Hari Ketiga
Dah siang baru dapat ambil gambar bangunan hotel ni
Hari ketiga kami bangun agak awal. Ni last day kami kat Jeju. Kami ada misi penting masa last day di Jeju. Hehe... Cik Su dah start pakai baju kurung dah time ni. Masa check out, ajumma kat kaunter merangkap owner hotel ni siap bagi gift kat kami lagi. Ajumma ni tersangatlah baik dan peramah. Dia lagi banyak tempat dia dah jelajah. Kalau datang Namguk Hotel ni boleh tengok dia ada tampal gambar-gambar dia travel dengan husband dia kat dinding.
Bergambar dulu sebelum check out
Sebelum bergerak, kami bergambar dulu dengan Ajumma yang baik hati
Selepas sesi2 bersalam-salaman dengan Ajumma yang baik hati tu, dan dah masukkan beg dalam kereta, kami teruskan perjalanan kami ke next destinasi. Kali ni destinasi kami adalah :-
- Alive Museum (9,000 won). Tempat ni mungkin baru lagi kot masa tu sebab dalam blog orang yang dah pergi Jeju takde sebut pun. Lebih kurang macam Trick Eye tapi lebih real kot A Live dia.
Oh my kaki..
oh my...
Mini Tedy Bear Museum pun ada dalam A Live Museum ni
Bergambar bersama maharani korea
Ni kat bahagian luar A Live Museum
- Cheonjiyeon Waterfall. Ajushi yang kami jumpa kat A Live Museum yang suggest kami ke sini. Bila set GPS, rupa2nya dekat sangat dengan Namguk Hotel. Kat sini kami jalan-jalan je. Tak masuk pun kawasan waterfall. Lagipun time tu ramai sangat orang. Kalau nak masuk, bayarannya 2,000 won je. Apa yang best kat sini?? hehe... sudah semestinya sotong bakar. Kami borong sotong bakar lagi kat sini. Memang sedap la. Ajumma yang jual sotong bakar ni pun baik sangat, sporting dan pemurah. Mula dia bagi rasa limau, lepas tu sotong plak. Benda free apa lagi kami rasa banyak jugak. Haha.. Tapi ada juga yang kami beli. Ye la, tak tergamak kot nak rasa free banyak2nya even ajumma tu yang offer.
Ni la Ajumma yang baik hati tu. Tengah bungkuskan sotong bakar
Muka happy giler dapat jumpa sotong bakar
Free gift limau dari Ajumma sotong bakar. Terserlah keceriaan di wajah korang yer..
Lepas menge"pau" sotong bakar dan limau dari Ajumma tu, kami teruskan perjalan pulang ke bandar Jeju. Tempat mula2 kami tiba di Jeju. Sebabnya flight kami ke Seoul malam tu. Perjalanan agak jauh dan sempatlah kami singgah menunaikan MISI PENTING kami di Jeju. Nak tau apa misi tu? See the pic below.. hahaha...
Kami buat photoshoot pakai baju kurung kat atas bukit. Tapi dah tak ingat nama pe tempat ni. Giler kan. Ramai orang2 kat situ kelihatan pelik tengok kami keluar dari kereta tukar baju kurung then buat photoshoot. Haha.. Ada satu pasangan ajumma ni ajushi ni siap ambik gambar kami lagi possing kat kereta dia. Banyak kali gakla dia snap gambar kitorang
Kami sempat juga singgah di Mystery Road. Kat sini kereta jalan sendiri menaiki bukit. Kena matikan enjin dan gear pada Neutral kat starting point dia. Memang terbukti. Kami test dua kali. Memang betul kereta bergerak naik bukit sendiri. Bas pun boleh gerak naik bukit sendiri. Pelik??? Kalau korang datang Jeju pergi la test. Ini betul2 bukan cobaan okey...
Love Land (9,000 won). Kena getah Cik Wan sebab nak sangat datang sini. Tercapai jugak hasrat dia tu. Apa ada kat dalam?? Haha.. Korang google la sendiri ek. Kami boleh tunjuk gambarsikit je. Sebab kat dalam Love Land ni sensored. Haha.. 18sx okey..
Sila abaikan model berbaju kurung tu yer....hahaha
"is place where the imagination can run wild"
Dari Love Land, kami sempat singgah di Bandar Jeju dalam perjalanan ke airport. Usha-usha barangan kosmetik, then terbeli sweater kat mall tu. Semua beli sebab nak pakai kat Nami Island nanti. Poyos. Hahah...
Sebelum hantar kereta, kena isi minyak bagi penuh balik. Terkejut kami 49,440 won untuk 20 liter. Fuyoo.. telan air liur kalau convert to RM.
Lepas hantar kereta, kami naik bas ke airport. Bas ni memang dah disediakan untuk penyewa kereta kat situ. Flight kami ke Gimpo International Airport, Seoul adalah pukul 7.20 petang. Tiket flight kami dah book masa kat Malaysia lagi. Kami sampai airport awal jugala dalam pukul 5 petang macam tu.
Gimhae International Airport
Perarakan masuk kontinjen Malaysia..hahaha..
Operasi mengisi perut setelah 1 hari menjelajah Jeju di celah2 lorong ke tangga belakang. Kat sini juga kami solat. Yela kat airport ni memang takde disediakan tempat solat. So mana yang line clear, kami bentang sejadah then solat je. Pelik je orang2 yang lalu-lalang tengok kami solat. Gambar dari kamera Cik Mel.
Style...hehehe
Pengakhiran kami di Jeju
Sementara tunggu flight, kami layan Running Man kat screen tv kat airport. Sempoi... Sebab dah letih sangat, kami pakat tertidur dalam flight sebab keletihan. So tak sempat nak snap gambar. Haha... Esoknya akan bermula misi penjelajahan kami di Seoul plak. So, nak tau apa pula aktiviti dan destinasi kami di Seoul, tunggu next entry okey....
Summary :
- A Live Museum = 9000 won/pax
- Sotong bakar di Cheongjiyeon Waterfall = 10,000/5 = 2,000 won/pax
- Mystery Road = FOC
- Love Land = 9000 won/pax
- Refill minyak kereta = 49,440/5 = 9,880 won/pax
- Tiket flight Jeju - Gimpo,Seoul = 72,850 won/pax
Total Day 3 = 102,730 won/pax = RM 313.33
(kadar tukaran kami dapat RM3.05)