Dari Istanbul kami terbang ke Athens. Flight kami ke Athens sampai malam so kami lepak di airport. Sempat lelap 2-3jam. Dal...

Nuffnang